Sulu: Hak-hak Pihak Dalam Pertikaian

Dr Mohd Faizal Musa

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor.

Pendahuluan

Pada 9 Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan laporan sekumpulan penceroboh yang memasuki perairan negara dengan menggunakan bot pancung. Kumpulan penceroboh tersebut berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Perkembangan pada 11 Februari 2013 menjadi semakin mendadak di mana semakin ramai penceroboh dikesan dan dikatakan mengenakan pakaian ala tentera dan bersenjata api. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Februari 2013 dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan menggunakan perundingan untuk menangani isu pencerobohan tersebut. Pada hari yang sama juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memaklumkan polis mengenal pasti penceroboh tersebut adalah warga Filipina yang merupakan antara pewaris berketurunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. Dua hari kemudian, pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan penceroboh tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi adalah ‘penyokong kuat Kesultanan Sulu’. Seterusnya pada 24 Februari 2013, Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk memujuk kumpulan kira-kira 180 anggota tersebut supaya pulang ke Filipina. Namun pada 1 Mac 2013, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan kecil penceroboh menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera (Sinar Harian, 2013). Insiden 1 Mac tersebut membawa kepada lebih banyak pertumpahan darah termasuk di Semporna, dan sehingga artikel ini ditulis, pertempuran antara pihak kerajaan Malaysia dan penceroboh (yang kemudian dirujuk oleh media sebagai pengganas) masih berjalan.

Peristiwa pencerobohan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi, andaian dan naratif sejarah mengenai Kesultanan Sulu. Gugusan kepulauan Sulu merangkumi Selatan Filipina, iaitu antara pulau Mindanao menganjur ke Sabah, Malaysia. Gugusan kepulauan ini didiami antara lain oleh kaum pagan, nomad laut iaitu Bajau, Samal dan etnik Taosug (Nicholas Tarling, 1978: 1). Masyarakat Taosug adalah etnik yang terbesar dikaitkan dengan Kesultanan Sulu dan merupakan penghuni kepulauan Jolo; ‘the Taosug (people of the current), the dominant ethnic group in the Sulu archipelago, are the sole residents of Jolo island, the historical seat of the Sultanate’ (James Francis Warren, 1985 xxi). Taosug adalah salah satu dari tiga belas kumpulan etno-linguistik beragama Islam yang menghuni pulau Mindanao dan beberapa pulau lain di Selatan Filipina, termasuk Sulu, Palawan, Basilan dan Tawi-Tawi sejak kedatangan Islam pada tahun 1280 menerusi pedagang dan pendakwah Arab (Cesar Adib Majul, 1999). Kaum Taosug, Maquindanao, Maranao, dan Sulu disatukan oleh agama Islam dan dinamai bangsa Moro. Populasi keseluruhan bangsa Moro adalah kira-kira 4.6 juta orang iaitu kira-kira lima peratus dari keseluruhan populasi Filipina (Ronald E. Dolan, 1991).

Sebahagian besar rekod sejarah mengenai Kesultanan Sulu memaparkan konflik dan persengketaan panjang antara kerajaan Sulu dengan penjajah Sepanyol dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, harus dinyatakan di sini polisi penjajah Inggeris menjadi penyebab kepada konflik yang berlaku hari ini iaitu antara Kesultanan Sulu, Filipina dan Malaysia:

The subject may nevertheless have a more direct contemporary value. Though Sulu’s contacts with Spain lasted for three centuries, British policy in the later nineteenth century was decisive in determining its fate. But some problems were not completely resolved. One was the claim to the Sabah territories which now form part of Malaysia. The other was the relationship of Sulu with the rest of the Philippines (Nicholas Tarling, 1978: 1-2).

Walaubagaimanapun artikel ini tidak berminat untuk mencebur ke dalam persoalan sejarah yang rumit. Objektif artikel ini adalah untuk, memberi perhatian kepada laporan, serta rungutan berkaitan hak-hak asasi manusia dan keadaan kemanusiaan yang terjadi ekoran pertikaian ini.

