Rakyat UK termakan politik perkauman, di Malaysia bagaimana?

keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun 2016. “Brexit” satu pengajaran kepada rakyat Malaysia – di waktu sesetengah individu mecanangkan konsep kafir harbi – bagaimana momokan perkauman boleh mengkaburi mata dan membawa kepada pemusuhan yang akhirnya memakan diri. Di UK, politikus dan penyokong kempen tinggalkan EU (“Leave”) menggunakan bayangan bahawa berjuta-juta Muslim akan menceroboh dan mengubah lanskap UK untuk menarik sokongan. Tetapi selepas kempen Leave berjaya, momokan tersebut didedahkan sebagai tidak berpijak pada realiti dan tidak dapat ditunaikan. Ini termasuk janji untuk menyekat kemasukkan warga asing ke UK dan penjimatan dana negara itu disalurkan kepada sistem perubatannya. Janji-janji puak pro-Leave entah ke mana tetapi bagi keseluruhan rakyat UK impak pungutan suara (referendum) itu menghempap mereka sejurus keputusan itu diumumkan. Ekonomi UK telah merundum, duit matang-wang “pound” telah jatuh dengan mendadak dan kepimpinan politik di dalam keadaan huru-hara. Persamaan  Cabaran politik dan ekonomi di Malaysia pula tidak kurang serius. Penurunan harga minyak, kelembapan ekonomi dunia dan nilai mata wang yang lemah telah mengakibatkan beribu rakyat hilang kerja dan kenaikan harga barang dan makanan import. Sementara itu tahap rasuah dan korupsi dilaporkan lebih tinggi berbanding dua tahun lepas, manakala hutang daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan bakal dibayar oleh rakyat Malaysia sendiri. Di tengah-tengah semua kemelut ini, tiba-tiba Kerajaan PAS Kelantan mendapat lampu hijau untuk membentangkan rang undang-undang di parlimen yang akan membuka jalan bagi perlaksanaan hukuman hudud di negeri miskin itu. Apabila rang undang-undang itu ditentang, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah dengan sewenang-wenangnya melabel pihak-pihak tersebut sebagai “kafir harbi”. Ramai tokoh yang lebih arif daripada saya telah mengulas bagaimana istilah tersebut sudah tidak relevan di dalam era negara berdemokrasi. Apa yang saya ingin katakan adalah seperti permusuhan terhadap migran Muslim di UK di tengah kehangatan kempen Brexit, percubaan untuk menanam bibit permusuhan melalui istilah “kafir harbi” juga tidak berpijak pada realiti. Menurut sarjana Islam Prof Abdullahi An-Naim, semua orang berhak mempersoal usaha melaksanakan hudud di Kelantan kerana undang-undang itu buatan manusia. Ia merupakan hasil interpretasi manusia terhadap Al-Quran dan ilmu pengubalan undang-undang syariah. Realiti-nya sekiranya PAS Kelantan berjaya melaksanakan undang-undang tersebut ia akan memberi impak yang menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia di semua negeri, tidak kira mereka Muslim atau tidak. Sentimen perkauman, keagamaan seperti “ini hal Islam orang lain tak boleh campur” tidak boleh digunakkan untuk menghalang debat dan tindakan sivil berkenaan sesuatu isu yang membabitkan semua pihak. Kalau kita terima konsep kafir harbi dan mula bermusuh sesama kita, kita juga akan buta terhadap masalah-masalah ekonomi, korupsi dan politik yang semakin menekan. Jadi rakyat Malaysia sekarang menghadapi dua pilihan. Samada kita boleh terus menolak momokan perkauman dan mengembalikan perhatian terhadap realiti masalah ekonomi dan politik negara. Atau kita boleh mengikut warga UK yang dipukau momokan perkauman dan membahayakan masa depan anak-anak mereka. Kini, bukan sahaja ekonomi UK yang berada di dalam keadaan getir. Serangan terhadap warga UK yang bukan kulit putih dan daripada Eropah di negara itu sudah pun meningkat susulan “Brexit”.

Gambar dari Mail Online UK

]]>

Islam lebih dihayati dalam negara sekular?

