Projek Dialog

Veda sebagai asas Hinduisme

Mahabharata dan Ramayana mungkin memperlekehkannya sebagai mitos, legenda dan cerita rekaan semata-mata. Sebaliknya kelompok yang berfikiran waras, rasional dan intelek akan mampu memahami betapa epik-epik berkenaan sebenarnya menyajikan secara halus, tersirat dan menyeluruh segala ajaran Sanathana Dharma (Hinduisme). Misalnya, pada 18 Februari 2015, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengeluarkan kenyataan bahawa “masyarakat Melayu tidak berminat dengan falsafah Hindu.” Kenyataan itu sebagai reaksi kepada makalah saya bertajuk “Menyelongkar Rahsia Melayu Era Hindu” (The Malay Mail Online, 16 Februari 2015) yang berusaha mengangkat kehebatan Tamadun Melayu di Nusantara sejak sebelum kedatangan Islam. Dalam makalah itu, saya turut memetik kenyataan dari buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu (2014) oleh Srikandi, Al-Semantani dan Ibnu Rusydi yang mengakui ketandusan intelek yang berlaku apabila “tamadun Melayu sering dikembarkan dengan Islam.” [caption id="attachment_4495" align="alignleft" width="300"]Contoh ayat dalam Veda yang mendoakan kesejahteraan umat manusia. Contoh ayat dalam Veda yang mendoakan kesejahteraan umat manusia.[/caption] ISMA membuktikan kejahilan dengan berkata, “masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam tidak pernah dibuktikan beriman dengan apa-apa falsafah teras agama Hindu dan Buddha. Falsafah Hindu dan Buddha tidak pernah diterima oleh orang Melayu.” Menurut ISMA, “Kitab Hindu dalam bahasa Melayu seperti Mahabharata dan Bharata Yuddha tidak menyorotkan perbincangan falsafah Hindu. Sebaliknya tumpuan diberikan kepada aspek mitos, epik dan keperwiraan.” Maka tidak hairanlah wujud puak kurang cerdik yang beranggapan Mahabharata dan Ramayana sekadar cerita dongeng yang tidak berasas. Mereka gagal memahami falsafah ajaran Sanathana Dharma yang teranyam kemas di dalamnya. Untuk lebih memahami perkara ini, kita wajar mengenali kitab-kitab Veda. ISMA dan puak-puak fanatik yang seangkatan dengannya tentu “tidak berminat dengan falsafah Hindu” serta tidak perlu ambil tahu hal-hal berkaitan ilmu, budi (Sanskrit) dan akal (Arab) yang dikongsikan di sini. Ditulis Manusia, Bersumberkan Tuhan Segala penerangan dalam makalah ini tidak ditujukan kepada puak berkenaan. Sebaliknya dikongsikan untuk manfaat masyarakat pelbagai kaum dan agama yang masih waras dan beriman serta sedia menerima fakta, sejarah dan hakikat dengan minda terbuka. Terdapat empat kitab Veda dalam Hinduisme iaitu Rigveda (mengandungi lebih 10,520 ayat), Yajurveda (sekitar 6,000 ayat), Samaveda (sekitar 1,875 ayat) dan Atharvaveda (sekitar 2,000 ayat). Terdapat beberapa ayat yang muncul secara berulang dalam kitab-kitab ini. Secara paling mudah, “veda” bermakna “ilmu” atau “pengetahuan”. Maka, secara paling mudah, segala ajaran dalam kitab-kitab Veda menjadi panduan ke arah kehidupan yang sihat, progresif, kondusif, menyeluruh, teratur, gembira, aman, bermanfaat dan beretika secara zahir dan batin. [caption id="attachment_4496" align="alignleft" width="300"]Epik, mitos dan purana tepu dengan ajaran Hinduisme. Epik, mitos dan purana tepu dengan ajaran Hinduisme.[/caption] Walaupun Sanathana Dharma tidak dimasukkan dalam kategori “agama langit” (agama-agama yang diwahyukan kepada nabi dan rasul), penganut Hindu sedar, tahu dan mengakui hakikat kesemua Veda bersumberkan Tuhan. Ilmu yang terkandung dalam Veda berciri abadi dan tidak akan lapuk ditelan zaman. Sebagaimana Sanathana Dharma bermakna “kebenaran yang abadi”, begitulah juga kitab-kitab Veda mengandungi serta mengangkat “kebenaran yang abadi” (eternal truth). Hinduisme turut dikenali sebagai Vaidika Dharma iaitu “agama menurut kitab-kitab Veda.” Mungkin timbul pertanyaan, siapakah penulis kitab-kitab Veda? Untuk memahami perkara ini, kita perlu menyedari hakikat bahawa konsep ajaran Hinduisme adalah “manusia mencari Tuhan” dan bukannya “Tuhan mengarah manusia”. Walaupun Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda ditulis, dicatat dan dirakamkan oleh golongan pendeta, sumbernya adalah Tuhan. Mungkin ada pihak yang cuba menyebarkan dakyah kononnya Veda direka oleh manusia. Dakyah seperti itu tidaklah menghairankan kerana Abu Sofeya dalam buku Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian (2014) mengakui ada pihak cuba “membuktikan Al-Quran bukan datang daripada Allah tetapi ia adalah ciptaan Nabi Muhammad.” Kamaludin Endol dalam buku Gautama Buddha Seorang