Projek Dialog

Geraba(k)ata – Perselisihan ritma kehidupan dan puisi

at home in the kampung a wife and children

await the meagre day’s collection:

some ringgit and a few sen

that go nowhere

in the days of inflasi; and the election

too, with its promise, come and gone

The Midnight Satay-Vendor oleh Ghulam Sarwar Yousof

  Apakah kalian telah bertembung dengan susunan kata-kata di beberapa tempat di kota Kuala Lumpur? Apakah signifikannya projek seperti ini? Seperti biasa, ia hanyalah permulaan pendedahan kepada rakyat jelata akan denyutan kota, riang riuh pekerjanya, keluh kesah anak mudanya yang dimanifestasikan ke dalam puisi. Kami percaya, empati dapat dicetuskan melalui pelbagai bentuk dan begitu juga dengan penghargaan kepada puisi itu sendiri. Puisi yang indah dan molek lebih senang dihargai jika ianya dekat dengan jiwa dan realiti kita, jika setiap susunan dan penggambaran itu mencerminkan apa yang sedang kita lalui.  

tiba-tiba pagi yang hitam itu datang

gergasi teknologi menyerangnya

dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi

sehingga terdengarlah jeritan ngeri

suara beringin rebah ke bumi

Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya oleh Usman Awang

  “Hidupkan semula kata-kata yang telah lama tenggelam.” Begitulah lebih kurang niat kami sewaktu projek ini dibicarakan. Seni itu perlu dikongsi dan terdapat pelbagai cerminan rasa seorang penyair terhadap kota-kotanya dan begitu juga dengan Kuala Lumpur. Rugi benar jika tidak ada yang memahaminya malah lebih teruk lagi, jika tidak ada siapa yang menghidupinya. Inisiatif ini merupakan usaha bagi membangkitkan semula rasa kita terhadap Kuala Lumpur dan membuktikan bagaimana kota ini telah dijadikan sebagai medan idea dan limpahan kata-kata yang indah oleh penyair-penyair kita. Puisi dijadikan sebagai senjata kritikan yang utuh kepada budaya kota yang melelahkan dan kini ianya disediakan sebagai sajian pemikiran kepada penduduk semuanya.  

On Brickfields’ old pavements

now stand concrete colourful aches

trying to give a semblance

of an indian enclave it once was

Buildings rise and spring at me

these monsters have

devoured my

playgrounds and past

My childhood church

no longer stands alone.

Now surrounded by

brothels and massage parlours.

Still Brickfields oleh Malachi Edwin Vethamani dalam Complicated Lives

  Ini merupakan kerjasama pihak Projek Dialog dengan Think City dan juga Tiny Art Projects, yang turut disokong oleh Rapid KL. Terdapat beberapa mural yang memaparkan beberapa puisi yang berkaitan dengan kota kita di kebanyakan laluan MRT/LRT di sini. Geraba(k)ata menggabungkan perkataan “gerabak” dan “kata” sebagai tema mural ini. Ianya menggambarkan rentak puisi dalam kehidupan kota di landasan dan stesen LRT. Puisi-puisi yang dipilih mewakili suara dan citra kota, dengan bait dan rangkap dalam memberi penghormatan kepada impian dan keresahan yang memberi nyawa kepada nadi Kuala Lumpur. Berikut merupakan turutan puisi yang telah dipaparkan kepada rakyat kota, peralihan denyutan bacaan ke denyutan fizikal penduduknya. Puisi Pilihan (Projek Dialog x Think City):
  • Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya (1979), Usman Awang dalam Salam Benua
  • sayur bahasa (1979), pyanhabib dalam Balada Pyanhabib
  • salam (1980), pyanhabib dalam Balada Pyanhabib
  • Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar (1982), Usman Awang dalam Salam Benua
  • Rat Race (Potret Kuala Lumpur) (1983), T. Alias Taib dalam Puisi Baharu Melayu 1961-1986
  • Rentak Haram Jadah (1987), Salleh Ben Joned dalam Sajak-Sajak Saleh.
  • Jasmine Seller by the Sungei Gombak (1988), M. Shanmugalingam dalam An Anthology of Malaysian Poetry.
  • Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! (1990), Fan Yew Teng dalam The Song Of The Merbok.
  • Hujan di Kuala Lumpur (1994), Zurinah Hassan dalam Pujangga Tidak Bernama.
  • Setinggan Ramadhan (2001), A. Samad Said dalam Suara Dari Dinding Dewan.
  • Just Call It Development? (2010), Rozan Azen Mat Rasip dalam Antologi Puisi 56 Penyair – Menyokong Perjuangan Orang-Orang Kampung Mempertahankan Kampung Warisan di Kuala Lumpur.
  • Di Atas Padang Sejarah (2013), A. Samad Said dalam Di Atas Padang Sejarah
  • Still Brickfields (2016), Malachi Edwin Vethamani dalam Complicated Lives
  • Brickfields : One Saturday (2011), Alina Rastam dalam Readings from Readings: New Malaysian Writing. Word Works Sdn Bhd.
  • Kuala Lumpur (…), T. Alias Taib dalam Kuala Lumpur-Berlin : Kisah Dua Bandaraya
]]>