The Malaysian Mirror. Konsep sekularisme biasanya ditentang oleh gerakan Islam Malaysia tetapi bagi seorang pakar perundangan Islam, agama hanya boleh benar-benar dihayati di dalam sebuah negara sekular. Menurut Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, keimanan sebenar kepada apa pun agama, termasuk Islam, hanya boleh dibentuk sekiranya seseorang itu hidup di bawah pemerintah yang bersikap neutral terhadap agama. Iaitu sebuah pemerintah yang tidak menghalang aktiviti penganut apa-apa agama dengan syarat penganut itu tidak mencabuli hak agama lain, dan pemerintah juga tidak memihak kepada apa-apa agama. Akan tetapi, hujah pensyarah undang-undang itu tidak bermakna agama dan politik itu tidak boleh bercampur. Sebaliknya, penganut agama tidak boleh dihalang daripada terlibat di dalam politik seperti menyertai parti, membuang undi atau membentuk dasar, berdasarkan kepercayaan mereka, kata Abdullahi. “Hujah saya adalah saya boleh menjadi seorang Muslim yang lebih baik di dalam negara sekular berbanding dengan sesebuah negara yang mendakwa ia negara Islam,” kata Abdullahi yang berasal daripada Sudan tetapi kini menetap di Amerika Syarikat. “Saya percaya bahawa sikap neutral negara terhadap agama adalah kondusif kepada ketulenan penghayatan saya terhadap Islam,” beliau berkata di dalam sebuah kuliah di Sunway University baru-baru ini. “Oleh itu tuntutan saya untuk sebuah negara sekular adalah pada asasnya, Islamik.” Niat dan paksaan Hujah Abdullahi nampaknya agak kontroversi, terutama di dalam suasana masyarakat Malaysia dicengkam rhetorik hukuman hudud, perlaksanaan undang-undang Syariah dan perselisihan antara penganut berbagai agama. Malah gerakan Islam konservatif sering berkata bahawa “Islam adalah agama Persekutuan” bagi menjustifikasikan campurtangan penguatkuasa agama di dalam kehidupan orang Muslim dan juga bukan Muslim. Perbalahan mengenai perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan adalah contoh terbaru di mana ini berlaku apabila pendokong hudud menjawab pengkritik kanun itu. Abdullahi menyedari situasi di Malaysia, di mana penganut Islam diikat oleh dua sistem undang-undang, iaitu sivil dan syariah. Pada dasarnya undang-undang Syariah Malaysia adalah untuk memastikan warganegara Muslim-nya tidak melakukan larangan di dalam Islam seperti meminum arak, berzina atau makan di tempat awam semasa bulan Ramadan. Teori disebalik doktrin ini adalah pemerintah Malaysia dapat membentuk masyarakat Muslim yang syumul melalui undang-undang Syariah. Abdullahi mempersoalkan tujuan sistem tersebut. Contohnya, adakah larangan terhadap makan di tempat awam semasa bulan Ramadan benar-benar menghasilkan masyarakat Muslim yang beriman? “Sekiranya seorang itu berpuasa kerana dia takut kerana ditangkap (oleh penguatkuasa agama), adakah ini bermakna dia berpuasa kerana Allah, atau dia berpuasa kerana dia takut kepada pemerintah?” “Apabila pemerintah cuba memaksa larangan atau perbuatan agama ke atas seseorang Muslim, ia telah mengambil alih peranaan niat di dalam diri Muslim itu.” Niat yang benar-benar sukarela tanpa paksaan untuk beribadah atau melakukan sesuatu untuk agama merupakan salah sebuah prinsip asas di dalam Islam kata Abdullahi. “Kalau kepercayaan kita di dalam agama adalah dipaksa, itu bukan kepercayaan yang tulen dan jujur.” Beliau memetik ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang mengatakan bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan”. “Jadinya sekiranya kita mahu ibadah seseorang Muslim itu ada nilai, dia mesti diberi hak untuk melakukannya tanpa paksaan.” – June 6, 2016

