Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini.[/caption] Maka ianya merupakan sesuatu hal yang berguna bagi saudara Uthaya untuk terus menulis makalah mengenainya. Dengan penerangan mengenai agama Hindu secara umum, anak-anak Malaysia yang beragama lain mampu memahami dan mengurangkan kekusutan mereka mengenai agama tertua ini. [caption id="attachment_5702" align="aligncenter" width="1024"] Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus.[/caption] Antara masalah-masalah ataupun silap faham yang pernah cuba diterangkan oleh saudara Uthaya adalah mengenai hal konsep ketuhanan politeisme dan penyembahan berhala. Melalui artikelnya yang bertajuk ‘Memahami Konsep Berhala Hindu’, beliau menyanggah pemahaman bahawa agama hindu merangkumi ritual penyembahan berhala dan berteraskan politeisme. Malah beliau menekankan bahawa konsep ketuhanan agama Hindu berbeza dengan agama-agama monoteisme yang lain, di mana Hinduisme merupakan ajaran ‘mencari Tuhan’ dan bukannya ajaran yang berdasarkan wahyu. [caption id="attachment_5703" align="aligncenter" width="577"] “Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan.”[/caption] Menurut saudara Uthaya kesemuanya ini adalah stereotaip yang sudah terlalu lama berleluasa. Kebanyakan di antara kita tidak memahami bahawa apa yang disembah bukanlah berhala tersebut, sebaliknya unsur-unsur ataupun sifat-sifat Tuhan yang boleh di sembah melalui kewujudan patung-patung yang seringkali kita nampak di setiap kuil. Seperti perbandingan yang dinyatakannya, bagaimana penganut agama Islam menyembah tuhan melalui satu arah iaitu ke arah Kiblat. Kaabah bukanlah tuhan itu sendiri, sebaliknya suatu titik fokus dimana kesemua penganut agama Islam bisa diselaraskan. Dan patung-patung ini pula dihasilkan melalui sains imej (ikonografi) ataupun Murtisilpasastra, di mana para pengukir itu sendiri merupakan golongan yang benar-benar memahami agama hindu itu sendiri dan untuk menghasilkan patung-patung tersebut, mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat tertentu seperti keupayaan untuk merujuk kepada dhyanasloka iaitu catatan yang dilakukan oleh rishi iaitu golongan yang berpeluang untuk “melihat” Tuhan. Persoalan-persoalan seperti ini masih dilihat sebagai masalah ataupun cabaran yang perlu diatasi apabila terdapat banyak pihak yang secara yakin memperlekehkan agama-agama lain, dan Sanathana Dharma ataupun Hinduisme juga tidak terkecuali. Jadi seperti mana-mana agama yang lain, masih terdapat suatu cabaran iaitu suatu pemahaman agama yang jelas dan mampu meningkatkan tahap kekuatan pergerakan golongan penganut itu secara kolektif. [caption id="attachment_5706" align="aligncenter" width="1024"] Salah satu hadirin membentangkan sejarah Hinduisme kepada semua yang hadir.[/caption] Saudara Uthaya Sankar adalah salah satu penulis yang aktif menyanggah stereotaip agama yang terlekat kepada Hinduisme. Seperti mana ISMA yang pernah menyatakan bahawa agama Hindu tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan terhadap tamadun Melayu, selain daripada penyebaran mitos dan aspek kewiraan semata-mata. [caption id="attachment_5707" align="aligncenter" width="1024"] Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu.[/caption] Sedangkan sewaktu berlangsungnya forum pada 26hb Oktober yang lepas, beliau menegaskan bahawa terdapat kebanyakan ilmu ataupun fakta yang seringkali disebarkan hanya berkisar pada aspek mitos, iaitu di tingkat Purana semata-mata. Jadi apabila hal yang dibincangkan hanya berteraskan tahap tersebut, maka secara tidak langsung citra sebenar Hinduisme ditenggelami dengan mitos dan bukannya berdasarkan kitab-kitab Veda yang mengandungi ajaran sebenar Hinduisme. [caption id="attachment_5708" align="aligncenter" width="1024"] Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama.[/caption] Apakah tindakan seperti yang dilakukan oleh ISMA ini wajar? Semestinya tidak kerana tindakan memperlekehkan sesuatu agama di dalam hubung kaitannya dengan perkembangan sesuatu tamadun adalah sesuatu hal yang dangkal sifatnya. Setiap agama mempunyai asas falsafah yang bersifat rasional dan menyeluruh, begitu juga dengan agama Hindu. Dan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan bahawa apa yang selama ini difahami mempunyai suatu halangan yang masih membelenggu golongan penganut agama Hindu itu sendiri. Mereka juga tidak menyedari tentang masalah ini dan hal ini pula jarang benar diperdebatkan secara meluas. [caption id="attachment_5709" align="aligncenter" width="1024"] Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir.