Tahukah Heiner Bielefeldt Apa Berlaku di Malaysia?

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

  Soalan yang sering diajukan, adakah komuniti Syiah di Malaysia? Siapakah mereka, penganut Syiah di Malaysia? Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman ketika menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertarikh 27 September 2012 menjelaskan bahawa kerajaan Johor telah mengeluarkan fatwa melarang mana-mana umat Islam di negeri Johor berpegang kepada ajaran dan fahaman Syiah. Fatwa bertarikh 9 Januari 2012 itu diwartakan pada 16 Februari 2012. Larangan tersebut merangkumi aspek mengajar, menerbit apa-apa terjemahan melalui media, menjadi anggota atau pemimpin syiah serta membantu mengembang ajaran tersebut. Tindakan negeri Johor tersebut bukanlah suatu yang menghairankan, kerana sejak beberapa dekad yang lalu, minoriti agama khususnya penganut Syiah (Imamiyyah dan Ismailiyyah) telah mengalami pemomokan secara institusi dan negara (state and institutionalized stigmatization). Dalam disiplin sosiologi, sarjana hak asasi manusia telah pun mahir dengan ciri-ciri masyarakat yang mengalami pemomokan (stigmatization). Sekadar ingatan, pemomokan ialah apabila berlaku empat perkara; iaitu ketika i) ahli masyarakat yang dominan bertindak membeza dan melabel kumpulan tertentu; ii) pelabelan ini, dalam konteks ini adalah Syiah, ditanggapi sebagai ‘sesuatu yang tidak dikehendaki’; iii) seterusnya pihak atau sasaran yang dilabel mengalami pengasingan; iv) di mana pengasingan itu, membawa kepada pihak yang dilabel kehilangan status dalam masyarakat secara tidak adil (Bruce G Link dan Jo C Phelan, 2001: 363). Siapakah penganut Syiah di Malaysia? Adalah lebih baik, sekiranya mereka sendiri menjawab soalan ini. Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), wakil komuniti ini memberitahu: “Etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang). Kami mempunyai bukti atau hujah akademik serta warisan sejarah keluarga yang mesti diperakukan menurut Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa kami adalah bermazhab Syiah atau mengamalkan fikah Ja’fari sebagai MAZHAB ASAL kami (Memorandum Kepada SUHAKAM 27 Disember 2010). Apakah dakwaan di atas benar? Tentu, ia tidak akan dapat dicapai dengan pemomokan. Ia hanya dapat ditentukan dengan komunikasi dua hala, dan kajian akademik yang mendalam. Tentu, bukan negeri Johor sahaja melakukan pemomokan terhadap minoriti Syiah. Selangor yang buat masa ini diperintah oleh pakatan pembangkang turut menafikan hak-hak asasi kaum Syiah. Bahkan, sejak dekad-dekad terdahulu penganut ajaran Syiah sering diancam dengan penahanan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2005: 175-176). Sebagai contoh, Abdullah Hassan, salah seorang pengikut Syiah Imamiyyah ditahan tanpa bicara di bawah ISA (Internal Security Act) antara 2 Oktober 1997 sehingga 31 Disember 1999. Beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada tahun 2001 di mana empat Pesuruhjaya SUHAKAM pada waktu itu; iaitu Harun Hashim, Zainah Anwar, Mehrun Siraj dan Hamdan Adnan menerima laporan beliau. Laporan Abdullah Hassan kepada SUHAKAM dilakukan berikutan Malaysia menahan enam lagi pengikut Syiah di bawah ISA antara 20 Oktober 2000 sehingga 5 Januari 2001 (Leong Kar Yen, 2001). Zainah Anwar selaku Pesuruhjaya SUHAKAM berjanji untuk menghubungi Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri memandangkan penahanan ahli masyarakat atas alasan kepercayaan dan agama adalah, meminjam ungkapan Zainah, ‘clear violation of Article 11 of the Federal Constitution which guarantees freedom of religion’. Pun dari tahun 2001, sehingga hujung 2012. Tiada perkembangan sihat berlaku yang memihak kepada minoriti Syiah di Malaysia. Secara keseluruhannya, Malaysia tidak memberikan kebebasan kepada penganut Syiah untuk beramal dengan fahaman Syiah yang dipilih atau diwarisi oleh mereka (Daily Times, 2011). Meskipun pemerintah Malaysia mendakwa penganut Syiah dibenar mengamalkan dan tidak diizin menyebar, hakikatnya, penganut fahaman ini mengalami gangguan emosi, psikologi dan sejak akhir-akhir ini ia menjadi bertambah fizikal khususnya di negeri Selangor. Insiden serbuan terhadap sebuah komuniti Syiah di Gombak pada 15 Disember 2010 misalnya dilakukan tanpa waran yang sempurna. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor masuk ke dalam ruang solat mereka dengan berkasut, mencerca kaum wanita dan kanak-kanak, serta mengherdik kepercayaan mereka. Ini dilakukan dengan kehadiran media, yang bertujuan untuk mengaib mereka. Harus diingat, kumpulan penganut Syiah ini berhimpun sesama mereka secara rahsia, dan tidak mengganggu masyarakat sekeliling (Nota Keterangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, 2012). Pemomokan terhadap penganut Syiah berlaku secara meluas dan sedar, serta lebih menggusarkan dilakukan oleh pihak berwajib sendiri. Jabatan Hal Ehwal Agama Trengganu sebagai contoh mengarah masjid-masjid di Trengganu membaca khutbah Jumaat anti Syiah pada 23 September 2011. Hal yang sama terjadi di Selangor, sebagai rekod; khutbah Jumaat bertarikh 6 April 2012 menyeru umat Islam menghindari Syiah. Khutbah berjudul ‘Penyelewengan Syiah Di Malaysia’ tersebut menyatakan, antara lain ‘Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini’. Khutbah ini adalah satu bentuk pemomokan yang jahat, memandangkan dalam masa yang sama, harus diingat seramai sepuluh orang qari bermazhab Syiah dari Iran dan Iraq telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sejak tahun 1961. Dakwaan dalam khutbah di Selangor itu ternyata mengelirukan dan berniat jahat terhadap minoriti ini, kerana jika Syiah ‘menafi dan menolak al-Quran’ maka apakah kedudukan sepuluh orang johan tilawah al-Quran tersebut? Apakah misalnya kedudukan johan musabaqah pdari Iraq ada tahun 2009, iaitu Osama Abdul Hamza, seorang muazzein di Haram Imam Husein, Karbala? (Dar al Quran al Kareem 1432 CE: 46). Atau apakah kedudukan akidah johan tilawah dari Iran 2006, Hossein Saeid Rostami Tabrizy? Jika khutbah Jumaat mahu jemaah mempercayai penganut Syiah ‘menafi dan menolak al-Quran sedia ada’ maka mengapakah qari berfahaman Syiah dibenarkan bertanding dalam Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysa? Justeru, tuduhan Jabatan Agama Islam Selangor dalam khutbah Jumaat tersebut perlu dipandang serius kerana merupakan satu pemomokan yang berat. Secara umumnya khutbah-khutbah Jumaat yang dibacakan di seluruh Malaysia adalah berlesenkan fatwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996. Khutbah-khutbah tersebut memomok ajaran Syiah, menyebar kepalsuan tentang amalan penganut Syiah dan bertujuan untuk masyarakat mengasing, membenci dan menghindari mereka. Akhirnya, di hujung khutbah, kekeliruan terhadap siapa penganut Syiah disebar dan dikukuhkan sehingga mereka dibenci masyarakat lantaran salah faham yang dikemukakan. Kewujudan Syiah juga dikaitkan dengan pertumpahan darah, pemomokan ini menyebabkan penganut fahaman ini sering menjadi mangsa ketidakadilan. Lebih menjengkelkan, seorang pegawai rendah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia menyarankan ‘secara halus’ supaya fahaman Syiah diharamkan dan penganutnya diberi tindakan tegas. Menurut beliau, ‘sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah mengharamkan, bahkan bertindak tegas terhadap pembawa pemikiran yang menyeleweng daripada akidah ASWJ. Sebagai contoh Ma’bad al-Juhani, pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 Hijrah’ (Mohd Aizam Masod, 2010). Adalah menghairankan pandangan ekstrim, radikal, melampau, bernada ugutan dan berbau hasutan di atas boleh terlepas pandang. Ini menunjukkan pemomokan terhadap penganut Syiah telah terangkat secara serius, dari sebuah fatwa menjadi satu ancaman berupa apartheid. Larangan dan fatwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996 yang disebutkan di atas menimbulkan kekeliruan memandangkan Artikel 11 dalam perlembagaan Malaysia menyatakan setiap orang diberikan kebebasan untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Malah, Artikel 3 dalam perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan dengan aman dan harmoni. Sekiranya Syiah ditanggapi oleh pihak berkuasa sebagai ‘bukan agama Islam’, sebagai ‘salah sebuah agama yang tua’, penganut Syiah masih perlu diberikan hak-hak mereka; memandangkan Malaysia memberi ruang kepada pengamal faham Bahai dan Sikh. Makanya, satu dialog berkesan harus dijalin antara pihak Syiah dan pemerintah Malaysia. Pemomokan harus dihenti. Oleh kerana itu, dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) salah seorang penganut Syiah, Haji Kamil Zuhairi menyatakan; ‘oleh kerana tiadanya dialog dan wacana di antara pihak berkuasa agama tempatan dengan komuniti kami (Syiah) di Malaysia maka telah berkembang kejahilan, kekeliruan dan salah anggap yang sangat besar terhadap kami. Fitnah yang disebarkan mengenai kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham yang buruk ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami’ (lihat Memorandum Kepada SUHAKAM 27 Disember 2010). Ketika diminta mengenang kejadian serbuan Jabatan Agama Islam Selangor pada 15 Disember 2010 tersebut, Kamil Zuhairi (2011), secara pahit menjelaskan: The officers broke into and damaged our prayer hall, a private property where we were having special prayers for the Prophet Muhammad’s grandchildren. We were condemned, criticized, slandered and threatened in local media just because we practice what had been preached by our ancestors who were Shia and have lived in Malaysia for centuries. If other communities like Hindus, Buddhists, Christians, Sikhs and others have their right to worship and practice under the constitution, then why not us? Satu soalan yang sering diajukan adalah, bagaimanakah kedudukan Syiah dalam ajaran Islam? Adalah jelas Syiah merupakan satu mazhab dalam Islam. Hakikat ini tidak dapat dipungkiri Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri. Hal ini telah diakui oleh Malaysia menerusi Deklarasi Islamabad 2007 yang dikemukakan oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Kerajaan Malaysia dengan diwakili oleh Syed Hamid Albar, Menteri Luar Negara ketika itu antara lain menyatakan kesanggupan untuk melindungi hak-hak minoriti agama dari mazhab Syiah. Pemomokan Syiah sebagai fahaman ‘sesat’ dan penganutnya wajar dipinggir tidak dipersetujui dalam Deklarasi Islamabad 2007 itu. Saya kira Malaysia perlu diingatkan kembali mengenai Deklarasi Islamabad 2007 di atas. Sarjana Tariq Ramadan (Shahanaaz Habib, 2012) menyelar keras permainan Sunni-Syiah yang dimainkan kerajaan Malaysia sebagai ‘dangerous game’; malah tatkala menyatakan kekesalannya, Tariq Ramadan menyifatkan polisi tersebut sesuatu yang berupa ‘diskriminasi’: This is not acceptable. There are differences and disagreements on some issues but we are both Muslims. We should not use this division to colonise’ our way of dealing with Muslims because that would be creating division and by creating divisions we are promoting discrimination and nurturing trouble. Pandangan Tariq Ramadan tersebut, bukanlah sesuatu yang asing benar. Ini kerana pada tahun 1960, Dr Burhanuddin al-Helmi (2005, 39) ahli politik dan figur gerakan Islam yang prominen dari Parti Islam Semalaysia (ketika itu Pan Malayan Islamic Party) menegaskan dalam ucapan pembukaan sebuah simposium tentang Sufisme, menyatakan konflik Syiah dan Sunni harus diselesaikan dengan dialog, dan bahawa konflik tersebut dicetuskan oleh penguasa yang tamak: ‘Hendaklah kita pulihkan kembali kepada kebenaran perbalahan antara ahli sunnah dan ahli syiah. Sesungguhnya perpecahan itu ialah rekaan raja-raja yang tamak…’ Hal yang sama ditekankan oleh S.M Mohamed Idris (2012), tokoh persatuan pengguna dan Pengerusi Citizens Internatonal tatkala mengkritik siaran TV Hijrah bertarikh 25 Jun 2012 menerusi Rancangan Bicara: Bahaya Syiah. Media melakukan pemomokan terhadap penganut Syiah tanpa segan silu sedikit pun. Ekoran dari itu, Mohamed Idris mengutus sepucuk surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation menegur media tersebut kerana melakukan pemomokan dan memenuhi agenda memecah belahkan umat Islam: Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi, menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu… [Surah Al Imran 3:103]. Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran. Jelas sekali pemomokan yang dilakukan terhadap penganut Syiah bukan sahaja dilakukan dalam bentuk fatwa, khutbah Jumaat, atau enakmen dan akta yang menganiayai hak-hak mereka; pemomokan bahkan didokongi media secara besar-besaran. Radio Televisyen Malaysia (RTM), media milik pemerintah pada 9 dan 16 Februari 2012, di stesen TV1 menyiarkan rancangan berjudul ‘Mazhab atau Agama’ bertujuan memomokkan penganut Syiah. Terkini, pada 4 Oktober lepas saluran Bernama TV Saluran 502, dalam rancangan Hello Malaysia, media ini memburuk-burukkan fahaman dan penganut Syiah. Selain media elektronik, media cetak turut melakukan pemomokan seperti yang dapat dibaca di Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember 2010 dengan judul ‘Markas Syiah Diserbu’ (Angelina Sinyang, 2010) atau Berita Harian bertarikh 28 April 2011 dengan judul ‘JAIS Pantau Syiah di Selangor’ (Khairul Azran Hussin, 2011). Fatwa dan larangan terhadap penganut Syiah di Malaysia bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia yang terpakai di United Nations dan adalah jelas, dalam kes ini, terdapatnya pelanggaran hak asasi manusia yang meruncing. Pencabulan hak asasi manusia berlaku apabila pemomokan berlaku. Hal dasar ini selalunya sukar difaham oleh sarjana dalam bidang undang-undang syariah di Malaysia kerana pemerhatian mereka tidak dilengkapi dengan bahagian dari disiplin sosiologi yang menjadi teras untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada dalam masyarakat. Undang-undang menyekat fahaman Syiah sebagai misalan dijadikan asas untuk melihat kemungkinan ‘sekatan tersebut menjadikan kumpulan agama minoriti terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan sebagai respon kepada sekatan yang dianggap mendiskriminasi mereka’ (Ezad Azraai Jamsari et al., 2011). Hipotesis akademik sedemikian menunjukkan pemomokan yang dilakukan pemerintah telah terangkat sebagai prasangka, yang malangnya berlaku di akar umbi termasuk dalam kalangan sarjana. Hal ini juga menunjukkan sectarian apartheid benar-benar berlaku dengan pelbagai alasan dan legitimasi. Sehubungan dengan itu, adalah munasabah Heiner Bielefeldt (Special Rapporteur On Freedom Of Religion Or Belief) dimaklumkan tentang perkembangan yang mendukacitakan ini. Heiner Bielefeldt perlu hadir mengunjungi Malaysia dan memeriksa keadaan pemomokan yang dilakukan terang-terangan ini. Malaysia wajib menjawab dalam sesi Universal Periodic Review (UPR) di Geneva pada Oktober 2013 atas alasan apakah Malaysia gagal memenuhi hak asasi masyarakat Syiah? Heiner Bielefeldt perlu mengunjungi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia, dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menuntut penjelasan mengapakah Malaysia gagal mematuhi Deklarasi Islamabad 2007 oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Bukankah Malaysia ahli OIC, justeru mengapakah Syiah yang merangkumi 15 peratus jumlah seluruh umat Islam didiskriminasi secara menjolok mata di negara ini? Heiner Bielefeldt mesti bertanyakan mengapakah hak-hak penganut Syiah yang bukan berwarganegara Malaysia boleh dihormati, sedangkan hak rakyat Malaysia yang berfaham Syiah dinafikan malah mereka dimomokkan secara konsisten dan sistematik. Heiner Bielefeldt perlu difahamkan mengapakah sikap munafik (double standard) ini berlaku di sebuah negara Islam yang progresif serta wasatiyyah seperti Malaysia. Ketika melawat Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia itu, Heiner Bielefeldt perlu diserahkan minit mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang berlangsung pada 24 dan 25 September 1984 [kertas No. 2/8/84, Item 4.2. 2/8/84, Item 4.2. (2)] dan beliau harus bertanya mengapakah kandungannya bertentangan dengan fatwa rektor Universiti al Azhar, Sheikh al-Akbar Mahmood Shaltoot bertarikh 6 Julai 1959 yang memperakukan Syiah sebagai satu mazhab dalam Islam. Special Rapporteur On Freedom Of Religion Or Belief dari Geneva harus mendapatkan laporan lengkap apa yang berlaku pada 15 Disember 2010, apabila 200 masyarakat Syiah yang sedang berkumpul ‘secara tertutup’ untuk berkabung mengenang peristiwa Karbala (peristiwa pembunuhan Saidina Husin cucu Rasulullah saw) di Gombak, Selangor telah diserbu, dan diganggu oleh penguatkuasa agama. Salah seorang dari komuniti ini turut diheret ke mahkamah di bawah Seksyen 12(c) Enakmen 9 1995 (Enakmen Jenayah Syariah) Negeri Selangor. Heiner Bielefeldt perlu diberi penjelasan sejajar dengan laporan ‘State of the World’s Minorities and Indigenous Peoples 2012: Events of 2011 Focus on Land Rights and Natural Resources’ yang menekankan bahawa ‘Shi’a Muslims, listed as a ‘deviant’ sect by Malaysia’s Islamic law in this majority Sunni Muslim state, also continued to face difficulties. In May, in the central state of Selangor, authorities broke up a gathering of Shi’a who were celebrating the birthday of a daughter of the Prophet, on accusations of proselytizing. Four people were reportedly detained’ (Beth Walker, 2012: 154). Akhir sekali, Heiner Bielefeldt perlu bertanya kepada elit pemerintah adakah tekanan terhadap komuniti Syiah ini dilakukan kerana Malaysia sebenarnya terhutang budi dengan dana asing daripada Arab Saudi, sebagai contoh pada Mac 2011 apabila Malaysia berterima kasih kepada regim Arab Saudi kerana memberi wang saku tunai sebanyak 8.15 juta USD; ‘distributing an additional cash profit of US$8.15 million to the 1Malaysia Development Berhad’ (Bernama, 2011). Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam di Malaysia berubah mengikut perkembangan zaman, dan memahami hakikat di sebalik penubuhan mereka suatu masa dahulu. Antropologis terkenal di Malaysia, Abdullah Taib (1985: 226) pernah menyatakan, ‘Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu. Penubuhan Majlis Agama ini ialah hasil ‘kebijaksanaan’ penjajah Inggeris.’ Untuk itu, satu saranan yang objektif ialah Malaysia kembali kepada Deklarasi Islamabad yang telah disepakati pada tahun 2007 oleh ahli-ahli OIC. Malaysia perlu menerima nasihat sarjana yang ada. Sebagai contoh, Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010: 76-77) menyifatkan kejumudan Malaysia sebagai merugikan, di mana satu Islam yang dibentuk oleh segelintir elit tidak dapat menafikan kewujudan dan kekayaan Islam yang pelbagai (pluralistic Islam): By stripping Islamic education of its pristine ideals, noble purposes and praiseworthy practices, the Malay-Muslim ruling establishment has transformed it into yet another area vulnerably bound to its largesse and patronage, which would ultimately be translated into political influence and support for UMNO and BN. Political considerations explain the express prohibition of pluralisme within Malaysian Islam. Any sign of dissent from official Islamic orthodoxy is frowned upon as reflective of deviance that is liable to prosecution in religious courts. Yet, this homogenization of Islam runs against the grain of Islamic history, which is rich with contestations between sects, school of thought and factions. The sufi and Shi’a provenances of Malaysian Islam, as recognized by prominent Malay nationalist Dr Burhanuddin Al-Helmy, have not been fully acknowledge in Malaysia’s official Islamic discourse as it does not tally with the ruling elites’ hegemonic agenda based on carefully constricted version of Malay-Muslim unity. Thus, Malay Shi’as and sufis have been foremost at the receiving end of government heavy-handedness ostensibly based on the concern to maintain the purity of Islamic faith. Bukan sarjana seperti Ahmad Fauzi Abdul Hamid seorang yang menyalahkan parti pemerintah di Malaysia sekarang ini, sarjana lain iaitu Judith Nagata (2011: 25), turut melihat pemomokan dan penyempitan Islam di Malaysia dilakukan oleh regim yang sedia ada: It is noteworthy how expressions of Sufism, once the most widespread form of Islam and Southeast Asia, and active in the Malay states until the Pacific War, have been repressed under the narrow, Sunni Shariah style of Islam promoted as orthodox by the UMNO state. Like wise, any hint of Shi’ism, once again more evident in local history, has been shunned as heretical by the government. Pemomokan yang disebutkan sepanjang tulisan ini, termasuk penahanan dan pendakwaan kerana kepercayaan mereka, memenuhi bentuk stigma yang dihuraikan oleh Catherine Campbell dan Harriet Deacon (2006) iaitu ‘tribal stigma’. Masyarakat Syiah ditindas dan dimomok kerana ciri-ciri luar biasa (deviation from the normative) mereka. United Nations harus masuk campur menghentikan dasar apartheid ini. Adalah diharapkan teguran atau recommendations menerusi Universal Periodic Review (UPR) di Geneva pada Oktober 2013 kelak akan menyedarkan Malaysia pencabulan demi pencabulan hak asasi yang telah direstui buat sekian lama. UPR boleh mencadangkan supaya penguatkuasa agama dikursuskan dan menjalani orientasi pendidikan hak asasi yang mana mereka perlu faham dunia ini dipenuhi oleh anggota masyarakat yang berbeza dan beragam-ragam. Pendidikan hak asasi manusia akan mendisiplinkan mereka supaya tidak menghina dan memomok orang dengan kepercayaan yang berbeza. Gantinya adalah dialog bermakna, atau interaktif yang dapat menyuburkan erti demokrasi. Semoga Heiner Bielefeldt tidak mengabaikan sectarian apartheid yang sedang berleluasa ini. Hak asasi kaum marjinal telah lama diabaikan, serta perlu dipenuhi serta merta.   *Tulisan ini adalah sebahagian dari kandungan Syarahan Sarjana Tamu yang disampaikan di Facolta di Scienze Umanistiche, Universita Degli Studi di Bergamo Italia pada 25 Oktober 2012 ketika berlangsungnya mesyuarat UNESCO Chair on Human Rights and Ethics of International Cooperation antara 25 hingga 27 Oktober 2012.  
Rujukan
 
