Politik Radikal Yesus

Penterjemahan tidak rasmi makalah Brendan Ambrosino yang berjudul Jesus’ Radical Politics terbitan The Boston Globe.  Diterjemah oleh Calvin Ohsey. Sekadar perkongsian sudut pandang dan bukan tujuan untuk mendukung atau menyebar mana-mana fahaman atau agama. Baca atas pilihan sendiri.      DUA RIBU tahun telah pun berlalunya Paska bagi kebanyakkan orang. Yesus telah bangkit, kita menyanyi setiap kali musim bunga, dan dengan adanya teratai dan coklat serta arnab Paska dan berfikir tentang apa makna kebangkitannya untuk kita – iaitu, bahawa kita akan beroleh cara untuk pergi ke syurga setelah kita mati, dan mungkin lebih penting, ramai orang lain tidak. Dengan mengkaji Injil secara lebih teliti, bagaimanapun, mungkin menunjukkan nilai yang kurang sentimental, gambaran mesej Paska yang mengejutkan, yang jelas tidak, “Yesus telah bangkit, dan di sini adalah apa kaitannya bagi dunia akhirat.” Sebaliknya, pengajaran yang benar adalah: “Yesus telah bangkit, dan di sini adalah apa kaitan dengannya.” Dakwaan utama dalam Paska – dan sesungguhnya, agama Kristian – menunjukkan dengan sentiasa bahawa Yesus yang ditolak, diseksa, disalibkan, mati, dan dibangkitkan itu bagaimanapun juga merupakan Tuhan sekalian bumi. Jika ia tidak kedengaran sangat membingungkan terutamanya masa kini, bayangkan anda mendengarkannya buat kali pertama ketika tinggal di Empayar Rom. Sebagaimana ramai sarjana Perjanjian Baru berhujah, mendengar “Yesus adalah Tuhan” pada abad pertama mungkin kedengaran mencurigakan seperti penolakan berani kepercayaan umum Romawi pada masa itu: “Kaisar adalah Tuhan.” (Terdapat banyak perbincangan tentang perkara ini, tetapi walaupun sekilas pandang daripada Injil dan Kisah Para Rasul menunjukkan bahawa terdapat teks-teks yang mengandungi sifat retorik anti-imperialis.) Apa yang radikal tentang Paska, maka, ianya bukan dakwaan Kristian bahawa orang mati bangkit daripada kematian. Apa yang radikal ialah apa yang dimaksudkan, khususnya, apa maknanya kepada Roma, dan secara implikasinya, apa yang dimaksudkan untuk semua kerajaan di serata tempat, termasuk yang kita tinggal sekarang. Kebangkitan Yesus menandakan berakhirnya cara Kaisar melakukan sesuatu. Ia menubuhkan sebuah kerajaan baru dimana musuh dikasihi, yang terpinggir diberikan keutamaan tempat, dan orang miskin diberkati. Di dalam kerajaan ini, hierarki ditumbangkan, tumpuan kuasa tidaklah berpusat, anak-anak yang derhaka disambut kembali di dalam rumah. Kehidupan orang kulit hitam bermakna, begitu juga kehidupan queer (baca: golongan LGBT) dan kehidupan pendatang asing tanpa izin di dalam sempadan negara kita – “Ingatlah orang asing dalam kalanganmu” refrain utama bagi kerajaan ini. Tentu sahaja, bercakap tentang Yesus dalam apa-apa cara politik bukan tanpa bahayanya. Ramai yang mempunyai agenda politik bersalah dalam melakukan penjenamaan ideologi yang dilakukan dengan nama Yesus, kedua-duanya sama ada kiri atau kanan. Namun tidak dapat dinafikan bahawa, sekurang-kurangnya dalam sejarah Amerika Syarikat baru-baru ini, golongan konservatif telah bersiap sedia untuk mengahwinkan Tuhan dengan kerajaaan. Kesannya, agama Kristian hadir seperti kelihatan kurangnya dasar yang bertujuan untuk membantu golongan miskin – dan lebih kepada orang-orang yang berkhidmat untuk menjaga mereka seumpannya tidak terbantu. Ironi yang tragik, tentu sahaja, sebagaimana dalam Injil Lukas mengajar bahawa pelayanan Yesus bermula dengan pengumuman Roh Kudus