Kafir tunggal di tengah banjir

Region of Love, yang meyumbang barangan dan 5 wakil) dua NGO utama yang menggerakkan misi ini masing-masing berteraskan mahasiswa dan pemuda Islam (mahasiswa Sudah 9 tahun tak layak menggunakan gelaran itu). Saya melawan merasa janggal dan bertekad untuk redha sahaja bahawa inilah ketentuan Maha Esa. Ada kalanya ketentuan nasib dari Tuhan itu lebih kelakar berbanding episod Maharaja Lawak. Mujur sahabatku Hussain turut sama. Dapatlah berbual sesama sendiri, berbicara ilmiah, bicara hal ehwal semasa, bicara lucu. Kafir sesat di tengah banjir Setelah penat membungkus pek makanan dan barang keperluan semalaman kami ditunjukkan ke tempat tidur yang disediakan. Kami agak selesa, terutamanya jika dibandingkan dengan keadaan “kolam renang: yang terpaksa didiami penduduk hanya beberapa kilometer dari markas operasi kami. Setelah bertugas mulalah saya berbual dengan rakan sukarelawan baharu. Topik rancak menjurus ke arah agama. Sebelum sebarang perbualan yang tidak diingini berlaku,penafian dikeluarkan- “Cuup! Bang, saya bukan Islam ni!” Keresahan saya disambut dengan gelak ketawa, seolah-olah saya bergurau. Sebenarnya itu satu respon yang saya biasa terima dari teman-teman Melayu: senantiasa dianggap orang Melayu sesat entah dari mana, tetapi berkebolehan bertutur Bahasa Melayu tanpa pelat India dari sebelah ayah ataupun pelat apek pengaruh ibu. Sebagai bukti saya pun tunjukkan rantai salib dari celah T shirt untuk pengesahan lanjut. Ini disambut dengan ketawa dan persoalan ikhlas dari mereka: bagaimana pula saya boleh sesat memasuki kumpulan ini. Tuhan dan bencana Lantas teruslah saya berbual dengan rakan baharu. Teringin juga untuk tahu pandangan rakan dari golongan Islam berkenaan lontaran segelintir ahli-ahli politik yang menyentuh isu banjir, terutama sekali pandangan segelintir ahli PAS yang menganggap banjir sebagai balasan Tuhan kerana tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Maka menjawablah seorang rakan “betul bro, Tuhan yang ikut pergi Tesco semalam, Tuhan jugalah yang tolong load trak tadi, tadi kau tak nampak ke Tuhan sebelah aku tengah campak guni beras? Nanti besok Tuhan ikut redah banjir” Agak takut juga untuk membalas. Jawapan itu boleh disambut sebagai detik kesinisan dalam menghadapi becana banjir. Tetapi ia juga boleh ditafsir sebagai luahan kecewa. Dua hari berlalu dan persoalan agama saya tidak lagi dibangkitkan. Demikian juga fahaman politik, ideologi kemasyarakatan mahupun citarasa seksual. Persoalan yang sering ditanya menyentuh tentang samada saya biasa makan sambal belacan, samada merokok atau tidak, dan jika saya mempunyai pemetik api. Tumpuan kami hanya pada nilai kemanusiaan sejagat yang secara nalurinya, dianuti semua. Alangkah indahnya dunia ini jika ini dihayati dan diamalkan sentiasa. Saya renung kembali kata-kata rakan tadi. Saya percaya memang Tuhanlah yang ke Tesco, yang memenuhi trak dan menurunkan guni beras. Tuhan yang menggerakkan hati, tangan dan kaki manusia untuk melupakan segala permasalahan lain dan melakukan suatu kebaikan dalam semangat kemasyarakatan, secara jemaah. Tuhanlah yang menanam sifat kemanusiaan di dalam jiwa kita semua. unnamed

]]>