Abdul Hamid, A.F. 2010. Islamic Education in Malaysia. RSIS Monograph No 18. S. Rajaratnam School of International Studies: Singapore.
Al-Helmi, B. 2005. Simposium Tasauf dan Tarikat Edisi Rumi. Ipoh: Pustaka Muda.
Bernama. 2011. Malaysia Supports Saudi Arabia & Gcc’s Peace Initiatives in Bahrain. 22 Mac. http://web6.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=572665.
Campbell, C dan Deacon H. 2006. Unraveling the Contexts of Stigma: From Internalisation to Resistance to Change. Journal of Community and Applied Social Psychology 7. September Issue.
Daily Times. 2011. Malaysia Bans Shias From Promoting Their Faith. Mac 10.
Dar al Quran al Kareem. 1432 H. Karbala. Imam Husayn Holy Shrine Foundation.
Deklarasi Islamabad. 2007. Islamabad Declaration The Thirty Fourth Session Of The Islamic Conference Of Foreign Ministers Session Of Peace, Progress And Harmony. 15-17 Mei. Resolusi No. 28/34-Pol berkenaan Strengthening The Islamic Unity Document. Fail No. A/61/981 S/2007./656. Hlm. 91-93.
Habib, S. 2012. Tariq Ramadan: Wising Up To Fragile Situation. The Star Online. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F8%2F5%2Fnation%2F11751955&sec=nation
Hussin, K.A. 2011. JAIS Pantau Syiah di Selangor. 28 April. Berita Harian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAISpantauSyiahdiSelangor/Article/
Idris, SM. 2012. TV Hijrah Didakwa Pecahbelahkan Islam. http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/arkib.harakahdaily.net
Jamsari, E.A dan Samuri, M.A.A dan Yaacob, S.E dan Mohd Awal, N.A dan Mohd Kashim, I.A dan Abul Hassan Ashari, M.Z. Penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Sebagai Definisi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran Agama bagi Kumpulan Agama Minoriti. Jurnal Undang-undang & Masyarakat 15 (2011): 31-42
Kar Yen, L. 2001. Use Of ISA Against Shia Followers Unislamic and Unconstitutional. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/3500.
Khutbah Jumaat. 2012. Penyelewengan Syiah Di Malaysia. 6 April. Jabatan Agama Islam Selangor.
Link, B dan Phelan, J. 2001. Conceptualizing Stigma. Annual Review of Sociology 27 (3): 363-385.
Masod, M.A. 2010. Antara Hak Asasi dan Mazhab Rasmi Negara. The Malaysian Insider, 31 Disember. http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/antara-hak-asasi-dan-mazhab-rasmi-negara-mohd-aizam-masod/
Memorandum Wakil Syiah Imamiyah Malaysia Kepada SUHAKAM. 27 Disember 2010. http://ab-na.com/data.asp?lang=15&Id=218727.
Nagata, J. 2011. Boundaries of Malayness: We Have Made Malaysia: Now It Is Time to Re-Make the Malays But Who Interprets the History?. Dlm. Mohamad M., & Al-Junied, S.M.K (Eds.), Melayu The Politics, Poetics and Paradoxes of Malayness. Singapore: National University Press.
Nota Keterangan Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang. 2012.
Sinyang, A. 2010. Markas Syiah Diserbu. 17 Disember. Utusan Malaysia.
Taib, A. 1985. Asas-Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Walker, B. (ed). 2012. State of the World’s Minorities and Indigenous Peoples 2012: Events of 2011 Focus on Land Rights and Natural Resources. New York: Minority Rights Group International.
 
]]>

Dunia Kiamat Akibat Dehumanisasi

Semasa mengisi borang UPU untuk memilih bidang yang saya minati dan universiti yang saya ingini, saya berasa sungguh bersemangat dan gembira kerana saya tidak sangka yang saya akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Saya selalu membayangkan bahawa konsep universiti ini adalah institusi yang paling kompleks, kerana fakulti manusia yang tertinggi iaitu intelek diterokai.

Tetapi pengalaman pada minggu pertama langsung melenyapkan imaginasi itu, kerana orientasi dimulakan dengan ceramah rasis dan menakutkan. Dan pengalaman ke kuliah setiap hari ialah pengalaman yang membosankan tiada bezanya dari sekolah menegah. Pensyarah mengajar dan pelajar belajar, dan muntahkanya pada waktu peperiksaan.

Saya kurang didedahkan dengan konsep hak asasi manusia semasa di universiti dan ia bermula agak lambat iaitu pada tahun 2009, dimana saya mengikuti satu dialog tentang anti-diskriminasi di Kuala Lumpur. Pengalaman pada masa itu sungguh mengkagumkan, terutamanya orang ramai yang berada di forum itu, merekalah yang saya bayangkan selama ini iaitu berdialog dan bersuara lantang, bertanyakan soalan dan memberi pendapat. Orang ramai yang terdiri daripada pelajar, pekerja, ahli akademik, ahli politik, aktivis, makcik, pakcik semua berdialog antara sesama tanpa diskriminasi bangsa, umur dan idea masing-masing.

Keberanian dan kelantangan dalam bilik itu langsung membuka mata saya dan saya dapat merasakan seluruh kosmos alam semesta bergerak menuju ke dalam diri dan memberi tenaga dan harapan baru. Itulah pendidikan hak asasi manusia saya yang pertama. Dan kisah Bawani mengingatkan saya tentang keadaan itu dan banyak situasi dialog yang pernah saya ikuti selama ini, yang memang tidak dipergiatkan di universiti. Tindakan Bawani berdiri untuk bertanyakan soalan dan pendapat merupakan satu jenis pendidikan yang memanusiakan, dimana pencerahan akal dan fikiran berlaku.

Saya bersetuju dengan Zul Fikri yang mengakhiri artikelnya1 kalau mahasiswa setakat belajar, lembu di padang juga belajar (selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak). Saya rasa bahawa fungsi mahasiswa tidak hanya tertakhluk kepada belajar, bekerja lepas itu kahwin dan beranak kemudian mati. Kita mempunyai panggilan yang lebih jauh dari itu, satu panggilan untuk menjadi garam dan terang dunia untuk memberi rasa dan cahaya dan mengubah realiti dunia yang tidak adil. Atau secara ringkasnya untuk menjadi manusia yang sejati.

Menurut artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), setiapmanusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi martabat dan hak-hak. Mereka dikaruniai akal dan hati nurani dan harus bertindak terhadap satu sama lain dalam semangat persaudaraan. Pernyataan ini sungguh dalam jika kita benar-benar membuat refleksi dan kaitkannya dengan panggilan kita untuk memperjuangkan keadilan dan perdamaian di masyarakat. Ini bermaksud manusia mempunyai kesucian hidup yang dilandaskan pada martabat dan kemerdekaan peribadi yang paling tinggi.

Tetapi jika kita melihat kontradiksi realiti sekarang, cerita kemiskinan yang disebabkan oleh struktur yang tidak adil punca daripada nilai sikap yang tidak manusiawi. Ini telah menyebabkan golongan ditindas ini tidak mempunyai martabat, dilayan seperti tiada maruah, hidup bagaikan robot, mayat hidup yang tiada nyawa. Seperti yang dikatakan oleh seorang pekerja migran, “though we look physically healthy, mentally we are sick. It’s unbearable”. Dengan itu, golongan ditindas telah mengalami dehumanisasi (tidak manusiawi), iaitu perbuatan yang menjatuhkan martabat dan menafikan sifat-sifat seluruh keperibadian seorang manusia.

Maka benarlah apa yang diramalkan oleh masyarakat Maya tentang dunia akan kiamat. Kerana kaum ditindas yang merangkumi golongan majoriti memang merasakan hidup seharian mereka ialah hari kiamat, dimana situasi kehidupan ekonomi dan politik menyerang martabat peribadi mereka, bukan sahaja itu tapi mereka benar benar mati akibat penindasan. Golongan penindas juga menjadi dehumanisasi dan hilang nilai kemanusiaannya apabila mereka menolak martabat dan rasa hormat terhadap orang lain. Oleh itu sebagai kaum (mahasiswa) yang mempunyai peluang mendapat pencerahan intelek, seharusnya memberikan kembali kepada masyarakat dan bukannya menghancurkan masyarakat.

