Menzahirkan pluralisme dalam suasana kemelut

peaceful coexistence” atau kedamaian hidup bersama. Ia menggalakkan umat Islam untuk meletakkan nilai kesamarataan, keharmonian dan keamanan antara agama. Namun begitu, sempena Hari Raya Haji ini pula, dada akhbar dipampangi dengan kontroversi isu baru-baru ini berkenaan perkataan “Allah” dan beberapa lagi tindakan kontroversi pihak jabatan agama, memberi impresi bahawa agama adalah sesuatu yang bersifat eksklusif. Maka demikian, pengalaman menyertai Konvoi Interfaith di tempat-tempat keagamaan di sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul merupakan sesuatu yang amat berharga. Saya agak tertarik dengan konsep menziarahi kuil, tokong, masjid dan rumah-rumah ibadat yang terdapat di negara ini untuk meluaskan pemahaman antara agama. Agama Hindu Pencetus Kebenaran Jennifer Pak dari BBC turut mengikuti rombongan anjuran Projek Dialog dan Kumpulan Sasterawan Kavyan. Dalam kebisingan jalan raya dan kesibukan masyarakat bandar menjalani kehidupan seharian mereka, kami memulakan interfaith walk di kuil Hindu Subramanian Chettiar. Kuil tersebut aman indah dan menghijau, terdapat sebuah sangkar besar yang menempatkan beberapa merak dan burung, ukiran-ukiran dewa-dewi dalam mitos Hindu terpampang di dinding dan atap kuil, serta diselubungi bau-bauan wangian kemayan dan bunga. Sami-sami Hindu di kuil tersebut amat selesa dengan kehadiran kami, walaupun mereka sedang sibuk melayani beberapa penganut Hindu yang sedang beratur bersembahyang dan meminta berkat. Agama Hindu merupakan satu cara hidup untuk menuju ke jalan kebenaran atau Dharma yang meliputi setiap adat, tradisi, teologi dan falsafah. Tidak hairanlah ia juga dikatakan sebagai agama yang tertua dalam penyebaran tradisi kesedaran (Enlightenment Tradition). “Allah” dan Agama Sikh Seterusnya, kami berhijrah ke Gurdwara Sahib, sebuah kuil agama Sikh yang tersembunyi di selok Jalan Sentul. Wanita diwajibkan mengenakan selendang, manakala lelaki melilit kain di kepala untuk memasuki Gurdwara. Wakil-wakil daripada agamawan Sikh amat mesra menyambut konvoi kami, malah sempat menyajikan jamuan teh susu herba dan roti. Saya agak tertarik dengan kesamaan agama Sikh dengan agama-agama Nabi Ibrahim (Ibrahamic Faiths). Hal ini kerana mereka percaya kepada konsep monolitik, iaitu Tuhan adalah satu dan mempunyai kitab sucinya iaitu Guru Granth Sahib. Mereka juga mengelarkan Tuhan sebagai “Allah”, gelaran bahasa Arab yang lazim digunakan di Timur Tengah dalam agama Kristian, Yahudi dan Islam. Dewa Pengawal Kesejahteraan Konvoi kami bergerak ke Tokong Dewa Cheok Beh Keing (Dewa Pengawal) di Jalan Sentul, sebuah rumah ibadat dihiasi dengan pelbagai simbol mitos budaya Cina yang berwarna-warni seperti naga, dewa pengawal, ikan emas, dan sebagainya. Penghuni di sekitar tokong tersebut amat gembira menerangkan sejarah tokong tersebut; tokong tersebut telah bertapak di sana lebih daripada 100 tahun, ia menjadi pusat kemasyarakatan bagi kaum Cina untuk berdoakan kesejahteraan hidup. Doa tersebut bukan tertakhluk kepada penganut Dewa tersebut, sesiapa juga boleh mendoakan kesejahteraan kehidupan mereka. Maka, saya dan rakan-rakan yang lain turut membakar kayu bedil dan masing-masing berdoa untuk keamanan antara agama. Antara Islam dan Poster Anti-Syiah Kemudian, kami berangkat ke Masjid Al-Hidayah yang bersih rapi. Ia merupakan sesuatu pengalaman yang amat unik kepada yang bukan Islam, ini adalah pertama kalinya mereka mengambil wuduk dan memegang Al-Quran. Mereka juga sempat melihat para jemaah islam menunaikan solat Zohur. Sejuk mata memandang beberapa umat Islam yang kusyuk membaca ilmiah agama dan bertawakal. Penjaga masjid tersebut juga berbuka hati menerima kami, mereka mengatakan sesiapa sahaja, termasuk yang bukan Islam boleh melawati masjid di sana. Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah kami dapati sebuah poster anti-Syiah yang terpampang di dalam masjid. Islam adalah agama sejagat dan realitinya terdapat pelbagai mazhab Islam di dunia ini. Mereka juga mempercayai Allah sebagai Tuhan, walaupun sejarah, adat dan tradisi penyembahan mereka berlainan. Apakah patut agama dijadikan alat bagi memecahbelahkan umat dan menyemarakan kebencian? Ketidakpentingan Ritual Kami mengakhiri destinasi konvoi rumah ibadat di Wat Buddha Sri Lanka. Kuil tersebut tersergam indah di dalamnya dengan sebuah patung Buddha putih yang besar, dihiasi dengan bunga-bunga cantik di mazbah hadapannya. Kami bersantap tengah hari dengan lauk-pauk ‘vegetarian’, sambil menghayati kedamaian kuil tersebut. Sami Buddha tersebut amat mesra dengan kedatangan kami, beliau mengatakan penganut di kuil tersebut sentiasa menerima kunjungan antara agama daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah mereka juga sering melakukan aktiviti kebajikan terhadap rakyat Malaysia berbilang kaum. Saya bertanya mengapa terdapat hiasan bunga di mazbah? Apakah ritual pemujaan agama Buddha? Sami Buddha tersebut dengan tenang menerangkan konsep falsafah ajaran Buddha Teravada ini. Jelas beliau, ritual sebenarnya tidak penting langsung dalam mendapat restu atau pahala dari Tuhan, yang penting adalah karakter dan hati budi pengikutnya. Agama sebagai topik “Sensitif” Hakikatnya, walaupun negara kita dicerminkan sebagai sebuah negara yang pluralisme dan harmoni, rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan budaya ‘sensitif’, setiap kaum tidak berani untuk berinteraksi mahupun mengambil berat dengan masyarakat beragama lain. Mereka lebih selesa dengan kepompong agama masing-masing, segala interaksi antara agama hanya sebagai ciri simbolik semasa upacara keramaian dan rumah terbuka. Bahkan, budaya berdialog antara agama masih merupakan sesuatu yang agak janggal dalam merapatkan silaturrahim dan keharmonian masyarakatan. Ironinya, saya dapati tiada satu pun penghuni  rumah ibadat yang kami kunjungi melayankan kami dengan buruk, walhal, mereka sering menekankan kepentingan kedamaian dan kesejahteraan dalam agama, dan sentiasa menerima penganut agama lain dengan hati yang terbuka. Saya percaya, sesetengah pihak berkepentingan mungkin boleh memperbodohkan umat dengan mempolitikkan nama Tuhan, tetapi, sesiapa yang benar-benar memahami kewujudan agama akan mengetahui bahawa “segala yang baik itu adalah daripada Tuhan, dan segala yang keji itu adalah perbuatan manusia sendiri”.

