Projek Dialog

Dialog antara agama: nilai dan kepentingan

Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk dimana rakyatnya berbilang kaum, bangsa dan agama. Agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan membentuk komposisi 60.4% manakala agama Kristian yang merupakan agama majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak membentuk komposisi 9.2% penduduk Malaysia berdasarkan rekod  Jabatan Perangkaan dan Statistik Negara. Kedua-dua agama ini sering mendapat perhatian nasional ekoran daripada rentetan demi rentetan isu yang mengoncang sensitiviti agama masing-masing. Isu Kristianisasi ke atas umat Islam, isu murtad dalam kalangan umat Islam sendiri dan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam merupakan suatu kekhuatiran yang amat serius bagi umat Islam di negara ini. Tidak kurangnya juga masyarakat Kristian yang juga bersifat defensif apabila sesetengah isu dibangkitkan, contohnya: isu peng-Islaman di kawasan pedalaman, isu sekolah mubaligh kehilangan identiti, isu larangan pengunaan kalimah Allah, isu ancaman bakar Alkitab oleh segelintir fundamentalis Islam dan isu baling bom di gereja. Disebalik pelbagai kemelut ni, pelbagai stereotaip muncul yang sedikit sebanyak bakal meretakan perpaduan yang terbina. Justeru itu, usaha untuk menjernihkan stereotaip ini harus bagi mengelakkan suasana ketegangan agama yang serius. Dialog antara agama adalah salah satu usaha baik bagi memulihkan kemelut yang ada bagi menunjukkan toleransi dan empati terhadap satu sama lain secara hormat. Dialog Penulis berpeluang untuk berdialog bersama ahli akademik yang mewakili satu pertubuhan bukan kerajaan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian di Malaysia. Penulis berasa sangat teruja kerana dapat bersua muka bersama mereka bagi mendapat pandangan mereka. Atas dasar itu penulis menyahut seruan Gereja Katolik yang merupakan pegangan hidup penulis untuk membina jambatan dengan agama lain. Sebagaimana yang disarankan oleh Paus Fransiskus dalam Apostolic Exhortation Evangelii Gadium di mana beliau membincang dialog antara agama, “Satu sikap keterbukaan terhadap kebenaran dan dalam cinta kasih harus membentuk dialog dengan penganut dalam kalangan agama bukan Kristian, walaupun dalam pelbagai kancah halangan dan kesukaran, terutama dalam bentuk fundamentalisme dalam kedua belah pihak. Dialog antara agama adalah satu syarat penting untuk keamanan di dalam dunia, maka ianya menjadi satu tanggungjawab seorang Kristian termasuk komuniti agama lain…Dalam cara sedemikian, kita belajar untuk menerima yang lain serta cara mereka hidup, berfikir dan bersuara. Kita juga boleh menyertai satu sama lain dalam mengangkat tanggunjawab dalam memberi keadilan dan keamanan, yang sepatutnya menjadi satu prinsip asas terhadap semua petembungan kita. Dialog yang memacu keamanan sosial dan keadilan itu sendiri melangkaui kesemua pertimbangan praktikal, adalah satu komitmen beretika yang akan membawa ke arah satu situasi sosial. Usaha dilaksanakan dengan satu tema yang khusus akan berupaya menjadi proses saling mendengar, dimana kedua-dua belah pihak dapat memperkayakan dan dimurnikan. Usaha ini, hasilnya juga akan membawa kearah cinta terhadap kebenaran.” Dalam sesi dialog itu, NGO tersebut lantang menyuarakan penggunaakan kalimah Allah dari segi kemurnian kata nama khas dan penggunaannya yang bersifat eksklusif. Manakala, penulis menyampaikan bahawa hak umat Kristian menggunakannya adalah berpunca dari segi sejarah, budaya, bahasa dan penggunaanya yang bersifat sejagat. Sementara itu hadirin ramai serta terdiri daripada berbilang kaum dan agama yang sudah tentu akan menhangatkan suasana dialog, jadi sesi soal jawab bersama panelis juga tidak lepas daripada soalan-soalan kontroversi. Ternyata dialog ini terkesan dalam membina suasana “saling mendengar” bukan sahaja antara penganut Islam dan Kristian bahkan yang lain. Disebalik kehangatan dialog tersebut terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan bagi membentuk suasana dialog yang sihat. Penulis mendapati terdapat pola tidak sihat dalam pengutaraan pendapat antara panelis dan para hadirin. Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa dialog bukan merupakan satu cara bagi memuktamadkan penyelesaian masalah tetapi dialog antara agama bagi penulis disifatkan lebih kepada pencarian alternatif terhadap permasalahan hidup bermasyarakat. Pengajaran Satu sahaja perkara yang penulis ingin kritik ialah sikap “Saya selalu betul, kamu selalu salah” atau istilah etnosentrik/etnosentrime ketika berdialog. Pandangan sesuatu kaum, bangsa atau agama majoriti yang mengatakan hanya itulah yang betul dan tepat adalah tidak wajar untuk ditonjolkan. Pendapat tersebut tidak wajar dipaksakan terhadap orang lain yang berlainan pegangan. Dalam berdialog, sikap tersebut harus ditukar kepada “setiap pendapat mungkin ada betulnya.”  Namun, dalam dialog antara agama usaha “saling mendengar” itu tidak hanya bersifat mendengar semata-mata tanpa bersuara. Setiap pendapat dalam dialog adalah penting. Dalam membicarakan isu seperti kalimah Allah, perkara ini timbul menjadi polemik agama apabila Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2007 terhadap akhbar mingguan Katolik Herald. Perkara yang sepatutnya dibincangkan bagaimana kemelut ini wajar diselesaikan atau diredakan. Namun, hal ini tidak ditekankan pula dalam dialog ketika itu kerana kekangan pendapat bersama NGO Islam tersebet. Disamping itu, selama lebih 3 jam dialog, penulis amat positif dengan hasil dialog tersebut. Banyak input serta output diperoleh dalam memahami permasalahan isu kalimah Allah antara Islam dan Kristian. Rata-rata para audiens juga bersikap terbuka walaupun ada yang tidak berpuas hati terhadap pendapat panelis sama ada pihak Muslim mahupun pihak penulis. Pertembungan ini adalah positif walaupun berlainan pendapat. Memahami satu sama lain Penulis berupaya untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia setelah isu tersebut masuk ke dalam kes mahkamah dan diwar-warkan media arus perdana berdasarkan hujah mereka dan begitu juga penulis berasakan audiens Kristian yang hadir juga berupaya untuk memahami sensitiviti mereka. Sementara itu, penulis juga berharap agar pihak NGO Muslim tersebut dan audiens Muslim yang hadir juga terkesan dalam memahami tentang niat serta kewajaran umat Kristian di Malaysia menggunakan kalimah tersebut tanpa mengundang rasa tidak senang terhadap umat Kristian. Penulis sangat optimis bahawa dialog seperti begini wajar diteruskan. Tatkala isu ini masih dalam kes mahkamah, terdapat banyak lagi isu-isu keagamaan lain yang menanti ibarat telur dihujung tanduk yang penulis rasakan perlunya dialog antara agama ini diadakan. Akhir kata, penulis sekali lagi inigin memetik kata-kata Paus Fransiskus dalam memacu dialog antara agama terutama bagi penganut Kristian dan Islam sebagai renungan bersama. “Hubungan kita terhadap penganut Islam telah membawa kepada kepentingan yang utama, memandangkan kehadiran mereka yang signifikan di negara-negara tradisi Krisitian, dimana mereka dibenarkan untuk beribadat secara bebas dan menjadi sebahagian dalam masyarakat. Kita semestinya tidak lupa bahawa mereka berpegang pada iman Abraham, dan bersama kita bersujud menyembah ‘Allah’ yang tunggal dan maha rahim, yang akan menghakimi manusia pada hari kiamat…Kristian sepatutnya menerima dengan setiakawan dan hormat terhadap imigran Muslim di negara kita (Kristian) dan pada masa yang sama kita juga berharap dan meminta untuk diterima dan dihormati di negara Islam. Saya (Paus Fransiskus) meminta dan dengan rendah diri memohon mana-mana negara untuk memberi umat Kristian kebebasan mereka beragama dan mengamalkan ajaran mereka, sebagaimana umat Islam nikmati di negara Barat. Berhadapan dengan siri peristiwa keganasan fundamentalisme yang mengecewakan, hormat kita terhadap pengikut Islam sejati yang membawa ke arah generasi keamanan, dimana bagi Islam yang sebenar dan tafsiran Al-Quran yang sewajarnya menentang segala bentuk keganasan.”       unnamed

]]>

Share your thoughts!

More Articles