Melihat kepada pelajar yang tepuk tangan untuk Sharifah dan lepas itu tepuk lagi untuk Bawani adalah satu petanda, iaitu mereka tidak dapat mengesankan penindasan sedang berlaku kerana proses dehumanisasi dan doktrinasi telah meresap dalam institusi pendidikan. Perlakuan pasif ini adalah kerana mereka juga ditindas, mereka pun dilakukan tidak berdaya dan dibenamkan dalam “kebudayaan bisu” yang dikatakan oleh Freire sebagai “submerged in the culture of silence”.

Pernah sekali, oleh kerana perasaan ingin tahu saya mengikutinya satu aktiviti pelancaran PERKASA yang diadakan dalam universiti. Ternyata sesi doktrinasi juga berlaku, dan dibelakang saya dua pelajar sedang bercerita, langsung tidak mendengar dan tidak menghiraukan ucapan diatas. Tetapi apabila tiba-tiba penceramah berkata “betul kan apa saya cakap ni”, untuk meminta maklum balas fakta sejarah (yang kurang betul). Dua orang dibelakang itu tanpa mengambil tahu apa yang berlaku tadi tiba tiba cakap “betul betul”! Dan ada seorang lagi secara tiba-tiba menjerit “hidup Melayu!”, yang dua orang tadi dan seluruh dewan pun terikut-ikut. Tindakan membuta tuli ini dibuat tanpa akal kerana proses dehumanisasi yang sangat kuat dan langsung tidak memberi ruang akal untuk berjalan. Adakah institusi pendidikan ini hanya menjadi gudang suruhan oleh penindas supaya kita mematuhi sistem ketidakadilan dan menafikan martabat sendiri dan orang lain?

Dengan dehumanisasi menjadi kenyataan yang sudah lama dalam institusi pendidikan, apakah yang membuatkan Bawani mampu bangun untuk bersuara? Saya tidak kenal Bawani secara peribadi, tapi melihat kepada kebanyakkan manusia yang berani bersuara saya nampak persamaan yang sama. Manusia yang bersikap kritikal, berani bersuara atas ketidakadilan, ini kerana mereka ada kapasiti untuk mencintai sesama. Dalam erti kata yang lain mereka menggunakan akal dan fikiran untuk refleksi, tangan dan kaki untuk bertindak secara solidariti dengan golongan akar umbi yang ditindas dan ada hati untuk memanusiakan kembali manusia. Seperti yang dikatakan oleh Che Guevara, “At the risk of seeming ridiculous, true revolutionary is guided by feelings of great love”.

Bukan itu saja, dengan keterlibatan konkrit dengan komuniti, mahasiswa mampu untuk membuat analisis yang berdasarkan kepada realiti. Dan keterlibatan dengan komuniti inilah panggilan yang menjangkau pengalaman hanya duduk dalam kelas, pergi membeli belah dan tengok wayang atau drama Korea. Sebagai contoh, mengapa kurang penglibatan mahasiswa untuk ingin mengetahui tentang penindasan yang dihadapi oleh orang kampung atau komuniti yang dipinggirkan, seperti rampasan tanah, pembinaan empangan atau pengusiran rumah.

Dan sedar atau tidak, banyak larangan atau halangan direka untuk menghalang mahasiswa daripada mempunyai campurtangan kritikal dengan realiti komuniti. Hal ini kerana penindas tahu bahawa campurtangan kritikal ini bukan kepentingannya, kerana penindas hanya pentingkan keadaan dimana manusia meneruskan ketundukan itu dan menerima realiti mereka yang ditindas. Kerana pada saat kesedaran itu bermula, mata mahasiswa akan terbuka dan dengan intervensi analisis sosial, ini akan memberi keyakinan dan tenaga baru untuk bertindak bersama komuniti akar umbi untuk menidakkan struktur ketidakadilan secara konkrit. Saya rasa itu yang berlaku pada kebangkitan mahasiswa pada tahun 70an, dimana pendedahan kepada penindasan dan penderitaan yang dirasai oleh rakyat miskin di Baling.

Jadi, merujuk kepada pendapat pelajar pada video Forum Suara Mahasiswa Part 4 minit yang ke 18:30, mendengar ceramah itu bukanlah satu pendedahan, dan pendedahan juga bukan berlaku apabila rujukpada internet sahaja. Mahasiswa harus betul-betul berdepan dengan melibatkan diri ke komuniti akar umbi untuk melihat sendiri realiti mereka, buat sendiri buat penilaian dan baru mahasiswa akan tahu apa tindakan seterusnya. Oleh itu, azam saya tahun ini masih juga sama, iaitu untuk menjadi lebih manusia dan solidariti dengan yang ditindas, kerana iman tanpa perbuatan adalah mati.

1 Surat Terbuka kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (http://www.projekdialog.com/featured/surat-terbuka-kepada-sharifah-zohra-jabeen-syed-shah-miskin/)  
]]>

An Open Letter to Brother Robert Judah Paul

An Open Letter to Brother Robert Judah Paul Living as a religious minority in a plural society is never easy. It is made even less easy when we as members of this minority try to make a difference to the society around us. Nonetheless, your love for the urban destitute and your work among them are known and can only be seen as a manifestation of Christ’s call for us to love our neighbors as ourselves. We are nonetheless troubled by a quote attributed to you in Free Malaysia Today that “Christians will take to the street if our voices are not heard legally”.[1] What troubles us is the word ‘will’ because if ‘take to the streets’ means displaying our anger with placards and reacting with provocative slogans, we will not do that. As part of the Christian community in Malaysia, we are, of course, alarmed at the call by Ibrahim Ali of PERKASA as well as the threat to organize a Bible Burning Festival in Butterworth on the 27th of January 2013.[2] We are nonetheless compelled to heed what our Scriptures clearly command us to do, to be “quick to listen, slow to speak, and slow to anger” (James 1:19). We find it wise to take counsel in the statement of the Christian Federation of Malaysia, a body that represents more than 90% of the Christian community in Malaysia, who have, through Bishop Datuk Ng Moon Hing that “Christians are peace-loving people who will continue to seek peace and harmony across all religious groups for the well-being of our great country. We pray that good sense and moderation will prevail for all people in times such as these.”[3] We also take heed of the warning from our fellow Malaysian theologian, Dr. Ng Kam Weng, who has counseled all concerned parties to avoid polemics.[4] Similarly we note that politicians on both sides of the political divide like MCA’s Loh Seng Kok and YB Baru Bian who have come out not just to condemn Ibrahim Ali for his inflammatory and seditious call but also to exercise restraint with reference to the “Allah” issue. [5] This is especially so during an electoral season where there may be irresponsible actors who would be more than happy to brew religious controversy for personal gain. And to our delight, we take comfort and encouragement in the fact that our fellow Malaysians of different walks of life as well as faiths have stood in solidarity with the Christian community by issuing public statements condemning the Bible burning threat as well as making police reports against this.[6] Our first call as Christians in the light of these challenges is to take to the prayer room rather than the streets. We ought not to add fuel to the embers stoked by the original provocateurs and become a party to the ‘bridge burners’. We do not deny that Christ calls us to speak out against injustice and to confront ‘bridge burners’ as we continue our work as ‘bridge builders’ with all Malaysians. We stand, as we must, in solidarity with victims of injustice regardless of religion. We oppose, as we must, tyranny that terrorizes all communities in this country. But we must also act justly, with mercy and humility (Micah 6:8) and seek to be peacemakers (Matthew 5:9), building bridges across communities. These are trying times for Christians and other minorities in this nation. We call for Christians to be discerning and prayerful while modeling the way of Jesus in confronting these trials. We urge Christian leaders to be in consultation with the relevant institutions like the Christian Federation of Malaysia and the Bible Society of Malaysia who have labored hard for the last 30 years to resolve the difficulties that have arose from the restrictions imposed on Christian worship in our national language, Bahasa Malaysia. Your fellow Malaysian pilgrims in Christ, Yee Siew Meng (Theology student, Seminari Theoloji Malaysia Wong Tien Li (Layperson, Friends in Conversation) Steven Foong (TEE Student, Seminari Theoloji Malaysia) Rev Sivin Kit (Pastor, Lutheran Church in Malaysia, PhD Student in Religion, Ethics, Society, University of Agder) Rev Pax Tan (Pastor, Baptist) Rev Ng Kok Kee (Pastor, Pentecostal, Theological Educator) Rev Dr Lim Kar Yong (Pastor, Petaling Jaya Evangelical Free Church, Adjunct Lecturer, Seminari Theoloji Malaysia & Malaysia Bible Seminary) Lim Swee Bin (Mother, Focus on Sarawak) Lee Soo Choo (Layperson, Lutheran) Kevin Thomas (Layperson, Baptist) Joshua Woo (Preacher, Presbyterian) Gina Phan (Layperson, Lutheran) Freddie Acho Bian (Layperson, Sidang Injil Borneo Sarawak) Eugene Koo (Layperson, Methodist) Dr Samuel Ong (Cardiologist, Methodist) Dr Alex Tang (Elder, English Speaking Presbytery of Malaysia) Davin Wong (Layperson, Anglican) Daniel Lee (Layperson, Brethren) Chris Chong (Layperson, Friends in Conversation) Bob Kee (Layperson, Lutheran) Alwyn Lau (Layperson, Lutheran) Adrian Pereira (Human Rights Activist, Catholic, Coordinator, Community Action Network Rev Tryphena Law (Pentecostal, Social Concern friend, Pastoral Counselor, teacher) Christopher Cheah (Layperson, Methodist)

Ramanathan M (Layperson, Lutheran)
Supported by Friends in Conversation (FIC) http://friendsinconversation.wordpress.com/


[1] Quoted in Burn the Bible, and you burn the church, http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/24/burn-the-bible-and-you-burn-the-church/ (Accessed 24 January 2013).
[2] At the time of writing, the police have begun investigations, Ibrahim Ali called up by cops, http://www.malaysiakini.com/news/219839  and made a statement with reference to the notice to burn Bibles, Ignore Bible-burning rumour, say police, http://www.malaysiakini.com/news/219856  (Accessed 24 January 2013).
[3] CFM Media Statement, Proposed Bible-burning an abhorrent act, http://www.themicahmandate.org/2013/01/proposed-bible-burning-an-abhorrent-act/ (Accessed 24 January 2013).
[4] Ng Kam Weng, Resolving the Allah Controversy: Going beyond polemics and call for constructive dialogue, http://www.themicahmandate.org/2013/01/resolving-the-allah-controversy-going-beyond-polemics-and-call-for-constructive-dialogue/ (Accessed 24 January 2013).
[5] Please refer to statements by Loh Seng Kok, MCA charges back at Ibrahim Ali over bible-burning threat, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mca-charges-back-at-ibrahim-ali-over-bible-burning-threat, and Baru Bian, The Allah debate, a plea for restraint ,http://www.themicahmandate.org/2012/12/the-allah-debate-a-plea-for-restraint/ (Accessed 24 January 2013).
[6] Please refer to the joint statement by Aliran, Sisters in Islam, Islamic Renaissance Front and Projek Dialog, Why Bible-burning poser is bridge-burning in multi-religious Malaysiahttp://aliran.com/11367.html , and a Statement by Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) Jangan Bakar Kitab Suci http://kavyan.blogspot.no/2013/01/jangan-bakar-kitab-suci.html?zx=5664f28d5acc881a as well as Police report lodged against Ibrahim Ali Bible-burning call, http://www.youtube.com/watch?v=JKSLbuwPe48 (Accessed 24 January 2013).
]]>

Jangan Bakar Kitab Suci

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB pada 24 Januari 2013 di Shah Alam, Selangor:

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mana-mana pihak membakar buku sebagai tanda protes. Pendirian dan ketegasan Kavyan adalah sama seperti pegangan dalam insiden novel Interlok: Edisi Murid yang dilaporkan dibakar pihak tertentu pada Januari 2011 – BACA DI SINI.
 