]]>

Isu kalimah Allah: Perjuangan yang menolak izin Ilahi

“Barangsiapa yang bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, ataupun hendaklah dia diam”. [Sila rujuk Sahih Al-Bukhari, cara bersumpah, Hadis no : 2482) Keadaan sebegini juga pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Saw berkait dengan seorang lelaki yang bernama Budail bin Abi Maryam yang telah memberi wasiat kepada dua rakan perkongsian perniagaannya yang beragama Kristian bernama Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ agar menghantar segala harta – hartanya kepada ahli keluarganya selepas kematiannya nanti. Setelah dihantar oleh rakannya yang beragama Kristian itu, didapati semua hartanya diserahkan kepada ahli keluarganya kecuali hanya satu bekas yang diperbuat daripada perak dan terdapat tulisan emas pada bekas tersebut. Pihak keluarga Budail telah bertanya kepada Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ yang beragama kristian  tentang bekas perak itu, tetapi dua lelaki kristian itu mendakwa bahawa mereka tidak mengetahuinya. Keadaan semakin kecamuk sehingga berlaku tuduhan kononnya dua lelaki kristian itu telah mencuri, tetapi di pihak kristian tetap mengingkari tuduhan terbabit. Hal ini berlanjutan sehingga sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad saw sehingga Allah swt menyuruh dua lelaki kristian itu bersumpah dengan Nama Allah Swt. Perkara ini terakam dalam firman Allah dari surah Al-Maidah, ayat 106. [Sila rujuk Fakhr Al-Din Al-Razi, Al-Tafsir Al-Kabir, jld 6, hlmn 183) Nyata di sini, dari sudut pandang Al-Quran dan Al-Sunnah, keizinan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim sudah terbukti. Malahan, di seluruh dunia keizinan penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim adalah satu perkara yang sudah tiada perbedaan dan perselisihan di kalangan umat Islam pun. Namun begitu, di Malaysia perkara ini menjadi perbincangan sehingga menganggap penafian penggunaan itu sebagai ajaran Islam oleh sebilangan si jahil agama, walaupun amat jelas bahawa tiada satu sumber Islam pun yang melarang perkara itu.  Alasan mereka melarang itu juga punyai hujjah yang tidak bersumberkan wahyu kecuali sentimen yang bermuarakan hawa nafsu yang tidak berasas Islam pun. Mereka mendakwa larangan pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim adalah kerana sudut pandang Muslim terhadap maksud “Allah” tidak sama seperti di fahami non-Muslim. Alasan melarang penggunaan kalimah Allah terhadap non-Muslim dengan menggunakan alasan ini merupakan alasan yang cukup dangkal. Ini kerana, suruhan sumpah dengan nama Allah terhadap kristian adalah suruhan yang bersumberkan Al-Quran (Surah Al-Maidah, ayat 106), sedangkan dalam Al-Quran sendiri mengatakan kekufuran kristian dengan sebab mengatakan Allah itu ketiga dari tiga, dan mengatakan Allah punyai anak bernama Al-Masih. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya telah kufur mereka yang berkata bahawa Allah itu ketiga dari tiga”. Firman Allah dari surah Al-taubah, ayat 30 yang bermaksud, “berkata Yahudi, Uzair anak Allah. Dan Berkata Nasrani, Al-Masih adalah anak Allah”. Mereka mendakwa lagi bahawa pemberian kalimah Allah SWT kepada non-Muslim adalah usaha menyekat dari kekeliruan Muslim terhadap maksud Allah. Pada mereka, apabila diberikan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim, nanti kefahaman Muslim terhadap maksud Allah akan menjadi salah. Menjawab alasan dangkal ini adalah cukup sekadar dengan mengatakan bahawa mereka seperti seorang doktor yang memberi ubat sakit perut kepada pesakit yang pening kepala. Dari sudut reality pun, doktor yang dianggap hebat, jika memberi ubat yang salah, maka doktor itu tetap dianggap sebagai salah. Maka begitulah tindakan mereka melarang pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim dengan alasan ia boleh mengelirukan Muslim. Jika benar Muslim boleh keliru pun (walaupun dakwaan itu tidak berasas sama sekali), tugasan yang perlu dibuat adalah memberi penjelasan maksud kalimah Allah yang sebenar, bukan dilarang pemberian kalimah Allah terhadap non-Muslim. Ini ditambahi lagi, cara faham Nabi Isa oleh Muslim tidak sama dengan cara faham kristian. Tetapi, sejak dahulu lagi penggunaan itu berlaku, Muslim di Malaysia tidak pernah keliru pun maksud nabi Isa itu. Secara  nyatakan, penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim tidak terlarang pun dari sumber nas Al-Quran dan Al-Hadis. Malahan, di seluruh Negara-negara termasuk Sabah dan serawak, larangan itu tidak pernah berlaku kecuali di semenanjung Malaysia. Mereka yang melarang itu juga, hakikatnya tidak berhujjah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi berhujah menggunakan hawa nafsu sentiment disamping dikepilkan andaian meleset dalam menafikan keizinan Islam itu. Wallahu ‘Alam.