Adalah tidak dinafikan maklumat semasa dan terkini mengenai konflik ini sukar diperolehi, justeru adalah juga sulit untuk memantau keadaan kemanusiaan dalam wilayah konflik. Sebagai contoh sukar untuk menentukan salah benarnya dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia melarang pasukan kemanusiaan dari Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) yang berusaha memasuki Lahad Datu untuk menemui ketua penceroboh, Agbimuddin Kiram. Menurut Nazif Ahmad Abdurahman, Datuk Bandar kota Simunul, Tawi-Tawi misi kemanusiaan mereka gagal memasuki Lahad Datu untuk berunding dan memujuk penceroboh; ‘upon reaching Sabah, the Malaysian authorities didn’t allow us to proceed to Lahad Datu. We were only allowed to stay in Kota Kinabalu, so we left the place two days ago’ (Julie Alipala, 2013).

Juga tidak ada satu cara untuk menentukan laporan media Filipina bahawa berlakunya kekerasan, dan tindakan di luar undang-undang dan peri kemanusiaan terhadap imigran Filipina, mahupun komuniti Taosug. Dalam satu laporan yang perlu dipandang serius, terdapat dakwaan bahawa hak-hak pihak dalam pertikaian, samada pihak langsung dan tidak langsung dalam keadaan krisis ini kurang dititik beratkan:

Jolo Mayor Hussin Amin told the Inquirer that he had spoken to many of the evacuees from Sabah and was told repeatedly of the alleged abuses by the Malaysian security personnel. “Soldiers and policemen stormed their houses and even those with legitimate working papers like passports and IC papers were not spared. These documents were allegedly torn down before their eyes. Men were told to run and were shot if they did. Those who refused were beaten black and blue. Filipinos inside the jail were executed,” he said. “We are asking our government to investigate now. Refugees from Sandakan and Sabah share [the same] ordeals. If indeed what they have been telling us is true, then Malaysian authorities were not just targeting the Kirams in Lahad Datu,” Amin added, according to the Inquirer. The Malaysian government repeated its stand yesterday that it will continue hunting down Sulu invaders in Lahad Datu until every single militant is flushed out of the country (Clara Chooi, 2013b).

Adalah sukar untuk menentukan kesahihan laporan di atas memandangkan media mengalami keterhadan keizinan untuk membuat laporan. Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut; ‘I think these are wild allegations, as I have personally verified with the police on matter at the said locations’, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas (The Malaysian Insider, 2013a). Ketiadaan sumber langsung dalam konflik ini mengakibatkan keresahan dalam kalangan masyarakat sivil. Sebagai contoh Human Rights Watch menyatakan informasi benar dan jelas perlu dikemukakan supaya bantuan kemanusiaan dapat diusahakan kepada semua pihak dalam pertikaian; “Malaysian government should provide accurate and clear information on what has occurred”(ABN News, 2013a).

Walaupun kerajaan Malaysia enggan mengiktiraf pencerobohan dan kekacauan di Sabah tersebut sebagai perang, sebaliknya menanggapinya sebagai jenayah dan terorisme; hak-hak kumpulan dalam pertikaian seperti yang digariskan oleh International Council on Human Rights Policy untuk United Nation hendaklah tidak dicabul (The Malaysian Insider, 2013b). Hak-hak mereka dalam pertikaian adalah pelarangan pembunuhan pemberi maklumat dan mereka yang dikhuatiri pembelot, perosakan tanaman dan harta benda, pemaksaan pergerakan, penghadan pergerakan, intimidasi, penafian hak jurnalis mendapatkan berita dan maklumat yang benar, penggunaan media untuk tujuan stigma atau pemomokan, layanan buruk terhadap kanak-kanak, pemerkosaan wanita dan penahanan haram secara besar-besaran individu atau kumpulan yang dapat dikaitkan dengan konflik ini. Hak-hak kumpulan dalam pertikaian tersebut terpapar dalam kutipan di bawah:

The following list includes some of the most common human rights abuses attributed to armed groups: Arbitrary deprivation of the right to life. Includes killing or massacres of civilians, indiscriminate attacks leading to civilian deaths, killing of captured combatants, killing of suspected “informers”, “traitors” or independent critics (e.g. journalists), civilian deaths resulting from starvation and disease due to deliberate destruction of crops or withholding or preventing access to relief supplies.

Disregard for the protection owed to civilians caught up in conflict. Destruction of civilian property, (homes, crops, livestock), attacks on civilian buildings like hospitals and schools, or property with religious or cultural significance, disregard for protection owed to medical and religious personnel, interfering with delivery of relief supplies, attacks on humanitarian workers, blockades of civilian settlements. Interference with freedom of movement. Forced movement and deportation of people, expulsions of populations on grounds of racial, ethnic, or religious background, denying access to safety to internally displaced persons or refugees, or forcing them back into unsafe areas, detention of refugees or displaced persons.