]]>

Antara hudud, penyeluk saku dan politikus korup

The Malaysian Mirror. Senario: Penyeluk saku yang mencuri RM10 dipotong tangan tetapi ahli politik yang menyeleweng berjuta duit awam hanya dipenjara. Senario di atas merupakan contoh kontradiksi di dalam banyak kanun Syariah yang menggunakan hukuman hudud di seluruh dunia Muslim kata pakar kajian undang-undang Islam Prof Abdullahi Ahmed An-Naim. 357d632468bc33cd7bd5ac3ea31e59c8 Contoh seperti ini mengambarkan bahawa usaha melaksanakan hukuman hudud menimbulkan banyak masalah dan ia antara sebab utama menggapa pemerintah Muslim harus menangguhkannya, kata Abdullahi, pensyarah daripada Emory University di Amerika Syarikat. Masalah perlaksanaan hudud akhirnya akan mencalar imej Islam itu sendiri kata Abdullahi, kerana kecelaruan kesalahan dan hukuman itu menjejaskan prinsip bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Lain daripada sistem undang-undang biasa atau sivil, pendokong hudud mendakwa kanun mereka berasakan Islam dan datangnya daripda Tuhan. Ini memberikannya satu aura sempurna, ekslusif dan sakral yang menyekat cara masyarakat menilai undang-undang itu. Di dalam proses membentuk undang-undang sivil misalnya siapa sahaja – individu biasa, NGO, pakar, Muslim atau tidak – ada hak untuk menilai, mengkritik dan menolak undang-undang itu. Dengan itu kelemahan di dalam sesebuah undang-undang sivil boleh diperbaiki dengan efisyen kerana proses pembentukkannya terbuka. Tetapi bila datang pada hudud dan undang-undang syariah, seperti berlaku di Malaysia, proses mengubal dan menilai disekat dan dimonopoli oleh hanya sekelompok individu yang mengelar mereka “pakar agama”. Orang Muslim biasa ditegah daripada mempersoalkan hudud dan dipaksa untuk menyokongnya manakala orang bukan Muslim yang bakal mendapat kesan daripada hudud langsung tak boleh berkata apa-apa. Buatan manusia Contoh antara hukuman penyeluk saku dan penyeleweng, menunjukkan bahawa kanun kesalahan syariah dan hukuman hudud adalah buatan manusia melalui interpretasi al-Quran dan Hadith, kata Abdullahi. “Setiap kali manusia cuba menghasilkan sebuah kanun undang-undang Syariah ia adalah usaha interpretasi dalam alam politik dan kerajaan,” katanya di sebuah forum di Sunway University baru-baru ini. (Istilah politik dan kerajaan dalam konteks ini merujuk kepada proses penghasilan dasar dan sistem tadbir sesebuah masyarakat oleh manusia.) Ulama dan ahli fiqah pada zaman dinasti Muslim seperti Ummaiyah dan Abassiyah, tidak pernah menghasilkan kanun Syariah yang universal kerana mereka saling berbeza pendapat dan interpretasi, ujar Abdullahi. Al-Quran ada menyebut bahawa potong tangan si pencuri, kata Abdullahi. “Tetapi ia tidak memberi definasi apakah itu perbuatan mencuri. Definasi tersebut telah dibentuk oleh para ulama yang masing-masing berbeza dan bercanggah pendapat. “Ada ulama yang mengatakan mencuri itu sebuah perbuatan yang dilakukan secara senyap, kalau dibuat terang-terang ia bukan mencuri. Ada pula ulama yang berkata kalau dilakukan secara terang pun mencuri.” Ada pula ulama yang berhujah bahawa sekiranya si pencuri ada hak ke atas harta itu, pengambilannya tidak dikira mencuri. Mengikut takrifan ini, duit kerajaan yang pada asasnya dimiliki oleh semua warganegara – samada bakal penjenayah atau tidak – tidak boleh terkandung di bawah harta yang boleh dicuri, kata Abdullahi. Sekiranya hukuman hudud dibentuk menggunakan takrifan itu, penalti lebih berat dikenakan kepada penyeluk saku (potong tangan) berbanding ahli politik yang melesapkan duit awam. Antara undang-undang manusia dan Tuhan Pendokong hudud berkata penyelewangan harta awam boleh dikenakan hukuman takzir yang boleh ditentukan mahkamah, seperti penjara. Hujah ini masih tidak menyelesaikan isu pengadilan dan kesamarataan di bawah undang-undang (equality before the law) antara si penyeluk saku dan si ahli politik yang korup, ujar Abdullahi. “Kerana hukuman takzir dan hukuman hudud tidak sama berat. Orang yang curi dana awam tidak merasai keperitan yang sama seperti penyeluk saku, walaupun jenayahnya lebih berat.” Kontradiksi ini harus dilihat di dalam konteks dunia sekarang yang banyak sistem perundangan untuk menangani berbagai jenayah baru seperti korupsi, pecah amanah dan penyelewengan. Hampir kesemua sistem perundangan itu dihasilkan manusia tanpa dicap sebagai undang-undang Tuhan. Sekiranya hukuman hudud dilaksanakan tanpa menyelesaikan masalah interpretasi yang bercanggah, masyarakat Muslim bakal memberi gambaran bahawa undang-undang yang “datang daripada Tuhan” lebih lemah daripada undang-undang buatan manusia. “Ia akan menjejaskan imej Tuhan dan Islam sendiri di waktu rasuah, korupsi telah menjadi jenayah yang serius di seluruh dunia,” kata Abdullahi. “Kerana ia seolah-olah Syariah itu tidak menghukum golongan elit yang berkuasa (yang biasanya melakukan penyelewengan) seberat mana ia menghukum golongan bawahan (yang mencuri).” Sebagai alternatif, Abdullahi mencadangkan kepada penyokong hudud agar membentangkan undang-undang sivil yang mengandungi hukuman yang mereka mahu seperti potong tangan, sebat 100 kali dan sebagainya. “Kenapa nak sebutnya sebagai hudud? Gubal sahaja undang-undang untuk jenayah bersama hukumannya dan bentang di Parlimen.” Dengan ini seluruh masyarakat tidak kira Muslim atau tidak, boleh berdebat dan memilih sama ada mahu menyokong undang-undang tersebut atau tidak tanpa paksaan, katanya. Lagi satu alternatif kata Abdullahi, adalah menangguhkan perlaksanaan hudud dan menyalurkan tenaga dan masa ke arah hal-hal lain seperti membanteras kemiskinan, menghapuskan rasuah dan memperkuatkan semangat sivik di antara manusia. – Jun 2, 2016

]]>

Ramah Mesra Cucu Cicit Nabi Ibrahim A.S.

Oleh Luqman Tarmizi Catatan ini ditulis sempena lawatan mahabbah ke Gereja Katolik St Theresa di Nilai, Negeri Sembilan anjuran Siswa Progresif (SISPRO) yang melibatkan kurang lebih 40 peserta (majoriti nya merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia) pada 3 April 2016 yang lalu. Penulis dipertanggungjawabkan untuk memberi ucapan kepada mewakili pihak penganjur. Catatan ini sengaja tidak ditulis dalam bentuk sekuen yang teratur supaya penulis dapat menyampaikan mesej-mesej dibawah tema tertentu. NABI KITA DI DALAM AL-QURAN Sebelum saya mulakan pembentangan ketika sesi dialog, ada fakta penting yang saya lontarkan iaitu: nama Nabi Muhammad s.a.w disebut sebanyak 4 kali dalam Quran. Tapi Nabi Isa? 25 kali. Bahkan Maryam lebih hebat, 34 kali namanya diulang sebut di dalam Quran. Maka tidak ada alasan lagi bagi para Muslim untuk kita kesampingkan pelajaran mengenai kedua-dua tokoh ini dengan alasan mereka berdua tidak penting. Quran telah mengisyaratkan bahawa mereka berdua penting! Secara umumnya, ada 3 perkara paling bermakna dalam tempoh kurang lebih 4 jam setengah lawatan kami itu (menyertai upacara Sunday Morning Prayer, makan pagi, sesi dialog dua hala dan makan tengahari) pada pandangan peribadi saya iaitu:

  1. Peluang berucap dalam gereja, meski hanya untuk kurang lebih 10 minit, merupakan kesempatan yang akan saya hargai sepanjang hayat saya. Peluang membina jambatan persaudaraan dan mengikat tali persahabatan sebegini tidak selalu datang. Dalam dunia yang penuh kebencian dan permusuhan, para penyebar kasih sayang dan perdamaian merupakan aset penting, dan saya bangga menjadi sebahagian darinya.
  2. Dan sebagai seorang Muslim, saya boleh berkata dengan bangga, bahawa alunan suci ayat Quran mengenai kewajipan kita berkenal-kenalan sesama bangsa dan agama, dan mukaddimah surah Maryam, dialunkan dan diperdengarkan di dalam gereja.
  3. Diminta oleh Father Eugene, ketua paderi gereja tersebut di akhir majlis, untuk membacakan doa yang diaminkan oleh sekalian hadirin, Muslim dan Kristian. Saya sempat mendoakan agar kami diberikan kekuatan untuk terus menyalakan obor perpaduan, dan semoga hubungan antara agama ini semakin erat dan dipelihara Allah s.w.t.  Semoga Allah mengabulkan doa dan permintaan kami.
Saya mendapat respon yang cukup positif daripada rakan-rakan, samada ketika sesi soal jawab mahupun setelah program berakhir. ‘Hymn’ yang didendangkan kumpulan ‘koir’ gereja begitu menenangkan hati yang mendengar; meskipun kami selaku Muslim tidak berkongsi kepercayaan dan keyakinan yang sama dengan saudara-saudara Kristian kami. Fakta bahawa Kristian adalah suatu agama yang sangat menekankan konsep kasih sayang dan rahmat (love and compassion), benar-benar tercermin dan terzahir ketika upacara. Father Eugene meyampaikan khutbah yang saya kira cukup santai dalam erti kata tiada formaliti yang berlebih-lebihan dan seakan-akan sedang bersembang, tapi cukup padat dengan mesej yang bermakna dan prinsip yang jelas. Father Eugene terasa begitu dekat dekat para audien, berceloteh dalam keseriusan perkara yang disentuh. Beliau yang telah saya temui beberapa bulan sebelum lawatan itu, memang dikenali sangat mesra dan mudah diajak berbicara. Respon seorang audien, khutbah beliau itu benar-benar menjiwai semangat ‘preaching’ iaitu mendakwahkan apa yang kita percaya dan yakin, bukan sekadar membawa teks panjang lebar yang disediakan orang lain. MEMBUNUH KECURIGAAN Saya senang sekali memetik sajak Sasterawan Negara Pak Usman Awang yang bertajuk ‘Pemuda dan Gadis Tionghua’ dalam ucapan ringkas saya: “Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa?” Kalam ini cukup tepat sekali. Apakah suu’ zhon itu masih bersarang di minda ketika kita saling melontarkan senyuman? Bukankah segala syak wasangka telah terhapus tatkala kita bertegur dan bersalam-salaman? Tidakkah segala stereotaip dan persepsi negatif yang tidak berasas telah musnah setelah kita bertukar pendapat dan fikiran? Tatkala kami sampai ke gereja tersebut, kami disambut dengan cukup mesra, menghilangkan segala perasaan gementar dan debar yang bersarang di dada. Saya menekankan dalam ucapan saya bahawa umat Islam harus menghapuskan stereotaip dalam fikiran kita (jika ada), bahawa umat Kristian itu kerjanya hanya mahu memurtadkan orang Melayu dan Islam dari agamanya. Manakala umat Kristian dipihak yang lain, perlu membuang persepsi (jika ada) bahawa umat Islam itu kerjanya hanya mahu mengebom manusia dan meruntuhkan bangunan-bangunan yang ada. BAPA KITA SATU: IBRAHIM Kita merupakan anak dan cucu cicit kepada Nabi Ibrahim ‘alahissalam (peace be upon him). We are the sons and grandchildren of Prophet Abraham (pbuh). Dari Nabi Ibrahim lahirnya Nabi Ishak, dari Nabi Ishak lahirnya Bani Israel dan dari Bani Israel lahirnya Nabi Isa yang akhirnya menjadi tokoh yang begitu sentral dalam dalam agama Kristian. Begitu juga dari Nabi Ibrahim lahirnya Nabi Ismail, dari Nabi Ismail lahirnya bangsa Arab dan dari bangsa Arab lahirnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat untuk sekalian alam. Maka secara asasnya ‘Abrahamic traditions’ (termasuk agama Yahudi) ini lahir dari rumpun yang sama, meski dengan segala macam perbezaan yang wujud. Perbezaan dan kepelbagaian itu merupakan satu sunnatullah (peraturan alam) yang qath’ie (tetap dan tidak berubah). Cara kita menanggapi perbezaan dan kepelbagaian itulah yang akan menentukan hala tuju kehidupan kita. Di sebalik segala perbezaan yang ada, saya lebih suka untuk menekankan persamaan yang dikongsi secara bersama, ‘common universal values’ yang dikongsi seluruh umat