Kalaulah Kavyan menentang keras perbuatan membakar buku cerita/fiksyen/novel, tentulah bantahan lebih keras ditujukan kepada mana-mana pihak yang mahu membakar – atau meminta orang lain membakar – buku-buku berupa kitab suci mana-mana agama.
 
Kavyan kecewa dengan tindakan mana-mana pihak yang tergamak menghasut orang ramai membakar mana-mana kitab suci mana-mana agama. Perbuatan itu adalah berbentuk menimbulkan hura-hara dan perlu diambil tindakan tegas demi keharmonian penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
 
Semoga mana-mana pihak/individu yang meminta/menghasut pembakaran mana-mana kitab sudi mana-mana agama segera menarik balik kenyataan itu dan segera insaf atas kesilapan yang dilakukan.
  ]]>

Tergadaikah maruah akhbar Tamil?

Oleh: Uthaya Sankar SB

(Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya)

[caption id="attachment_1380" align="alignleft" width="150"]Nam Naadu (17 Januari 2013) mempersoalkan tujuan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Nam Naadu (17 Januari 2013) mempersoalkan tujuan Himpunan Kebangkitan Rakyat.[/caption] Pembaca akhbar-akhbar Bahasa Tamil di Malaysia pasti sudah sedar bahawa sejak lebih dua minggu lalu, hampir tiada berita “positif” berkaitan Pakatan Rakyat (PR) disiarkan. Lima akhbar harian Bahasa Tamil yang terdapat dalam pasaran adalah TamilNesan, MalaysiaNanban, MakkalOsai, ThinaKural dan NamNaadu. Saya bukan penyokong mana-mana parti politik, tetapi sebagai seorang pengamal media yang memantau akhbar-akhbar Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin, saya mendapati apa yang berlaku dalam kesemua lima akhbar Tamil berkenaan “secara tiba-tiba” mengundang pelbagai pertanyaan. Pada 19 Januari 2013, saya meminta rakan-rakan meneka punca perubahan drastik ini berlaku. Apabila “meneka”, pastilah ada tekaan yang betul dan ada tekaan yang salah. Sebab itulah juga rakan-rakan saya di Facebook memulakan tekaan mereka dengan kata-kata “Mungkinkah …” sebagai bukti bahawa tiada sebarang tuduhan dilemparkan terhadap sesiapa. “Mungkinkah pemerintah menjadikan akhbar Bahasa Tamil sebagai sumber yang sesuai untuk menyebarkan dakyah politik, memandangkan UtusanMalaysia semakin merudum sambutan daripada kalangan pembaca?” tanya RanaenEng. Bukanlah suatu rahsia bahawa akhbar UtusanMalaysia dan MingguanMalaysia sudah secara terang-terangan dikatakan serta disifatkan masyarakat sebagai “lidah rasmi UMNO”. Sebab itulah juga apabila menulis makalah dan analisis, saya suka memetik sumber dari UtusanMalaysia, BeritaHarian dan Bernama kerana pasti penyokong Barisan Nasional (BN) tidak akan mempertikaikan “kesahihan” petikan itu. “Mungkinkah musim propaganda melalui akhbar sudah disemarakkan secara agresif; kerana akhbar-akhbar ini (Tamil) sememangnya membawa propaganda pada setiap masa?” Demikian pertanyaan yang timbul dalam fikiran NizhaPeriaswamy dari Shah Alam. ShahrizalAzwanSamsudin pula yakin bahawa kerajaan (BN) sedang menumpukan perang saraf kepada kaum India. Katanya, “Mungkin kerana ‘bacaan’ mereka (BN) bahawa sokongan kaum India makin berkurangan kepada kerajaan (BN). Mungkinkah kerajaan (BN) berfikir bahawa kaum India yang sudah berpaling lebih mudah ditarik untuk menyokong BN semula berbanding kaum Cina dan Melayu?” Tekaan serta pertanyaan yang dikemukakan oleh mereka memang wajar difikirkan secara teliti. Pada tahun 2005-2008, saya menjadi pengulas akhbar-akhbar Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin menerusi segmen “Akhbar Hari Ini” di TV1 (RTM). Saya juga perunding media kepada beberapa individu/kumpulan. Maka, saya mendapati pertanyaan yang dikemukakan rakan-rakan tadi amat wajar serta tidak boleh dilihat sebagai menghina sesiapa. [caption id="attachment_1379" align="alignright" width="150"]“Letakkan keyakinan; banyak kami akan buat” (Thina Kural, 14 Januari 2013) berserta sisipan khas 16 halaman bertajuk “PM Rakyat yang menepati janji”. “Letakkan keyakinan; banyak kami akan buat” (Thina Kural, 14 Januari 2013) berserta sisipan khas 16 halaman bertajuk “PM Rakyat yang menepati janji”.[/caption] Pada penelitian saya, akhbar ThinaKural sebelum ini sangat lantang bersuara serta menyiarkan analisis mengenai peratusan pekerja sektor awam mengikut kaum. Tuntutan dasar adalah supaya pengambilan pekerja kaum India ditingkatkan. Bagaimanapun, kelantangan bersuara itu kini sudah hilang. Suatu lagi perkara yang saya perhatian adalah bahawa rata-rata akhbar Tamil sejak lebih dua minggu lalu sangat berminat menyiarkan berita-berita yang memuji-muji dan memuja-muja pihak tertentu. Para pembaca makalah ini pasti dapat meneka siapakah “pihak tertentu” yang dimaksudkan. Etika kewartawanan, objektiviti berita “Adakah akhbar Tamil menyiarkan berita tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di muka depan atau tidak pada Ahad lalu (13 Januari 2013)? Berapakah jumlah khalayak yang dilaporkan berhimpun? Jika jawapan bagi soalan pertama adalah ‘Tidak’ dan yang kedua pula ‘45,000 orang’ maka kita sudah boleh meneka dengan mudah punca perubahan drastik yang saudara maksudkan,” kata KarlAnwar dalam komennya. Seorang lagi rakan, ElangovanAnnamalai mengakui bahawa topik sama juga belakangan ini dibincangkannya bersama rakan-rakan. Beliau berharap agar pihak terbabit segera menyedari kesilapan mereka dan “jangan biarkan rakyat benci anda selama-lamanya”. Kalau diperhatikan, rata-rata akhbar Tamil pada 13 Januari 2013 tidak menyiarkan berita mengenai kejayaan HKR pada hari sebelumnya. Hal sama juga dilakukan majoriti akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris. Hanya SinarHarian menyiarkan berita yang seimbang dan objektif mengenai HKR. Maka, tidak hairanlah bahawa kebanyakan masyarakat memilih untuk membeli akhbar-akhbar Mandarin pada hari Ahad berkenaan. Walaupun tidak tahu Bahasa Mandarin, sekurang-kurangnya mereka puas hati melihat foto masyarakat pelbagai kaum yang menyertai HKR; memiliki/memegang akhbar yang bersikap objektif serta tidak menjadi “baruah” dan “juak-juak” kepada pihak berkepentingan. [caption id="attachment_1381" align="alignleft" width="150"]“Jangan tukar Kerajaan Pusat, tukar Kerajaan Selangor” kata Najib di Malaysia Nanban (14 Januari 2013). “Jangan tukar Kerajaan Pusat, tukar Kerajaan Selangor” kata Najib di Malaysia Nanban (14 Januari 2013).[/caption] Rata-rata akhbar Tamil pada 13 Januari lalu melaporkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa HKR melanggar beberapa syarat yang ditetapkan. Dan tentu sahaja satu-satunya ruangan yang kekal di semua akhbar Tamil adalah ruangan/sisipan khas berkaitan filem, hiburan dan foto pelakon India yang mendedahkan tubuh. Dalam pertemuan saya bersama beberapa pembaca tegar akhbar Tamil, mereka meluahkan rasa meluat melihat perkembangan dalam akhbar-akhbar berkenaan sejak awal bulan ini. Selama ini mereka membeli/membaca beberapa akhbar Tamil sekali gus untuk mendapatkan berita yang “seimbang” dari pelbagai sudut. Bagaimanapun, kata mereka, akhbar-akhbar berkenaan kesemuanya kini sudah menjadi umpama “lidah rasmi BN”. “Akhbar-akhbar Tamil harus sedar bahawa masyarakat India, terutama golongan muda, akan muak sekiranya kebanyakan berita memihak kepada satu pihak sahaja. Walaupun generasi muda mampu mendapatkan berita terkini menerusi media alternatif, media sosial (Facebook, Twitter) dan sebagainya, mereka masih membeli akhbar Tamil demi memberi sokongan dan galakan kepada penerbit/wartawan Tamil. Akhbar Tamil mungkin akan kehilangan pembaca muda sekiranya berterusan memaparkan berita yang berat sebelah!” Demikian pandangan ikhlas TamilSelvanThirumalai yang juga Pengerusi PIBG SJKT Serdang. Hakikat yang perlu diakui adalah bahawa sentimen dan kecintaan terhadap Bahasa Tamil merupakan antara sebab utama akhbar Tamil terus hidup di negara tercinta ini. Kalaulah sekadar mahu mendapatkan berita terkini, masyarakat India yang menguasai sekurang-kurangnya dua lagi bahasa selain bahasa ibunda boleh mendapatkan berita dari pelbagai sumber lain. Maka, pada penelitian saya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelima-lima akhbar harian Tamil bagaikan sedang “bermain dengan api” serta mempertaruhkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan akhbar itu memelihara bahasa ibunda; selain menyiarkan berita yang seimbang. Saya sangat-sangat berharap bahawa saya tersilap dalam membuat tekaan ini tetapi hasil pemantauan dan penelitian secara khusus terhadap akhbar-akhbar berkenaan, didapati bahawa penerbit terbabit memang bagaikan sudah memilih untuk menjadi “lidah rasmi” pihak tertentu. Nasib akhbar Tamil selepas PRU-13 Soalnya, tidak takutkah mereka memikirkan kemungkinan kehilangan pembaca yang memang pun tidak ramai? Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa masyarakat India menyokong PR dan menyampah membaca berita-berita yang memuji-muji dan memuja-muja BN. Sebaliknya, mana-mana manusia yang rasional (kata kunci: manusia & rasional) pasti akan menjadi meluat dan termuntah-muntah apabila sesebuah akhbar melakukan puji-pujian dan puja-pujaan secara berlebih-lebihnya. Apatah lagi apabila sesebuah akhbar didapati tiba-tiba sahaja berubah 180 darjah dalam hal ini. Suatu teori mudah adalah kemungkinan (kata kunci: teori & kemungkinan) penerbit terbabit tidak perlu risau memikirkan soal jualan akhbar merudum sepanjang tempoh Januari-Mac 2013. Secara praktikal, seorang penerbit tidak perlu risau jika kos penerbitan dan keuntungan (hasil jualan) sudah ditanggung pihak tertentu sebelum akhbar itu terbit. Sekadar contoh – ingat: contoh sahaja – katakanlah ada pihak tertentu yang tampil memberikan sumbangan atau suntikan modal ikhlas sebanyak RM1 juta bagi sebuah akhbar Tamil. Katakanlah, syarat yang diletakkan adalah bahawa sifar (0%) berita positif mengenai PR boleh disiarkan. Katakan – katakan sahaja – setiap akhbar berkenaan menerima sumbangan ikhlas RM0.3 juta sebulan untuk menampung kos dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana saban hari hanya menyiarkan berita-berita yang mampu membuatkan pembaca meluat dan termuntah (kecuali ruangan tetap melibatkan artis-artis berpakaian seksi, tentunya). [caption id="attachment_1382" align="alignright" width="150"]Tamil Nesan (13 Januari 2013): “Anwar gagal kumpul sejuta orang”. Tamil Nesan (13 Januari 2013): “Anwar gagal kumpul sejuta orang”.[/caption] Tentu sahaja saya tidak menuduh mana-mana akhbar Tamil menerima sumbangan (suntikan modal) seperti itu. Tidak sama sekali! Sebaliknya, semua ini hanyalah teori, analisis dan andaian dengan mengambil kira keperluan (wang) bagi sebuah akhbar harian Tamil untuk terus bernyawa di negara ini. Katakanlah saya pemilik sebuah akhbar Tamil. Katakanlah saya menerima “sumbangan” RM1 juta daripada pihak tertentu dan saya akur untuk menyiarkan hanya berita-berita yang berat sebelah. Saya tidak perlu risau selama tiga atau empat bulan kerana duit masuk setiap bulan daripada penyumbang yang baik hati itu. Ini belum mengambil kira pendapatan daripada iklan. Akan tetapi, apa akan berlaku selepas tempoh itu; selepas PRU-13? Apakah saya selaku penerbit akhbar Tamil yang sudah menggadaikan maruah, bahasa, etika dan integriti akan terus menerima sumbangan lumayan daripada pihak tertentu yang murah hati itu? Bagaimana pula dengan khalayak pembaca (kaum India) yang sudah meluat dan termuntah-muntah selama hampir empat bulan (Januari-April 2013) membaca sampah-sarap serta puji-pujian dan pujaan-pujaan berat sebelah yang saya siarkan atas nama “berita” selama ini? Pasti sahaja mereka akan berhenti membaca akhbar saya dan memilih sumber alternatif. Jangan lupa bahawa portal berita di ruang siber juga terdapat dalam Bahasa Tamil dan boleh diakses dengan mudah untuk mendapatkan berita-berita yang seimbang, objektif, beretika dan membuka minda. Sebagai penerbit akhbar Tamil, saya (contohnya) ada dua pilihan: sama ada menjadi penerbit akhbar yang bermaruah dan beretika, atau menjadi “baruah tidak bermaruah”. Sebagai masyarakat yang mahu terus memastikan Bahasa Tamil mekar di Malaysia mengikut peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, pembaca juga ada dua pilihan apabila terpaksa berdepan dengan mana-mana akhbar Tamil yang sudah “dibeli” pihak tertentu. Mereka boleh sama ada terus memberi sokongan kepada akhbar-akhbar tidak bermaruah demi niat murni memartabatkan bahasa ibunda; atau memilih alternatif lain bagi terus memartabatkan bahasa ibunda dengan cara yang bermaruah. Takkan Bahasa Tamil hilang di Malaysia!   ]]>

