Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/projekdi/public_html/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36
Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/projekdi/public_html/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36
Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/projekdi/public_html/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36
Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/projekdi/public_html/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36 “Seksualiti”: Suatu pengenalan - Projek Dialog
Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/projekdi/public_html/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36
Seksualiti Merdeka yang diharamkan pada tahun 2011 seringkali didakwa oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu usaha yang mempromosikan seks bebas.
Ia dianggap oleh sesetengah pihak kononya sebagai satu perancangan untuk memperalatkan isu hak asasi manusia untuk kepentingan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender atau kelompok trans) semata-mata sambil mengelirukan rakyat Malaysia.
Akan tetapi tuduhan tersebut silap dalam satu hal yang penting: seksualiti dan seks tidak membawa maksud yang sama. Seksualiti bukan seks semata-mata Seksualiti merangkumi dimensi yang luas. Ia tidak tertumpu kepada kelakuan seks invididu sahaja. Seksualiti berkait dengan segala aspek kemahuan dan luahan seks manusia.
Dengan kata lain, seksualiti adalah satu istilah yang luas maknanya. Penggunaanya haruslah merujuk kepada tujuan yang khusus.
Contohnya istilah seksualiti boleh digunakan untuk merujuk kepada dimensi-dimensi berikut:
gender (kategori atau identiti, status, peranan);
makna, pemahaman dan tafsiran kelakuan sesuatu jantina (kelelakian, kewanitaan, erotisme, tarikan seksual, keberanian, kehormatan, stigma;
identiti seksual (lesbian, gay, biseksual, panseksual, aseksual dan sebagainya)
tindakan seksual, posisi seksual dan pilihan kelakuan seksual,
Seks pula merangkumi aspek-aspek biologi dan cara pembiakan. Seks merujuk kepada fenomena fisiologi.
Ini selari dengan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat oleh World Health Organization (WHO) yang juga mempunyai takrifan “seksualiti” yang menjangkaui tindakan seks semata-mata.
Mengikut WHO, seksualiti adalah aspek utama manusia sepanjang hayat dan merangkumi gender, identiti gender dan peranan gender, orientasi seksual, erotisme, keseronokan, kemesraan dan pembiakan.
Seksualiti dialami dan dinyatakan dalam fikiran, fantasi, keinginan, kepercayaan, sikap, nilai, tingkah laku, amalan, peranan dan perhubungan.
Rangkakerja Ruth Dixon-Mueller dan Michael Tan menambah perspektif yang menarik dalam wacana ini: Ia mengambilkira bahawa seksualiti dan seks boleh berubah mengikut masa, dipengaruhi khususnya sejarah dan pengalaman seseorang individu atau masyarakat sesebuah negara.
Di dalam bukunya, Policing Sexuality: Sex, Society and the State (Mengawas Seksualiti: Seks, Masyarakat dan Negara), Julian Lee menunjukkan dari aspek antropologi bahawa Negara atau kerajaan pernah menggunakan kuasanya untuk mengawal seksualiti penduduk untuk kepentingan masing-masing yang biasanya berasaskan isu produktiviti (hasil cukai, sumber tenaga manusia, ketulinan bangsa dan agama, seperti yang kita alami sekarang di Malaysia dan mahu pula diundangkan di Negara Myanmar oleh sesetengah sami Buddha ekstremis untuk membela dan melindungi agama Buddha). Kepentingan konteks Apa yang penting di sini ialah istilah “seks” dan “seksualiti” tidak boleh difahami secara abstrak seolah-olah dalam suatu vakuum. Seperti istilah-istilah rumit yang lain, mereka harus diteliti dalam konteks yang khusus, terutamanya jika mereka menyentuh sentimen-sentimen sensitif atau yang jarang (kadang-kadang dilarang) dibahas masyarakat.
Dengan kata lain, penggunaan istilah “seks” dan “seksualiti” pada sesuatu masa itu dipengaruhi oleh nilai-nilai dan faktor-faktor sosial, politik, ekonomi dan budaya. Kesemua interaksi faktor-faktor tersebut juga dipengaruhi oleh kelaluan masa, iaitu sejarah dan pengalaman sesebuah konteks tersebut.
