Surat Cinta Kepada Debu Bersih dan Kosmos Merdeka

Bersih 4

oleh mandira manggala

Bismillahirahmahniraheem

Kepada pembaca nukilan yang dihormati,

mandira berdu’a semoga surat ini sampai selamat. Dan membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua debu Bersih dan kosmos merdeka.

Alhamdulillah mandira syukur. Hari ini hari bersejarah dan penting kerana ia adalah hari Bersih 4. mandira bangun dari tidur dengan niat untuk lebih mempraktikkan nafas sedar terutamanya setiap perjalanan Bersih 4.

mandira berdu’a supaya ia dipenuhi oleh ombak, badai, laut dan sungai keadilan, keamanan, kasih sayang dan nafas kesembuhan.

Allah membawa kami bersama dan mandira du’akan nafas sedar Nur menyuluhi setiap yang akan berada Bersih termasuk pekerja migran, orang asal, pekerja domestik, pekerja seks, pekerja kedai runcit, pekerja penyapu jalan, pekerja polis, pekerja FRU, pekerja peguam, pekerja medik, pekerja makanan dan minuman, pekerja politik, pelajar, pekerja dosen, pekerja wartawan, semua debu di pelusuk kosmos yang sedang dan akan berjalan nafas sedar ke arah keadilan dan keamanan.

mandira du’akan nafas sedar kemerdekaaan dari segala korupsi. Nafas sedar merdeka dari korupsi minda, korupsi badan, korupsi pakaian, korupsi makanan dan minuman, korupsi yang ‘ingin’ dibeli, ‘membeli’ dan ‘mempunya’, korupsi kuasa, korupsi wang, korupsi jiwa dan raga.

mandira du’akan kita berduyun dengan nafas sedar dan niat supaya kita kembalikan keadilan dan keamanan untuk semua debu, makhluk, binatang, haiwan, pokok, bunga, bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, lautan, mineral dan setiap pelusuk kosmos.

Salam nafas merdeka dan salam Bersih!

Ameen.

]]>