Mahasiswa Pasca ‘Listen, Listen, Listen’

Oleh Zul Fikri Zamir

“Be curious. Read widely. Try new things. I think a lot of what people call intelligence just boils down to curiosity.”

– Aaron Swartz (1986-2013).

Swartz, pengasas bersama Reddit.com, bertanggungjawab mencipta kod RSS ketika berumur 14 tahun. Dia kemudiannya memimpin Demand Progress, pertubuhan aktivis yang mencabar undang-undang anti cetak rompak SOPA/PIPA yang dirangka oleh US Congress. Pada 2008, beliau mencipta sebuah program yang membolehkan orang awam memuat turun sehingga 20 juta fail dari laman PACER dan sekitar 4.8 juta fail akademik dari laman Jstor secara percuma. Beberapa hari yang lalu, saya menulis sebuah surat terbuka kepada saudari Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Saya menulis kerana rasa sedih terhadap perkembangan dunia akademik serta hak mahasiswa yang telah dilanggar dengan begitu angkuh sekali. Dan perkara yang membuatkan saya paling kecewa ialah kerana ribuan mahasiswa Melayu-Islam bertepuk tangan ketika hak seorang mahasiswa India untuk bertanya dan memberikan pendapat dinafikan dengan cara yang paling naif sekali. We Are All Sharifah Zohra            Untuk mereka yang membaca lapis makna diantara surat tersebut, mereka akan dapat memahami tujuan saya menulis surat tersebut. Saya menulis bukan dengan niat untuk menanti balasan dari saudari Sharifah atau mahukan surat tersebut dibaca oleh beliau. Saya menulis dengan harapan mahasiswa akan bangkit dan sedar dari penjara indoktrinasi ideologi yang selama ini memenjarakan mereka. Insiden ‘Listen, Listen, Listen’ ini sebenarnya bukan isu baharu. Semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan AUKU pada 1971, sistem ‘Listen, Listen, Listen’ ini dipasangkan ke dalam minda kita tanpa sedar. Hasilnya setelah 40 tahun indoktrinasi, ciri-ciri seperti ‘bongkak’, ‘tidak peduli’ dan ‘menurut arahan’ memang telah menjadi sebahagian dari budaya dan DNA kita. Foucault di dalam makalahnya ‘Discipline & Punish: The Birth of the Prison’ (1975) menyatakan tentang kesan utama ‘Panoticism’ialah untuk memastikan banduan kekal dalam keadaan sedar tentang fungsi automatik kuasa ke atas mereka. Di dalam penjara berbentuk ‘Panoptic’ (mengambil konsep Jeremy Bentham), banduan sedar diri mereka diperhatikan melalui menara tanpa mengetahui siapa di dalam menara tersebut. Foucault menegaskan penjara sebagai mekanisme disiplin paling penting untuk meng-ilustrasikan disiplin sebagai alat kepada kuasa. Melalui operator menara yang dikenali sebagai ‘anonymous power’, mekanisme pemantauan kekal tidak dikenali seterusnya memastikan projek ini efisien. Realitinya di Malaysia, saya melihat menara sebagai Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti, operator menara sebagai Menteri dari  Kementerian Pengajian Tinggi serta model penjara ‘panopticon’ sebagai AUKU dan mahasiswa kekal berada di dalam sel-sel penjara. Tidak sukar untuk membuktikan perkara ini. Buka Facebook dan selongkar akaun rasmi persatuan mahasiswa universiti tempatan. Perbincangan mereka seringkali berkisar soal parking, asrama, harga makanan di cafetaria ataupun kursus kahwin. Untuk aktivis peringkat lebih tinggi, mereka berpolitik partisan pula. Saya tidak katakan perkara ini tidak bagus, tetapi mahasiswa harus sedar bahawa masyarakat lebih memerlukan mereka ketika mereka sibuk berpersatuan untuk mengadakan kursus kahwin. Ironi bukan? Tidak gemar orang lain menyuarakan pendapat, tidak gemar perbahasan berat, sukakan perkara remeh temeh seperti ‘kucing ada masalah, anjing boleh menggonggong’ serta tidak suka mendengar pendapat orang lain; kita semua sebenarnya sama seperti Kak Listen. We Are All Sharifah Zohra. ‘Slacktivist’ & Budaya pop Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah gambaran kecil kepada masalah besar isu kebebasan akademik dan mahasiswa. Masyarakat lebih gemar menuntut permohonan maaf dari saudari Sharifah daripada melihat kepada 2300 mahasiswa lain yang berada di dalam dewan dan bertepuk tangan. Kita bersikap reaktif lebih pantas daripada kita muhasabah sikap dan masalah kita sendiri. Dalam situasi ini, apa gunanya jika saudari Sharifah membuat permohonan maaf sekalipun? Apakah selepas itu aktivis Twitter, pejuang Facebook dan semua ‘slacktivist’ ini akan kembali melayari laman Zalora.com, berkongsi fakta kucing melalui butang ‘share’ atau sibuk ketawa dengan 9gag.com dan kembali tidak peduli kepada masalah asas ketidakpedulian di kalangan mahasiswa? Anak muda hanya mengambil kesempatan terhadap isu-isu sebegini untuk mensensasikan keadaan tanpa mengambil pengajaran darinya. Bermula dari insiden Adam Adli, demonstrasi mansuhkan PTPTN sehingga isu Kak Listen, hampir tiada satu gerakan terancang dijalankan oleh mahasiswa untuk mengubah norma dan cara berfikir di kalangan mahasiswa. Sampai bila mahasiswa akan terus-terusan mabuk dilambung ombak budaya pop sebegini? Projek Dialog vs Projek Pembodohan Penting sekali agar isu Kak Listen vs Bawani ini diperhalusi oleh setiap pemimpin mahasiswa di peringkat universiti serta gerakan-gerakan mahasiswa bersifat partisan atau non partisan dari segi ideologi dan ‘substance’ lebih dari bentuk material yang mereka lihat. Penghinaan fizikal yang dialami oleh Bawani sebenarnya menggambarkan betapa rancu dan rosaknya sistem hak asasi yang selama ini dipegang oleh pihak berkuasa dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka. Mahasiswa harus melihat isu ini dari sudut ‘the oppressed and the oppressor’ [yang tertindas dan yang menindas]. Paling penting indoktrinasi yang melibatkan penderaan mental ini akan menyebabkan mahasiswa tidak boleh berfikir sendiri sehingga sanggup menepuk tangan beramai-ramai ketika pendapat rakannya diperlekehkan. Paling serius, idea pendidikan percuma Bawani diperlekeh hanya menggunakan analogi haiwan 1 Malaysia, di dalam institusi pengajian tinggi dengan tepukan dan sorakan dari rakan-rakannya – ‘the so called intellectual’! Pemimpin mahasiswa sedia ada mempunyai kerja berat di bahu mereka iaitu untuk mengubah sudut pandang mahasiswa dan rakan mereka yang lain dahulu sebelum bergerak ke tahap seterusnya. Saya mendengar ura-ura gerakan mahasiswa yang akan bertanding di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Tanpa memperlekehkan niat dan stamina yang dipunyai mereka, saya berpendapat pemimpin dan gerakan mahasiswa harus mengupayakan mahasiswa lokal untuk turun ke bawah dan melihat masalah masyarakat dahulu. Perbincangan dan dialog intelektual harus segera dilaksanakan membabitkan isu ekonomi, sosial serta pelbagai masalah merangkumi budaya dan golongan terpinggir. Selain berjuang untuk hak mahasiswa, mereka terlebih dahulu harus fokus isu dalam iklim ‘politic of fear’ dan ‘politic of patronage’ ini untuk memastikan mereka dilihat non-partisan serta berjuang untuk masyarakat. Projek-projek pembodohan harus segera diubah kepada projek dialog membabitkan isu perkauman, agama dan golongan marginal. Sebelum bertanding mereka harus segera memastikan golongan mahasiswa mengurangkan menonton Adam dan Hawa ataupun fanatik membaca Harian Metro. Zaman autoritarian Mahathirisme telah lama berakhir. Mahasiswa harus segera bangkit dengan melihat diri mereka sendiri , melihat kepada bahan bacaan dan membina ideologi yang mantap sebelum keluar berjuang. Dengan bantuan media digital seperti Facebook dan Twitter, tidak mustahil mahasiswa mampu bangkit sebagaimana yang telah dibuktikan oleh mahasiswa luar seperti Revolusi Jasmin. Mahasiswa juga tidak perlu menunggu Fahmi Reza untuk masuk ke dalam universiti dan mendengar ucapan beliau sebelum berubah. Mengapa tidak ada seorang Fahmi Reza-pun di kalangan mahasiswa sendiri? Mengapa tidak ada 10 atau 100 Adam Adli di kalangan mahasiswa sedia ada kini? Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini, Bawani hanyalah sosok. Yang diperlukan kini ialah 1000 atau 10,000 Bawani yang akan lahir dari sistem baharu pasca insiden Kak Listen. Individu seperti Aaron Swartz, Mark Zuckerberg, Steve Jobs atau Bill Gates mengubah dunia tanpa memikirkan CGPA mereka. Swartz ‘drop-out’ dari Stanford University selepas setahun pengajian, kemudiannya menjadi felo di Harvard University. Malangnya mahasiswa di Malaysia asyik dan sibuk berfikir untuk ‘meluluskan’ diri dari universiti sehingga terlupa dunia berubah tanpa penglibatan mereka. Foucault kemudian menegaskan rekabentuk ‘Panoptic’ ini boleh digunakan terhadap apa jua bentuk populasi termasuk sekolah, pesakit di hospital ataupun pekerja; “If the inmates are convicts, there is no danger of a plot, an attempt at collective escape, the planning of new crimes for the future, bad reciprocal influences; if they are patients, there is no danger of contagion; if they are madmen there is no risk of their committing violence upon one another; if they are schoolchildren, there is no copying, no noise, no chatter, no waste of time; if they are workers, there are no disorders, no theft, no coalitions, none of those distractions that slow down the rate of work, make it less perfect or cause accidents” ]]>