]]>

Pupuklah perpaduan sebagai pengorbanan

Media antarabangsa turut berminat membuat liputan konvoi kali ini. Media antarabangsa turut berminat membuat liputan konvoi kali ini.[/caption] Jennifer Pak dari BBC World News yang menyertai konvoi pada kali ini ternyata tertarik dengan usaha kami “melawan arus” menganjurkan acara yang menyatukan pelbagai kaum/agama di tengah-tengah keghairahan politikus serta puak ultra kiasu, fanatik dan rasis sanggup melakukan apa sahaja bagi memisahkan masyarakat. Kunjungan ke rumah-rumah ibadat dilakukan sebagai usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama. Parti-parti politik ternyata tidak mampu – dan tidak mahu – memikul tanggungjawab murni ini kerana tidak memberikan “pulangan” dan “keuntungan” politik kepada mereka. Politikus hanya dapat “hidup” dengan meneruskan tradisi “pecah dan perintah”. Pihak rumah ibadat menerima dengan tangan terbuka Pada 31 Ogos 2013, saya berpeluang mengambil bahagian dalam “interfaith walk” melibatkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di taman tasik Kota Kemuning, Shah Alam. Walau pun hujan, sambutan diterima daripada ratusan peserta pelbagai agama – walaupun pemimpin daripada pertubuhan agama tertentu memutuskan untuk tidak hadir. Di pihak Kavyan pula, seperti biasa, kami menumpukan pada kumpulan kecil supaya ada interaksi dan hubungan erat antara semua peserta sepanjang (dan selepas) program. Pihak pengurusan kuil, gurdwara, masjid dan wat memberikan kerjasama dan reaksi positif apabila dihubungi untuk menyatakan niat kami mengatur satu lagi konvoi ke rumah-rumah ibadat berkenaan. (Gereja tidak sempat dikunjungi pada kali ini kerana tidak sempat mendapatkan balasan daripada pihak pengurusan.) [caption id="attachment_2543" align="alignleft" width="300"]Peserta berkumpul di kuil sebelum memulakan konvoi. Peserta berkumpul di kuil sebelum memulakan konvoi.[/caption] Di Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh, kami diberikan kebebasan melawat, merakamkan foto/video, bertanya soalan dan melihat secara dekat ritual yang dijalankan. Perlu dinyatakan bahawa walaupun kelima-lima rumah ibadat yang dikunjungi pada kali ini adalah sama  dengan lokasi dikunjungi pada 2010 dan 2011, para peserta (kecuali saya) adalah kumpulan yang berbeza. Maka tidak muncul soal bosan melawat tempat sama. Malah saya sendiri tidak sedikit pun berasa jemu walaupun ini kali ketiga saya mengetuai konvoi ke lokasi sama. Ketibaan kami di Gurdwara Sahib, Jalan Sentul disambut mesra oleh jawatankuasa rumah ibadat agama Sikh itu. Para peserta diberikan penerangan asas mengenai agama berkenaan serta pantang-larang dan peraturan. Kami juga dibawa melihat bilik khas di mana kitab Guru Granth Sahib (teks suci) disimpan dengan penjagaan rapi pada setiap petang sebelum dibawa keluar pada setiap pagi. Kemudian, para peserta dijamu dengan teh herba sambil berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan. Tentu sahaja para peserta tidak melepaskan peluang merakamkan foto untuk dimuatkan segera ke Facebook bagi tatapan rakan-rakan yang terlepas peluang menyertai konvoi ini. Konvoi bermula pukul 9:30 pagi dan kami hanya berpeluang meluangkan sekitar 45 minit di setiap rumah ibadat. Tentu sahaja masa ini terlalu singkat dan tidak cukup untuk memberikan gambaran penuh mengenai setiap agama dan ritual. Apa-apa pun, kunjungan secara berkumpulan seperti ini pasti mampu membuka mata serta membuka peluang – selain memecahkan sebarang prejudis, jika ada – agar masyarakat pelbagai kaum/agama tidak ragu-ragu untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat pelbagai agama bagi mengeratkan silatulrahim. Tiada niat menukar agama sesiapa! [caption id="attachment_2544" align="alignleft" width="300"]Berkongsi maklumat bersama-sama rakan demi meningkatkan persefahaman. Berkongsi maklumat bersama-sama rakan demi meningkatkan persefahaman.