Jika Turut Hati
Oleh Kuo Yong Kooi
[caption id="attachment_5406" align="aligncenter" width="941"] Sumber gambar: SevenQuotes.com[/caption]
Jikalau patung-patung Hindu dan Buddha dihapuskan menurut kehendakmu
ini akan meningkatkan lagi kedahagaanmu
apakah kejayaan itu boleh merealisasikan kemegahan khayalanmu?
jikalau tidak, bolehkah anda menyedari dan mempelajari sesuatu?
Jikalaupun troli-troli itu diasingkan mengikut kehendakmu
ini akan meningkatkan lagi ketelitian mikroskopik benda diluar dari hatimu
bolehkah anda mengaplikasikannya apabila anda di luar negaramu?
jikalau tidak, bolehkah anda menyedari dan mempelajari sesuatu?
Jikalaupun kamu mengalami kemalangan jalanraya
keadaan kecemasan itu terpaksa memerlukan darah dari pemakan babi
mahukah anda menerimakannya dengan serta merta?
ataupun lebih baik menunggu sahaja darah dari orang yang kau percayai suci?
Jikalau anda mengadapi depresi
teknik bermeditasi didapati berkesan untuk mengatasi depresi
telah dapat banyak penyelidikan dan bukti dari para psikologi
mahukah anda mengunakan teknik dari ugama lain ataupun lebih baik sahaja mengalami depresi?
Jikalaupun semua yang kau gelar pendatang tinggalkan Tanah Melayu
bolehkah anda berhenti mencari kekurangan dan kesalahan dengan lain Melayu?
termasuk Melayu bapuk dan Melayu yang bercanggah denganmu?
jika tidak, ini bukti yang perlunya diperbaiki ialah tabiat dan hati mu
Salah satu titik buta manusia ialah pendapatnya itu sentiasa betul dan yang lain biasanya salah
semua ugama menasihati kita berwaspada dengan ego manusia kerana ia merupakan satu maya
jikalau kita mengabaikan nasihat sejagat ini, hidupmu tiada makna
ini kerana matlamat hidupmu hanya menyusahkan orang sahaja
Mengapa berperhatian keatas benda yang tiada kena mengena dengan perkembangan hati?
jikalau semua yang kamu hasrat dapat dilaksanakan, kesenangan hatimu yang mungkin terhempas.
pelajaran yang penting seorang insan ialah melintasi cabaran hidup dengan ketabahan hati
bolehkah anda bebaskan diri dari kedegilan pendangan atau lebih gembira dengan ajaran sesat?
“Gembiralah dia yang salah dirinya halang dari mengecam salah orang lain,”
-Pepatah Turki