Penterjemahan tidak rasmi “13 things that prove Indian mythological literature is full of scientific innovation”, terbitan South Report. Diterjemah oleh Johan Zolhaidi.
Vedas dan teori sains dari tamadun purba India sentiasa dianggap sebagai bukti bahawa apa yang mereka hasilkan adalah yang paling maju pada zaman itu. Terdapat beberapa ahli sains yang teruja oleh ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan dari India purba dan mendedikasikan seluruh hidup mereka menelaah dan mengkaji teori sains India purba.
Senarai yang dinyatakan di bahawa adalah tiga belas ciptaan daripada sains India purba.
- Mereka tahu mengenai kewujudan sistem solar lebih awal daripada yang lain.
Rig Veda 1.35.9
“ Matahari bergerak di dalam orbitnya sendiri tetapi meletakkan kedudukan bumi dan cakerawala di dalam keadaan yang memastikan bahawa kesemuanya tidak bertembung sesama sendiri melalui daya tarikan”
- Mereka mengemukakan teori graviti sebelum tamadun barat.
Ayat 10.22.14 dari Rig Veda yang menyatakan
“Bumi ini tidak mempunyai tangan dan kaki, tetapi ianya bergerak kehadapan. Kesemua objek di bumi turut bergerak sekali. Ia bergerak mengelilingi matahari”.
- Mereka tahu mengenai kelajuan cahaya sebelum tamadun-tamadun yang lain.
Cendekiawan Veda yang bernama Sayana menemui kelajuan cahaya pada abad ke 14 tahun masihi.
Petikannya yang diterjemah berbunyi begini:
“Dengan penuh hormat, aku tunduk ke matahari, yang bergerak selaju 2,202 Yojanas setengah daripada nimesha.”
Yojana adalah jarak yang hampir dengan (9 Batu) 14.5 kilometer; manakala nimesha pula bersamaan dengan 16/75 sesaat.
Oleh itu, 2,202 yojanas x 9 batu x 75/8 nimesha = 186,794 batu sesaat iaitu hampir sama dengan nilai sebenar kelajuan cahaya iaitu 186 282.397 batu sesaat.
- Mereka tahu mengenai sains di sebalik kejadian gerhana matahari dikala kesemua tamadun yang lain masih takut dan merasakan kejadian itu disebabkan ilmu hitam.
Di dalam kitab Rigveda 5.40.5 mempunyai frasa yang diterjemahkan seperti berikut
“Oh Matahari! Di waktu kau dihalang oleh benda yang kau berikan cahaya (bulan), setelah itu bumi bakal dikejutkan dengan kegelapan secara tiba-tiba.”
Ini merupakan penjelasan yang tepat mengenai kejadian gerhana matahari.
Kitab Veda mempunyai butiran yang jelas mengenai alam cakerawala, planet-planet, dan fenomena lain yang membuktikan keluasan ilmu yang dihasilkan pada waktu itu sebelum kewujudan tamadun moden.
- Mereka secara tepat membuat ramalan mengenai jarak diantara bumi dan matahari.
“Yug sahasra yojana par bahnu,
Leelyo taahi madhura phal jaanu” – Hanuman Chalisa
Ayat yang dinyatakan diatas merupakan hasil penulisan Tulasidas melalui karyanya yang bertajuk Hanuman Chalisa yang bermaksud, “Suria, yang terletak beribu Yojanas ditelan oleh Hanuman yang menganggap suria itu adalah sejenis buah”
Disini,
1 Yuga = 12000 tahun
1 Sahsra Yuga = 12000000 tahun
Dan juga, 1 Yojan = 8 Batu
Maka, Yug Sahsra Yojan (tiga perkataan yang pertama) bermaksud 12000*12000000*8 = 96000000 batu.
Dan jika ditukar menjadi unit Kilometer, 96000000 x 1.6 = 153,600,00 Kms.
Jarak sebenar bumi ke matahari = 152,000,00 Kms (Ralat 1 %)
Menarik bukan?
- Mereka telahpun menganggar jarak lilitan bumi.
Brahmagupta pada abad ke 7 Tahun Masihi mengajukan jarak lilitan bumi adalah 36,000 km, hampir dengan jarak yang sebenar iaitu 40,075 Km (Ralat 1%).
- Mereka menganggar jangka waktu di dalam setahun.
Surya Sidhhanta berkata ada empat cara untuk mengukur waktu di dalam setahun dan diberi nama “Nakshatra”, “Savana”, “Lunar” dan “Saura”. Diantara nama-nama yang diberi metod “Saura” secara tepat mengukur jangka waktu dalam setahun iaitu 365 hari, enam jam 12 minit dan 30 saat. Jika kalian masih memikirkan bagaimana mereka mengiranya, sila lawat kuil di Konark atau Humpi dimana kalian akan menjumpai sistem senibina yang kompleks dan tepat dari aspek teknikal yang menggunakan matahari untuk mengukur jangka waktu hari dan tahun.
- Mereka membuat kesimpulan mengenai nilai Pi (π)
Aryabhata berusaha untuk mencari nilai Pi (π) yang tepat dan tiba pada kesimpulan dimana π tidak rasional dan nilai yang dijumpai lebih kurang adalah 3.1416 pada tahun 499 Tahun Masihi semasa umurnya 23 tahun.
