Mengenali minoriti Kampung Chetti

PD 1Wanita Kannama (kiri) dan Valli berbalas pantun secara spontan.[/caption] Secara fizikal, masyarakat Chetti mempunyai persamaan dengan rupa etnik India. Ada juga individu yang menyerupai masyarakat Cina dan Baba Nyonya. Hal ini berlaku kerana kelompok Chetti wujud hasil perkahwinan lelaki Chetti (kaum India) dengan wanita Melayu, Cina dan Nyonya. Jadi, sekiranya kita berkunjung ke Kampung Chetti, kita akan berpeluang untuk bersua dengan individu yang mempunyai rupa masyarakat majmuk di Malaysia. Ada yang lebih menyerupai masyarakat Melayu, ada yang kelihatan seperti orang Cina dan ada pula yang tidak tumpah seperti kaum India. Kalau diteliti dari aspek agama, masyarakat Chetti sejak dahulu berpegang teguh pada ajaran agama Hindu, mazhab Saiva yang menyembah Tuhan dalam bentuk rupa Dewa Shiva. Walaupun berlaku perkahwinan campur, masyarakat Chetti tidak meninggalkan agama yang dianuti sejak turun-temurun. Kali pertama saya ke Kampung Chetti adalah bersama-sama pengkaji sejarah dari Singapura, Samuel S Dhoraisingam yang menulis buku “Peranakan Indians of Singapore and Melaka” (2006). [caption id="attachment_2903" align="alignleft" width="150"]PD 1Majalah Liputan khas mengenai kaum Chetti di majalah Dewan Budaya.[/caption] Kemudian, saya pergi lagi semasa sambutan Ponggal pada Januari 2007; khusus untuk menulis beberapa artikel yang disiarkan di majalah Dewan Budaya dan Dewan Bahasa (Mac 2007). Kandungan makalah-makalah itu masih segar dan sesuai dijadikan rujukan bagi memahami keunikan komuniti Chetti Melaka. Kuil Sri Muthu Mariamman yang terletak di tengah-tengah Kampung Chetti menjadi pusat pelbagai aktiviti keagamaan dan kebudayaan sejak tahun 1822. Nama lain yang diberikan adalah “Kuil Datuk Chachar” dan nama ini jelas membezakan kuil berkenaan daripada mana-mana kuil Hindu di seluruh dunia. Penduduk Kampung Chetti menjelaskan bahawa nama “Datuk Chachar” diberikan kerana dalam budaya masyarakat beragama Hindu, Dewi Mariamman memang disembah untuk menyembuhkan penyakit cacar. Hantu Tetek masuk dari budaya Melayu Di Kuil Sri Muthu Mariamman juga terdapat dua patung yang diperbuat daripada buluh dan dihiasi menyerupai wanita dengan wajah yang menggerunkan. Kedua-dua patung ini digunakan untuk mengiringi rata atau kereta berhias semasa perayaan keagamaan. Aspek yang menarik mengenai kedua-dua patung tersebut adalah kerana dinamakan “Hantu Tetek”. Nama ini pasti mengingatkan orang ramai kepada Hantu Tetek yang terdapat dalam budaya Melayu di mana watak berkenaan diwujudkan untuk menakut-nakutkan remaja lelaki supaya pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib. Kebanyakan individu yang ditemui di Kampung Chetti tidak dapat menjelaskan bagaimana Hantu Tetek boleh wujud dalam budaya Chetti; khususnya sebagai dewi pengawal di Kuil Sri Muthu Mariamman. Semasa Kunjungan Perpaduan Kavyan pada 15 Disember 2013, saya tidak melepaskan peluang membawa Shahrul Nizam Abd Hamid, Rayner Yeo dan Nor Arlene Tan  mengunjungi Kuil Datuk Chahar dan melihat patung Hantu Tetek. Seorang warga emas bernama Minachi Naiker pernah menceritakan kepada saya pada Januari 2007 mengenai sejarah Hantu Tetek. Katanya, pada masa dahulu, seorang penduduk bermimpi melihat seorang wanita berpayu dara besar berdiri di sisi dua telaga penting di perkarangan kuil berkenaan. Mimpi itu membawa alamat baik serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu terbabit. Sejak itulah konsep dan watak Hantu Tetek wujud dan diasimilasikan dengan Kuil Sri Muthu Mariamman. Sayangnya, generasi muda Chetti kurang didedahkan