Surat Cinta Buat Bonda dan Ayahanda
oleh mandira manggala
Bismilahirahmaniraheem O Bhagwan, Aye Khuda, Cahaya, Kasih Sayang and Kesejahteraan aku berlindung kepada Kau dan Alam semesta
bonda dan ayahanda tersayang,
aku rasakan masanya telah tiba untuk aku menulis surat ini untuk tatapan kamu berdua
aku sedang dan telah dalam perjalanan untuk menyulam kembali dan berhubung dengan benih-benihku dan moyang-moyangku ia adalah perjalanan intim dan indah 4 dekad yang aku tidak pernah kesali
aku doakan surat ini menjadi penutupan, kelengkapan sebuah bulatan dan ikatan yang menyembuh perhubungan kita ikatan sesama kita dan Alam semesta
aku tak pasti siapa aku mungkin aku tidak wujud mungkin kita hanya debu dan bunga keseluruhannya
setiap kali sesiapa bertanyakan aku “adakah kau rakyat Malaysia, adakah kau India, adakah kau Muslim, adakah kau biarawati adakah kau sami adakah kau orang Bangladesh adakah kau dari India adakah kau seorang pengemis adakah kau dari Amerika Selatan adakah kau orang Myanmar adakah kau warga Thai adakah kau…?”
aku tidak tahu jawapannya aku berasa marah, sedih namun bersyukur dunia sentiasa cuba mengotakkan tetapi pada masa yang sama cuba berhubung dan menyulam dengan pelbagai identiti
ayahanda dan bonda tersayang,
aku telah mendakap segala nama dalam perjalanan ini semua semangat, semua bentuk, semua makhluk, semua intipati aku rasakan kita sebahagian daripada keseluruhanNya namun setiap daripada kita unik perempuan atau lelaki adalah Tercinta ia Kasih Sayang ia Keamanan
ia satu-satunya jalan dan haluan yang aku tahu satu-satunya cara aku bernafas, hidup, semarak, berhubung, menulis, mengajar, mempelajari dan menyembah
bonda dan ayahanda tercinta,
aku merasa sakit aku menangis beribu kali aku rasa keseorangan namun dalam nafas yang sama, aku merasakan Alam semesta bersamaku aku sendiri aku bahagia namun aku tidak boleh bergantung
bonda dan ayahanda,
maafkan aku kalau aku menyakitimu aku tahu aku menyakitimu dalam semua cara aku hanyalah insan yang kerdil dalam onak kepincangan tindakan dan kata-kata
tetapi aku cuba bernafas menyayangi menjalani untuk menjadi sebanyak mana yang diperlukan
ayahanda dan bonda tersayang,
hanya satu permintaan kecilku lihat dan pandanglah aku bukan rambutku bukan pakaianku bukan pekerjaanku bukan PhD ku bukan sama ada aku berkahwin bukan sama ada aku mempunyai anak bukan agamaku bukan namazku bukan puasaku bukan syahadahku
aku hidup aku bernafas aku sangat bersyukur untuk semua yang telah bersamaku semua moyang, rasul, nabi, guru, keluarga, sahabat, haiwan, tumbuhan dan mineral
aku doakan surat cinta ini menyembuhkan kita menyembuhkan kita semua menyembuhkan Alam semesta
“Aku hanya mengenal Cinta Dan hatiku tiada batasnya Di mana-mana sahaja!” ~Hafiz
Surat ini ditujukan kepada semua yang telah dan masih melalui liku-liku Ameen
]]>