Kesengsaraan pekebun kecil getah

Oleh Dr Jeyakumar Devaraj, Parti Sosialis Malaysia, Sg Siput Harga getah SMR 20 di pasaran telah merudum ke bawah RM 5.00 se kilogram pada bulan September 2014. Ini telah menurunkan harga jualan getah oleh pekebun getah ke bawah paras RM 2.00 se kg. Pada takat ini, adanya lebih 447,000 pekebun kecil getah di Malaysia yang mengeluarkan 93% daripada getah keluaran Malaysia. Mereka sedang hadapi tekanan ekonomi yang serius oleh kerana harga getah yang rendah ini. 447,000 pekebun kecil ini merupakan 20% hingga 25% daripada bilangan petani kecil di Malaysia. Adalah penting kita menganalisa masalah yang dihadapi oleh mereka dan mencari jalan keluar Masalah pokok untuk penurunan harga getah adalah kerana permintaan untuk getah di pasaran dunia telah jatuh akibat kelembapan ekonomi Eropah dan pengurangan dalam kadar perkembangan ekonomi di negeri Cina (46% daripada keluaran getah Malaysia diekspot ke negeri Cina pada tahun 2013.)

Angka-angka penting berkaitan pengeluaran dan permintaan getah di pasaran dunia adalah disimpulkan dalam rajah di bawah –
[caption id="attachment_4156" align="aligncenter" width="424"]rsz_1rsz_2screen_shot_2014-11-05_at_104132_am Angka-angka utama getah asli[/caption] Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia: 1. Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah anggota International Tripartite Rubber Council (ITRC) yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk menstabilkan harga getah. ITRC telah setuju untuk mengurangkan ekspotgetah sebanyak 300,000 tan secara kolektif antara Oktober 2012 dan Mac 2013. (Ini merupakan 3% daripada jumlah pengeluaran dalam tahun 2012). 2. Ikut jawapan 54 di Dewan Rakyat pada 12/3/2014, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengatakan bahawa ITRC juga telah menggubal “Supply Management Scheme”) untuk mengimbangi permintaan dan penawaran7 getah di pasaran dunia menerusi program tanaman semula dan tanaman barugetah secara terancang. 3. Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah one-off sebanyak RM 500 seorang pekebun kecil getah melalui RISDA pada pertengahan tahun 2013. Ini dibayar pada 260,000 orang pekebun kecil. Soalan untuk diputuskan: a. Adakah perlu kita menggalak pekebun kecil yang ingin tanam semula, tukar ke tanaman lain? Ikut jawapan #21 di Dewan Rakyat pada 19/6/2014, kerajaan telah memperuntukkan RM 744 juta untuk melaksanakan Skim Tanaman Baru getah sebanyak 38,770 hectar dan Tanaman Semula sebanyak 113,900 hectar antara 2012 dan 2014. Kita perlu ambilkira bahawa 60% daripada getah keluaran dunia digunapakai untuk buat tayar kenderaan. Dan pasaran yang paling besar adalah Negara Cina. Tetapi wujudnya kemungkinan masalah pencemaran udara di negara itu akan menyebabkan penggubalan polisi untuk menyekat penambahan bilangan kereta di jalan raya. Jika ingin tukar jenis tanaman, ganti dengan tanaman apa? – kelapa sawit memerlukan modal yang tinggi, jalan yang boleh dilalui oleh traktor, dan pekerja lelaki yang muda untuk potong buah. Tidak begitu sesuai untuk pekebun kecil dengan 2 ke 5 ekar tanah. Kelapa sawit juga satu komoditi yang bergantung pada pasaran dunia. Harganya juga jatuh dari masa ke semasa. – Petani dekat Lasah, Sg Siput telah mengadu bahawa wujudnya lebihan bekalan dalam buah-buahan. Tiada permintaan untuk dukong, durian dan rambutan. Ikut mereka FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) jarang datang dan membeli