dengan latar kewujudannya. [caption id="attachment_2904" align="alignleft" width="150"]Kanak-kanak akan meneruskan tradisi nenek-moyang. Foto: Shahrul Nizam Kanak-kanak akan meneruskan tradisi nenek-moyang. Foto: Shahrul Nizam[/caption] Atas sebab itulah juga Solidariti Kampung Chetti anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 29 Disember 2013 antara lain berusaha membantu generasi muda Chetti mengenali sejarah dan budaya masyarakat sendiri. Tambahan pula, mereka adalah penerus tradisi bagi kampung warisan ini. Kuil-kuil yang terdapat di serata Kampung Chetti juga amat unik dan mungkin sahaja tidak terdapat di mana-mana tempat lain di seluruh Malaysia. Kuil-kuil di sini kebanyakannya digelarkan “kuil kampung” atau “kuil terbuka”. Nama yang diberikan amat sesuai kerana kuil-kuil itu memang terletak di tanah lapang dan kawasan terbuka. Tidak ada bangunan besar seperti yang lazim dikaitkan dengan kuil-kuil Hindu. Malah, tidak ada bumbung juga. Penganut hanya pergi ke tanah lapang berkenaan dan bersembahyang di hadapan stupa berupa pentas kecil. Melihat semula Kampung Chetti dari sudut lain Orang ramai yang terbiasa melihat cara penganut agama Hindu di Malaysia bersembahyang pasti hairan dan terkejut melihat aksi orang Chetti sembahyang. Tidak mustahil bahawa ada yang beranggapan masyarakat Chetti menyembang semangat atau bunian! Akan tetapi, kewujudan “kuil terbuka” ini ada kisah tersendiri yang amat logik. Cikgu Malathi Pillay yang menjadi pemandu pelancong kepada saya pada Januari 2007 menjelaskan hakikat bahawa pedagang (“setu” atau “cetti”) yang datang ke Melaka pada zaman dahulu (seawal kurun kedua) bukan daripada golongan pengukir yang pandai membuat patung dan berhala. Maka, apabila mereka menetap di Melaka serta berkahwin dengan wanita Melayu dan beranak-pinak di sini, mereka mahu membina tempat untuk bersembahyang. Malangnya, mereka tidak pandai membuat patung dan berhala; apatah lagi kemahiran membina bangunan kuil. Mereka juga menyedari ajaran paling asas agama Hindu adalah bahawa Tuhan terdapat di mana-mana dan boleh disembah dalam apa-apa bentuk. Dengan itu, mereka mendirikan kuil menggunakan konsep kawasan terbuka. Walaupun kini sudah ada beberapa kuil besar, konsep “kuil terbuka” terus dikekalkan di Kampung Chetti. Harus juga dinyatakan bahawa Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi di Kampung Chetti yang dibina pada 1781 dipercayai kuil Hindu tertua di Nusantara. Semasa Solidariti Kampung Chetti (29 Disember 2013), remaja dan belia Chetti dibawa sekeliling perkampungan warisan ini oleh Shahrul Nizam untuk merakamkan foto-foto dari sudut pandangan yang berbeza berbanding “sudut” yang biasa mereka lihat sehari-hari. Foto-foto keunikan Kampung Chetti serta “kemusnahan” yang dijangka dibawakan oleh projek pembinaan dua buah kondominium 22 tingkat, sebuah hotel 12 tingkat dan tempat letak kereta enam tingkat di “Lot 93” akan dikongsikan sehingga menjadi “viral” menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Akhirnya, harapan Kavyan serta Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum Chetti Melaka adalah supaya orang ramai – Rakyat – mendapat kesedaran tentang kesan negatif pembangunan di “Lot 93” lalu tampil menggunakan “kuasa rakyat” – people’s power, makkal sakthi – untuk mempertahankan perkampungan warisan ini daripada musnah dan pupus. Orang ramai boleh melayari www.kavyan.blogspot.com atau menghubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Solidariti Kampung Chetti yang bertujuan mengembalikan “kuasa” kepada kaum minoriti Chetti.         unnamed        