[/caption] Memanglah ada orang yang memberikan komentar “apa gunanya berkunjung ke masjid kalau peserta konvoi tidak tertarik untuk bertukar agama”.  Atau komen “kalau masuk gereja/kuil/tokong, tak takutkah akidah tergugat?” Komen negatif seperti ini pasti sahaja datang daripada pihak yamg tidak memahami niat dan tujuan Konvoi Rumah Ibadat diadakan. Kavyan sedikit pun tidak berniat mempersoalkan pegangan agama sesiapa. Sebaliknya, Kavyan dan Projek Dialog mahu membuka ruang dan peluang mengeratkan hubungan. Apabila kami berkunjung ke Tokong Dewa Pengawal di Jalan Sentul, tidak ada petugas di sana. Bagaimanapun perkara ini tidak menjadi masalah kerana pintu tokong Cina itu terbuka kepada umum. Malah, beberapa wanita menawarkan diri untuk memberikan penjelasan berserta demonstrasi mengenai ritual sembanyang yang diamalkan. Ukiran serta patung-patung pelbagai warna pula sangat menarik perhatian para peserta konvoi. [caption id="attachment_2545" align="alignleft" width="300"]Peluang mempelajari cara bersembahyang di tokong. Peluang mempelajari cara bersembahyang di tokong.[/caption] Peserta termuda berumur 14 tahun manakala peserta tertua berumur 45 tahun. Rata-rata peserta pelbagai kaum dan agama ini belum pernah berpeluang berkunjung ke rumah-rumah ibadat pelbagai agama – apatah lagi ke lima rumah ibadat berbeza sekali harung. Di Masjid Al-Hidayah, Sentul, peserta konvoi yang beragama Islam bertindak sebagai jurucakap yang memberikan penerangan. Peserta diterangkan dan ditunjukkan cara berwuduk yang betul. Malah, peserta pelbagai agama turut berwuduk sebelum memasuki masjid. Memandangkan kami tiba di Wat Buddha Sri Lanka, Sentul sekitar 1:30 petang, kami dipersilakan makan tengah hari sebelum memulakan lawatan. Masakan nabati (vegetarian) yang disajikan adalah halal dan para peserta ternyata menikmatinya dengan penuh selera. Selepas itu, seorang sami Buddha memberikan penjelasan serta menjawab pelbagai pertanyaan dan kemusykilan yang dikemukakan. Pertanyaan-pertanyaan ini sebenarnya membantu para peserta lebih memahami ajaran sebenar agama Buddha. Kemudian, memandangkan hujan turun agak lebat, kami disajikan teh dan kopi. Semasa berbual-bual santai, para peserta berkongsi pandangan dan pengalaman. Perkara paling asas yang diakui semua peserta adalah bahawa konvoi seperti ini amat positif dan perlu diadakan selalu. Walaupun dijalankan pada skala kecil dan tanpa publisiti, apa yang lebih penting adalah kesan positif yang dibawakannya. Para peserta juga menyedari serta mengakui bahawa setiap agama menyeru kepada kebaikan. Ternyata Tuhan menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenali; bukan untuk membenci atau saling menindas. Foto-foto yang dirakamkan olah para peserta sudah tersebar luas menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Semoga semangat dan aura positif yang lahir menerusi Konvoi Rumah Ibadat masuk ke dalam jiwa orang ramai.

