Kenyataan Media Desakan Menghentikan Penghapusan Etnik Rohingya oleh Gabungan Bertindak Malaysia

Malaysia Mesti Bertindak dan Menghentikan Penghapusan Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar Kami, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan pertubuhan-pertubuhan yang menandatangani berikut, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine dan menyeru kerajaan Myanmar agar menghentikan operasi tenteranya yang sudah jelas menrupakan satu jenayah serius yang bertentangan dengan kemanusiaan. Pegawai senior Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John McKissick pada 24 November 2016 mendakwa bahawa Myanmar cuba melakukan penghapusan etnik terhadap masyarakat minoriti Muslim selepas 9 orang pegawai polis dibunuh oleh sekumpulan anggota-anggota bersenjata. Menurut laporan akhbar Guardian, beribu-ribu warga Muslim Rohingya di Myanmar telah dilaporkan melarikan diri ke negara jiran Bangladesh untuk menggelak operasi tentera kerajaan Myanmar yang telah menyebabkan jumlah kematian yang besar dan lebih daripada 30,000 orang kehilangan tempat tinggal. Pegawai senior PBB tersebut memberitahu BBC bahawa askar-askar Myanmar “membunuh lelaki, menembak mereka, membunuh kanak-kanak, merogol wanita, membakar dan merompak rumah, memaksa mereka merentasi sungai” ke Bangladesh. Kami menyeru kerajaan Malaysia agar memanggil duta Myanmar untuk membuat penjelasan dan untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentikan operasi tenteranya di negeri Rakhine. Kerajaan Malaysia patut mengusulkan satu resolusi tergempar di peringkat ASEAN dan menghubungi kerajaan Myanmar untuk mencari satu penyelesaian jangka panjang untuk orang-orang Rohingya. Disebabkan keadaaan yang semakin cemas, kami menyeru kerajaan Bangladesh membuka sempadannya berdasarkan prinsip kemanusiaan bagi membolehkan orang Rohingya mendapat suaka dan perlindungan politik di Bangladesh. Kami juga menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah segera bagi menghentikan operasi penghapusan etnik di Myanmar. PBB tidak boleh menhampkan orang Rohingya sekali lagi. Tragedi di Rwanda dan Sudan tidak harus berulang di Myanmar. Disokong oleh: Ahli-ahli pertubuhan Gabungan Bertindak Malaysia:

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Anak Muda Sarawak (AMS)
  3. ENGAGE
  4. Islamic Renaissance front (IRF)
  5. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  6. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  7. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
  8. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  10. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  11. Pusat Komas (KOMAS)
  12. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  13. Suaram Malaysia (SUARAM)
  14. Tamil Foundation
  15. Tindak Malaysia (TM)
Pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani yang lain:
  1. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
  2. Bukit Mertajam Tamil Muslim Development Association
  3. Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)
  4. EMPOWER
  5. G25
  6. Green Friends Sabah
  7. Komuniti Muslim Universal (KMU)
  8. Ipoh Tamil Muslim Development Association
  9. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS)
  10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  11. JIHAD for JUSTICE
  12. Malaysians against Death Penalty and Torture (MADPET)
  13. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  14. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  15. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
  16. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  17. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  18. People Welfare and Rights Organisation (POWER)
  19. Perak Women for Women Society (PWW)
  20. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  21. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  22. Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
  23. Projek Dialog (PD)
  24. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  25. SAVE Rivers
  26. Sisters in Islam (SIS)
  27. WE ARE CARING MALAYSIANS
  28. Women’s Aid Organisation (WAO)
  29. WORLD TAMIL MUSLIM FEDERATION
  30. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
]]>