yang menyampaikan kepadanya untuk memberitakan Berita Baik kepada golongan miskin. Meskipun nama Tuhan kadang-kadang digunakan untuk mewajarkan peperangan dan keserakahan serta penindasan terhadap golongan marginal, badan Yesus yang terluka kelihatan seperti bantahan prophetik terhadap nilai-nilai tersebut. Ahli falsafah John Caputo, membincangkan ironi tersebut di dalam bukunya pada tahun 2007, “Apa yang akan Yesus runtuhkan?” – sandiwara pada frasa “Apa yang akan Yesus lakukan?” dimana para konservatif telah mempamerkannya di kereta, kemeja-T, gelang tangan dan sebagainya. Injil-injil, Caputo menulis, mengajak kita untuk membayangkan cara hidup baru dimana puisi kerajaan Yesus diubah menjadi struktur politik:“Bagaimana rasanya jika ada benar-benar politik tubuh manusiawi yang berkembang di dalam Perjanjian Baru, politik dari rahmat dan belas kasihan, dengan mengangkat yang paling lemah dan orang paling tidak berdaya di rumah, politik yang menyambut orang asing dan mencintai musuh di luar? Bagaimana agaknya jika ada politik bagi anak-anak, dimana pada masa depan; politik ini yang bukan mengangkat kedaulatan, kekuasaan atas-ke-bawah, tapi politik yang dibangun dari bawah-ke-atas, di mana “ta me onta” [bermaksud “yang tiada apa-apa”] menikmati suatu keistimewaan tempat dan hak?” Caputo kemudian mengajukan pertanyaan yang menakutkan: “Adakah [politik sebegini] tidak berada di segala hal bertentangan dengan politik masa kini yang berlalu dengan sendirinya melalui nama Yesus?” Sekilas pandangan pada setiap peristiwa yang berlaku di seluruh dunia kini, dan bayangan Caputo mungkin dengan mudah diketepikan. Bagaimana Amerika dengan begitu sahaja membenarkan pipi ditampar kepada musuh untuk diperangi? Bagaimana setiap orang mengharapkan pemerintah untuk memastikan setiap kanak-kanak dijaga? Dan bekerja untuk menghapuskan kemiskinan? Bukankah Yesus berbicara tentang kemiskinan spiritual? Itu urusan peribadi, bukannya untuk peringkat umum. Polisi sedemikian seakan tidak pratikal pada tahun 2015. Sudah tentu ianya tidak. Ianya tidak praktikal pada zaman Yesus, begitu juga sekarang. Itulah sebab mengapa Yesus dibunuh. Yesus sebagaimana diungkapkan melalui perkataan Caputo, gila. Bagaimana lagi cara kita menjelaskan ajarannya? Kasihanilah musuhmu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu. Berbuat baik kepada mereka yang mengekploitasi kamu. Jangan membalas dendam. Jagalah sesamamu. Yang rendah hati akan mewarisi bumi. Tetapi apa yang kelihatan seperti kebodohan Tuhan adalah lebih baik dari kebijaksanaan manusia, sebagaimana Paulus mengingatkan kita, begitu juga apa yang dilihat seperti kelemahan Tuhan lebih kuat daripada kekuatan manusia. Dan kerajaan Tuhan – dimana bertentangan dengan jangkaan semua orang, adalah lemah, gila dan membingungkan – itulah yang disampaikan dan dipraktikkan Yesus. “Aku mengusir roh jahat dengan jari (kuasa) Allah dan hal ini membuktikan bahawa Allah sudah mula memerintah di tengah-tengah kamu,” kata Yesus, dan para pendengar Yahudi mungkin telah memahami skandal yang dirujuknya. Ianya skandal kerana selaras dengan kata tersebut, Yesus seakan-akan mengenal pastikan dirinya dengan Allah yang sama telah mendengar teriakan umat Israel yang tertindas dan bertindak dengan membebaskan mereka dari Mesir. Seperti mana dalam Kitab Keluaran mencatatkan, ketika Firaun menolak permohanan Musa untuk membebaskan bani Ibrani pergi, pertempuran mukjizat berlaku dengan segera. Walaupun ahli-ahli sihir