manusia- seperti menegakkan keadilan, membanteras kezaliman, mendirikan ketatasusilaan, menyebarkan kasih sayang dan mengekalkan keamanan – dan saya percaya sebenarnya kita punya lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Dan seperti kelazimannya, apabila perbezaan itu diperbesar-besarkan, dan persamaan itu dikecil-kecilkan, akhirnya lahirlah pelbagai konflik yang tidak berkesudahan. Umat Islam dan Kristian harus bersatu dalam menghadapi segala percubaan untuk memecahbelahkan kesatuan kita, serta berusaha menangani usaha-usaha untuk menyucuk jarum perkauman dan meniup sentimen keagamaan sempit dalam kalangan kita. MELANGKAUI TOLERANSI Kami dijamu dengan makanan halal, dan Father Eugene telah memberi jaminan bahawa makanan tersebut adalah halal dan pembekalnya adalah Muslim, tanpa kami soal terlebih dahulu. Tanda persefahaman yang utuh dan sensitiviti seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam soal agama. Ada beberapa konsep dalam pengamalan hidup bermasyarakat iaitu: Toleransi (tolerance) yang bermaksud kurang lebih: ‘Aku tak suka apa yang kamu lakukan, tapi aku akan diam dan biarkan kamu dengan perbuatan kamu itu’. Penerimaan (acceptance) pula bermaksud: ‘Aku tak kenal siapa kamu, dan aku tak faham apa yang kamu lakukan itu, tapi aku boleh terima kamu sebagai sebahagian daripada aku’. Kedua-dua konsep ini sudah tentu tidak mencukupi sama sekali dalam konteks hidup berbilang agama dan bangsa. We must go beyond tolerance and acceptance! Maka apakah tahap yang perlu dicapai itu? Ia adalah saling memahami dan menghormati antara satu sama lain (mutual understanding and mutual respect). Toleransi, penerimaan, saling memahami dan saling menghormati satu sama lain; ini merupakan prasyarat kepada kewujudan bersama (coexistence) antara agama. Saling wujud dan berkembang dalam keadaan harmoni dan damai. MELABUHKAN TIRAI Secara tuntasnya, ada dua pengajaran penting yang saya dapat simpulkan daripada kisah Nabi Isa dan Maryam di dalam al-Quran:
  1. Ketaatan dan ketundukan kepada Tuhan ketika zaman fitnah yang mencengkam, dan kesusahan menghadapi dugaan yang mendesak. Tidak akan ada kemenangan di alam fizikal (nyata) tanpa kekuatan di alam spiritual.  Sebagai umat yang beragama, keyakinan akan bantuan dari alam spiritual itu merupakan tonik penting dalam menjana kekuatan.
  2. Semangat untuk membawa perubahan kepada masyarakat, membawa gerakan reformasi dalam memberi sinar keadilan dan meruntuhkan tembok kezaliman. Membaca buku berjudul Zealot: Jesus of Nazareth hasil karya sarjana perbandingan agama dari Iran, Reza Aslan setelah lawatan ke gereja ini berlangsung, memperkenalkan saya wajah sebenar Nabi Isa a.s. Jika dalam agama Kristian Nabi Isa digambarkan sebagai seorang ‘pacifier’ (pencinta kedamaian) dan penyebar kasih sayang, maka buku ini memberi perspektif baharu menurut kacamata sejarah (historical Jesus) yang bebas dari tafsiran sejarah menurut ‘pengasas’ agama Kristian seperti St Paul dan St Peter; bahawa Isa itu merupakan seorang revolusioner yang disalib oleh pemerintah Rom atas tuduhan menghasut rakyat.
Sebelum menutup bicara beliau, Father Eugene sempat berpesan kepada semua: ‘We have to bear in mind, that after this dialogue, I should become a better Muslim/Christian’. Pesanan ini cukup menginsafkan saya. Agama itu hadir untuk mengislah urusan manusia, menjadikan manusia itu berakhlak, bermoral dan bermanfaat kepada dunia; maka apa guna kamu beragama jika agamamu itu tidak menjadikan kamu seorang manusia yang lebih baik? Saya sudahi bingkisan ini dengan memetik hadis Baginda Nabi s.a.w yang pastinya wajar ditekuni seluruh pemegang panji pencerahan dan pencerdasan ummat, dalam mendepani segala rintangan dan kesusahan yang mendatang, khasnya kami warga Siswa Progresif (SISPRO). Daripada al-Awza’ie beliau berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa pada suatu ketika ‘Isa Bin Maryam a.s telah ditanya; Wahai Ruh Allah, benarkah sesungguhnya engkau pernah menghidupkan seorang yang telah mati? Baginda menjawab “benar, dengan izin Allah”. Baginda ditanya lagi, dan engkau pernah menyembuhkan mata si buta? Jawab Baginda “Benar, dengan izin Allah”. Baginda disoal lagi, bagaimana pula dengan ubat kepada kebodohan? Jawab Baginda, “inilah yang melelahkan aku!” *Muhammad Luqman Bin Ahmad Tarmizi, Pengerusi SISPRO sesi 2015/2016 ]]>