Ini juga, pada waktu yang sama, harus dipertimbangkan dengan faktor-faktor keunikan keadaan individu.
Apabila konteks di ambil kira, kita akan lihat bahawa “seks” dan “seksualiti” tiada luahan dan penzahiran sejagat atau universal. Seperti evolusi halus budaya dan masa, seks dan seksualiti juga tidak terpisah daripada perubahan zaman dan konteks serta keunikan individu.
Apabila kita jelas dengan objektif dan konteks ini, barulah kita boleh tahu bagaimana istilah “seks” dan “seksualiti” itu boleh digunakan dengan tepat, tanpa pengaruh sentimen politik.
Lebih penting lagi, sudut pandangan sensitif itu akan membuka ruang untuk melihat seks dan seksualiti dalam perspektif yang lebih rumit, walaupun benar. Kerumitan harus diiktiraf Contohnya golongan aseksual.
Seorang aseksual langsung tidak ada minat atau nafsu untuk mengadakan perhubungan seks dengan sesiapa pun, tetapi ada di antaranya mungkin ada tarikan romantis sahaja dengan orang lain, tidak kira orang itu lelaki, perempuan atau orang trans (golongan transgender).
Mungkin ada di antaranya akan sudi melakukan perhubungan seks kerana keinginan mereka untuk memastikan pasangan romantisnya bahagia. Jadi seorang yang aseksual tidak sama dengan orang yang memutus untuk menjauhi diri daripada perhubungan seks kerana kepercayaannya.
Malah, jelas tersirat di dalam golongan aseksual adalah satu kepelbagaian yang agak luas.
Bayangkan: sekiranya, golongan aseksual sudah ada kepelbagaian sebegini, apatah lagi golongan lesbian, gay, biseksual, heteroseksual, orang trans, dan seterusnya.
Saya pernah membuat kajian kualitatif tentang seksualiti wanita yang tertarik atau mencintai seks yang sama, dan kajian saya ada menunjukkan bahawa seksualiti itu agak cair, berubah-ubah dan bersifat temporal, iaitu, walaupun seseorang wanita itu heteroseksual, dia tidak akan berasa tarikan seksual kepada setiap orang lelaki pada setiap masa.
Sama juga untuk orang lelaki yang heteroseksual. Ada kemungkinan juga pada masa-masa tertentu tiada apa-apa tarikan seksual di antara dua individu yang berpasangan walaupun mereka sudah berkahwin. Jangan pukul rata perkara yang penuh dimensi Menelaah isu ini dari kaca mata yang kritis dan berhati-hati menunjukkan bahawa daya tarik seksual tidak semudah yang biasanya dibayangkan.
Contohnya, seorang yang identiti seksualnya lesbian tidak akan rasa tertarik kepada setiap orang wanita pada setiap masa. Tarikan seksualnya akan bergantung kepada faktor-faktor lain, bukan sahaja setakat orang itu juga seorang wanita.
Sama juga dengan seorang lelaki yang gay. Dia tidak semestinya tertarik kepada orang lelaki semata-mata dia seorang lelaki. Ada faktor-faktor lain yang akan memikat perhatiannya, mungkin di dalam cara tutur bahasanya, mungkin dia tertarik dengan pemikiran yang sama tentang imperialisme Negara Amerika, dan banyak lagi faktor-faktor lain.
We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
Cookie
Duration
Description
cookielawinfo-checkbox-analytics
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics".
cookielawinfo-checkbox-functional
11 months
The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional".
cookielawinfo-checkbox-necessary
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary".
cookielawinfo-checkbox-others
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other.
cookielawinfo-checkbox-performance
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance".
viewed_cookie_policy
11 months
The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data.
Functional cookies help to perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collect feedbacks, and other third-party features.
Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.
Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.
Advertisement cookies are used to provide visitors with relevant ads and marketing campaigns. These cookies track visitors across websites and collect information to provide customized ads.