]]>

Jemputan: Konvoi Rumah Ibadat 4

Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur

Peserta: Terbuka kepada umum

Anjuran: Projek Dialog dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pendahuluan

Walaupun masyarakat pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agamatinggal bersama di negara ini sejak berkurun-kurun lamanya, persefahaman dan perasaan saling menghormati dalam kalangan Bangsa Malaysia sering dipolitikkan pihak berkepentingan.

Dewasa ini, pelbagai isu berbaur perkauman dan konflik agama disensasikan pelbagai pihak dan media. Gambaran negatif yang ditonjolkan ini tidak dipersetujui majoriti Bangsa Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan integrasi.

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi dijalankan di Seremban dengan kerjasama Hidayah Centre Negeri Sembilan.

Konvoi Rumah Ibadat IV

Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur

Peserta: Terbuka kepada umum

Rumah-rumah Ibadat (cadangan dan tertakluk pindaan)

1. Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh (tempat berkumpul mulai 9:30 pagi –RUJUK PETA SUPAYA TIDAK SESAT)

2. Gurdwara, Jalan Sentul

3. Gereja Katolik St Joseph, Jalan Sentul

4. Tokong Dewa Pengawal, Jalan Sentul

5. Masjid Al-Hidayah, Sentul

6. Wat Budha Sri Lanka, Jalan Sentul (tempat bersurai)

Tujuan Konvoi

Kunjungan ini dilakukan dalam usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama.

Peserta sendiri akan bertindak sebagai penyampai maklumat mengenai rumah-rumah ibadat yang dikunjungi supaya dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan mesra.

Kunjungan ini diharapkan akan dapat menghindarkan segala salah tanggap dan pandangan tidak benar mengenai rumah-rumah ibadat pelbagai agama.

Peserta Konvoi

Rombongan ini boleh disertai peserta pelbagai kaum, etnik, budaya, bahasa dan agama yang berminat untuk mengeratkan perpaduan, persefahaman dan mengeratkan persaudaraan.

Peserta digalakkan membawa ahli keluarga kerana dapat membantu generasi muda menimba ilmu yang amat berguna ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.

Kesemua peserta yang berminat akan diterima tanpa prejudis.

Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling memahami dan menghormati.

Tidak ada had minimum dan maksimum jumlah peserta.

Tidak ada had umur minimum dan maksimum.

Para peserta perlu mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat yang dikunjungi.

Para peserta wajib berpakaian sopan dan sesuai.

Pengisian Konvoi

Kunjungan ke rumah-rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong, gereja, wat dan gurdwara secara berkonvoi.

Mendapatkan penerangan mengenai sejarah rumah-rumah ibadat dan agama berkenaan.

Melihat sendiri aktiviti di rumah-rumah ibadat berkenaan.

Berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai.

Peserta digalakkan merakan foto/video untuk dipaparkan menerusi laman rangkaian sosial seperti FacebookTwitter dan blog.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungiinfokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2013.   ]]>

