Kenalilah Agama Buddha

1.  Buddhisme tak menyembah “Tuhan”? Dalam kepercayaan Buddhisme, kewujudan merangkumi 6 alam, termasuklah alam haiwan (tiryagyoni), alam manusia (manusya) dan alam dewa (devas). Segalanya terikat kepada kitaran kelahiran semula (Samsara) yang boleh berlaku antara keenam-enam alam tersebut. Oleh itu, dewa-dewa boleh dilahirkan semula ke dalam alam lain dan manusia juga boleh dilahirkan semula ke dalam alam dewa. Objektif kehidupan Buddhisme bukanlah untuk menyembah atau menjadi dewa, tetapi untuk mencapai pencerahan tentang realiti mutlak kehidupan dan mencapai Nirvana (bebas daripada kitaran kelahiran semula). Hanya kewujudan dalam alam manusia sahaja yang dapat mencapai Nirvana, oleh itu menjadi manusia lebih baik daripada menjadi dewa. 2.     Apa sebenarnya Buddhisme? Perkataan tersebut berasal daripada ‘budhi’ (untuk menyedarkan), iaitu menyedari hakikat kewujudan alam Buddhisme ialah satu tradisi spiritual, ataupun cara hidup yang bertumpu kepada kerohanian peribadi. Kerohanian yang betul sahaja mampu melepaskan seseorang daripada kitaran kelahiran semula. Kitaran ini disebabkan oleh kuasa Karma, yang merupakan peraturan alam. Dewa-dewa juga tidak mampu mempengaruhi kuasa ini. Oleh itu seseorang hanya mampu bergantung kepada diri sendiri untuk bebas daripada kitaran ini, dan bukannya kepada “Tuhan”. 3.  Siapa Buddha? Buddha bukan tuhan mahupun nabi. Dilahirkan sebagai Siddhartha Gautama (Sakyamuni) sekitar abad ke-6 sebelum masihi (lebih kurang 2,500 tahun dahulu) di perkampungan Lumbini, iaitu di Nepal sekarang. Buddha menganggap dirinya sebagai guru yang telah menemui jalan pembebasan daripada penderitaan hidup dan kelahiran semula. Beliau mengakui bahawa dia bukanlah yang pertama untuk mengetahuinya, namun pengetahuan ini telah lama dilupakan. 4. Apakah asal-usul kepercayaan Buddhisme?  Buddha lahir dalam keluarga kerabat yang hidup mewah dan terlindung Pandangan hidup beliau berubah apabila berhadapan dengan seorang lelaki tua, seorang yang sakit dan sekujur mayat. Berumur 29 tahun, beliau mencari jalan untuk melepaskan diri daripada penderitaan hidup yang disaksikan. Beliau menjadi sami dan berguru dengan pendeta-pendeta Hindu, dan kemudian menjadi seorang yang zahid dan fakir miskin. Setelah 6 tahun, beliau masih tidak menemui jawapan. Akhirnya beliau memilih “Jalan Pertengahan”, iaitu hidup tanpa kemewahan dan tanpa kemiskinan. Pada suatu hari, beliau bertapa di bawah pohon Bodhi (pohon kesedaran) merenung kehidupan, dan akhirnya mencapai pencerahan tentang hakikat alam dan jalan pembebasan. Dengan itu, beliau dikenali sebagai Buddha, iaitu “yang telah sedar”. Pada mulanya, roh jahat yang bernama Mara memujuk Buddha untuk kekal sahaja dalam kebahagiaan ini , namun Maha Brahma dan Sakra, Raja dewa meminta Buddha untuk mengajar pengetahuannya kepada yang lain. Secara amnya, perkataan Buddha itu juga boleh digunakan untuk sesiapa yang telah mencapai pencerahan. 5. Bukankah penganut Buddhisme menyembah patung? Tak. Penganut kepercayaan Buddha memberi penghormatan kepada arca-arca Buddha, bukan sebagai penyembahan atau doa. Patung Buddha yang sentiasa tersenyum mengingatkan penganut supaya membina ketenangan dan sifat kasih sayang. Tunduk hormat ataupun sujud kepada patung Buddha adalah tanda berterima kasih untuk ajaran beliau.   Untuk rujukan lanjut dan sumber fakta-fakta di atas, sila emel projekdialog@yahoo.com unnamed

]]>