Terlepas Dari Sumpahan ‘LISTEN LISTEN LISTEN’

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

Satu soalan yang sering diungkapkan oleh orang awam ialah, apakah itu hak asasi manusia? Apakah kita benar-benar memerlukannya? Apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia? Hak asasi manusia terbina berasaskan tiga tunjang moral iaitu kebebasan, persamaan dan maruah manusia; ‘human rights are undeniably based upon an appeal to three moral ideals; freedom, equality and human dignity’ (Andrew Fagan, 2011: 3). Oleh kerana definisi hak asasi manusia menurut kaca mata barat itu memelihara dan mengiktiraf hak setiap individu iaitu kebebasan, persamaan dan maruahnya, maka ya, ia benar-benar diperlukan malah didambai oleh setiap individu yang waras. Untuk menjawab soalan berikut, apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia, jawapannya ya, semestinya boleh, wajar dan wajib hak asasi manusia diasuh, dipupuk dan dididik untuk generasi baharu Malaysia. Sebelum poin berasaskan soalan-soalan di atas dihuraikan, satu kenyataan yang penting untuk dihadami ialah sebahagian besar aktivis dan penggiat hak asasi manusia bersetuju bahawa hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan, atau mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Hal ini misalnya ditekankan oleh Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Universiti Essex, dan juga pengarang buku The Atlas of Human Rights, Andrew Fagan. Menurut Fagan (2011: 2-3), ‘in a sense, those who continue to violate and abuse human rights may be thought of as suffering from a lack of suitably enlightened mind. Human rights violations are blamed on ingrained ignorance, and the mean for overcoming ignorance in any form is eduaction.’ Satu-satunya jalan yang ada untuk mencerahkan akal minda serta mengeluarkan seseorang manusia dari gejala ketidakpedulian adalah dengan mendidiknya, justeru, poin penting yang terkait dari perenggan-perenggan di atas adalah pendidikan hak asasi manusia menjadi keperluan. Sebahagian besar pendidik hari ini dijangka dapat bersetuju bahawa metode pengajaran yang memaksakan dengan kaedah listening passively telah berlalu, bahkan kelompok manusia yang diajar atau dididik perlulah ‘actively engaged in their own learning’ dan dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah pendidikan hak asasi manusia. Terma pendidikan hak asasi manusia mencakupi pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik serta pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’. Ia didefinisikan ‘sebagai pendidikan, latihan, penyaluran maklumat yang bertujuan untuk membangunkan budaya hak asasi manusia di mana ia adalah komprehensif dan bukan sahaja untuk memberitahu mengenai hak asasi manusia itu semata-mata bahkan mengenegahkan skil-skil yang diperlukan untuk mempromosi, mempertahankan dan mengaplikasinya dalam hidup’. Pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik menumpukan aktiviti-aktiviti yang digubal khusus untuk membantu manusia memain peranan penting dalam kehidupan demokratik. Di mana setiap individu mengamalkan hak mereka dan dalam masa yang sama bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Ia juga menekankan pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’ yang berhasrat untuk mengutara dan menjelmakan rasa hormat diri, rasa hormat terhadap individu lain dan pembaikan hubungan antara individu pelbagai tradisi budaya. Di Barat, pendidikan hak asasi manusia diajarkan bukan sahaja kepada anak-anak sekolah, tetapi lebih penting kepada guru. Ia bukan sahaja diajarkan kepada pelajar universiti tetapi pendidikan hak asasi manusia kini dilatih, diajar dan dikursuskan buat penguatkuasa undang-undang, pembuat polisi dan dasar, para administrasi, seniman dan tentunya ibu-bapa (OSCE, 2009: 9). Di peringkat sekolah, dan pengajian tinggi antara komponen-komponen besar yang terkandung dalam pendidikan hak asasi manusia yang mensasarkan generasi baharu ini antara lain adalah a) pendidikan gender; b) pendidikan inter-budaya anti rasisme; c) pendidikan personal dan nilai-nilai sosial; d) pendidikan global; e) pendidikan untuk pembangunan berterusan; f) pendidikan kewarganegaraan; g) pendidikan keamanan; h) pendidikan sivik (Nancy Flowers, 2011: 4-5). Sudah tiba masanya hak asasi manusia dididik untuk generasi baharu Malaysia, malah pendidikan hak asasi manusia ini seharusnya diterapkan kepada semua peringkat masyarakat bagi membolehkan hak-hak asasi seseorang individu dihormati serta dipertahankan. Sehingga hari ini, cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia supaya pendidikan hak asasi manusia diajarkan di sekolah-sekolah menengah masih dipandang sepi (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 2006). Pun tanpa menunggu kelengahan tersebut, pendidikan hak asasi manusia masih perlu diperkenalkan di semua peringkat. Sebagai contoh, untuk permulaan, sesebuah universiti boleh mengundang figur publik yang dapat diteladani untuk satu sesi bersama siswa baharu. Figur tersebut hendaklah faham, mahir dan lebih jelas, mengamalkan hak asasi ke darah dagingnya supaya ia dapat ditonjolkan dalam sesi tersebut. Ketika figur tersebut mempromosi hak-hak demokratik seorang warganegara misalnya, para siswa hendaklah tidak mendengar sahaja atau listening passively, siswa sebaliknya digalakkan supaya menyuarakan rasa dan gejolak dalam diri yang bergumulan. Mereka harus secara aktif berpartisipasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tentang hak-hak demokratik seorang warganegara dengan membantah jika berasa perlu, atau menyumbang pandangan berbeza. Penglibatan sedemikian meski terlihat vokal dan melulu hendaklah disambut serta disahut oleh pihak universiti atau educator dengan baik. Pihak universiti malah sewajarnya mencambah semangat, membaja harapan dan idea baharu dan tidak memperolokkannya. Pendidikan hak asasi manusia bermula secara sangat halus, iaitu dengan menghormati hak setiap manusia untuk berbeza pandangan lantas menghormati pilihan kehendaknya. Selain diperlakukan secara terhormat, seorang siswa, atau individu yang berbeza hendaklah tidak dinafikan haknya untuk bersuara. Merujuk kepada insiden antara Suara Wanita 1 Malaysia yang direpresentasikan oleh Sharifah Zohra Jabeen dan cik Bawani KS, pendidikan hak asasi manusia sama sekali tidak akan berjaya dalam kerangka ‘when I speak, you listen’ kerana era Hamurabi dengan kuasa kudus (divine right) telah lama berakhir. Kerangka ‘when I speak, you listen’ adalah natijah dari ‘you owe me, so shut up’. Kerangka listen, listen listen ini adalah ciri autoritarianisme kerana kuasa menjadi kudrat (might is right). Ia diterjemahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen dengan menolak hak cik Bawani untuk bersuara secara verbal dan secara aksi di mana mikrofon beliau ‘dirampas’. Ia adalah lambang jelas bagaimana suara seorang siswa dirampas secara kasar. Lebih menyedihkan ia berlaku di sebuah universiti di mana-mana pendidikan hak asasi manusia wajar diajarkan. Namun secara positifnya, klip video selama 24 minit yang tersebar secara meluas di laman sesawang dan laman sosial antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS itu dengan sendirinya telah menjadi satu bentuk pendidikan hak asasi (secara informal) yang mempunyai impak meluas, tersendiri dan sungguh fenomenal di Facebook dan forum Internet. Klip tersebut membocorkan ‘rahsia’ bagaimana peredaan sikap dilakukan di kampus-kampus. Dalam analisis psikologi sosial, forum yang dihadiri oleh Bawani KS dan diceramahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen tersebut adalah pengesahan apa yang pernah dinyatakan oleh K. Ramanathan (1989: 53) sebagai ‘teknik-teknik brainwashing digunakan dalam penyiaran sesuatu ideologi’ di mana propaganda dan indoktrinasi politik dilakukan terhadap rakyat. Satu hal yang menjadikan forum itu berbeza ialah apabila Bawani KS bingkas dan menyuarakan pandangannya. Samada hujah cik Bawani KS berwibawa atau benar, adalah satu soal lain, beliau ternyata terdidik dengan hak-hak asasi dan fahami sepenuhnya ‘respect and human rights’ lalu mahu merungkaikan ‘cengkaman kerangka when I speak, you listen’ tersebut. Sekiranya cik Bawani KS tidak bangun dalam forum itu, kita akan melihat satu senario di Pyongyang, Korea Utara, di mana semua orang bersorak dan bertepuk tangan mengeyakan propaganda dan indoktrinasi politik yang sedang berjalan. Apa yang Suara Wanita 1 Malaysia tidak sedar ialah, dalam era laman sosial, boleh dan telah pun menjadi medium pendidikan hak asasi yang ampuh, tindakan mensenyapkan Bawani KS menjadi satu sukatan pelajaran hak asasi manusia yang sungguh berkesan. Klip video selama 24 minit itu mendatangkan kejijikan buat sebahagian besar pengulas di internet, kerana secara mendadak mereka sudah terlepas dari sumpahan ‘listen listen listen’. Secara mendadak pengunjung dan penonton klip video tersebut di internet tersedar bahawa selama ini mereka sendiri pernah menjadi tukang sorak yang tidak berani itu, dan dengan sendirinya figur Bawani KS yang berani telah menjadi figur terhormat. Natijah ini dapat dirungkai berdasarkan kerangka sosiologi tertentu. Sebagai seorang sosiolog, saya sangat tertarik melihat insiden antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS  ini kerana ia menjelaskan apa yang diungkap oleh Karl Wolfgang Deutsch’s (1964) mengenai ‘political behavior’ dalam buku beliau yang tersohor, The Nerves of Government. Terdapat tiga sumber yang membentuk political orientation seseorang individu. Tiga pengaruh dari sumber berbeza ini memberikan efek kekal. Salah satu pengaruh paling besar yang membentuk pandangan atau sikap politik seseorang itu adalah keluarganya.  