KENYATAAN: CFM HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA Christian Federation of Malaysia (PPM-003-10-14011986) Alamat: 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon / Faks : + 60 3 7957 1457 E-mel: cfmsia@yahoo.co.uk

28hb Ogos 2017

KENYATAAN CFM HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

MARILAH KITA BERSATU UNTUK BERPRIHATIN TERHADAP SEMUA KOMUNITI

 

Dalam bakal beberapa hari, semua rakyat Malaysia akan menyambut dan memperingati ulang tahun Hari Merdeka Ke-60 dan Hari Malaysia Ke-54.

Walau sementara kita bersiap sedia untuk menyambut bersama, ketegangan dan tekanan telah menimbul semula, ia mempersoalkan sifat persekutuan kita serta hakhak dan kebebasan rakyat yang berbilang kaum.

Sesungguhnya, banyak di antaranya adalah kebimbangan yang berkait rapat dengan hati nurani kolektif untuk negara tercinta kita sama ada hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Negeri mengenai percukaian, kedaulatan badan kehakiman, hakisan yang berterusan terhadap sifat sekular Perlembagaan dan Persekutuan, bopeng politik satu agama terhadap agama yang lain (menjadikan komuniti Kristian sebagai ‘bogeyman’ yang terkenal), kebolehpercayaan para pemimpin politik, pendakwaan kejadian rasuah yang memihak, penarikan balik peruntukan kerajaan yang melarang penukaran agama kanak-kanak secara unilateral, pilihanraya umum tahun depan ataupun beban kewangan yang semakin berat bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah.

Merasa khuatir menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang semua komuniti di Malaysia dan menyedari bahawa prinsip-prinsip, nilai-nilai murni dan kepercayaan asas mungkin tidak lagi dianggap penting seperti dahulu. Ia juga menunjukkan bahawa kita masih berusaha sebagai satu bangsa demi mencapai apa yang terbaik untuk semua di negara kita tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, asal usul sejarah, ataupun kedudukan sosio-ekonomi atau pendidikan.

Kita semua telah menyumbang untuk membina negara ini melalui cara-cara yang sama atau yang berbeza pada masa dahulu, dan kita semua akan terus memainkan peranan masing-masing untuk membentuk dan menentukan masa depannya.

Sepertimana yang dinyatakan dalam cogan kata negara kita, “Bersekutu Bertambah Mutu”. Meskipun negara kita menghadapi banyak cabaran dalam proses mencapai kemajuan dan kemakmuran, kita boleh mencapai kehidupan yang lebih baik untuk semua, baik dari segi kebendaan atau rohani, hanya jika kita bersepadu.

Tuhan Yesus memanggil kita untuk “mengasihi sesama kita seperti diri kita sendiri”, suatu panggilan kepada kita supaya meninggalkan gaya hidup yang mementingkan diri sendiri. Komuniti dan negara dibina apabila semua orang hidup bersama dan bersekutu. Kepercayaan kita mengajar bahawa penindasan kuasa adalah tidak betul. Justeru, mengasihi sesama kita seperti diri kita sendiri mungkin melibatkan toleransi terhadap pandangan yang kita tidak bersetuju, atau berusaha khasnya untuk melindungi golongan minoriti atau golongan terpinggir seperti orang pelarian di kalangan kita dan mereka yang diperdagangkan secara tidak berperikemanusiaan. Ia juga memanggil kita untuk mencintai orang-orang yang meluahkan komen yang tidak menyenangkan atau membencikan kita. Perayaan dan peringatan tahunan kita ini mengingatkan bahawa kita dipanggil untuk meminggirkan kepentingan diri dan berusaha untuk kebaikan bersama. Apabila kita melangkah bersama sebagai satu negara, marilah kita berdoa dengan penuh ikhlas secara kolektif dan individu, demi kejujuran, integriti dan keadilan dalam kehidupan seharian kita serta di insitusi negara, dan demi hubungan yang bersopan dan penuh hormat sesama kita. Marilah kita terus berdoa untuk semua pemimpin sivik, politik, kehakiman dan agama kita supaya mereka akan menjalankan tugas dan kewajiban mereka dengan tekun dan berusaha untuk menegakkan semangat sejati dan menunaikan sumpah jawatan mereka, dan berdoa supaya keadilan untuk semua dapat dilaksanakan dan pelaksanaannya dapat dilihat di tanah air kita yang dihargai. Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia. Semoga Allah Maha Kuasa membekal, menyegarkan dan memberkati bangsa kita.
Ditandatangani Uskup Agung Julian Leow Beng Kim Pengerusi   Uskup Agung Dr. Simon Poh Hoon Seng Naib Pengerusi   Bishop Dr. Ong Hwai Teik Naib Pengerusi   Reverend Dr. Eu Hong Seng Naib Pengerusi]]>