Siapakah saya?

Untuk menjadi setia, dan tunduk dalam kawalan sesebuah kelompok sudah tidak menawarkan apa-apa keselamatan. Sekarang dunia ini memerlukan orang yang oleh menghubungkan beberapa kesetiaan, beberapa pertalian, beberapa identiti. – Naomi Gildenberg

Kita tidak pernah bertanyakan “siapakah saya”. Kita seringkali ditanya apakah bangsa kita, agama kita atau etnik kita. Bagi saya itu merupakan persoalan lama dan tidak lagi relevan pada masa kini. Dalam upaya saya untuk menjawab persoalan siapakah saya, saya perlu menghubungkan beberapa budaya dan latar belakang berbeza yang saya lalui. Siapakah saya? Sememangnya keperibadian saya dibentuk oleh sejarah, tetapi terdapat kekurangan perspektif tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Juga, saya adalah gabungan segala ketidakpedulian, cita-cita, kerinduan untuk kebebasan dan segala kerohanian di dunia. Saya adalah hasil daripada indoktrinasi nilai keluarga, agama, sistem politik dan pemikiran majoriti kelas menengah. Saya adalah makhluk yang direka-bentuk akibat daripada hasil binaan konteks sosio-politik di negara saya. Di mana saya adalah dan sedang dikawal oleh idea-idea orang lain, yang saya sangkakan kepunyaan saya. Saya seorang rakyat Sabah dan tercatat dalam kertas ID sebagai warganegara Malaysia, tetapi ia bukan sejarah keperibadian saya, bukan identiti saya. Bulan lalu (September) merupakan bulan yang penting bagi kebanyakkan rakyat di Sabah dan Sarawak mengenai identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Perbincangan identiti itu menjadi penting kerana selepas beberapa tahun baru wujud sebuah kesedaran baru mengenai kepentingan 16 September, atau Hari Malaysia. Dan apa yang menarik lagi, tahun ini merupakan tahun Malaysia mencapai umur 50 tahun. Jika seseorang sudah berumur 50 tahun, dia sering dilihat sebagai seorang yang sudah dewasa dan mencapai kematangan. Dan meliputi sebuah pengalaman yang luas dengan pelbagai adaptasi dari segi tingkah laku dan cara hidup. Dan kebanyakkan kita sibuk dalam dunia orang dewasa, kita jarang mencari masa untuk berhenti dan bertanyakan soalan asas mengenai identiti kita. Kerana peranan dan fungsi kita cenderung untuk menentukan identiti kita. Dan berbalik kepada Malaysia yang sudah berumur 50 tahun dan dianggap dewasa dan matang. Apakah maksud pendewasaan ini? Terdapat bukti-bukti yang menyokong Dr. Harry Blatterer di mana beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi kapitalisme lah yang menentukan dan mendefinisikan pendewasaan dalam masyarakat kontemporari masa kini. Penanda ukur yang Blatterer namakan “the classical marker of adulthood” ialah: kebebasan, keluarga dan pekerjaan. Ketiga-tiga elemen ini juga boleh diterjemahkan kepada: kerjaya, perkahwinan heterosexual, rancangan persaraan, insurans, anak, kereta, rumah dan banyak lagi. Dan selagi seseorang berfungsi secara efektif dalam masyarakat, ia dianggap bahawa pendewasaan kita adalah sihat dan berkembang. Dalam erti kata lain, untuk lelaki, mereka mempunyai kemampuan untuk melakukan kerja yang produktif,  mendapat upah yang layak, menjadi bapa kepada anak-anak dan mengekalkan kawalan. Manakala, untuk perempuan, itu bererti menjadi isteri dan ibu, menjaga keperluan rumah dan dapur, dan melahirkan anak. Kehidupan yang berhasil dan produktif, itulah maksud menjadi seorang dewasa. Dimana ada satu bentuk persetujuan yang kita harus mainkan yang ditentukan oleh politik, ekonomi dan agama zaman sekarang. Maka, dalam pemikiran kita, itulah identiti kita. Identiti kita telah dimanipulasikan dengan suntikan sistem pecah dan perintah, supaya kekuasaan mampu dikawal oleh hanya segelintir kumpulan. Kita dipaksa untuk percaya bahawa antara manusia, kita adalah berbeza antara bangsa, warna, kepercayaan dan agama. Kita dipaksa untuk percaya bahawa dunia ini penuh dengan dosa, dan bumi adalah mati, maka manusia mempunyai “tanggungjawab” untuk mengeksploitasikannya. Seperti juga konsep bangsa atau negara bangsa, yang bertujuan untuk memecah-belahkan manusia dan eksploitasi sumber alam semulajadi. Seperti yang kita tahu, kita dilahirkan dari bumi, dan akan kembali juga ke bumi. Tubuh