Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Tokoh-tokoh dalam Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan pandangan menyokong penuh kenyataan “tsunami Cina” oleh Pengerusi BN, Najib Razak pada awal pagi 6 Mei 2013; sejurus selepas BN “menang” dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Tidak perlulah saya menyenaraikan nama-mana tokoh terbabit serta pandangan mereka kerana media arus perdana (elektronik dan cetak) sudah memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka. Saya pula meluahkan reaksi saya menerusi Facebook dan blog www.uthayasb.blogspot.com sejak Isnin.
Sebagai Rakyat (pengundi), apa pula reaksi sebenar orang ramai yang sukar mendapatkan ruang untuk muncul di kaca televisyen dan akhbar? Saya berusaha mengumpulkan pandangan daripada beberapa rakan. Berikut saya paparkan luahan hati mereka, dengan sedikit suntingan bahasa tanpa menghilangkan maksud asal. Atriza Umar, pegawai eksekutif dan aktivis dakwah dari Seremban, Negeri Sembilan:
Saya dan sudah tentunya jutaan rakyat Malaysia terfikir, adakah penasihat agama kepada Perdana Menteri pernah menasihatkan dan mengingatkannya tentang Ayat-Ayat Allah? Tentang kepimpinan Rasulullah? Apa lagi Khalifah-Khalifah yang sangat takut akan murka Allah? Semoga Perdana Menteri menghayati dengan mata hatinya maksud (terjemahan) ayat-ayat ini:
[caption id="attachment_1961" align="alignleft" width="300"]