[/caption] Tidak ada gunanya menolak ajaran agama lain. Kita mesti mengakui akan kekuatan agama itu sendiri. Ini akan mengakibatkan kejahilan yang benar-benar buruk, seperti kes di mana ada suatu NGO ataupun kumpulan yang berasal daripada golongan Melayu, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes. Hal-hal seperti ini bermula daripada kejahilan akan kekuatan agama-agama lain sebagai suatu organisasi kolektif dan teori yang menyeluruh. Ini bukan mengenai soal teologi semata-mata, tetapi bermula daripada keyakinan yang tidak disokong oleh logik budi, iaitu menerima kekuatan sesuatu agama sebagai sah dan mampu di praktik tanpa prejudis. [caption id="attachment_5710" align="aligncenter" width="1024"] Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain.[/caption] Makanya setiap agama mempunyai perkembangan sejarahnya yang tertentu dan penting untuk diletakkan di dalam konteks yang betul. Sebaiknya setiap ajaran yang membentuk sesuatu tamadun itu dihargai dan digali agar kesinambungan sesuatu hal yang inheren di dalam suatu masyarakat itu mampu dirungkai semula dan difahami secara betul. Forum yang telah dianjurkan oleh pihak kami, Projek Dialog pada pukul 8 malam, 26hb Oktober 2016 yang lepas merupakan suatu usaha untuk memberi ruang dan membuka dialog bagi anak-anak muda yang ingin memahami asas-asas agama Hindu. [caption id="attachment_5712" align="aligncenter" width="1024"] Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif.[/caption] Kami berharap bahawa perkara yang telah dibincangkan bukan sahaja berlegar di persoalan teori semata-mata, tetapi lebih kepada konteks kehidupan harian juga. Di mana keadaan sesuatu agama yang seringkali diperlekehkan dan ditindas mampu diutarakan secara serius dan berkait rapat dengan kejahilan rakyat secara umum, dan tidak lupa bagaimana kesemua hal ini pula mendorong kepada sesuatu tindakan yang memudaratkan lagi keadaan beragama di sesuatu negara yang pelbagai sifatnya. [caption id="attachment_5713" align="aligncenter" width="1024"] Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog.[/caption]
]]>Pembudayaan Dialog Antara Agama di Bali sejak Abad ke-10
Keindahan Bali Kebanggaan Bali bukan hanya terletak kepada keindahan alam serta kecantikan bangunan-bangunannya, ia turut terletak pada kekuatan adat dan budaya. Bersama budaya lah datangnya kefahaman-kefahaman sosial yang memastikan keharmonian masyarakat. Hikayat-hikayat Bali dari abad ke-10 yang menceritakan tentang padah bermusuhan kerana perbezaan interpretasi agama sebelum pertemuan di Pura Samuan Tiga contohnya, menjadi pengajaran sejak turun-temurun tentang pentingnya keterbukaan dalam wacana agama agar tidak menimbulkan perbalahan atau peperangan kerana perbezaan amalan beragama.
Pintu Utama Pura Samuan Tiga (Kredit foto: Mrym Lee)
Dapat diperhatikan empat unsur kebudayaan Bali yang memainkan peranan penting kepada masyarakatnya ialah agama, kesenian, tata masyarakat dan sumber ekonomi atau mata pencarian. Teringat kata-kata Pak Ismasidia apabila ditanya kenapa kebudayaan Bali sukar dihakis arus kemodenan, beliau menjawab kerana kesemua unsur budaya saling melengkapi dan tidak ada satu unsur yang dijalankan tanpa unsur yang lain. Contohnya, tarian sudah pastinya akan diselingkan bersama alat musik gamelan, begitu juga kepentingan gamelan semasa upacara sembahyang. Maka kesemua aspek kehidupan masyarakat Bali (kegiatan ekonomi, doa, keraian, kematian, etc.) itu merangkumi kesemua unsur budaya (seni, agama, etc.) yang saling menghidupkan. Budaya dapat memainkan dua peranan penting di sini. Pertama, ia membolehkan pengetahuan turun-termurun tentang tanah dan persekitaran adat untuk disampaikan kepada generasi-generasi seterusnya agar berkekalan. Ilmu yang diturunkan itu semestinya berkait rapat dengan hal-hal penjagaan alam yang telah diduduki sejak sekian lama, ilmu yang diselitkan ke dalam seni serta ritual budaya tempatan. Kedua, ia memupuk di samping melindungi produksi ekonomi tempatan kerana kesebatian budaya itu dengan punca ekonomi masyarakat.Anak-anak Bali yang dilatih seawal umur 3-4 tahun (Kredit foto:Mrym Lee)
Melangkaui toleransi agama
Pengalaman di Bali mengajar ianya tidak cukup untuk hanya bertoleransi dengan penganut pelbagai agama lain. Kita juga mesti menerima mereka dalam keadaan mereka mempercayai kepercayaan mereka. Dengar macam sesuatu yang normal, bukan? Macam sesuatu yang memang sepatutnya berlaku? Tentunya memang inilah seharusnya, dan penerimaan ini harus berterusan.