Islam sebagai gerakan pembebasan

oleh Megat Hanis. Agama sering dilihat sebagai nadi dalam kehidupan masyarakat sejak zaman berzaman dalam meneruskan proses kelangsungan hidup. Dari dahulu lagi, masyarakat primitif memuja-muja semangat pokok, batu, kayu, menyembah matahari , bagi “melindungi” populasi mereka dari pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan mereka. Tidak kurang juga yang menyembah semangat padi bagi meningkatkan hasil-hasil tanaman mereka. Di zaman pasca-industrial ini, di mana strata sosialnya semakin jelas kelihatan, dengan peratusan kecil populasi elit yang semakin kaya dan giat mengumpulkan kekayaannya, tertinggal sejumlah besar golongan kelas menengah dan miskin yang bergasak dan bekerja hari demi hari bagi mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup. Justeru,fokus terhadap agama (dalam konteks artikel ini, Islam) menjadi kurang kerana keperluan hidup yang semakin mendesak berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan agama tidak mempunyai ruang untuk difikirkan dan dihayati maknanya. Penghayatan sempit Kalaupun ada, masa-masa terluang yang berbaki hanya diisi dengan solat berjemaah di masjid, zikir-zikir harian, bacaan Quran dan segala macam ritual yang berkaitan dengan spiritual. Kuliah-kuliah agama, motivasi-motivasi pula selalunya berbentuk bagaimana mengurus masa, menjadi muslim professional, menjadi ibu bapa yang baik, menjadi insan yang sabar dan bersyukur, dan segala macam kursus-kursus dan forum mengenai membentuk akhlak insani yang syumul. Bagi remaja pula, forum-forum cinta Islamik pula menjadi tarikan dimana-mana dengan memberikan ceritera-ceritera kemanisan bercinta masa belajar, diselitkan adegan-adegan manja para agamawan-agamawan populis yang menceritakan pengalaman berkahwinnya semasa berlajar. Yang menghairankan,begitu kurangnya kuliah-kuliah agama, forum-forum yang berbentuk menentang penindasan dan kezaliman: keadaan sosio-ekonomi yang membimbangkan, kebanjiran orang-orang tidak berumah, rakyat-rakyat miskin di jalanan, kebejatan sosial yang semakin parah hasil pembahagian ekonomi yang tidak sekata dan segala macam sisi gelap kapitalis-kapitalis besar yang mengaut keuntungan besar dengan meminggirkan sebahagian besar masyarakat majoriti yang terdesak. Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Islam itu agama yang mengajar perkara yang indah-indah seperti pahala, beramal soleh, mendapatkan syurga, bidadari, cinta Islamik yang membahagiakan sahaja? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar tentang ancaman-ancaman neraka, siapa yang termasuk golongan kafir, meredah kelab-kelab malam, menerjah penzina-penzina di dalam hotel-hotel semata? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar motivasi-motivasi bagaimana menjadi muslim berakhlak mulia, menjadi anak soleh, menjadi ibu bapa contoh, menjadi usahawan cemerlang, menjadi qari-qariah dan membuat lebih banyak pertandingan-pertandingan tilawah, tahfiz Quran semata? Islam dan pembebasan Ashgar Ali (1990) dalam bukunya “Islam dan Teologi Pembebasan” membahaskan banyak perkara-perkara penting yang seharusnya menjadi rujukan dan pelajaran bagi mengubah persepsi kita terhadap bagaimana agama Islam seharusnya dianggap dan difikirkan. Beliau berpendapat, Islam seharusnya bersifat membebaskan manusia dari kezaliman dan penindasan, membela dan melindungi  golongan- golongan “mustadh`afin” (yang lemah) dan menentang golongan-golongan “mustakbirin” (yang kuat dan sombong) . Islam seharusnya membawa keadilan Tuhan kepada masyarakat dan membebaskan mereka dari keadaan hidup yang tertindas. Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengajak manusia menegakkan keadilan dalam masyarakat antaranya Surah An-Nisa , 4 :75  yang bermaksud “Dan mengapa kamu tidak berjuang di jalan Allah dan membela orang yang tertindas, laki- laki dan perempuan dan anak-anak yang berkata. `Tuhan kami! Keluarkan kami dari kota ini yang penduduknya berbuat zalim. Berilah kami perlindungan dan pertolongan dariMu!” Allah juga berfirman : “Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil” (5:8) dan juga Surah Al-A`raf (7: 29) “Katakanlah: Tuhanku memerintahkan supaya kamu berbuat adil” Ashgar juga memetik pendapat Nawab Haider Naqvi (1981), pakar ekonomi Pakistan di dalam bukunya “Ethics and Economics- An Islamic Synthesis” yang mengatakan bahawa “….keadilan sosial dalam Islam berakar pada tauhid. Sebenarnya, keyakinan kepada Tuhan itu secara otomatis mempunyai konsekuensi untuk menciptakan keadilan. Salah satu tidak akan ada tanpa yang satunya….”