]]>

Sains dan agama: kawan atau lawan?

Jalanan-LOGO-02-300x166

Sains bukan sekadar satu matapelajaran wajib lulus. Sains memainkan peranan besar dalam pembentukan sesebuah masyarakat dalam memahami bagaimana politik, sosial dan ekonomi saling berkait. Ia bermain peranan penting sebagai dasar ilmu Humanisme. Di dalam episod kali ini, kami bersama sama dengan Saudara Zurairi AR dari Unscientific Malaysia untuk membincang mengenai sains sebagai satu falsafah dan cara hudup. Turut ditelaah adalah kaitan antara sains dan humanisme dan sekularisme. Secara keseluruhannya, panel Dialog Jalanan minggu ini  akan merenung tentang bagaimana sains dapat  membentuk sebuah masyarakat manusiawi yang skeptik dan rasional tetapi masih adil dan aman. Antara persoalan yang dipertimbangkan adalah: bagaimanakah kita boleh membudayakan sudut pandang skeptisisme supaya mematangkan lagi wacana politik dan kemasyarakatan negara? Apakah cabaran sains ke amalan tahyul yang makin lama makin menjadi-jadi? Apakah hubungan di antara agama dan semangat persoalan saintifik? Adakah sains dan agama itu patut bercanggah? Bolehkah kita berlaku adil, tanpa kepercayaan kepada tuhan? Selain itu, dikongsi juga lagu dari kugiran Plague of Happiness dengan lagunya, Konspirasi. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>

Indahnya Malaysia: Kelas agama Hindu pada hujung minggu

kelas agama Hindu yang biasa diadakan pada setiap hujung minggu. Sebahagian daripada Kuil Hindu di Malaysia menyediakan kelas untuk mendidik kanak-kanak dan muda-mudi pada hujung minggu. Sesi dibahagikan kepada kelompok yang berbeza berdasarkan umur mereka. Di sini, mereka mempelajari tentang agama Hindu melalui cerita-cerita, lagu, dan juga tarian. Sesi kelas mereka berakhir dengan upacara doa dan makan bersama. Untuk melihat siri karangan ini, dan karangan bergambar kami yang lain, layarilah projekdialog.tumblr.com.  