Adalah satu kelaziman ibu-bapa akan mewariskan pandangan atau nilai ideologi yang mereka sikapi kepada anak-anak. Kedua, pandangan politik seseorang individu akan diperolehi daripada ‘educational authority figures’ seperti guru di sekolah, atau pensyarah di universiti. Akhir sekali, ‘peers’ turut memain peranan yang kuat, malah sebenarnya paling kuat berbanding dua pengaruh sebelumnya. Dalam hal ini  ‘peers’ bermaksud kumpulan teman-teman yang saling membentuk pengetahuan, tabiat dan orientasi seseorang individu. Dalam erti kata lain ‘peers’ adalah entiti sosial yang merubah cara pandang atau meneguhkan pandangan politik seseorang. Hari ini, sosialisasi dimudahkan oleh jaringan yang tidak dapat dibendung iaitu Facebook dan Twitter. Ia menjadi satu bentuk jaringan ‘peers’ yang sangat berpengaruh  khususnya untuk para remaja (dan siswa) menyalur pandangan, saling bertukar idea dan harapan. Bahkan, hari ini, ‘peers’ dalam kalangan Facebook dan Twitter ini melampaui teman mereka secara fizik. Dalam erti kata lain juga, laman sosial ini dapat berfungsi menjadi pendidik hak asasi manusia yang berkesan meski tidak langsung. ‘Peers’ seumpama ini sudah pun ditelah oleh Deutsch sejak tahun 60an. Menurut Deutsch, komputer dan alam siber akan memberi perubahan besar pada aktivisme masyarakat. Aspek paling dominan yang dibincangkan oleh Deutsch dalam bukunya adalah apa yang beliau namai sebagai ‘feedback and equilibrium’. Menurut beliau, ‘feedback’ adalah jaringan komunikasi yang berupaya menggerakkan perubahan tabiat ekoran berlakunya pertukaran informasi; ‘that produces action in response to an input of information, and includes the results of its own action in the new information by which it modifies its subsequent behavior (Karl Wolfgang Deutsch, 1964: 88).’ Secara mudahnya, ‘feedback’ adalah sejenis ‘output’ yang kembali kepada sistem sebagai ‘input’. Sementara itu, ‘equilibrium’ adalah kembali kepada keadaan asal ketika ia dikecahkan; ‘return to a particular state which was disturbed.’ Apa yang menarik, ‘feedback’ ini dapat dianalisa dengan formula ‘lag and gain’. Menurut Deutsch, analisa ‘lag and gain’ ini diperhatikan pada tempoh masa yang membolehkan satu-satu ‘feedback’ negatif itu bergetar dalam masyarakat sehingga ia akhirnya kembali kepada posisi asal dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan sebagai satu ‘gain’ yang positif; ‘lag is the time that elapses between the moment a negative feedback system reaches a certain distance from its goal and the moment it completes corrective action corresponding to that distance. Gain means the extent of the corrective action taken.’ Dalam insiden Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS, ‘lag’ yang diambil memakan minggu, dalam tempoh itu Bawani KS menjadi ‘mangsa’ dan mengalami ‘kesunyian’ sebelum ia terjelma kembali dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan lalu disambut sebahagian besar masyarakat atau paling tidak kelompok ‘peers’ sebagai sesuatu yang harus dibela. Seolah-olah masyarakat, paling tidak penumpu internet, tersedar dan dipulihkan dari satu sumpahan ‘listen listen listen’ selama beberapa dekad. Analisa berasaskan ‘lag and gain’ ini menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen dan propaganda yang direpresentasinya di pihak yang salah lantas memerlukan korektif yang besar. Maka tidaklah menghairankan, pemimpin-pemimpin parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen dengan segera menjarak diri daripadanya, malah menafikan pengetahuan mereka dengan beliau (lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm/). Getar yang berjalan dalam tempoh minggu itu menjadikan Bawani KS kini mendapat momentum ‘peers’ yang lebih besar, lebih besar daripada jumlah tukang ejeknya di dalam dewan tersebut. Analisa ‘lag and gain’ malah menunjukkan kerugian di pihak  Sharifah Zohra Jabeen yang kini mengalami ‘kesunyian’ seperti yang dialami oleh Bawani KS sebelumnya. Berasaskan analisa atau formula yang dikemukakan oleh Karl Wolfgang Deutsch ini, kerugian adalah jelas ditempiasi oleh parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen. Maka, tidak juga menghairankan jika parti yang bertentangan dan membangkang gagasan yang diwakili oleh Sharifah Zohra Jabeen itu memanfaat dan menuai hasil ‘lag and gain’yang tidak terjangka ini demi kepentingan mereka. Tambahan pula, keadaan sekarang adalah sangat sensitif memandangkan setiap kelompok politik sedang merebutkan pengaruh dan dokongan. Nilai-nilai kemanusiaan (hablumminannas) mendapat tempat yang besar dalam Islam malah disangkutkan dengan nilai-nilai ketuhanan (habluminallah). Hak-hak asasi manusia memang dididik secara tegas dalam ajaran Islam. Bahkan transendensi budaya hak asasi tersebut terbentuk dari tiga asas utama: ‘Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.’ (Ali-Imraan 104). Islam melihat umat yang gagal dan tidak baik adalah umat yang gagal mempertahankan budaya hak asasi dengan membiarkan hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan. Islam juga mengecam mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Kelihatannya satu-satu pengamal transendensi budaya hak asasi manusia dalam klip video tersebut adalah Bawani KS. Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, apa yang paling menarik dari insiden ‘listen listen listen’ ini adalah pendidikan hak asasi manusia telah diajarkan secara tidak tersangkakan sehingga membuahkan kesedaran demokratik yang sihat.   RUJUKAN Deutsch, KW. 1964. The Nerves of Government: Models of Political Communication and Control. Free Press. New York. Fagan, A. 2011. An Education in Human Rights. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 2-3. Flowers, N. 2011. Preparation for a Responsible Life. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 4-5. OSCE Organization for Security and Co-operation in Europe. 2009. Human Rights Education in the School Systems of Europe, Central Asia and North America: A Compendium of Good Practice. Office for Democratic Institutions and Human Rights. Warsaw. Ramanathan, K. 1989. Asas Sains Politik. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 2006. Research on Knowledge and Practice of Human Rights in Secondary School. Human Rights Commission of Malaysia. Kuala Lumpur. The Malaysian Insider. 2013. As varsity video goes viral, Umno leaders move to head off storm. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm. 15 Januari. ]]>

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”

– William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari. Universiti atau Tadika? Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan. Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu. Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia. Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani? Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika? Hujah vs hujah Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’,   ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makan shark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’. Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak. Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah. Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  ‘When I speak, you listen!’. Fungsi Mahasiswa Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara. Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan. Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’. Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri. Apa selepas ini? Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas ‘politik-merengek’ sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka. Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan ‘Ideologi Kaum Intelektual’. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan ‘Suara Wanita 1 Malaysia’, saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari. Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka. Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka; Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas; Kalau mahasiswa setakat belajar, Lembu di padang juga belajar. (Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)  * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org (Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia) ]]>