[Kenyataan Akhbar] : Mengundi Dengan Bijaksana Untuk Kebaikan Malaysia

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

(PPM-003-10-14011986) Alamat : 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Talipon / Faks : + 60 3 7957 1457 Emel : cfmsia@yahoo.co.uk

26 April 2018

Kenyataan oleh Persekutuan Kristian Malaysia untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 di Malaysia

MENGUNDI DENGAN BIJAKSANA UNTUK KEBAIKAN MALAYSIA

 

Setiap lima tahun rakyat Malaysia melaksanakan hak untuk memilih kerajaan dan pemimpin negara ini. Sebagai Gereja, kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik, namun sebagai orang Kristian yang berwarganegara Malaysia, mengundi dengan sifat bertanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-14 merupakan kewajipan moral.

Kitab Kejadian 1:28 menyatakan kepada kita bahawa Tuhan telah melantik manusia sebagai penjaga atas ciptaan-Nya. Dia juga memberikan kebebasan kepada Adam dan Hawa untuk memilih dengan bijak. Setiap pilihan yang dibuat, ada akibatnya – baik atau buruk.

Sebagai sebuah komuniti yang mempunyai keupayaan untuk membezakan, marilah kita memilih dengan bijak para pemimpin yang akan memerintah kita. Ketika orang-orang benar berada dalam kekuasaan, orang-orang bersukacita … (Amsal 29: 2). Untuk kita boleh makmur dan bersukacita sebagai sebuah negara, marilah kita mendekati Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang dengan sikap yang benar.

 

a) Arif

Bersama Allah untuk mencari pengertian agar kita bijak dan mempunyai pemahaman (Ulangan 32: 28-29), marilah kita meminta kepada Tuhan untuk meningkatkan keupayaan kita untuk membeza antara yang benar dan salah dan kebijaksanaan untuk memilih dengan betul, Ahli Parlimen dan wakil Dewan Perundangan Negeri untuk 5 tahun yang akan datang.

Untuk berbuat demikian, kita perlu bertanya para calon-calon dan mendengar dengan teliti akan polisi-polisi dan prinsip mereka, antara lain, menjunjung Peraturan Undang-undang serta kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan melindungi kebebasan (termasuk kebebasan beragama) yang termaktub di dalamnya, menilai kesediaan mereka memikul tanggungjawab dan berkhidmat dengan berkesan demi kebaikan bersama untuk mempromosikan kesejahteraan semua orang termasuk golongan miskin dan yang terpinggir. Perhatikan jika kata-kata para calon seiring dengan perbuatan mereka.

 

b) Solidariti

Sebagai masyarakat berbilang etnik dan agama, kita perlu lebih dari sekadar menjadi negara yang berasaskan Peraturan Emas: dalam segala-galanya, lakukan kepada orang lain apa yang kamu mahu orang lain lakukan kepada kamu (Matius 7:12). Sekiranya kita ingin bersatu dalam semangat solidariti sesama kita, kita mesti menjalin hubungan erat dengan semua orang tanpa mengira kaum, agama, etnik, jantina dan status sosioekonomi. Sekiranya kita ingin menjadi bangsa yang berakar di dalam kasih Tuhan dan mengasihi sesama kita (Matius 22: 36-40), pemimpin kita perlu aktif mempromosikan keharmonian, damai, perpaduan nasional dan menghormati semua rakyat Malaysia.

 

c) Doa

Seperti Paulus menyeru masyarakat di Tesalonika untuk “berdoa tanpa henti” (1 Tesalonika 5:17), marilah kita bersungguh-sungguh meminta Roh Kudus memberi inspirasi kepada kita siapa pemimpin-peminpin pilihan Tuhan yang boleh berkhidmat dengan integriti dan keberanian. Kita berdoa agar kita diberikan keberanian untuk mengundi mengikut gerak hati kita. Kita percaya bahawa segala kewibawaan diberikan oleh Tuhan, dan ini bermakna wakilwakil rakyat yang dipilih bertangggungjawab kepada Hakim Yang Mulia untuk apapun keputusan dan tindakan mereka. Kita berdoa supaya Pilihanraya Umum Malaysia Ke-14, bebas dan adil dan kita diberkati dengan peralihan yang lancar dan aman kepada kerajaan yang akan datang.

 

Berdiri sebagai satu, semua gereja di bawah Persekutuan Kristian Malaysia dengan bersungguh-sungguh berdoa untuk Pilihan Raya Umum ke-14 supaya aman dan adil. Kami juga berdoa agar semua parti politik dan calon untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang memberi kesan terhadap negara kita, untuk bertanggungjawab apabila menyampaikan agenda politik mereka dan menghindar semua strategi yang boleh menjurus kepada perpecahan, penderitaan dan perselisihan dikalangan rakyat negara kita yang tercinta.

 

Kita serahkan Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada Tuhan yang Maha Kuasa. “Allahku, kepada-Mu…aku percaya” (Mazmur 25:1-2a).

 

Di tandatangani

 

Uskup Agung Julian Leow Beng Kim                                                Uskup Agung Simon Poh Hoon Seng Pengerusi                                                                                                 Naib Pengerusi

Uskup Dr. Ong Hwai Teik                                                                    Pendeta Dr. Eu Hong Seng Naib Pengerusi                                                                                       Naib Pengerusi

]]>