. Jika dilihat pada penurunan Rasul-Rasul ke muka bumi bertujuan membuat satu gerakan mencabar status quo yang menindas dan menzalimi rakyatnya. Nabi Musa A.S diturunkan membantu kaum Israel yang tertindas melawan regim zalim Firaun. Nabi Isa A.S diturunkan bagi membantu yahudi menentang regim zalim Rom dan Nabi Muhammad (SAW)  juga membina gerakan menentang pembesar-pembesar Quraiysh yang sombong dan menindas fakir miskin dan mengumpulkan kekayaan berlipat ganda . Di dalam buku “Speeches that Changed the World “, diterbitkan pada tahun 2005, menghimpunkan lebih 50 ucapan-ucapan penting dari orang ternama dan revolusiner yang memberi impak dan mencorakkan peristiwa-peristiwa agung dunia. Tidak hairan lagi, 3 tokoh pertama yang dimuatkan ialah ucapan dari Nabi Musa, Isa dan Muhammad yang ketiga-tiganya mempunyai asas perjuangan yang sama, yakni membebaskan manusia dari dizalimi dan menjadi hamba kepada manusia lain kepada hanya menjadi hamba kepada Tuhan yang satu dan berpegang hanya kepada kedaulatanNya. Raif Khoury (1979), seorang Marxist dari Lebanon , di dalam bukunya “Marxisme and the Muslim World” menyatakan makna penting disebalik laungan takbir yang sering kita dengari tapi tidak dihayati dalam erti kata yang sebenar. Beliau menyebut : “ Betapa sering kita mendengar suara adzan dari menara di kota-kota Arab yang abadi ini.Allahuakbar! Allahuakbar! Betapa sering kita membaca atau mendengar Bilal, seorang keturunan Abyssinian, mengumandangkan adzan untuk pertama kalinya sehingga menggema di jazirah Arab….Namun apakah kalian sudah merenungkan apa yang dimaksud dan apa isi dari panggilan itu? Apakah setiap mendengarkan panggilan suci itu , kamu ingat bahawa Allahu Akbar bermakna (dalam bahasa yang tegas): berilah saksi kepada para lintah darat yang tamak itu! Tariklah pajak dari mereka yang menumpuk-numpuk kekayaan! Sitalah kekayaan para tukang monopoli yang mendapatkan kekayaan dengan cara mencuri! Sediakan lah makanan untuk rakyak banyak! Bukalah pintu pendidikan lebar-lebar dan majukan kaum wanita! Hancurkan cecunguk-cecunguk yang membodohkan dan memecah-belahkan umat! Carilah ilmu sampai ke negeri Cina (bukan hanya cina zaman dahulu, namun juga sekarang). Berikan kebebasan, bentuklah majlis syura yang mandiri dan biarkan demokrasi yang sebenar-benarnya bersinar!” Matlamat Asas Islam Begitu jelas dan tegas pernyataan ini yang saya kira wajar kita ambil sebenar-benar perhatian setiap kali azan dilaungkan. Islam agama yang memecahkan strata sosial yang menindas. Islam agama yang memberi ruang pendidikan yang mencukupi. Islam agama yang menjanjikan keadilan sejagat yang buta kaum, warna kulit ,status mahupun agama lain. Islam bukan sekadar agama rohani berbentuk ritual-ritual keagamaan semata, malah suatu gerakan yang mencabar status quo yang zalim dan memacakkan keadilan Tuhan melalui pesan-pesan dan firmannya, bukan sekadar mengambil dan memetik Quran dan Hadith bagi meredakan kesakitan dan keperitan masyarat tertindas seperti candu yang menjadikan mereka pasif terhadap kezaliman. Islam seharusnya menjadi agama yang berupaya menjadi senjata melawan regim autokratik, agamawan-agamawan pro-status quo seperti yang ditunjukkan oleh sosok Islam terkemuka sepanjang sejarah Islam, Abu Zar Al-Ghiffari, seorang sahabat nabi yang revolusioner sehingga digeruni oleh pemerintah-pemerintah despotik dan kaum ulama-ulama yang pro-regim. Salah satu bab di dalam buku “Dari Kanan Islam hingga Kiri Islam”, iaitu “Antara Marxisme, Islam dan Syiah Revolusioner”, penulis mengutip petikan dari karya Ali Shariati, Intizar yang menyebutkan : “Islam has two separate Islams. The first can be considered a revolutionary ideology. By this I mean beliefs, ciritical programmes and aspiration whose goal is human development. This is true religion. The second can be considered `scholastic Islam`. By this I mean philosophy, oratory, legal training and scriptural learnings.Islam in the first sense belongs to mojtaheds,Abu Zarr, and now the intelegentsia. Islam in the second sense belong to mojtaheds, Abu Ali Sina, and the seminary theologians. The second form can be grasped by academic specialist, even reactionary ones. The first can be grasped by uneducated believers. This is why sometimes true believers can understand Islam better than the faqih (religious jurist) the `alem (scholars), and the philosophers” Petikan ini jelas menunjukkan peranan yang sepatutnya diambil oleh muslim dengan menjadikan Islam sebagai ruang membentuk aspirasi kearah pembangunan manusia melalui perjuangan keadilan sosial dan bukan hanya berfalsafah dan berintelektual sehingga melangit dan tidak mampu membawa mesej yang jelas dan merakyat. Agamawan-agamawan seharusnya mengambil tanggungjawab ini memimpin umat dan mengerakkan wahyu-wahyu Tuhan dalam membela masyarakat tertindas dan terkebelakang, dan bukan hanya menjadi duta-duta produk , membuat kem-kem motivasi dan mengumpul kekayaan dan secara ironis menggunakan ayat-ayat Tuhan menyuruh mereka bersabar dengan kesusahan dan penindasan. Akhir kata, marilah sama-sama membina kesedaran dan menggerakkan umat akan tuntutan sebenar wahyu Tuhan dan apakah makna sebenar kehidupan beragama. Pesan-pesan nabi-nabi dan rasul-rasul perlu kita jadikan slogan perjuangan yang berterusan dan menghidupkan jiwa-jiwa yang dalam kelalaian dan bangkit berubah dari keadaaan kesusahan mereka.

