Boleh Cakap Pasal Aurat Wanita, Tapi Rakyat Kelantan Yang Masih di Khemah Bagaimana?

MalaysiaKini melaporkan bahawa Jabatan Ketua Audit Negara pada April 2016 mendapati hanya 59 peratus daripada 1,101 rumah baru yang dijanjikan kepada mangsa banjir di Kelantan telah disiapkan. Maknya, 41 peratus daripada rumah tersebut di Kelantan masih tidak siap dan ada mangsa yang masih tinggal di dalam khemah. Akan tetapi, daripada mengerah tenaga dan masa untuk memastikan projek perumahan tersebut berjalan lancar dan dapat diselesaikan, Kerajaan Kelantan nampaknya lebih berminat terhadap pakaian wanita. Akhbar The Star melaporkan bahawa seramai 31 wanita Muslim diditangkap oleh penguatkuasa agama kerajaan negeri kononnya kerana tidak mematuhi Enakmen Jenayah Syariah 1985. Walaupun 24 daripada mereka dibebaskan dengan amaran, tujuh yang lain telah diarahkan untuk menyertai kursus pemulihan yang semestinya dibayai oleh dana awam. Soalannya adakah wang dan tenaga kerja pegawai awam yang digunakan untuk kursus tersebut dan operasi-operasi menangkap wanita lebih baik disalurkan kepada usaha menyiapkan projek rumah mangsa banjir? Tambahan pula pengkaji cuaca telah meramalkan bahawa negara sekali lagi akan dilanda bah besar antara Oktober dan Disember disebabkan fenomena La Nina. Oleh itu dana awam daripada “Ops Aurat” lebih baik dimanfaatkan untuk persedian menghadapi banjr besar dan musim hujan yang semestinya akan memudaratkan lagi situasi mangsa banjir 2014 yang tinggal di dalam khemah. Mungkin ada yang berhujah bahawa operasi seperti Ops Aurat dan dasar seperti melaksanakan hukuman hudud boleh berjalan serentak dengan projek perumahan mangsa banjir. Akan tetapi, peristiwa beberapa hari lalu dengan rang undang-undang persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan sebaliknya. Kerajaan Kelantan nampaknya memilih untuk menumpukan perhatian terhadap melaksanankan hudud dan menjaga pakaian wanita daripada mengembeleng seluruh tenaga untuk membina rumah mangsa banjir. Persoalan timbul adakah Kerajaan Kelantan memperuntukkan lebih masa, tumpuan dan kakitangan terhadap operasi mengawasi aurat wanita sedangkan sumber tenaga tersebut boleh digunakkan untuk menyiapkan rumah mangsa banjir? Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan antara negeri yang temiskin di Malaysia. Setiap sen yang kerajaan negeri ada harus dibelanjakan untuk program dan dasar yang dapat memberi manfaat kepada sebrapa ramai penduduk yang boleh. Bukan sahaja rumah mangsa banjir yang menjadi isu, malah Kementerian Kesihatan mendapati tahun lepas, Kelantan telah mencatatkan kes penyakit leptospirosis yang paling tinggi di negara dengan 365 jangkitan. Leptospirosis berpunca daripada najis tikus dan kebelakangan ini peryakit tersebut terjadi di tempat-tempat riadah seperti air terjun dan kolam yang banyak sampah sarap. Sampah dan sisa makanan yang tidak dibersihkan menarik tikus yang mencemari air sungai dan kolam tersebut. Seramai 78 orang telah mati akibat jangkitan leptospirosis di tempat-tempat riadah tahun lepas. Tidak mustahil jika majoriti 365 kes leptospirosis di Kelantan merupakan kanak-kanak dan ibubapa di negeri itu sendiri yang mengunjungi air terjun semasa cuti sekolah. Daripada mengerah pegawai dan menghabiskan duit dalam operasi aurat, lebih baik Kerajaan Negeri menyalurka sumber tenaga dan dana tersebut kepada usaha-usaha pembersihan alam sekitarnya. Amat malu apabila dunia melihat bagaimana Kerajaan Kelantan yang bermegah dengan label agamanya lebih berminat dengan pakaian wanita daripada menolong mangsa banjir, memelihara alam sekitar dan menjaga kebersihan tempat awamnya.

]]>