Interference with freedom of expression, assembly and association. Preventing independent organisations from operating, banning meetings and gatherings, using fear and intimidation to silence critics, denying journalists access to areas, closing independent media, using media to spread hatred or to incite violence. Torture, ill-treatment. Torturing captured soldiers or suspected informers to extract information, holding prisoners in inhuman or degrading conditions, mutilations, beatings and other cruel punishments to sow fear, enforce orders, punish delinquents, or indoctrinate recruits, using villagers as forced labour.

Abuses against children. Forced separation from family, forced abduction into the armed group as combatants or labourers, deliberate denial of access to education, sexual abuse.

Abuses against women. Rape, abduction into forced prostitution or sexual slavery, reprisal attacks against family members, gender-based discrimination.

Arbitrary deprivation of liberty and due process. Mass detentions of suspect groups or populations, taking and holding of hostages, forced disappearance of persons, “trials” against informers withoutdue process (David Petrasek, 1999: 9-10).

Observasi di atas dapat dilakukan sebaik pihak penceroboh (atau pengganas) meletakkan senjata lantas membolehkan penilaian keadaan kemanusiaan.

Pandangan sihat The Malaysian Bar wajar dijadikan rujukan dalam hal di atas. Analisis The Malaysian Bar menyatakan tuntutan Kesultanan Sulu (atau Filipina) terhadap Sabah adalah tidak sah berdasarkan dua belas faktor atau hujah undang-undang. Namun demikian, dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan atau keganasan militan luar, Malaysia masih perlu bertindak dalam batas undang-undang selain menghormati tanda aras antarabangsa untuk hak asasi manusia:

Just as Malaysia is insisting on the respect for its sovereign rights under international law, as is proper, it would also be correct for the Malaysian Government to honour and maintain its commitment to international humanitarian law and international human rights standards in its conduct of the conflict and treatment of any persons detained as part of the conflict, and to accord such persons due process of the law (ABN News, 2013b).

Pandangan tersebut sejajar dengan tuntutan Ban Ki Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya konflik ini diselesaikan dengan dialog, dan menurut lunas undang-undang antarabangsa. Kebimbangan bahawa hak-hak asasi manusia tidak dipertahankan merupakan inti seruan badan antarabangsa tersebut; ‘all parties to facilitate delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards’ (Akil Yunus, 2013).

Pihak Tidak Langsung

Selain hak pihak berkonflik yang dinyatakan di atas, hak-hak pihak yang terjejas secara tidak langsung juga perlu diambil kira. Sehubungan dengan itu, dalam keadaan krisis ini wajar ditekankan juga supaya hak-hak asasi 800,000 warga Filipina yang menetap dan bekerja di Sabah dipelihara dan diperhatikan menurut standar antarabangsa (Dennis Carcamo, 2013).

Dalam jumlah tersebut, terdapat juga kira-kira 45 ribu pelarian Filipina di Sabah yang melarikan diri dari konflik antara Armed Forces of the Philippines (AFP) dan New People’s Army (NPA) sepanjang dekad 1980an (United States Committee for Refugees, 2000). Pelarian Filipina di Sabah ini termasuklah pecahan bangsa Moro khususnya dalam konteks makalah ini, etnik Taosug yang terjejas kehidupan mereka ekoran konflik di Mindanao dan gugusan kepulauan yang lain. Hak-hak pelarian yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan UNHCR ini harus dilindungi khususnya dalam situasi yang sensitif ini (Arzura Idris, 2012: 36). Hal ini penting kerana undang-undang di Malaysia tidak mempunyai apa-apa peruntukan mengenai pelarian, dan Malaysia juga tidak menandatangani Refugee Convention (1951); ‘Malaysia is not a party to the Refugee Convention nor does it recognise refugee status in its domestic instruments’ (Sara Dehm, 2012). Seperkara yang lain, Malaysia juga tidak meratifikasi International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR).

