Penulis Minoriti dan 'Penyebaran' Agama Hindu

Oleh: Uthaya Sankar SB Salah satu cabaran ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang bukan sahaja bersatu-padu (united) tetapi juga mengamalkan integrasi (integration) adalah melalui pemupukan bibit-bibit persefahaman, saling memahami, saling menghormati, bertolak-ansur dan menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum/etnik. Wahana yang paling mudah untuk memupuk nilai integrasi adalah melalui bahan bacaan, khususnya buku cerita yang ditulis pengarang pelbagai kaum/etnik/agama bagi menggambarkan kepelbagaian yang membentuk identiti Bangsa Malaysia. Saya berpegang pada konsep “satu bahasa, pelbagai budaya” iaitu Bahasa Malaysia digunakan untuk menghasilkan karya sastera kebangsaan bagi menggambarkan budaya pelbagai kaum, etnik dan agama di negara ini. Usaha murni itu turut dilakukan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menerusi aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di seluruh negara sejak 1999. Namun begitu, sejak hampir setahun lalu, kempen “anti-Kavyan” giat dilakukan pihak tertentu dengan menyelitkan bibit-bibit perkauman dan ketegangan agama bagi mencapai impian terkutuk mereka menindas kelompok minoriti yang turut mewarnai peta sastera kebangsaan. Sekali gus menyukarkan usaha mencapai integrasi. [caption id="attachment_888" align="alignright" width="225"] Novel Panchayat: Edisi Khas dikatakan menampilkan gambar berhala.[/caption] Apabila novel Panchayat: Edisi Khas mahu diterbitkan pada Ogos 2012, sudah ada “kempen” menerusi ruang siber dan mulut ke mulut (word of mouth) bagi menyeru khalayak Melayu-Islam memboikot novel saya dengan alasan ada gambar berhala pada kulit novel. Mujurlah masyarakat kita tidak jahil untuk mempercayai pembohongan seumpama itu. Dalam perkembangan terkini, karya saya dikatakan “ada unsur penyebaran agama Hindu” dan “salah dari segi Akta Penerbitan”. Alasan itu digunakan untuk menolak sebuah cerpen terbaru saya daripada disiarkan di sebuah majalah berprestij tanah air. Tentu sahaja saya tidak marah atau kecewa semata-mata kerana karya saya tidak disiarkan. Sebaliknya, apa yang menjadi persoalan adalah alasan yang diberikan untuk mewajarkan manuskrip itu ditolak. Ternyata ada unsur penindasan. Sebenarnya, sejak awal 2012, beberapa individu dilaporkan menghubungi editor di beberapa penerbitan dan “menghasut” supaya karya saya dan mana-mana ahli Kavyan tidak disiarkan. Alasan (fitnah) yang dikemukakan adalah bahawa kami “anti-Melayu” dan “anti-Islam”. Kerana Kavyan tampil menolong beberapa pengarang yang menjadi mangsa penipuan beberapa penerbit. Kerana Kavyan berjuang memartabatkan Bahasa Malaysia. Kerana Kavyan berani bersuara tanpa menjadi “pak turut” kepada mana-mana pihak; khususnya politikus. “Cerpen-cerpen Uthaya ada unsur penyebaran agama Hindu. Tak boleh disiarkan dan salah dari segi Akta Penerbitan. Suruhlah dia hantar ke surat khabar atau majalah India. … Cerpen dia agak terbuka bercerita tentang Tuhan Hindu. … Tak boleh disiar di majalah bahasa Melayu. Cerpen-cerpen dia menyebar agama Hindu secara halus kepada pembaca Melayu.” Demikian nada kempen terbaru yang dilakukan. Apa yang menarik, penolong editor sebuah majalah juga menyertai kempen “anti-Uthaya” dan mula “mengajar” ketua editor majalah berkenaan supaya memboikot karya-karya saya. Cerpen terbaru saya yang sudah diluluskan untuk penyiaran oleh editor dan ketua editor, tiba-tiba ditolak oleh penolong editor itu menggunakan alasan tadi. Nama DBP ‘dijual’ [caption id="attachment_887" align="alignleft" width="240"] Kononnya majalah-majalah DBP memboikot karya ahli Kavyan.