10 perkara Muslim Malaysia perlu ketahui tentang agama Kristian di Malaysia

Perhatian: Penulisan ini hanyalah berdasarkan pendapat saya sebagai seorang yang beragama Kristian dan rakyat Malaysia. Ia bukan pendapat rasmi bagi mana-mana pihak gereja. Semua orang berhak mempunyai pendirian mereka sendiri.

1. Kami tidak menggunakan kalimah ini untuk mendakwahkan Muslim menjadi Kristian. Diantara ketiga-tiga kes penukaran agama yang didokumantasi, tiada satupun disebabkan oleh kitab Injil berbahasa Melayu. Kes pertama disebabkan dia merupakan anak angkat, satu lagi disebabkan dia membaca kitab Injil berbahasa Ingeris (yang dimilikinya sendiri), dan yang ketiga sebabkan perkahwinan.

Jika dibandingkan dengan berpuluhan ribu Kristian yang menukar agama ke agama Islam di Malaysia, kamu akan menyedari sebenarnya adalah kami yang sepatutnya perlu risau akan hal ini.

2. Kristian dari Semenanjung tidak menggunakan kalimah ini disebabkan kami lebih menyukai perkataan tersebut, sebaliknya kami hanya mengguna perkataan yang telah sekian lama digunakan daripada kitab Injil bahasa Indonesia oleh saudara seagama kami dari Sabah dan Sarawak yang menghadiri upacara sembahayang di Semenanjung.

Percayalah, paderi kami amat kurang fasih dengan bahasa Melayunya, tetapi dia tetap melakukannya demi mereka. Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang mereka memahami selain dari bahasa ibunda mereka. Apa yang kami bicarakan bukanlah mengenai kaum-kaum Iban, Bunburing, Iking dan Kitingan, sebaliknya apa yang kami bicarakan adalah mengenai pelajar-pelajar yang berasal dari pendalaman, pekerja-pekerja sambilan dan staf-staf berpangkat bawahan.

Mereka kebanyakkannya beragama Katolik dan SIB (Sidang Injil Borneo), walaupun kebanyakkan gereja mempunyai orang-orang Sabah dan Sarawak, dan tidak dilupai juga orang-orang Indonesia, dimana mereka mempunyai populasi Kristian yang besar – secara teknikal, hamper kesemua masyarakat Batak dan Flores adalah beragama Kristian.

Kemungkinan ada yang bertanya, kenapa kami tidak membawa seorang paderi Iban atau Kadazan tempatan atau warganegara Indonesia, atau kenapa tidak melaksanakan upacara sembahyang itu disesebuah kawasan sahaja….. mereka [teman-teman Kristian dari luar Semenanjung], seperti kami bermastautin dimana-mana sahaja.

Di Klang sahaja terdapat empat gereja Katolik, banyak chapel (gereja kecil), dan lebih daripada tiga puluh gereja Protestan. Walaubagaimanapun, undang-undang yang kamu sokong akan memberi impak besar terhadap mereka, sama ada mereka kekal di Semenanjung atau di Timur Malaysia.

3. Mengikut undang-undang, kami tidak boleh memberi kamu apa-apa bahan yang mengandungi ajaran Kristian, sama ada dalam bentuk CD, atau kitab Injil atau e-mel. Kesemua bahan cetakan perlu dicetakkan dengan perkataan ‘UNTUK KRISTIAN SAHAJA’. Mana-mana usaha oleh seorang Muslim untuk memilikinya adalah sama sekali melanggar undang-undang. Jadi bagaimana sesuatu yang kamu tidak boleh membaca, tidak boleh melihat dan tidak boleh mendengar boleh membuatkan kamu berasa tersinggung?

Tuduhan kami akan memperkotak-katikkan kalimah tersebut jugak tidak masuk akal. Kenapa kami mahu menghina Tuhan?

4. Penggunaan kalimah ini bukanlah sesuatu yang baru, ia menjangkaui zaman sebelum pembentukkan Negara Malaysia dan penjajahan British. Kitab Injil pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek, Hebrew dan Aramaic.

Hebrew merupakan bahasa yang hampir sama dengan bahasa Arab. Kitab Injil dialihbahasa pada pertama kalinya dalam bahasa Latin, kemudiannya diaalihbahasa ke dalam 1223 bahasa-bahasa yang lain, dimana 471 bahasa tersebut adalah bahasa yang digunakan secara lazim. Masih terdapat usaha untuk mengalihkan bahasa ke 1500 bahasa-bahasa yang lain, kebanyakkannya untuk tujuan akademik.

