Bebaskan Maria Chin Abdullah, Mansuhkan SOSMA! (Kenyataan Media)

Kenyataan Media Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Madani 24 November 2016 Bebaskan Maria Chin Abdullah, Mansuhkan SOSMA! Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani yang berikut, mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Pengerusi Berish 2.0, Maria Chin Abdullah, pada 18 November 2016 untuk 28 hari dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang baru – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 yang zalim. Kami menegaskan hak untuk berhimpun dengan aman dan hak bersuara adalah dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan Bersih 5 telah dijalankan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun menghadapi keganasan and provokasi yang berulangkali dari penyokong-penyokong baju merah sebelum perhimpunan. Tindakan polis menahan pemimpin-pemimpin masyarakat madani dan parti pembangkang sebelum mereka dapat menggunakan hak Perlembagaan mereka bukan sahaja berniat jahat, tetapi juga satu penyalahgunaan kuasa yang jelas yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kami juga teramat marah dengan pengunaan SOSMA terhadap Maria Chin Adullah. Apabila SOSMA digubalkan pada 2012 untuk menggantikan ISA yang telah dimansuhkan akibat kezalimannya dan ditentang oleh orang ramai, kerajaan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang baru ini yang memberi kuasa yang luas kepada polis hanya akan digunakan untuk melawan terroris dan “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”. Ahli-ahli parlimen yang tidak mendengar kritikan-kritikan masyarakat madani terhadap SOSMA dan meluluskannya dalam parlimen perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan mereka. Sudah jelas Maria Chin Abdullah bukan seorang terroris. Penggunaan SOSMA terhadap Maria Chin Abdullah untuk menghalangnya daripada meminpin Perhimpunan Bersih 5, dan sebelum itu terhadap Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk menghalang mereka daripada membuat laporan korupsi 1MDB di luar negara, telah membuktikan bahawa apabila kuasa sebegitu besar diberikan kepada kerajaan, mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya untuk menutup penyalahgunaan kuasa dan korupsi dalam kerajaan. Kami menegaskan kerisauan kami bahawa jangkamasa penahanan yang sepangjang 28 hari dibawah SOSMA dengan akses terhad terhadap peguam dan ahli-ahli keluarga adalah satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dibawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik memperuntukan bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan sewenang-wenangnya, dan sesiapa yang ditangkap dan ditahan untuk kesalahan jenayah perlu dibawa dengn segera ke hadapan seorang hakim atau pengawai kehakiman yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk melaksanakan kuasa kehakiman dan mendapat penghakiman dalam satu jangkamasa yang munasabah ataupun dibebaskan. Penahanan sepanjang 28 hari tanpa pengawasan kehakiman dan akses kepada peguam dan ahli-ahli keluarga yang amat terhad hanya akan menyumbang kepada berlakunya tindakan penderaan secara mental atau fizika atau kedua-duanya. Kami mengutuk penggunaan tempat penahanan rahsia oleh pihak polis dalam penahanan Maria Chin Abdullah/. Penggunaan tempat penahanan rahsia tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun. Semua tempat penahanan perlu disenaraikan secara terbuka dan boleh diawasi oleh orang ramai untuk memastikan pengendaliannya mengikut undang-undang dan hak-hak mereka yang ditahan. Oleh yang demikian, kami amat risau dengan keadaan mental and fizikal Maria Chin Abdullah yang dikurung secara persendirian dalam satu bilik penahanan tanpa apa-apa tingkap dan lampu sentiasa terbuka secara 24 jam. Keadaan penahanan sebegini adalah tidak berperikemanusiaan dan merupakan satu bentuk penderaan dibawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Kami menuntut Maria Chin Abdullah dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat. Kami menuntut Maria Chin Abdullah diberi akses kepada peguam dan ahli-ahli keluarga tanpa sekatan semasa beliau dibawah penahanan. Kami menuntut pihak berkuasa untuk memelihara dan memastikan Maria Chin Abdullah dalam keadaaan mental dan fizikal yang baik semasa dalam penahanan dan beliau diberikan perkhidmatan perubatan dengan segera jikalau keadaan memerlukan. Kami meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk melawat Maria Chin Abdullah di tempat penahanan rahsia secara berkala untuk memastikan hak dan kesihatan beliau dalam keadaan yang baik. Kami mendesak Ketua Polis Negara untuk bertindak dengan professional dan telus dalam melaksanakan undang-undang dan menuntut kerajaaan memansuhkan SOSMA. Pertubuhan-pertubuhan yang menyokong kenyataan bersama:

1.       Akademi Belia

2.       All Women’s Action Society (AWAM)

3.       Anak Muda Sarawak (AMS)

4.       Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)

5.       Baramkini

6.       Center for Orang Asli Concerns (COAC)

7.       Council of Churches of Malaysia (CCM)

8.       ENGAGE

9.       Greenfriends Sabah

10.   Institut Kajian Dasar (IKD)

11.   Islamic Renaissance Front (IRF)

12.   Japan Graduates Association,Malaysia (JAGAM)

13.   Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)

14.   Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

15.   Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator

16.   Jihad for Justice

17.   Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

18.   LLG Cultural Development Centre (LLG)

19.   Malaysians Against Death Penalty and Torture MADPET

20.   Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)

21.   Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)

22.   Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)

23.   Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)

24.   Muslim Professionals Forum (MPF)

25.   National Indian Rights Action Team (NIAT)

26.   Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

27.   One Race – Human Race

28.   Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)

29.   Partners of Community Organizations in Sabah (PACOS Trust)

30.   People Welfare And Rights Organisation (POWER)

31.   Perak Women for Women Society (PWW)

32.   Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)

33.   Persatuan Alumni PBTUSM Bahagian Utara

34.   Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia(LiuHua)

35.   Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

36.   Persatuan Masyarakat Sel dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)

37.   Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)

38.   Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)

39.   Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

40.   Projek Dialog

41.   Pusat KOMAS

42.   Raub Ban Cyanide Action Committee (BCAC)

43.   Sahabat Rakyat

44.   Sarawak Access (SACCESS)

45.   Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

46.   The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)

47.   Student Progressive Front USM

48.   Student Progressive Front UUM

49.   Sisters in Islam (SIS)

50.   SUARAM Malaysia

51.   Tindak Malaysia (TM)

52.   USM Tionghua Language Society

53.   We Are Malaysians

54.   Women’s Centre for Change (WCC)

55.   Women Development Organisation of Malaysia PJ branch

]]>