Pada tahun 2009, Malaysia menduduki antara tangga terburuk untuk negara yang gagal menghormati dan melindungi hak-hak pelarian menerusi World Refugee Survey (Suara Rakyat Malaysia, 2009). Sebagai contoh pada tahun 2008, salah seorang penuntut takhta kesultanan Sulu, Sultan Esmail Kiram II telah ke Sabah untuk memohon supaya hak asasi warga Filipina yang bekerja di Sabah tidak dicabul oleh pihak berkuasa Malaysia:

With the looming crackdown on illegal entrants in Sabah, the Sultanate of Sulu rushed to Malaysia to appeal for humane treatment of thousands of Filipinos there. Sultan Esmail Kiram II, who has been in Malaysia since last week, has proposed to the State Government of Sabah to work with the governments of Kuala Lumpur and the Philippines to avoid the repeat of the 2001 deportation, where many of those affected experienced human rights violations (Julie Alipala, 2008).

Dakwaan layan buruk (maltreatment) dan pengusiran paksa (forced deportations) keluar warga Filipina khususnya dari komuniti Moro termasuk Taosug seperti di atas belum mendapat perhatian serius masyarakat antarabangsa (Julie Alipala & Michael Lim Ubac 2008). Terdapat dakwaan bahawa pengusiran paksa keluar ini mengakibatkan kondisi kemanusiaan yang sangat buruk (Glenda M. Gloria, 2013) di laut dan pulau-pulau Selatan Filipina.

Malaysia juga hendaklah berhati-hati mengendalikan krisis ini supaya etnik Taosug yang menghuni Sabah tidak terheret sama menjadi mangsa konflik atau mengalami diskriminasi dan pemomokan (stigmatization):

Two days ago, a MNLF leader had warned that the Lahad Datu standoff could widen into a civil war engulfing Sabah, since more than 8,500 Filipinos, mostly Tausugs or Suluk tribesmen, were residing in Sabah and potential supporters of the Sultanate of Sulu (The Malaysian Insider, 2013c).

Dalam keadaan terdesak untuk menamatkan krisis ini dengan segera, Malaysia masih perlu mengimbangi keperluan untuk memelihara kondisi kemanusiaan imigran mahupun rakyat Filipina yang mendiami Sabah.

We reiterate our call on the Malaysian government to give humane treatment to the Filipinos under their custody. The allegations are alarming and should be properly and immediately addressed by concerned authorities (Daniel Ten Kate dan Joel Guinto, 2013).

Permintaan Philippines Foreign Affairs Department di atas tidak boleh dipandang ringan. Tuduhan bahawa adanya tindakan di luar batas undang-undang ini dapat dibendung dan diakhiri jika pihak media, lokal dan antarabangsa diberi kemudahan dan bantuan untuk membuat laporan yang telus dan benar. Ini juga dapat memadam khabar angin dan naratif karut yang berkembang di laman maya.

Adalah dibimbangi, setelah konflik ini berakhir; luka-luka kemanusiaan dan kepahitan diplomatik (diplomatic bitterness) antara Filipina dan Malaysia berpanjangan. Tambahan pula kerajaan di kedua-dua buah negara boleh bertukar dan ia akan meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan sulit. Harus diingat, kepahitan diplomatik ini boleh dimanipulasi oleh ejen luar sehingga terus menjejaskan kestabilan Malaysia seperti yang dialami antara Jepun-China-Korea.

Oleh kerana itu permintaan dan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada Hussein Haniff, wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya usaha menjamin hak-hak asasi manusia dilunasi, di samping menghindari lebih banyak pertumpahan darah, wajar diberi perhatian; ‘efforts should be made to ensure that human rights will be respected and loss of life will be prevented’ (Abigail Kwok, 2013). Ini adalah lojik dan relevan, kerana pengabaian kemanusiaan boleh memburuk dan memanjangkan konflik sedia ada.

Pemomokan

Dalam keadaan konflik, media massa perlu berhati-hati membuat laporan dan tidak menyebarkan pemomokan. Ini kerana sentimen terhadap etnik Taosug sudah sedia memburuk di Sabah. Laporan media seperti Utusan Malaysia yang memperincikan kematian anggota keselamatan di Semporna sebagai contoh dapat menyemarakkan sentimen kebencian, dan prasangka selepas konflik ini mereda:

Dalam satu pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam, enam anggota polis yang ditugaskan ke kampung tersebut sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan penceroboh maut selepas diserang hendap. Lebih zalim, seorang anggota polis yang terperangkap ketika serangan hendap tersebut dipenggal kepalanya oleh tentera Kesultanan Sulu selepas ditawan tetapi identiti mangsa belum dapat disahkan. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Asisten Supritendan maut selepas perut dirodok menggunakan senjata tajam dipercayai parang menyebabkan ususnya terburai (Mohd Asron Mustapha, 2013).