Sepanjang di Bali, tidak ada sebarang sengketa tentang hal-hal terminologi. Tiada masalah untuk orang Muslim merapatkan dua tapak tangan dan memberi kata-kata selamat “Om Swastiyastu” kepada warga Bali. Tiada masalah juga untuk orang Bali yang majoriti Hindu untuk mengucapkan “Assalamualaikum” dalam pembuka bicara awam.
Tiada siapa mengambil pusing soal-soal remeh seperti itu. Tidak.
Yang sering menjadi topik perbualan adalah perkara-perkara kepimpinan yang menjadi ancaman kepada kemaslahatan ummah seperti rasuah, korupsi dan kelemahan ekonomi. Masalah-masalah ini sering menjadi punca ahli politik menjadikan isu-isu remeh untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada penyelewengan politik.
Namun secara asasnya, akan menjadi sebuah hipokrasi sekiranya kita hanya boleh menerima penganut agama lain apabila mereka mengamalkannya secara sembunyi, atau tidak mempunyai hak untuk berkongsi tentang agama dan kepercayaan mereka. Ia juga sebuah bentuk penindasan sekiranya pihak pemerintah membenarkan media arus perdana terus menabur fitnah kepada golongan minoriti agama, lebih-lebih lagi tentang agama mereka sendiri.
Menyediakan barang-barang untuk upacara keagamaan (Kredit foto: Mrym Lee)
Budaya dalam Kelestarian Pembangunan
Selain pemeliharaan identiti, usaha pengekalkan kebudayaan penting untuk program pembangunan yang mampan. Tiada pembangunan bermakna yang boleh berlaku dalam masyarakat yang tidak dapat meletakkan dirinya ke dalam proses pembangunan tersebut, atau dalam erti kata lain, terkecuali (atau mengecualikan diri) daripada proses pembangunan.
Setiap kebudayaan yang unik itu, yang datang dengan bahasanya, lagunya, tariannya dan segala isi alamnya – memberi makna kepada kehidupan setiap warga dalam caranya yang tersendiri. Inilah yang dipanggil nilai intrinsik, budaya adalah sebuah nilai instrinsik yang wujud kerana ia sendiri adalah bermanfaat kepada masyarakat dan tidak memerlukan sebab atau pengaruh material.
Jika dalam pembacaan tentang pembangunan jenis ini, cendiakawan Indonesia mungkin lebih kenal akan Maeljarto Tjokrowinoto dengan konsep pembangunan yang berpusat pada manusia (people-centered development). Pembangunan ini lebih dari sekadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan nasional, ia meningkatkan kualiti hidup seorang manusia itu sendiri dengan meningkatkan kadar keaktifan dalam masyarakat. Dari segi ekonomi, kadar keaktifan ini mendorong produktiviti dengan kegiatan-kegiatan yang berproduktif tinggi. Namun apa yang lebih penting mungkin kekuatan budaya itu yang mengekalkan keterbukaan orang Bali kepada dunia luar, kerana mereka tidak merasakan keterbukaan sebagai satu ancaman apabila cara hidup Bali dan segala isinya itu masih kuat diamalkan.Berjudi santai sambil menunggu upacara selesai (Kredit foto: Mrym Lee)
Sebenarnya tidak memerlukan banyak untuk melihat keterbukaan berdialog itu bukan permulaan untuk penghujung dunia. Pertemuan di Pura Samuan Tiga itu masih diceritakan dan dijadikan teladan sejak abad ke-10. Perkara seperti ini tidak mungkin berpanjangan sebegitu lama jika tidak melalui pengekalan tradisi. Lagipun, jika kesejahteraan Bali selama lebih 1,000 tahun boleh tercetus di atas dialog dan dipelihara di atas budaya, mengapa tidak keberadaban manusia?
]]>