Beliau dikirakan sebagai salah seorang yang paling bijaksana pada zaman purba India kerana nilai Pi yang tidak rasional itu dibuktikan di Eropah hanya pada tahun 1761 oleh Lambert.
Harus dinyatakan di sini bahawa beliau juga memperoleh nilai sin & kos dan mencipta konsep trigonometri.
- Mereka mengemukakan teori bahawa bumi berbentuk sfera.
Walaupun penjumpaan teori bumi berbentuk bulat dijumpai oleh ahli astronomi Yunani, ahli astronomi dari India purba telah pun menyatakan bahawa matahari adalah bintang dan bumi berbentuk sfera sebelum pernyataan dikeluarkan oleh orang yunani. Terdapat banyak bukti yang menyatakan bahawa pelbagai percubaan dilakukan untuk mengukur lilitan pada zaman veda. Aryabhatta menyimpulkan formula yang membuktikan bumi berputar di atas paksi. Dengan menganggarkan nilai π adalah 3.1416 beliau membuat kesimpulan bahawa lilitan bumi adalah 39736 Kilometer, hanya kurang 100 Kilometer daripada nilai yang sebenar.
Dan di dalam bukunya lagi, beliau juga menyatakan bahawa pergerakan cakerawala seperti matahari, bintang-bintang kesemuanya adalah relatif, dan hanya bumi yang bergerak.
“Seperti penumpang di dalam bot yang bergerak mengikut arus ke hilir melihat benda yang tidak bergerak (seperti pokok-pokok di tebing sungai) seakan bergerak ke hulu sungai, begitu juga kepada sesiapa di atas bumi yang melihat bintang-bintang bergerak ke barat pada kelajuan yang sama (dimana bumi berputar dari barat ke timur).” – Diterjemahkan dari Aryabhatiya Gola 9
- Mereka membina sistem perparitan yang pertama di dunia.
Tamadun Indus mereka sistem sanitasi bawah tanah yang pertama pada tahun 3300 – 1300 Sebelum Masihi dimana sistem mereka diterima pakai oleh seluruh dunia satu abad kemudian. Mereka juga merupakan tamadun yang pertama mencipta sanitasi moden.
- Mereka membina teori dan melaksanakan konsep prosedur bedah dengan menggunakan alat-alat pembedahan berabad sebelum tamadun dunia yang lain.
Kitab Sushruta Samhita yang ditulis oleh Sushruta merupakan buku ensiklopedia perubatan yang terawal dapat diketahui di dunia – ditulis sewaktu tahun 1200 Sebelum Masihi yang mencakupi 184 bab yang mempunyai butiran mengenai 1,120 penyakit, 700 tumbuhan-tumbuhan ubatan, 64 persediaan daripada sumber mineral dan 57 persediaan berdasarkan sumber binatang. Kalian cuba namakan satu penyakit dan beliau telah pun menulis satu bab mengenainya.
Telah dinyatakan di dalam jurnal saintifik bahawa bukti yang tertua dan pertama untuk gigi manusia hidup yang telah digerudi dijumpai di Mehrgarh. Sebelas gigi korona molar yang digerudi dari sembilan orang dewasa ditemui di dalam kubur di Mehrgarh yang barangkali berusia dari 7500 – 9000 tahun yang lepas. Beberapa bukti mengenai pembedahan ortopedik turut dijumpai dan secara tidak langsung memberi kesimpulan bahawa tamadun purba India mempunyai teknologi untuk melakukan prosedur pembedahan. Anestesia dihasilkan dengan menggunakan herba di Ayurveda.
- Mereka membina teori tentang konsep kloning, bayi tabung uji dan ibu tumpang.
Kisah Mahabrata menggambarkan Gandhari sebagai ibu kepada 100 anak yang dipanggil Kauravas, yang paling tua adalah Dhuryodhana. Kauravas dicipta melalui pemisahan satu embrio kepada 100 bahagian dan membesar di dalam penyimpan yang berlainan.
Kisah kelahiran Karna & Pandavas secara mengejut menyerupai konsep bayi tabung uji yang moden. Dilahirkan mengikut “ciri-ciri yang diambil daripada lelaki yang dipilihnya.”
Mereka bukan sahaja mempunyai konsep mengenai kloning, bayi tabung uji dan pemisahan embrio tetapi turut mempunyai impian untuk membesarkan fetus manusia luar daripada badan wanita, sesuatu yang tidak diketahui oleh sains moden sehingga kini.
- Nikola Tesla mengambil inspirasi daripada Swamy Vivenakanda dan cendekiawan Veda untuk ciptaannya yang dikenali dunia.
Setelah makmalnya terbakar dan hasil kerjanya hancur. Nikola Tesla mempelajari konsep Prana dan Akasha untuk kerjanya yang berteraskan daya dan jisim. Beliau membentuk sudut pandang yang baru tentang dunia dan mula melihat dunia dari segi frekuensi dan tenaga sehingga beliau berjaya mengenalkan konsep tenaga beliau.
]]>