Kristianisasi? Cuak Doh!

Jalanan-LOGO-02-300x166

Episod minggu ini menyingkap fobia yang sedang melanda masyarakat Muslim Malaysia dewasa ini, iaitu Kristianisasi dan penggunaan Bahasa Melayu dalam agama Kristian. Perbincangan ini bertujuan membuka pintu dialog tentang keperluan memahami Kristianofobia dan mengapa ia berlaku dan siapa yang menjadi dalang perpecahan masyarakat. Bersama kita kali ini ialah Calvin Ohsey (Catholic Varsity Student, Shah Alam), Mable Leong (penganut Kristian yang aktif dalam komuniti Kristian Petaling Jaya) dan Erlinda Cloudie Joseph (Mahasiswa Katolik dan juga aktivis SALT, Shah Alam). Mewarnai perbincangan ini ialah antara lagu protes popular di Malaysia, “Nanyi Lagu Pembebasan” oleh Sanggar Satu Bumi. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>