Dalam pada itu pemerhatian rambang dalam media atas talian mendapati kebanyakan rakyat Sabah menghubungkan krisis di Lahad Datu dengan Projek IC . Rata-rata rakyat Sabah berasa takut dan khuatir dengan kemungkinan etnik Taosug dalam kalangan orang Filipina yang telah mendiami Sabah akan bersekongkol dengan Kesultanan Sulu untuk mencetuskan huru-hara. Prasangka dan sentimen terhadap ‘orang Filipina’ rentetan Projek IC boleh mengundang kepada pencabulan hak asasi manusia tanpa batas. Dua contoh laporan di bawah menunjukkan pemomokan dan prasangka yang sudah tertanam dalam fikiran segelintir rakyat Malaysia di Sabah:

The lecturer said “Project IC” — where citizenship was allegedly granted to illegal immigrants in Sabah through irregular means — was “definitely related” to the situation now, adding it was “the root” of the problem. He said Sabahans are used to the existence of foreigners in the state, but said that “with such a standoff… the fire has started.” “I am afraid with the numbers because they might attack us anytime. We are surrounded by them, those with identity cards plus (the) standoff group (Ida Lim, 2013).

The Filipinos here will help their own people,” said Zaini, who is a Bajau born in Semporna.“They should be helping us. But they are just keeping quiet, like they want to take over our state,” added the 29-year-old. He pointed out that the Filipinos in the state capital sell handicraft, salted fish and cigarettes, besides running other businesses in their own “Filipino market” here. Zaini expressed frustration at undocumented Filipinos being allowed through checkpoints during a recent journey from Semporna to Kota Kinabalu. “I don’t know if they give bribes,” he said. He added that “Project IC” has enabled foreigners to create chaos in the country. Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s longest-serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenship was allegedly given to immigrants for their votes (Boo Su-Lyn, 2013).

Dalam disiplin sosiologi, sarjana hak asasi manusia menggariskan ciri-ciri masyarakat yang terjadinya pemomokan (stigmatization). Pemomokan ini berlaku ketika i) ahli masyarakat yang dominan bertindak membeza dan melabel kumpulan tertentu; ii) pelabelan dalam konteks ini adalah etnik Taosug-Sulu, yang ditanggapi sebagai ‘individu atau kumpulan yang tidak dikehendaki’; iii) seterusnya pihak atau sasaran yang dilabel mengalami pengasingan; iv) di mana pengasingan itu, membawa kepada pihak yang dilabel kehilangan status dalam masyarakat secara tidak adil (Bruce G Link & Jo C Phelan 2001: 363).

Etnik Taosug warga Malaysia yang sememangnya sudah mendiami Sabah perlu dilindungi dan tidak dimomoki. Ini kerana krisis yang berlaku adalah antara sekumpulan Taosug dari Filipina yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu, dengan kerajaan Malaysia. Kedua-dua komponen iaitu Taosug warga Malaysia dengan Kesultanan Sulu meski saling berhubungan adalah tetap dua komponen berbeza. Adalah dikhuatiri pemomokan yang tidak dikawal terhadap etnik Taosug hari ini akan membawa kepada ketidakstabilan masyarakat Sabah di masa mendatang. Ini kerana etnik Taosug dan lain-lain etnik dari Filipina telah membanjiri Sabah sejak tahun 70an:

Malaysian police and security forces have separated the Tausugs from the rest of the Filipino ethnic groups but added that they have not been harmed or threatened. She said she did not know the reason why they are segregated according to ethnicity. The Tausugs are the dominant ethnic group of Sulu and Tawi-Tawi but some Maguindaoans, Yakans and Samals have also established residences in many parts of Sabah. At least 400,000 Filipinos in Sabah are reportedly undocumented. They were part of the exodus from Mindanao during the height of the Moro insurgency in the 1970s. Most of them are either into trading or working as farm workers in palm oil plantations (Edwin Espejo, 2013).

Dalam disiplin hak asasi manusia pelabelan dan prasangka yang melampau boleh menjurus kepada pencerobohan hak-hak asasi individu dan komuniti yang serius. Sebagai contoh apabila berlakunya peristiwa serangan kumpulan al-Qaeda terhadap World Trade Centre, New York pada 11 September 2001, komuniti Islam telah mengalami pelabelan, prasangka, pemomokan dan akhirnya pencabulan hak yang berterusan (Carenlee Barkdull et al, 2011).