Firaun cuba untuk meniru keajaiban yang dilakukan Tuhan melalui Musa, mereka tidak berhasil. “Inilah jari Allah,” terangnya kepada Firaun, yang menampilkan keajaiban, yang membebaskan umat Tuhan daripada empayar yang memperhambakan mereka. Jari Allah, mereka dengan berat hati mengakui, lebih berkuasa daripada segala kekuatan mana-mana kuasa pemimpin dunia. Dalam mentafsirkan semula petikan di sekitar kehidupan dan pelayanannya, Yesus memberi kita pandangan sekilas tentang apa yang dia fikir tentang dirinya (yang mana Tuhan sendiri mengerjakan pekerjaan mukjizat melalui jari-Nya?) dan juga ke dalam apa yang dia fikir mengenai kerajaan-Nya: yang, walaupun itu tujuan akhir akan digenapi pada masa akan datang, melihat dalam sekeliling kita – ia telah pun tiba. Sebagaimana sarjana Perjanjian Baru N.T. Wright menjelaskan, untuk Yesus, Kerajaan Allah “tidak hanya satu aspirasi; ia adalah suatu pencapaian.” Yesus yakin bahawa hidup dan ajarannya serta mukjizat telah membawa kerajaan kepada para pengikut-pengikutnya yang telah menantikannya sekian lama. Sungguh sahaja, Kerajaan Yesus yang merangkumi perdamaian dan cinta kasih tampak jauh berbeza daripada apa yang orang Yahudi pada saat itu harapkan pada apa Mesias [Juruselamat] ingin tegakkan. Salah satu ucapan Yesus yang lebih samar ditemukan dalam Injil Matius. Setelah diskusi yang aneh mengenai kerajaan, Yesus membandingkan pendengarnya kepada anak-anak yang duduk di pasar bernyanyi satu sama lain, ” Kami meniup seruling bagimu, tetapi kamu tidak menari, kami menyanyikan kidung duka, tetapi kamu tidak berkabung.” Yesus, dia mendengar mereka berkata, Engkau bukanlah Mesias yang kami harapkan. Lantas dia menjawab: Aku tidak akan menari ketika kamu memberitahu aku untuk menari. Aku tidak akan menangis ketika kamu memberitahu aku untuk menangis. Aku tidak akan menjadi Mesias sebagaimana yang kamu mahu. Aku di sini datang untuk menunjukkan tarian yang berbeza, dengan cara yang berbeza; ikutilah aku, dan binalah kerajaan Bapaku, yang terlihat sangat berbeza dari yang apa yang kamu sandarkan. Inilah memori nubuatan Yesus yang menerpa ke arah kita hari ini. Apa yang Yesus lakukan sekiranya dia menunjukkan diri sekarang, dan berkata, di Washington, DC? Adakah dia menutup mata kepada ketidakadilan kaum di Ferguson dan di tempat lain? Adakah beliau melobi untuk memastikan bahawa keseluruhan ruang kependudukan manusia terus merasa seolah-olah tidak dikelompokkan di bandar-bandar mereka, dalam jemaah agama mereka, di kedai tempatan mereka? Akan dia, berminat untuk melihat keadaan fizikal badan manusia yang dijangkauinya, menggubal polisi yang melarang orang ramai daripada penjagaan kesihatan yang mereka sangat perlukan? Pada masa yang sama, adakah kita benar-benar yakin bahawa Yesus akan membantah dengan penguasa Wall Street, mengutuk terhadap yang satu peratus itu? Ini adalah Yesus yang sama yang, sebagaimana diceritakan Injil Lukas, memberitahu pengikutnya bahawa jika salah satu daripada domba mereka merayau jauh dari kawanan, mereka meninggalkan 99 dan pergi mencari yang satu peratus. Dan adakah kita boleh yakin sama memastikan bahawa Yesus ini, yang tidak mempunyai kesabaran untuk keserakahan, akan menghabiskan semua tenaganya mengutuk orang kaya? Ini adalah Yesus yang sama, selepas semua, yang dikhabarkan juga menjadi sahabat pemungut cukai. Inilah sebabnya mengapa ianya tidak dilakukan dengan memulakan ideologi politik dan menjenamakannya bersama dengan kenangan akan