]]>

Hanya Allah mempunyai kuasa mutlak

“Tidak kami disuruh kecuali mengabdikan diri kepadaNya dalam keadaan Ikhlas kepada agama”. (Surah Al-Baiyyinah, ayat 5) Dari sudut dunia pula, kebaikan yang dilakukan tetap dikira sebagai kebaikan,  tidak kira pelaku itu Muslim atau tidak. Keburukan pula adalah keburukan, tidak kira pelaku itu tidak Muslim atau tidak. Penilaian sesuatu itu baik, tidak semestinya mesti ia datang dari orang Islam. Sesuatu tindakan oleh orang bukan Islam tidak semestinya buruk hanya kerana akidahnya semata-mata. Dalam hadis,  dipamerkan Nabi memuji keadilan raja Habshah, walaupun ketika itu beliau seorang beragama kristian. Malahan, di suruh para sahabat berlindung di bawah pemerintahan tersebut. Dalam Al-Quran pula, ada pengiktrafan terhadap amanah yang dilakukan oleh Abdullah bin Salam ketika beliau belum  lagi beragama Islam.  Firman Allah yang bermaksud, “Sebilangan Ahli Kitab, mereka yang diberikan amanah harta yang banyak, mereka akan diberikan kepada kamu” (Surah Ali-Imran, ayat 75) Dalam Al-Quran juga, dipamerkan bahawa Allah tidak akan membinasakan negara yang diperintah oleh orang bukan Islam, jika negara itu terdapat rakyat yang saling melakukan islah atau pembaik pulih antara setengah dengan setengah yang lain. Firman Allah yang bermaksud, “tidaklah Tuhan kamu membinasakan kerajaan secara zalim dalam keadaan ahli (rakyat) saling melakukan islah atau pembaik pulih” (Surah Hud, 117) Dalam meniliti ayat ini, Al-Imam Fakhr Al-Din Al-Razi menyatakan, “Maksudnya adalah, Allah swt tidak akan membinasakan rakyat sesebuah negara dengan sebab mereka mensyirikkan Allah dalam keadaan mereka saling baiki membaiki dan saling berbuat baik dalam urusan sesama mereka. Sesungguhnya kebinasaan itu tidak diturunkan dengan sebab rakyatnya tidak beraqidah Islam, tetapi diturunkan kebinasaan dengan sebab buruk dalam urusan sesama mereka, disamping mereka tidak berhenti dari melakukan kerosakan dan kezaliman.”(Rujukan: Fakhr Al-Din Al-Razi (meninggal 606 Hijrah), Mafatih Al-Ghaib (nama lain: Al-Tafsir Al-Kabir), Dar ihya’ Al-Turath Al-‘Arabi – Bairut, tarikh : 1420 Hijrah) Islam mengutamakan kelayakan Islam meletak bahawa perlantikan seseorang pemerintah itu berdasarkan kepada kelayakan, bukan berasaskan keturunan. Nabi muhammad SAW ada menyatakan yang bermaksud, “Apabila disandarkan urusan itu kepada orang bukan berkelayakan, tunggulah saat kehancuran”. (Al-Bukhari, Hadis no : 59) Sebarang tindakan yang mendatangkan kerosakan, bukan dari kehendak Islam. Sabda Nabi yang bermaksud “tiada kerosakan kepada diri sendiri dan kerosakan kepada orang lain dalam Islam” (Al-Tibrani, Al-Mukjam Al-Awsat, hadis no : 5193) Dari sudut kepercayaan, Nabi SAW menyatakan bahawa kerosakan, malahan kehancuran bakal berlaku dengan melantik pemerintah yang tidak berkelayakan. Jelas dan nyata, perlantikan bukan kerana keturunan, tetapi dengan kelayakan. Lebih nyata lagi, sistem perlantikan berasaskan kepada keturunan bukan kehendak Islam itu dilakukan oleh seorang sahabat dari kalangan Bani Umayyah bernama Muawiyyah, sedangkan Nabi SAW pernah berkata, “lelaki yang mula-mula menukarkan sunnah aku adalah lelaki dari Bani Umayyah”. (Albani, Silsilah Al-Ahadis Al-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif