Reaksi kepada filem menghina Nabi Muhammad

Baca artikel selanjutnya di sini.  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut. “DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan. “Ia juga harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta,” tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi. Baca artikel selanjutnya di sini. Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves. Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad. Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu. Sambil melaungkan “hancur Amerika”, “Hidup Islam” mereka juga membawa sepanduk bertulis “Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah”. Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu. Baca artikel selanjutnya di sini.

]]>