Nabi? (2014) yakin wujud “campur tangan Iblis dan syaitan yang memperalatkan ahli-ahli agama purba bagi membuat rombakan di sana sini” pada Bible sehingga menyebabkan orang Kristian “berada dalam kesesatan yang nyata.” Empat Kategori Ajaran Kitab Veda Berbalik kepada Veda, segala maklumat yang terkandung di dalamnya bersifat universal dan datang daripada Tuhan serta ditujukan kepada semua manusia di seluruh dunia. Puak yang tidak memahami ajaran Hinduisme tentu sahaja akan bertanya “Tuhan mana satu dalam Hinduisme yang menyampaikan ajaran Veda?” [caption id="attachment_4494" align="alignleft" width="300"]Antara buku yang sesuai dijadikan bacaan tambahan. Antara buku yang sesuai dijadikan bacaan tambahan.[/caption] Misalnya Jaafar Siddiq dalam buku Jesus Adalah Muslim? (2013) cuba mengelirukan pembaca dengan menghuraikan kononnya konsep Trimurti bermakna wujud tiga Tuhan (Brahma, Vishnu dan Shiva) dalam Hinduisme. Dalam pada itu, lalakan dan lolongan mana-mana puak yang masih tidak menyedari hakikat Hinduisme sebagai agama tauhid yang pertama dan tertua di dunia, eloklah diabaikan sahaja. Usah membazir masa melayan salakan mereka. Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda secara jelas, mudah dan nyata berulang kali menegaskan bahawa Tuhan Maha Esa (Tunggal). Tuhan dikenali dengan pelbagai nama seperti Mitra, Indra, Agni, Varuna, Divya, Aditya, Sukra, Prajapati, Sachchidananda, Mahaguru, Iswar, Surya, Paramatma, Savita dan Pranava. Selaras dengan konsep Eka Aneka (“satu tetapi beraneka”), Tuhan Yang Maha Esa menyampaikan ilmu “kebenaran yang abadi” menerusi kitab-kitab Veda demi manfaat umat manusia sepanjang zaman. Kandungan Veda boleh dibahagikan kepada empat kategori umum. Pertama adalah Vigyana iaitu ilmu falsafah dan metafizik untuk membimbing manusia mengenali Tuhan. Kedua, Karma yang mendidik manusia melakukan perkara-perkara baik bagi mendapatkan pulangan yang baik di dunia dan akhirat. Kategori ketiga adalah Upasna iaitu memuja Tuhan. Cara-cara untuk melakukannya diterangkan dalam kitab. Kesemua Veda menegaskan hakikat keesaan Tuhan. Keempat, Gyan iaitu ilmu mengenai alam semesta dan bagaimana melaluinya manusia boleh mengakui kuasa Tuhan. Epik dan Purana Bersumberkan Veda Kandungan Veda bukan ciptaan atau rekaan manusia; sebaliknya ilmu daripada Tuhan. Kitab-kitab ini bukan milik mana-mana kaum kerana ilmu yang terkandung di dalamnya ditujukan kepada seluruh umat manusia. Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda pada asalnya dirakam menggunakan bahasa Sanskrit. Lama kemudian, barulah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain supaya lebih mudah difahami oleh penduduk di seluruh dunia; selaras dengan kedudukannya sebagai sumber ilmu bagi semua orang. Terdahulu, segala ajaran Dharma yang terkandung di dalam Veda mula disampaikan dalam versi yang lebih mudah oleh golongan pendeta menerusi kitab-kitab yang ditulis berasaskan ajaran Sanathana Dharma. Koleksi ajaran itu dinamakan Dharmasastra. Kemudian terhasil pula dharmasutra, smrti dan nibandha yang lebih mudah difahami tetapi tetap bersumberkan kitab-kitab Veda. Kisah-kisah purana dan epik seperti Mahabharata dan Ramayana meneruskan tradisi ini. Maknanya, epik-epik Hindu yang dituduh sebagai mitos dan cerita rekaan sebenarnya tetap bersumberkan Veda. Hal ini pernah saya huraikan menerusi makalah bertajuk “Dharma Sebagai Norma Masyarakat” (Free Malaysia Today, 7 Mei 2012) serta beberapa makalah yang terkandung di blog saya. Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah segala kandungan Veda berkaitan falsafah, sains, kemanusiaan, ekonomi, politik, etika, moral, alam semesta, hak asasi dan sebagainya tahan diuji zaman. Tidak hairanlah keempat-empat Veda serta ajaran Sanathana Dharma turut dikenali sebagai “kebenaran yang abadi.” Salah sebuah buku yang wajar dibaca untuk memahami dan memperkasa diri dengan maklumat lebih mendalam mengenai kitab-kitab ini adalah Vedas: Divine Message of God to Mankind (2011). Sekurang-kurangnya generasi muda pelbagai kaum dan agama boleh bersedia dengan fakta dan ilmu untuk berhujah andai terpaksa berdepan dengan puak-puak yang menyebarkan dakyah dan penipuan bagi memperlekeh, menghina dan memutar-belit ajaran Sanathana Dharma. unnamed

]]>

Share your thoughts!

More Articles

Is the trade union movement lost?

by Yvonne Tan   In light of Indonesia’s omnibus bill protests that have been led by worker’s unions and Malaysia’s growing scepticism surrounding the government’s