Li Al-Nasyr wa Al-tawzi’ – Riyadh, tarikh : 1422 – 2002, hadis no : 1749) Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Albani, malahan dibahas oleh Syaikh Albani bahawa hadis ini bermaksud merujuk kepada menukar sistem pentadbiran kepada monarki. (Albani, Silsilah Al-Ahadis Al-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif Li Al-Nasyr wa Al-tawzi’ – Riyadh, tarikh : 1422 – 2002, jilid 4, muka surat 330) Politik / siyasah Siyasah punyai maksud pentadbiran, mendidik, mengurus dan pelbagai lagi. Jika Islam melihat penurunan Syariah untuk memberi kebaikan, manfaat dan kemaslahatan kepada manusia, makanya politik adalah sebagai alat untuk memastikan kebaikan, manfaat dan kemaslahatan itu tercapai. Ekoran itu, Al-Qaradawi menyatakan bahawa siyasah itu adalah melaksanakan sesuatu yang dapat memberi kemaslahatan (manfaat dan kebaikan) kepada rakyat (Al-Siyasah Al-Syariiyyah Fi Nusus Al-Syariah wa maqasidiha, Maktabah wahbah – Kaherah, tarikh : 2005 – 1426, hlmn 29) Allal Al-Fasi pula menyatakan bahawa politik itu perlu kepada tiga perkara, iaitu memberikan hak kepada yang berhak, mengakui keadilan dan tadbir urusan rakyat dengan baik. (Maqasid Syariah wa makarimuha, Dar Al-Salam, tarikh : 2011 – 1432, hlmn 165) Nyata di sini bahawa politik dalam Islam itu adalah berusaha sedaya mungkin agar tercapai kemaslahatan dan kemanfaatan untuk rakyat semaksima mungkin. Sesuatu sistem yang boleh menghalang tercapainya kemaslahatan semaksima mungkin, maka ia bukan kehendak Islam. Demokrasi Meneropong dari sudut sejarah politik umat Islam sejak zaman penurunan wahyu dan selepas itu, didapati bahawa sifat politik itu tidak statik, tetapi bersifat berubah-ubah. Ini dapat dibuktikan dengan cara pelantikan Abu Bakar Al-Siddiq tidak sama dengan cara perlantikan Umar bin Al-Khattab. Begitujuga cara perlantikan Umar tidak sama dengan perlantikan Osman bin Affan, seterusnya cara perlantikan Ali bin Abi Talib. Di era Muawiyyah, berlaku peperangan saudara melibatkan sesama Muslim, menjadikan bentuk politik umat Islam bertukar kepada monarki. Dari satu sisi, dilihat bahawa perubahan kepada monarki kerana nak elak dari diambil peluang oleh musuh-musuh luaran. Namun, di era kini pengamalan demokrasi semakin berkembang di negara-negara umat Islam. Dalam keadaan begitu,  demokrasi bukan sistem yang baik, tetapi dalam maksud mengurangkan kerosakan, demokrasi jauh lebih baik jika mahu dibandingkan dengan monarki. Malahan, sebilangan sarjana-sarjana Muslim seperti Rashid Al-Ghanoushi dan Hasan Al-Turabi menyatakan bahawa demokrasi dari sudut rohnya selaras dengan ajaran Islam. Dari perbahasan ini, kelihatan bahawa monarki bukan sistem yang dianjur oleh Islam, tetapi penggunaannya di era Muawiyyah adalah berasaskan darurat, iaitu keterpaksaan kerana hendak mengelak dari berlaku kerosakan yang lebih besar. Ia sama seperti Islam mengharamkan makan babi, tetapi diizinkan makan kerana darurat, seperti tiada makanan lain kecuali babi untuk menjaga nyawa, maka babi itu dibenarkan untuk dimakan. Namun, selepas nyawa sudah terjaga, maka hukum makan babi itu menjadi haram semula. Dalam mantiq yang sama dalam melihat pengamalan monarki di era Muawiyyah. Wallahu alam         unnamed