kita adalah sebahagian daripada alam semesta ini, dan diaplikasikan sama kepada semua manusia di peringkat lokal, nasional, regional dan internasional. Darah kamu yang mengalir dalam badan, warnanya merah sama seperti darah yang mengalir dalam badan saya. Dan apabila kita tersilap menganggap bahawa kita mempunyai identiti kekal, maka ia akan membawa kepada penderitaan. Jadi siapakah saya? Apa fungsi saya dalam menyumbangkan kepada dunia yang lebih baik. Kita mempunyai kebiasaan untuk melihat diri kita dengan cara tertentu. Tapi semua akan berubah kalau kita bermula untuk bertanyakan soalan asas, siapakah saya. Dengan pertanyaan kepada soalan itu akan mencungkil satu dimensi yang lebih mendalam. Contohnya kita selalu berkata, matahari telah terbit. Bertahun-tahun tanpa refleksi mendalam kita mengatakan matahari telah terbit, kita bangun pagi dan melihat matahari sudah naik. Dan kita menganggap bahawa memang begitulah apabila sudah pagi, matahari sudah naik. Tapi apabila satu hari saya berdiam dan bertanya, bagaimana matahari itu terbit? Dengan pengetahuan sains, saya mendapat tahu matahari langsung tidak terbit, tetapi sebenarnya bumi ini yang bergerak dan berputar. Menjadikan matahari statik itu bersinar kepada kita. Sesuatu yang selama ini saya abaikan, sekarang saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza. Saya telah melihat kewujudan cahaya matahari tidak terasing daripada acara yang saling berkaitan dengan keadaan sekelilingnya. Dan konsep yang sama juga digunakan untuk bertanyakan siapakah saya. Identiti saya bergantung kepada banyak sebab-sebab yang lain. Tetapi perkara pertama yang selalu kita lihat dalam budaya kita ialah bangsa atau agama kita. Kita telah diberitahu banyak kali dalam media, dalam buku teks, di sekolah, di universiti, oleh ibu bapa kita, kawan-kawan kita, ahli pemimpin kita, ketua agama kita bahawa kita adalah begini dan begitu. Kuncinya disini ialah pada pertanyaan, dan bukan kepada jawapan yang kita terima. Saya dibentuk oleh sejarah, oleh keperibadian yang saya temui sepanjang hidup saya, begitu banyak sekali sehingga tidak ada identiti yang jelas untuk saya kata apakah identiti saya yang sebenar.  Keperibadian saya juga bergantung kepada kombinasi keadaan dan tindakan, ia tidak kekal juga tidak independen. Saya terus sedar bahawa terdapat banyak jaringan yang menghubungkan saya kepada kehidupan orang lain, saya sedar bahawa kewujudan saya penuh erti melalui interaksi dengan orang lain. Di peringkat yang lebih mendalam, kita bukan sahaja rapat secara fizikal, tetapi juga kepada makhluk hidup yang lain. Dan ini membawa saya kepada realisasi bahawa pemahaman saling kaitan dengan semua kehidupan boleh membawa kepada dunia yang lebih aman. Kita seharusnya merayakan kepelbagaian manusia, dan belajar untuk tidak terancam dengan perbezaan antara kita. Ini kerana pada peringkat yang paling asas, kita, melalui satu ikatan mistik, dilahirkan untuk berkongsi dalam jangka hayat di planet yang sama ini, dalam alam semesta yang luas. Dengan kebanggaan terhadap identiti kita, kita juga harus sedar bahawa ancaman terhebat sekali kepada keberlanjutan budaya kita ialah kemusnahan alam dan bumi kita. Itu ancaman kepada pembunuhan identiti kita. Kerana tujuan kekuasaan dan asimilasi hanya ada satu tujuan, iaitu untuk menyenangkan kerja untuk memusnahkan bumi dengan rampasan tanah, pembikinan projek mega, empangan, hotel, dan pembangunan yang tidak lestari. Maka identiti kita sebagai manusia akan hilang, dan hanya menjadi robot akibat dehumanisasi dan penindasan. Jika kita hanya mendengar satu cerita, kita akan menghasilkan stereotaip, dan masalah dengan stereotaip ialah ia bukan tidak betul, tetapi ia tidak lengkap. Soalan siapakah saya ini bukan saja terletak pada kertas, IC atau pasport. Tapi termasuk juga segala hubungan yang menyumbang kepada keperibadian saya dalam sepanjang kehidupan say. Dan dalam proses pendewasaan ini, saya juga mengajak untuk memikirkan kembali definisi klasik yang menjadi penanda kepada apa maksud menjadi dewasa pada zaman kontemporari kini, kerana ia juga menjadi pengaruh terbesar kepada identiti kita. ]]>