[/caption] Malah, individu berkenaan juga ternyata berniat jahat apabila menggunakan nama bekas ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Padilah Haji Ali. Kononnya, semasa Padilah menjadi ketua, DBP memboikot karya-karya saya dan tidak menyiarkannya di mana-mana majalah DBP. Maka, majalah di mana dia menjadi penolong editor juga, katanya, perlu memboikot karya-karya saya. Tentu sahaja fitnah itu bertujuan menjejaskan nama baik serta imej DBP dan Padilah. Tambahan pula, tidak timbul langsung isu mana-mana karya saya diboikot oleh mana-mana majalah DBP. Terkini, karya saya disiarkan dalam majalah Tunas Cipta (April 2012) dan Dewan Pelajar (Jun 2012). Saya tidak menolak kemungkinan (ulang: kemungkinan) puak anti-Kavyan turut berusaha meracuni editor-editor di DBP. Bagaimanapun, tentulah DBP sebagai sebuah badan yang berwibawa, profesional dan beretika tidak akan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah yang disebarkan puak tidak bermaruah seperti itu. Berbalik pada alasan “ada unsur penyebaran agama Hindu” yang cuba dipelopori individu/kumpulan anti-Uthaya, mereka pasti terkejut besar jika berpeluang membaca cerpen “Rudra Avatara” (Dewan Sastera, Januari 2005) dan “Cerita Paurnami” (Dewan Sastera, Mac 2006) misalnya. Tidak mustahil bahawa puak itu akan menuduh Rozninah Abd Azib, bekas editor Dewan Sastera sebagai agen kepada penyebaran agama Hindu menerusi cerpen-cerpen berkenaan. Tambahan pula, Dewan Sastera adalah majalah sastera paling berprestij di tanah air dan diterajui pula sejak dahulu oleh editor-editor yang berwibawa. Sewaktu saya berbual-bual dengan Padilah dan Rozninah di kafe DBP pada 16 Februari 2012, kami turut menyentuh mengenai dua cerpen di atas. Rozninah tidak melihatnya sebagai karya yang “ada unsur penyebaran agama Hindu”. Malah, walaupun sudah lebih enam tahun, beliau masih ingat kedua-dua cerpen itu kerana unsur kemanusiaan dan kekeluargaan yang disajikan. Tidak ada laporan mengatakan pembaca Melayu-Islam murtad selepas membaca cerpen-cerpen berkenaan. Sebagai individu yang menulis secara profesional sejak 1992, tentulah saya tahu apa yang boleh ditulis dan apa yang perlu dielakkan dalam cerpen. Tentulah saya tahu perihal Akta Penerbitan DBP, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan, etika penulisan dan sensitiviti kaum/agama apabila mengirim karya untuk disiarkan. Paparan budaya kaum India Semasa mengirim manuskrip cerpen terbabit yang diluluskan ketua editor dan editor tetapi kemudian ditolak penolong editor sebuah majalah, saya nyatakan begini pada e-mel: “Karya ini tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama. Sebaliknya cerpen ini menggabungkan unsur budaya, keluarga, mitos dan pengajaran (moral) yang disajikan secara tersirat menggunakan teknik ‘to suggest’ (mencadangkan). Gaya bahasa yang digunakan adalah bahasa mudah, sesuai dengan sudut penceritaan watak seorang kanak-kanak.” [caption id="attachment_890" align="alignright" width="300"] Iklan percuma dicetak di belakang novel supaya puak anti-Uthaya tidak perlu berkokok siang-malam.[/caption] Hakikat yang perlu diakui adalah bahawa jumlah penulis kaum India yang menulis karya Bahasa Malaysia tidak ramai. Maka, sebagai kelompok “minoriti”, pasti sahaja banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Apatah lagi apabila terpaksa berdepan dengan puak anti-Kavyan yang berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi para editor akhbar dan majalah supaya memboikot apa-apa tulisan yang dikirim pengarang kaum India. Malah, saya difahamkan bahawa pada Jun 2012, seorang penulis terkenal dan disegani memberi “peringatan” kepada sekumpulan editor di sebuah penerbitan supaya berhati-hati dan berwaspada dengan karya daripada penulis kaum India – kecuali Raja Rajeswari Seetha Raman – kerana pasti ada cubaan menyebarkan ajaran agama Hindu menerusi karya yang dikirim. Sekadar makluman, Raja Rajeswari adalah penulis kaum India yang selesa menulis puisi bertema Melayu-Islam. Maka, walaupun beliau masih “minoriti” (penulis kaum India) tetapi beliau adalah “minoriti terpilih” kerana tidak pernah disyaki atau dituduh cuba menyebarkan agama Hindu menerusi puisi-puisi Islamik yang dihasilkannya. Akan tetapi, para pengarang lain (minoriti) tidak cukup bertuah seperti beliau untuk diberikan layanan istimewa. [caption id="attachment_889" align="alignleft" width="300"] Kavyan dan DBP mengendalikan Bengkel Penulisan Makalah Budaya pada Mei 2012.