]]>

Jangan Hapuskan Kampung Chetti

limestone) berdepan masalah besar berikutan projek pembinaan ini. Misalnya, Kuil Sri Anggala Parameswari yang digazetkan sebagai Warisan Negara terletak sekitar 300 meter dari tapak pembinaan; Kuil Sri Kailasanar (sekitar 400 meter) dan Kuil Muthu Mariamman (100 meter). Harapan dan gesaan Kavyan adalah supaya cadangan pembinaan di Lot 93 dihentikan segera. Rundingan patut diadakan dengan Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum Chetti Melaka mengenai cadangan tanah Lot 93 digazetkan sebagai sebahagian daripada Kampung Chetti. Sambutan “Ponggal” (pesta menuai) secara besar-besaran bakal berlangsung di Kampung Chetti pada pertengahan Januari 2014. Semoga akan ada berita baik daripada pihak berkuasa sebelum tarikh itu. Biarlah insiden Lembah Bujang menjadi pengajaran kepada kita supaya lebih bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara warisan negara. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

]]>

Agama asal: suatu pengenalan

Sumber alam Agama asal ataupun dipanggil sebagai “Pagan” merupakan agama yang menyeluruh dan berhubung rapat dengan sumber alam dan bumi. Antara elemen-elemen sumber alam adalah seperti tanah, sungai, pokok, batu dan haiwan dimana ianya menjadi nadi utama kepada pengamal agama asal. Sumber alam menjadi teras kehidupan kepada bumi dimana tanah, sungai, pokok, batu dan haiwan mempunyai semangat kehidupan yang sama seperti manusia. Sumber alam juga mempunyai bahasanya sendiri dimana pengamal agama asal dapat memahami bahasa alam walapun bahasa tersebut tidak di ucapkan di dalam perkataan sepertimana bahasa yang digunakan oleh manusia. Pengamal agama asal sangat mempercayai bahawa sumber alam mempunyai satu tenaga kosmik yang sangat berkuasa dan menyeluruh di bumi. Manusia tidak akan hidup tanpa sumber alam tetapi sumber alam akan kekal selama-lamanya walaupun tanpa manusia. Perkongsian Perkongsian ini menyebabkan pengamal agama asal sangat menghormati batu, pokok, sungai dan tanah dengan melakukan upacara-upacara tradisi sebagai tanda terima kasih kepada alam kerana memberikan kehidupan kepada mereka. Pengamal agama asal biasanya mendiami kawasan pergunungan, hutan dan sungai kerana ianya dekat dengan sumber alam dan Ini merupakan gambaran asas tentang apakah itu agama asal. Semangat pelindung Secara khususnya saya di sini akan menyentuh kepada pengamalan agama asal dari perspektif agama asal suku kaum Dusun Tindal yang terletak di kawasan Kota Belud. Ini kerana latar belakang keluarga saya yang masih mengamalkan agama asal ini. Pengamal agama asal suku kaum Dusun Tindal sangat dekat dengan sumber alam terutamanya hutan, sungai, haiwan dan pokok. Mereka mempercayai bahawa pokok mempunyai roh dan semangat dan boleh berkomunikasi dengan manusia. Sebagai satu contoh sudut pandang alam ini, kita boleh mempertimbangkan satu cerita daripada nenek saya, di mana ketika perang Jepun, penduduk kampung tidak dibenarkan keluar bersendirian untuk ke sungai ataupun memburu haiwan. Akan tetapi nenek saya mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Buko (bukan nama sebenar) telah memberanikan diri ke sungai seorang diri. Sungai yang menjadi tempat permainannya mempunyai sebuah pokok yang sangat besar. Seperti biasa, Buko akan bermain-main dengan pokok tersebut dan tetapi mengikut ceritanya Buko sangat terperanjat apabila melihat batang pokok tersebut mengeluarkan mata, hidung dan mulut dan membentuk muka manusia. Berdasarkan naratif ini, pokok tersebut memarahi Buko kerana