Lantaran konflik ini berpotensi untuk memburuk, penglibatan masyarakat sivil untuk memantau keadaan diperlukan. Sebagai contoh, The Moro National Liberation Front (MNLF) kini menuntut perhatian Organization of Islamic Cooperation (OIC) untuk membantu menjadi orang tengah dalam konflik ini (Roel Pareño & Edith Regalado 2013). The Ateneo Human Rights Center (AHRC) yang berpusat di Ateneo University, Filipina turut memantau dan melaporkan keadaan hak asasi manusia terkait konflik di Sabah ini (InterAksyon, 2013). Di pihak Malaysia, adalah perlu sebuah badan bebas turut mengawasi keadaan hak asasi pihak yang sedang dalam pertikaian. Malaysia sebagai misalan boleh juga memanggil kembali kumpulan International Contact Group (ICG) yang telah memantau proses perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front atau MILF) pada tahun 2012. Pemerhati ICG terdiri daripada empat negara iaitu United Kingdom, Arab Saudi, Turki dan Jepun. Ia juga memuatkan empat pertubuhan antarabangsa iaitu Conciliation Resources (UK), Center for Humanitarian Dialogue (Switzerland), Asia Foundation (US), dan Muhammadiyah (Indonesia). Kebolehan dan citra baik Malaysia dalam menentukan perjanjian komprehensif mengenai penubuhan negeri Bangsamoro dicapai pada hujung tahun 2012 wajar diterjemahkan sekali lagi. Ingatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya hak-hak asasi pihak dalam pertikaian tidak dicabul dan dijaga mestilah diambil kira. Adalah penting kedaulatan Malaysia terjaga, tetapi dalam masa yang sama juga, hak-hak pihak dalam pertikaian dipelihara menurut standar antarabangsa.

RUJUKAN

ABN News. 2013a. Lahad Datu: Malaysia must ensure full respect of international human rights norms. 11 Mac. ABN News.http://news.abnxcess.com/2013/03/human-rights-watch-malaysia-must-ensure-full-respect-of-international-human-rights-norms/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=human-rights-watch-malaysia-must-ensure-full-respect-of-international-human-rights-norms

ABN News. 2013b. Bar Council calls on Malaysian security forces to observe laws and human rights. 11 Mac. ABN News. http://news.abnxcess.com/2013/03/bar-council-calls-on-malaysian-security-forces-to-observe-laws-and-human-rights/

Alipala, J. &. Ubac, M.L. 2008. For deported Filipinos it’s Sabah or bust. 24 Julai. Philippine Daily Inquirer. http://globalnation.inquirer.net/news/news/view/20080724-150309/For-deported-Filipinos-its-Sabah-or-bust.

Alipala, J. 2008. Sulu sultanate seeks humane treatment of Filipinos in Sabah. 19 Julai. Inquirer Global Nation. http://globalnation.inquirer.net/news/breakingnews/view/20080719-149474/Sulu-sultanate-seeks-humane-treatment-of-Filipinos-in-Sabah.

Alipala, J. 2013. PH humanitarian team banned from Lahad Datu. 3 Mac. Inquirer Global Nation.http://globalnation.inquirer.net/66393/ph-humanitarian-team-banned-from-lahad-datu.

Arzura Idris. 2012. Malaysia and forced migration. Intellectual Discourse 20 (1): 31-54.

Barkdull, C. & Khaja, K. & Tajalli, I.Q. & Swart, A. & Cunningham, D. & Dennis, S. 2011. Experiences of Muslims in four western countries post–9/11. Affilia: Journal of Women and Social Work 26(2): 139-153.

Carcamo, D. 2013. Drilon: PNoy on top of Sabah situation. 4 Mac. PhilStar.com. http://www.philstar.com/nation/2013/03/04/915714/drilon-pnoy-top-sabah-situation

Cesar Adib Majul. 1999. Muslims in the Philippines. Quezon City: University of the Philippines Press.

Chooi, C. 2013a. Manila now says up to Malaysia to handle Sulu militants. 4 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/manila-seriously-studying-sulu-sultans-sabah-claims-says-aquino-spokesman/.

Chooi, C. 2013b. Filipino refugees claim of police brutality in Sulu roundup. 10 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/filipino-refugees-claim-of-police-brutality-in-sulu-roundup/

Dehm, S. 2012. Sovereignty, protection and the limits to regional refugee status determination arrangements. Merkourios 28 (75): 53-60.