Secara am, masyarakat Kristian mempercayai wahyu Tuhan adalah sebaik-baiknya disampaikan dalam bahasa ibunda pendengar. Disebabkan itulah pendakwah-pendakwah Kristian pada zaman dahulu meluangkan masa bertahun-tahun untuk mempelajari bahasa tempatan, sebelum mengalihbahasa bible kepada bahasa tersebut, kemudian barulah mereka mengendalikan komunikasi. Hal ini adalah sama dalam konteks Kristian di kalangan Orang Asal Amerika (Native Americans), orang Cina, orang Jepun, orang Latin Amerika dan orang Afrika.

Perkara ini adalah berbeza dengan bagaimana Islam disebarkan, dimana saudara-saudara baru Islam diajar terma-terma Islam dalam bahasa Arab.

5. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia mempunyai masalah ini. Saudi Arabia, yang merupakan pusat dunia Islam dan Indonesia, yang merupakan negara yang mempunyai populasi Muslim yang terbesar di dunia, tidak pula mempunyai masalah kalimah Allah digunakan golongan bukan Islam.

6. Provokasi terhadap kami terang-terang bermatlamatkan politik, kami telah sekian lama bertahun-tahun hidup disamping kamu, kami berkongsi dan membina sekolah, rumah anak yatim, hospital, rumah orang tua bagi rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Langsung tiada bukti mengenai apa-apa usaha mendakwahkan Muslim menukar agama, selain daripada umpatan dan gosip liar yang tidak berasas dan sukar dipercayai.

Siapa yang setakat ini dapat menampil kehadapan dengan bukti kukuh tentang konspirasi untuk mendakwah Muslim menukarkan agama ke agama Kristian?

Kalau betul kami nak mendakwah kepada orang Melayu pun, kami telah lama menggunakan kesemua bangunan-bangunan yang telah dibina orang Kristian bagi rakyat Malaysia, untuk mendakwah kepada semua orang yang memasuki kawasan hospital, sekolah, klinik dan rumah anak yatim agar menukarkan agama mereka ke agama Kristian.

Kenapa perkara ini tidak pernah menjadi isu sebelum ini? Pernah kamu terfikir mengenainya? Cuba lihat kebanyakkan hospital, rumah anak yatim, sekolah Kristian. Cuba lihat pada plak dan lihat siapakah yang merasmikan bangunan-bangunan ini dan kamu akan dapati kebanyakkan mereka adalah daripada kaum kerabat diraja. Cuba pantau plak di YMCA Kuala Lumpur. Cuba lihat siapakah patron pertama mereka.

7. Janganlah melupai jalinan persaudaraan kita bersama, kami adalah satu-satunya agama di Malaysia selain daripada agama Islam yang dinyatakan dengan namaya di dalam Undang-Undang Parlimen. Kebanyakkan Kristian Malaysia berasal dari penempatan-penempatan selat (straits settlements) – mereka merupakan warganegara luar negara British (British Overseas Citizens).

Jadi, alasan yang kami adalah miskin, terdesak dan memerlukan tempat perlindungan di sini, malah mempunyai agenda disirat untuk membahayakan negara ini, adalah tidak betul sama sekali. Malah agak tidak masuk akal.

8. Hak yang diberikan tidak sepatutnya dinafikan tanpa alasan yang baik. Kami bukannya meminta apa-apa hak yang baru. Malah, kebanyakkan hak-hak kami yang lama telah ditarik balik – termasuk menterhadkan tempat-tempat penyembahan kami, mengalihkan simbol salib dari bangunan-bangunan yang kami bina. Namun begitu bagi hal yang ini, ia adalah amat menyinggungkan perasaan kami. Bahkan masyarakat Kristian berasa agak risau dan bimbang.

9. Kristian Malaysia bukanlah satu-satunya yang menggunakan perkataan ini. Masyarakat Sikh Malaysia (dan di seluruh dunia) dan masyarakat Baha’i juga menggunakannya. Termasuk juga sesetengah masyarakat Hindu. KESEMUA agama-agama utama dunia berasal dari Asia, dan kesemua agama-agama yang berasal-usul dari Nabi Ibrahim (Abrahamic religions) datang dari Timur Tengah, jadi tidak hairanlah terdapatnya unsur-unsur etimologikal yang semirip.

10. Kristian Malaysia, seperti kebanyakkan Kristian di dunia adalah masyarakat yang bertolak-ansur dan mencintai kedamaian. Jadi sila janganlah membuli kami. Tolong janganlah membiarkan diri kamu dikaburi dengan kebencian yang digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik yang hanya membuta-tuli.

Kebanyakkannya akan berprovokasi dan bergujakan kamu pertanyaan ‘APA LAGI YANG MEREKA MAHUKAN?’, jawapan saya adalah, ‘Kami hanya mahu dibiarkan bersendirian’. Karangan ini diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris oleh Nor Arlene Tan.  ]]>