keluar bermain dalam keadaan yang bahaya dan menyuruh Buko untuk pulang ke rumah. Pokok besar tersebut telah memberikan perlindungan kepada Buko dan ini menunjukkan roh alam sangat nyata pada masa tersebut. Ini menunjukkan interaksi diantara alam dengan manusia sangat rapat dan mereka boleh memahami antara satu sama lain. Penyembuhan Selain itu, pengamal agama asal suku kaum Dusun Tindal juga mempercayai bahawa sumber alam memberikan penyembuhan penyakit tidak kira dari segi fizikal dan mental. Contohnya, nenek saya selalu menggunakan sejenis air yang dipanggil “wonod”. Wonod boleh didapati daripada akar batang pokok yang melilit di pokok-pokok besar. Air Wonod ini boleh menyembuh penyakit seperti deman dan sakit tekak. Pengamal agama asal ini juga mempunyai pengetahuan yang meluas tentang daun herba dalam perubatan tradisional. Kebiasaanya mereka akan menggunakan sejenis daun yang dipanggil “Totopis” dalam bahasa Dusun Tindal yang bermaksud daun berubat untuk mengubati penyakit bengkak di leher dan muka. Ini menunjukkan sumber alam mempunyai penyembuhan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia. Penyembahan Suku kaum Dusun Tindal juga menggamalkan beberapa jenis upacara tradisi di dalam penyembahan mereka. Upacara utama yang sering diamalkan adalah upacara “Tombilon” yang bermaksud upacara memanggil ataupun berkomunikasi dengan semangat alam yang dipanggil “Himbou”. Himbou bermaksud malaikat-malaikat di langit yang mempunyai tenaga penyembuhan dan penglihatan yang tinggi. Himbou juga memyembah semangat alam yang paling berkuasa iaitu “Kinorohingan” atau bermaksud “Tuhan”. Melalui Kinorohingan, Himbou mendapat kuasa yang luar biasa untuk membantu pengamal agama asal di dalam penyembahan mereka. Upacara “Tombilon” biasanya dilakukan untuk melihat kesakitan dalaman seseorang tidak kira dari segi fizikal dan mental dimana upacara ini membolehkan pengamal dapat melihat dunia lain melalui mimpi. Himbou mempunyai kehidupan seperti manusia tetapi tinggal di dunia yang berlainan dimana mereka mempunyai keluarga dan kawasan-kawasan perkampungan. Himbou juga mempunyai nama panggilan dan bahasa sendiri dimana hanya pelaku Tombilon memahaminya. Pemilikan bersama Selain daripada itu, Konsep “mitatabang” yang bermaksud pemilikan bersama juga sangat harmoni di kalangan pengamal agama asal kerana mereka percaya bahawa semangat alam juga mengamalkan konsep ini. Pada musim memburu, memungut hasil hutan dan menuai padi, mereka akan turun bersama-sama untuk melakukan kerja tanpa gaji dan hasil pungutan daripada tuaian dan buruan akan dikongsikan dengan semangat alam melalui satu upacara tanda kesyukuran. Mereka percaya bahawa semangat alam telah memberikan makanan kepada mereka melalui hasil tanaman dan tanah yang menjadi tempat penanaman. Oleh itu, Pengamal agama asal suku kaum ini sangat menghormati semangat tanah dengan meminta kebenaran daripada semangat tanah terlebih dahulu untuk membuka kawasan tersebut melalui penyembahan tradisi. Ini merupakan satu perhubungan kosmik yang sangat luar biasa di antara pengamal agama asal dengan semangat alam. Agama atau kepercayaan semata-mata? Pengamal-pengamal agama asal adalah golongan yang berumur dalam linkungan 50an, 60an, 70an dan 80an. Golongan yang dibawah 50an seolah-olah sudah tidak mengamalkan agama asal ini. Persoalan yang timbul ialah adakah agama asal merupakan satu agama ataupun hanya kepercayaan semata-mata? Persoalan ini akan direnungi dengan lebih mendalam dalam penulisan saya yang seterusnya.       unnamed