Dolan, R.E. 1991. Philippines: A Country Study. Washington DC: GPO for the Library of Congress.

Espejo, E. 2013. Pinoys in Sabah afraid claim they’re segregated. 5 Mac. Rappler. http://www.rappler.com/nation/23084-pinoys-in-sabah-afraid-claim-they-re-segregated.

Gloria, G.M. 2013. The forgotten problem of Sabah’s halaw. 4 Mac. Rappler. Penerbitan semula wawancara pada tahun 2002 di Newsbreak. http://www.rappler.com/newsbreak/23009-the-forgotten-problem-of-sabah-s-halaw%20%20.

Interaksyon. 2013. Ateneo HR center Dissapointed With Insensitive Government Handling of Sabah Row. Interaksyon.com.http://www.interaksyon.com/article/56172/ateneo-hr-center-disappointed-with-insensitive-govt-handling-of-sabah-row.

Kate, D.T. & Guinto, J. 2013. Philippines Asks M’sia to Clarify Sabah Abuse Reports. 11 Mac. Bloomberg. http://www.businessweek.com/news/2013-03-11/philippines-calls-on-malaysia-to-clarify-report-of-sabah-abuse

Kwok, A. 2013. UN’s Ban meets Malaysian envoy on Sabah HRW urges acccess to humanitarian aid respect for rights. 9 Mac. Inter-Aksyon.com.http://www.interaksyon.com/article/56693/uns-ban-meets-malaysian-envoy-on-sabah-hrw-urges-acccess-to-humanitarian-aid-respect-for-rights

Lim, I. 2013. Security crisis shows Project IC still haunts Sabah say analysts. 4 Mac. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/security-crisis-shows-project-ic-still-haunts-sabah-say-analysts/.

Link, B & Phelan, J. 2001. Conceptualizing stigma. Annual Review of Sociology 27 (3): 363-385.

Mustapha, M.A. 2013. Serangan besar-besaran. 4 Mac. Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130304/dn_05/Serangan-besar-besaran#ixzz2MdTQrH1k

Pareño, R. &. Regalado, E. MNLF urges OIC UN to intervene in Sabah. 4 Mac. The Philippine Star. http://www.philstar.com/headlines/2013/03/04/915534/mnlf-urges-oic-un-intervene-sabah.

Petrasek, D. 1999. Ends & Means: Human Rights Approaches To Armed Groups. Switzerland: International Council on Human Rights Policy.

Sinar Harian. 2013. Kronologi Pencerobohan di Lahad Datu. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu-1.135824

Suara Rakyat Malaysia. 2009. World Refugee Survey 2009: Malaysia is Worst Place for Refugees- Again. Suaram. 21 Jun. http://suarampg.blogspot.com/2009/06/world-refugee-survey-2009-malaysia-is.html

Su-Lyn, B. 2013. Tourism drop food stock-up in KK amid Sabah deadly clashes. 5 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tourism-drop-food-stock-up-in-kk-amid-sabah-deadly-clashes/

Tarling, N. 1978. Sulu And Sabah: A Study of British Policy Towards the Philippines and North Borneo From the Late Eighteenth Century. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

The Malaysian Insider. 2013a. Brutality claims just wild allegations says Zahid Hamidi. The Malaysian Insider. 11 Mac. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/brutality-claims-just-wild-allegations-says-zahid-hamidi/

The Malaysian Insider. 2013b. Nazri Sabah Skirmishes Not War Sulu Militants to Be Charged With Murder. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-sabah-skirmishes-not-war-sulu-militants-to-be-charged-with-murder/.

The Malaysian Insider. 2013c. End Sabah Clash in Brotherly Way MNLF Warna Putrajaya. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/end-sabah-clash-in-brotherly-way-mnlf-warns-putrajaya/.

United States Committee for Refugees and Immigrants. 2000. U.S. Committee for Refugees World Refugee Survey 2000 – Philippines. 1 Jun. UNHCR. http://www.unhcr.org/refworld/docid/3ae6a8d117.html.

Warren, JF. 1985. The Sulu Zone 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. Quezon City: New Day Publishers.

Yunus, A. 2013. Lahad Datu: Ban Ki-moon calls for swift, peaceful end to Sabah intrusion. 7 Mac. New Straits Times. http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-lahad-datu-font-ban-ki-moon-calls-for-swift-peaceful-end-to-sabah-intrusion-1.230317

]]>