Panggilan Proposal: Pesta Filem KITA!

Call for Submission [malay] SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan dibuka kepada semua warga Malaysia.
  2. Tidak memerlukan pengalaman. Penyertaan turut dibuka buat pembikin filem pertama kali.
  3. Berumur 15 hingga 35 tahun.
  4. Filem yang dicadangkan hendaklah idea yang original dan belum disiarkan.
  5. Genre filem adalah filem pendek fiksyen atau dokumentari.
  6. Peserta yang disenarai pendek perlu membentangkan idea mereka kepada sebuah panel, tarikh akan diberitahu kemudian.
  7. Nilai geran adalah RM7,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9,000 untuk Sabah dan Sarawak.
  8. Hak cipta filem adalah kepada pembikin filem.
  9. CIMB memegang hak untuk menggunakan filem pendek untuk tujuan promosi.
  10. Filem tidak boleh mempunyai unsur-unsur pornografi dan konotasi seksual.
  11. Proposal perlu dibuat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  12. Sari kata filem perlulah dibuat dalam bahasa Melayu.
KRITERIA PEMILIHAN
  1. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada mana-mana individu atau kumpulan, dari amatur hinggalah professional.
  2. Pesta ini ingin mengangkat tema kepelbagaian budaya, filem-filem yang dihasilkan boleh berdasarkan perkara-perkara tersebut:
    • Kehidupan seharian di Malaysia
    • Seni dan tradisi
    • Kepelbagaian agama dan budaya
    • Hal-hal rentas agama dan budaya
  1. Setiap filem hendaklah berdurasi 5 hingga 20 minit.
  2. Setiap pemenang geran perlu menepati tarikh yang perlu disiapkan pada setiap peringkat.
  3. Geran RM7,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9,000 untuk Sabah dan Sarawak akan diberikan pada tiga peringkat:
    • Peringkat 1: pembangunan idea, konsep dan skrip
    • Peringkat 2: produksi filem
    • Peringkat 3: pasca-produksi
Apa yang ditunggu lagi?┬áHantarkan proposal anda di sini! ­čÖé ]]>