]]>

Kehangatan pilihanraya kampus dan kebangkitan suara mahasiswa

Boikot PRK UiTM? Tetapi keadaan di UiTM berbeza. Rata-rata ramai yang tidak sedar bahawa suara mahasiswa dipinggirkan oleh pihak pentadbiran UiTM. Penulis ada terbaca rencana “Boikot PRK UiTM?”  yang ditulis oleh Dr Jamaluddin Ahmad, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam di laman The Malaysian Insider. Kenyataan “Aspirasi akan terus bertahan di UiTM” mendapat perhatian penulis. Setelah diselidiki, ternyata ada asasnya. Tekanan sistem UiTM itu sendiri menyebabkan pelajar dilema sama ada mahu mengundi atau memboikot PRK UiTM. Contohnya akta 174 di mana kaedah tatatertib UiTM menegah para pelajar daripada memboikot kelas/aktiviti rasmi UiTM. Bak kata lain Akta 174 diguna pakai untuk mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa. Kesannya mahasiswa UiTM sering dilihat dan dicapkan sebagai mahasiswa yang ‘lesu’ terhadap isu semasa, sering dipandang serong oleh masyarakat kerana dianggap mementingkan diri sendiri. Dek status quo UiTM sebagai benteng tempat terakhir bagi mahasiswa Melayu dan Bumiputera. Jadi tidak hairanlah wujud kumpulan Pro-M seperti yang bergerak secara “anonymous” di laman sosial seperti UiTM Insider, Kelab Sosialis UiTM, Pro Mahasiswa UiTM, GAMUS UiTM dan lain-lain, memberi kesedaran untuk “ingkar” kepada larangan tersebut. Sementara itu media arus perdana kerap mempamerkan propaganda UiTM bahawa Pro-M langung tidak mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM kerana kononnya kemenangan semua kerusi dibolot oleh Pro-A. Namun, perkara sebenar disini UiTM tidak menggamalkan sistem dwi-parti bagi pilihan raya kampus mereka. Walhal, Pro A juga tidak wujud kerana yang ada hanya wakil mahasiswa dari setiap fakulti dan bertanding secara individu setelah ‘direstui’ oleh  Hal Ehwal Pelajar (HEP) melalui pelbagai tapisan. Menurut akta 174, calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar tidak dibenarkan membuat apa sahaja pakatan atau kelayakan bertanding mereka akan digugurkan. Jika berlakunya pertandingan antara calon Pro A dan Pro M, bolehkah kita bayangkan kesan dan impaknya jika Pro A tewas kepada Pro M di UiTM. Perkara inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengurusan UiTM dan kerajaan. Sudah tentu pihak pengurusan atasan UiTM selaku pelindung mahasiswa Melayu dan Bumiputera mahu menjaga imej UiTM selaku universiti penyokong kerajaan pemerintah sepenuhnya. Inilah demokrasi terpilih ala UiTM. “Suara Mahasiswa Suara Keramat” Sejak AUKU diperkenalkan dulu, mungkin pentadbiran universiti mengugut para siswa dan siswi dengan panggilan-panggilan “tak bersyukur” dan ‘pengkhianat’ sekiranya kita menyuarakan sebarang  ketidakadilan. Namun, adakah pihak universiti masih dapat menghalang mereka untuk menggunakan kewarasan intelektual mereka dalam menegakkan hak mereka? Penulis ingin menegaskan mahasiswa dididik untuk mempelopori pelbagai bidang intelektual mereka. Sewajarnya keberanian dan kesungguhan golongan intelektual ini menghadapi pelbagai isu-isu akademik, universiti, kebajikan mereka mahupun isu nasional serta global sepatutnya digalakan. Justeru,  akan timbul kesedarkan komuniti di sekeliling mereka agar lebih sensitif dan responsif akan apa-yang terjadi di sekeliling mereka. Sebagai kesimpulan, “suara mahasiswa suara keramat” bukanlah satu angan-angan kosong yang hanya boleh dipermainkan oleh sebilangan pihak tertentu bagi mencengkam kebebasan bersuara mereka. Dan kita juga berharap pihak pentadbiran universiti UiTM akan mengubah dasar mereka agar dapat mendengar dan mempertimbangkan suara mahasiswa supaya  kepimpinan mahasiswa lebih efisyen dan mencapai taraf pemimpin yang berdaya saing diperingkat global. Akhir kata, jom renungkan kata-kata hikmat daripada seorang pensyarah dan penulis terkenal Amerika,  Alfie Kohn (1993): Students should not only be trained to live in a democracy when they grow up; they should have the chance to live in one today.”

]]>