Mengenai Kami

Projek Dialog

memajukan debat dan persefahaman antara pelbagai suku kaum, agama, ideologi dan cara hidup di Malaysia


Walaupun ramai di kalangan blogger dan penerbit new media pernah mengeluarkan artikel tentang bangsa dan agama, Projek Dialog ingin menyediakan suatu lapangan yang khusus bagi topik-topik ini, khususnya dengan tumpuan khas kepada suara-suara yang terpinggir. Dengan menggunakan pelbagai platform dan media, Projek Dialog menyuarakan dan membincang isu-isu terkini untuk memupuk solidariti dan toleransi.

 

victoria cheng

mempunyai ijazah sarjana muda dalam Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Perancis dari Universiti of Nottingham Malaysia Campus. Beliau juga berminat dalam bidang Kajian Islam dan Kajian Gender, dan ingin melancong ke Timur Tengah dan Afrika suatu hari nanti.

fuad rahmat

adalah seorang pensyarah di Nottingham University Malaysia Campus dalam bidang teori budaya dan politik. Disamping itu beliau juga seorang pengacara untuk rancangan Night School di BFM Radio.

 

Jeannette goon

mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk komunikasi, kewartawanan dan keusahawanan. Beliau juga telah melancarkan Bayu Harvest, iaitu sebuah aplikasi yang membolehkan petani di Sabah menjual hasilan secara langsung kepada pembeli di luar negeri.

      

KHADIJAH ZAINAL

mempunyai pengalaman dengan pelarian dan kanak-kanak migran, di mana beliau telah bekerja dengan Yayasan Chow Kit sebagai seorang intern. Di samping itu, beliau juga melaksanakan aktiviti sukarelawan dengan NGO kemanusiaan dan sering berfikirkan kelestarian yang berkaitan dengan fesyen dalam kehidupan sehariannya.

JaSON NICHOLAS

mengendalikan bahagian teknikal Projek Dialog sebagai juruteknik kami.