[/caption] Suatu hal yang ketara (dan sesungguhnya saya senangi) dalam cerpen-cerpen saya adalah penampilan budaya, bahasa, adat dan cara hidup kaum India. Sebenarnya, saya beranggapan adalah menjadi tanggungjawab saya menampilkan kebudayaan kaum India untuk tatapan dan pemahaman para pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Demikian saya nyatakan pada bahagian prakata kumpulan cerpen Siru Kambam (DBP: 1996). Demikian juga saya sering tegaskan kepada peserta bengkel penulisan cerpen anjuran Kavyan. Nasihat yang sama juga saya berikan kepada peserta Bengkel Penulisan Makalah Budaya anjuran DBP pada 19 Mei 2012. Penindasan secara halus Mungkin sahaja akan ada pihak yang tampil mengatakan bahawa isu sebuah manuskrip cerpen saya ditolak adalah isu terpencil dan tidak wajar diperbesar-besarkan. Akan tetapi, bagi saya, isu sebenar bukanlah soal cerpen itu tidak disiarkan – kerana saya boleh sahaja menyiarkannya di tempat lain; malah mendapat bayaran yang lebih. Isu yang lebih besar di sini adalah “penindasan secara halus” yang dilakukan secara terancang oleh pihak tertentu terhadap penulis pelbagai kaum yang menulis mengenai kaum, budaya, adat, kepercayaan, agama dan cara hidup selain daripada acuan Melayu-Islam. Dalam pada kita lantang berkokok “meraikan kepelbagaian”, apa yang sebenarnya berlaku/dilakukan adalah penindasan secara terancang terhadap golongan penulis minoriti yang berusaha “menyajikan kepelbagaian” yang dilaung-laungkan itu. Label paling mudah adalah “cuba menyebarkan agama Hindu/Kristian/Buddha/Sikh” bagi menghalang hasil karya itu daripada disiarkan untuk bacaan umum. Kononnya boleh menggugat akidah penduduk beragama Islam di Malaysia. Begitu rapuhkah keimanan dan akidah penganut agama Islam di negara bertuah ini? Apa yang diperkatakan di sini bukan semata-mata soal kebebasan bersuara – freedom of speech. Sebaliknya adalah mengenai tanggungjawab penulis membuka ruang ke arah pembinaan Bangsa Malaysia dengan menampilkan kepelbagaian budaya, adat-resam, kepercayaan dan agama untuk dinikmati pembaca. Semuanya musnah apabila dicantas pihak editorial yang terlalu rapuh keimanan dan terlalu tebal perasaan perkauman dalam diri. Mungkinkah akan tiba pula masanya ada pihak mencadangkan agar semua manuskrip karya yang dihasilkan pengarang “Bukan Melayu-Islam” wajib diserahkan kepada pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dinilai dan diluluskan? Bukan kerana unsur Islamik yang mungkin ditampilkan tetapi kerana bimbang “ada unsur penyebaran agama Hindu/Kristian/Buddha/Sikh”. Mungkin akan disarankan juga supaya karya-karya pengarang kaum India diserahkan oleh penerbit kepada peguam dan pakar undang-undang kerana bimbang kisah mengenai budaya, adat dan cara hidup watak kaum India itu “salah dari segi Akta Penerbitan” dan boleh mengancam keamanan negara. Pada waktu itu nanti, juak-juak anti-Kavyan serta penolong editor yang menolak cerpen saya dengan fitnah “ada unsur penyebaran agama Hindu” pasti akan tersenyum girang sambil menerima habuan yang dijanjikan pihak tertentu. Dan di pentas yang lain pula, pemerintah akan berkempen secara besar-besaran menggalakkan penulis pelbagai kaum menghasilkan karya Bahasa Malaysia untuk menggambarkan kepelbagaian budaya dan etnik di negara bertuah ini demi mencapai integrasi yang diimpikan bersama.