Pengajaran dari Prambanan

Jika anda berkesempatan ke Yogyakarta, Indonesia, salah satu tempat wajib kunjung bagi setiap pelancong adalah Candi Prambanan. Terletak lebih kurang 16 Km dari Yogyakarta, candi yang diklasifikasikan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO ini tidak semasyur Candi Borobodur, tetapi bagi penulis, Prambanan lebih menarik daripada Borobodur.

Di Prambanan, pastikan anda bayar Rs70,00 untuk mendapat perkhidmatan seorang guide yang membawa anda mengelilingi tapak. Tiada gunanya anda melawat Prambanan sekiranya anda tidak mendalami sejarah dan falsafah Prambanan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dipandu oleh Edi, seorang lelaki Indonesia dalam lingkungan 40-an. Dia seorang yang tinggi, dengan rambut lebat dan kerinting dan kumis tipikal seorang Jawa. Kulit sawo matangnya gelap, mungkin kerana berjemuran di bawah mentari terik dalam menjalankan tanggungjawabnya membawa sekian ramai manusia yang berkunjung ke Prambanan setiap hari. Edi bertutur dengan penulis dalam bahasa Inggeris. Ini memang disengajakan, kerana dikhuatiri Bahasa Indonesia telo Jawanya terlalu pekat untuk difahami, walaupun dalam bahasa Indonesia. Dan Edi fasih berbahasa Inggeris. Edi memaklumkan pada penulis bahawa bapanya Muslim dan ibunya beragama Buddha. Di Indonesia, perkahwinan berlainan agama seperti ini adalah biasa, kata Edi. Malu pula penulis untuk memberitahunya bahawa di Malaysia, ibu dan bapanya hanya boleh berkahwin jika ibunya meninggalkan agamanya. Berlainan dengan Borobodur, candi Prambanan bukanlah satu candi tunggal yang besar. Prambanan adalah sebuah kompleks yang tediri daripada beberapa buah candi-candi. Lingkaran luar dahulunya penuh dengan lebih 200 candi kecil, tetapi semua kecuali 2 sudah tiada, batu-batu mereka dicuri dek orang. Lingkaran dalam pula terdiri daripada 8 candi-candi yang masih berdiri; terselemat kerana penduduk setempat percaya adalah tabu untuk mencuri batu-batu daripada lingkaran dalam. 6 candi di dalam lingkaran dalam didirikan untuk 6 dewa agama Hindu. 3 untuk dewa-dewa Trimurti; Brahma yang mewujudkan, Vishnu yang mengekalkan dan Shiva yang memusnahkan. 3 lagi untuk dewa-dewa yang menjadi tunggangan dewa-dewa Trimurti; Angsa tunggangan Brahma, Nandi tunggangan Shiva dan Garuda tunggangan Vishnu. 3 candi dewa Trimurti melambangkan langit (Angkasa), 3 candi dewa-tunggangan melambangkan bumi (Bhumi) dan 2 candi yang dikenali sebagai Apit yang memaksikan keduanya sebagai Cakerawala. Menurut Edi, falsafah pembinaan Prambanan adalah pemahaman tentang ‘Kewujudan’. Existance.  Edi membawa penulis ke tengah-tengah lingkaran dalam Prambanan. Menurut Edi, seorang pengunjung Prambanan, jika dia dia berdiri di titik itu, akan berada di tengah Cakerawala, di antara Angkasa dan Bhumi dan memahami tempat dirinya di alam semesta. Maka, dia akan memahami Kewujudannya. “Which is more important, truth or existence?“, tanyanya pada penulis.

Penulis memikir sejenak dan menjawab ‘kebenaran’.

For me, it is existence, sir“, Edi menjawab, sambil membuka kaca mata hitam yang dipakainya. Matanya merenung tepat dan tajam ke arah penulis. “All religions say that they are Truth, and because of their Truths, they fight. But is it not better to Exist, and to acknowledge that other religions exist as well?“.

Kata-kata bermain di minda penulis. Bukan dari aspek spiritual atau keagamaan (JAIS, jangan cari saya, ini bukan ‘pluralisme agama’!), tetapi sebagai pengajaran yang boleh digunapakai di dalam konteks nasional dan situasi sosio-politik tanahair. 

Antara cabaran paling besar dalam membina sebuah negara-bangsa Malaysia adalah perpaduan. Begitu sukar untuk kita mencapai perpaduan yang sebenar. Mungkin kerana garis-garis perpisahan yang kita lakar sebelum ini begitu banyak dan jelas kelihatan.

Dan apabila individu atau pihak ingat diri mereka betul dan mereka sahaja membawa Kebenaran, maka untuk menegakkan kebenaran itu terdapat pergeseran. Samada pergerseran di antara kaum, agama mahupun ideologi politik. Walaupun pergeseran itu biasa dan tidak bersetuju itu memang lumrah manusia, untuk membina sebuah negara-bangsa adalah penting untuk kita juga mencari persamaan yang kita ada.

Contoh yang terbaik dapat kita lihat dalam kontroversi baru-baru ini berkenaan dengan agama kanak-kanak bawah umur. Jika kita hanya lihat dari satu sudut sahaja kita rasa itulah kebenaran, perspektif pihak yang lagi satu akan terlindung oleh bias kita sendiri. Kita tidak nampak, contohnya, ketidakadilan yang bakal dialami oleh si suami atau si isteri yang tidak punya suara untuk menentukan agama anaknya.

Untuk itu, kita harus memahami Kewujudan kita. Di mana letaknya kita di mata dunia. Faham juga Kewujudan ‘Yang Lain’, mereka yang berbeza dengan kita dari pelbagai aspek. Iktiraf dan faham juga bahawa mereja juga mencari Kebenaran dan mereka juga percaya dengan Kebenaran mereka. Barulah kita akan sedar bahawa kita berada di atas paksi yang sama, Cakerawala, yakni tanahair, yang sama. Barulah kita dapat menerima Yang Lain dan membina negara-bangsa Malaysia.

Penulis tidak bertanya apakah agama yang Edi anuti, tetapi melalui perbualannya dengan penulis, jelas Edi adalah seorang yang spiritual. Dia bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guide, tetapi benar-benar mempercayai apa yang diberitahu kepada penulis. Bukan sekadar lakonan sebagai menyempurnakan ‘pengalaman Prambanan’.

Ironik juga, pengajaran untuk menjadi pedoman di tanahair sendiri ditimba di tanahair orang, dikelilingi batu-batu yang dibina beratus tahun dahulu.

]]>