Cabaran Bersuara Tanpa Kuasa

Dialog Jalanan Siri Kebebasan Berekspresi #8 02 Di mana media dalam melaporkan kes pengusiran tanah tanpa pampasan munasabah kepada penduduk kampung di Pulau Pinang? Apakah taktik-taktik yang digunakan untuk meletihkan penduduk kampung untuk berhenti melawan perampasan tanah oleh pihak syarikat? Selama berpuluh tahun, hak tanah tidak diberikan kepada penduduk asal Kampung Permatang Tok Suboh dan tanah mereka asyik dipindahmilik kepada orang lain.

Paling sedih, kerajaan negeri mempunyai daya untuk menghalang perampasan tanah oleh “syarikat 2-ringgit” (syarikat yang didaftar hanya untuk ada penama) bernama Distinct Class Sdn. Bhd. ini. Namun, tiada sebarang hitam putih yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Bersama Puan Hamidah, ketua kampung Kampung Permatang Tok Suboh, menjelaskan situasi undang-undang dan keadaan sosial penduduk kampung. Dengar sendiri usaha giat mereka untuk pertahankan kampung mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=mj_iR9IusE0 ]]>