buah-buahan yang terlebih daripada mereka. Soalan: Apakah kekangan pada usaha mentinkan ataupun mengeringkan buah-buahan tempatan untuk disimpan dan dijual; dibandar ataupun di luar negeri? Siapakah yang mengusahakan perkara ini? Tetapi sehingga masalah pasaran untuk buah-buahan dapat diselesaikan, sukar untuk menggalakkan pekebungetah tukar ke pengeluaran buah-buahan. – Penternak kecil (kambing, lembu dan ikan) di Sg Siput berkata pasaran bukan satu masalah untuk mereka. Mereka kata memang ada permintaan9. Tetapi pengalaman menjaga binatang adalah satu isu yang besar. Jika ta pandai, banyak boleh mati. Ada dua orang penternak ikan yang hilang kesemua stok ikan yang dipelihara kerana banjir. Penternak juga menghadapi masalah modal – untuk menyediakan kandang kambing, korek kolam ikan. Syor: Mewajibkan petani yang ingin cuba menternak kambing atau lembu membela dua-tiga ekor untuk 3 atau empat tahun untuk dapat pengalaman bagaimana mahu jaga bintang itu. Hanya lepas itu, pakai modal untuk buat dengan skala yang lebih besar. – Memang penanaman sayur bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang kampong. Tetapi getah juga baru dibawa lebih kurang 120 tahun dahulu. Getah bukan tanaman tradisional. Sayur-sayuran adalah satu keperluan asas di Malaysia dan permintaan untuknya akan berterusan dan tidak bergantung pada pasaran dunia. Soalan: Adakah mana-mana pihak kerajaan yang sedang mengkaji bagaimana mengembangkan kapasiti untuk menanam sayur di kalangan masyarakat desa? b. Adakah perlu negara dalam ITRC memperuntukkan dana untuk membeli dan stock-pile getah (mungkin sampai ke takat 10% daripada pengeluaran negara itu sendiri jika harga kurang daripada RM 6.00). Ini akan mengurangkan peruduman harga getah ke paras yang amat menyusahkan pekebun kecil. Untuk Malaysia – 10%  x  1.26 juta tan  x  RM 2.50 = 126,000  x  1000  x  2.50 = RM 320 juta. (Ini hanya harga pembelian. Kena campur harga pengangkutan dan simpanan). Negara Thai telahpun melaksanakan konsep ini dan sekarang sedang simpan 200,000 tan getah. Kita kena belajar daripada pengalaman mereka. c. Adakah perlu ITRC mengambil langkah untuk memastikan harga getah tidak naik terlalu tinggi, kerana ini akan menarik lebih ramai petani di dunia ketiga untuk menceburi industri ini dan ini akan menjejaskan hargagetah pada masa depan. Pengwujudan stockpile seperti disyorkan dalam (b) di atas boleh bantu memainkan peranan ini. Stockpile boleh dimobilasikan setiap kali harga pasaran naik ke atas satu paras yang ditentukan oleh ITRC. d. Selain daripada mempelbagaikan jenis tanaman, mengapa tidak ada program untuk membawa kilang-kilang ke kawasan desa. Pelbagai insentif boleh digunapakai untuk memujuk kilang bertapak di kawasan desa.
Pengwujudan kilang akan buka peluang kerja untuk kaum wanita di kampong dan ini akan memacu ekonomi kampong itu, dan meningkatkan pasaran untuk peniaga kecil di gerai dan pasar malam, pemandu van dan kumpulan seperti ini.
Program eco-tourism10 yang melibatkan home-stay, dan aktiviti pelancongan boleh membawa pendapatan untuk beberapa orang, tetapi ia perlu koordinasi yang baik.Masalah harga getah rendah di pasaran antarabangsa adalah masalah yang kompleks dan yang melibatkan kebajikan lebih daripada 447,000 keluarga petani.
Adalah penting kita, satu parti yang mengutamakan isu-isu rakyat Marhein mengkaji masalah ini secara dalam supaya dapat mengesyorkan penyelesaian yang baik. Tolong beri pandangan anda.
]]>