Yesus. Kenangan akan Yesus menggugat semua kerajaan, untuk semua kekuasaan duniawi, melangkaui pakatan politik tertentu mahupun agenda. Apa yang kita boleh bayangkan kemungkinan apa yang dilakukan Yesus – sesungguhnya apa yang dia pasti lakukan, secara tiba-tiba, tanpa sebarang peringatan, mengumumkan bahawa kerajaan barunya adalah muncul dalam kalangan kita semua, telah pun ada dalam kalangan kita, dan bahawa kerajaan ini adalah hampir pententangan yang nyata mengenai apa yang difikirkan oleh kebanyakan kita mengenai fungsi kerajaan yang sepatutnya. Raja baru ini tidak akan bertolak ansur dengan penindasan dan kemiskinan sistemik atau tidak memaafkan keganasan yang ditujukan pada mereka yang berkuasa. Dia tidak mempunyai kesabaran untuk sebarang lagu perkabungan atau tarian. Dia hadir hanya untuk urusan Bapa-Nya. Loceng dalam Paskah Ahad, sebagaimana menenangkan ianya, sebenarnya panggilan untuk perang, walaupun bukanlah jenis perang yang mengandungi keganasan; panggilan untuk bangkit, untuk bertindak ke atas, dan menyampaikan kepada para penguasa dan pemerintah yang memerintah negara kita bahawa kuasa mereka mempunyai tarikh luput, bahawa pemerintahan mereka adalah munafik, bahawa kerajaan mereka telah dimansuhkan oleh Tuhan yang mengalahkan maut. Penyangkalan di sini adalah nyata: Bukalah mata. Kerajaan yang diungkapkan ini – dimana yang terakhir didahulukan, di mana orang luar diutamakan – tidak wujud. Terdapat peperangan. Terdapat kejahatan. Terdapat kematian serta rogol serta perkauman serta pengangguran dan permerdagangan seks. Terdapat dunia yang kejam yang menyeksakan sekarang dan di mana-mana, dan berpura-pura menafikannya sama ada naif ataupun kepincangan moral. Tapi Paska tidak menyangkal hal-hal sebegini. Setelah semua, bahkan tubuh Yesus yang dibangkitkan mengandungi bekas luka penyaliban, yang menjadi pengingatan abadi Yesus bahawa dia dibunuh oleh orang-orang yang datang untuk diseelamatkannya. Apakah yang Paska ajarkan adalah: Bahkan di tengah-tengah kerajaan yang kamu tinggal, ianya tidak mustahil untuk benar-benar menumpahkan taat setia kepada sesuatu yang berbeza. Dengan memberi makan kepada yang kebuluran, mengampuni musuh, dan menyediakan tempat perlindungan bagi gelandangan, kita benar-benar dapat memilih untuk tinggal di kerajaan yang Yesus dirikan. Harapan, maka, bukanlah hal spiritual, atau latihan reflektif; ianya tampak fizikal. Jika kamu percaya bahawa Yesus telah bangkit daripada kematian, kewajipan bahawa Yesus menempatkan pada kamu bagi memenuhi keperluan fizikal manusia lainnya. “Jangan meninggalkan dirimu dalam keputusasaan,” kata Paus Yohanes Paulus II. “Kita adalah orang-orang Paska, dan alleluia adalah lagu kita.” Alleluia ini sesungguhnya pujian dan protes. Dunia itu dijadikan baru, alleluia, dan semua kehidupan adalah berharga. Penciptaan berubah, alleluia, dan oleh itu marilah kita menghayati orang asing di tengah-tengah kita. Kubur itu kosong, alleluia, sekarang mari kita bekerja untuk menyembuhkan luka bagi semua orang-orang yang telah didiskriminasikan, yang telah dijadikan seperti warga kelas kedua. Dalam kerajaan Allah, selepas semua, hanya ada satu kelas warganegara, kerana semua telah mewarisi hak kejadian yang sama dari Bapa syurgawi mereka. Dua ribu tahun kemudian, janji Paska tidak kehilangan kuasanya. Yesus bangkit, maka seperti sekarang, mengajak kita untuk hidup di dunia ini seolah-olah ia kelihatan seperti dunia yang berbeza. Kerana, alleluia, itu pasti.

]]>