]]>

Kebebasan beragama melalui kacamata seorang Jedi

manual bagi negara ini, sama seperti manual yang perlu dibaca bagi memandu sebuah kapal angkasa. Perlembagaan mewujudkan badan-badan Perlembagaan, seperti Parlimen, Mahkamah dan Kerajaan, memberi kuasa kepada badan-badan ini dan juga menggariskan had terhadap kuasa-kuasa yang diberikan tersebut. Perlembagaan juga menjamin kebebasan asasi mereka yang berada di negara ini. Contohnya hak untuk berhimpun, hak untuk bersuara dan hak untuk mengundi. Perlembagaan juga menjamin kebebasan beragama bagi semua. Saya mendapati bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia. Ini melegakan saya. Kebebasan beragama juga termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan yang menyatakan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. ‘Saya adalah seorang Jedi’ – ini anutan saya. Saya juga bebas mengamalkan kod-kod dan peraturan-peraturan Jedi sebagai amalan agama saya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ianya berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Maknanya, walaupun peraturan Jedi mengharuskan saya membawa lightsaber (pedang lazer) saya ke mana-mana, tetapi oleh kerana terdapat undang-undang yang menyekat penggunaan senjata di negara ini, maka saya tidak boleh menggunakan Perkara 11 sebagai justifikasi untuk membawa lightsaber saya di khalyak ramai. Tidak mengapa. Saya rasa seteru tradisi Jedi, The Sith, tidak ada di Malaysia. Walaupun saya ada nampak seorang yang mirip Jabba The Hutt di televisyen tempoh hari, sedang melaungkan tentang hak Melayu. Kebetulan, agaknya. Berbalik kepada kebebasan beragama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa saya mempunyai hak untuk mengembangkan agama saya. Jadi, sekiranya saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai orde kami saya boleh. Menurut kajian saya, walaupun saya punya hak untuk mengembangkan agama saya, Perlembagaan membenarkan undang-undang negeri (atau undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal dan menyekat apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang Islam. Di negeri Selangor contohnya, adalah menjadi kesalahan sekiranya saya bercerita tentang perkara-perkara berkenaan anutan dan amalan Jedi kepada seseorang yang beragama Islam. Yang penting bukan agama apa yang disebarkan, tetapi siapa yang menjadi ‘penerima’. Sebab itulah di Selangor juga, ianya menjadi kesalahan sekiranya seseorang Muslim itu berdakwah kepada Muslim yang lain sekiranya dia tidak mempunyai tauliah. Tidak mengapalah. Sebenarnya Jedi memang harus dipupuk dari usia yang amat muda, jika sudah terlalu tua khuatir akan menimbulkan perkara yang tidak diingini. Lihat sahaja apabila Qui Gon Jinn mengambil seorang budak yang terlalu tua bernama Anakin untuk dijadikan Jedi. Sekurang-kurangnya saya kini yakin bahawa hak saya sebagai seorang Jedi dilindungi oleh Perlembagaan. Jadi, jika hak saya untuk menganut dan mengamalkan agama saya dicabuli, saya boleh menegakkan hak saya di Mahkamah. Tetapi saya belum sempat membuat kajian samada Mahkamah di Malaysia telah selama ini menjalankan tanggungjawab mereka untuk menegakkan hak-hak dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Samalah seperti tanggungjawab kami sebagai Jedi untuk berkhidmat dan melindungi seantaro bimasakti daripada anasir-anasir jahat yang mengancam kedamaian. Ah, tak mustahil meraka tidak jalankan tanggungjawab mereka. Apa guna Perlembagaan, jika Mahkamah tidak meluhurkannya, kan? *Nota untuk JAIS, JAKIM dan semua yang sama waktu dengannya, penulis bukanlah seorang Jedi.

]]>