]]>

Say No to Racism

iran and Islamic Renaissance Front (IRF), in collaboration with Southeast Asian Centre for e-Media (Seacem), organised an Anti-Racism workshop on 15 Sept. The workshop was part of the activity for the Penang Local Democracy Festival. About 40 people, some representing NGOs turned up for the workshop, which was held at Aliran office, Penang. Dr Prema Devaraj, from Aliran began the workshop with an interesting interactive game to show how people were segregated. This was followed by a fun way of ‘putting labels’ on people based on their nationality was carried out by the participants in three groups (see picture above).

Anil Netto, also from Aliran, then took over to facilitate the session on ‘Examples of impact of racism – personal experiences’. The participants, in groups, were told to write down any experiences of racism that they encountered throughout their lives. Later on, they shared on how had these experiences impact their lives. Many felt that they became disheartened and angry, and one even said that because of the racism and stereotype, it made her reluctant to associate with lots of people. The ‘Changes and continuities in race relations’ were explored by Dr Francis Loh, from Aliran.  It was an in-depth look into whether ethnic relationship has worsen or improved.         Ahmad Fuad Rahmat from IRF, before introducing the participants to a campaign against racism, known as ‘Projek Dialog’, presented a clear and concise picture of existing Islamist groups such as PERKASA, PEMBELA, HAKIM, TERAS, ISMA, JATI, ABIM, IRF, ARQAM, SUARA. When these NGOs were formed and their composition, objectives, vision, activities, campaign were explained briefly. He then introduced the participants to Projek Dialog, a project which is a joint effort among several organizations and individuals who are committed to the progressive development of social issues in Malaysia. Among the organizations in partnership with Projek Dialog, are IRF, Seacem and Kota-Kita. Projek Dialog’s tagline is “Say no to racism” and it is a social development project that aims to promote healthy debate and understanding, within and among the diverse cultural, ethnic and religious groups in Malaysia. Nantha from Seacem then explained further about Projek Dialog. He informed that Projek Dialog use social media platforms such as Facebook,  Twitter, blogs, websites to reach out to the online community. As such, participants were told that Seacem is willing to organize a workshop on how to use social media to put across Projek Dialog’s aim of saying no to racism. All participants expressed interest and they look forward to the announcement of such a workshop.
]]>

Reaksi kepada filem menghina Nabi Muhammad

Baca artikel selanjutnya di sini.  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut. “DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan. “Ia juga harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta,” tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi. Baca artikel selanjutnya di sini. Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves. Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad. Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu. Sambil melaungkan “hancur Amerika”, “Hidup Islam” mereka juga membawa sepanduk bertulis “Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah”. Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu. Baca artikel selanjutnya di sini.

]]>