Projek Dialog

Anda Belum Islam?

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) “Assalamualaikum kepada hadirin yang beragama Islam dan selamat pagi kepada hadirin yang belum beragama Islam.” Tentu sahaja saya amat terperanjat mendengar ucapan seperti itu pada suatu majlis yang saya hadiri beberapa tahun lalu. [caption id="attachment_1688" align="alignleft" width="150"]Idea penggunaan “Belum Islam” tersebar sejak beberapa tahun lalu. Idea penggunaan “Belum Islam” tersebar sejak beberapa tahun
lalu.[/caption] Sebagai penganut agama Hindu yang sentiasa bertoleransi terhadap agama-agama lain, saya memilih untuk tidak membesar-besarkan isu itu walaupun ia menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara bertuah ini. Saya cuba mengandaikan bahawa apa yang berlaku – dan apa yang diucapkan – adalah kes terpencil; sebagaimana kononnya kes Hajah Siti Inshah, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya, Johor yang mencetuskan fenomena “pendatang” semasa perhimpunan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 12 Ogos 2010. Atau pelbagai kejadian di mana golongan minoriti diperlekeh, dipersenda, dihina, dianiaya, dizalimi dan ditindas tetapi kemudian ditutup segera oleh “pihak yang ada kuasa” dengan alasan bahawa kesemuanya adalah kes-kes terpencil. Dalam isu penggunaan frasa “Belum Islam” (Not Yet Muslim) pula, ternyata ia bukan kes terpencil yang hanya berlaku sekali-dua. Sejak beberapa tahun lalu, saya sering menerima rungutan daripada pelbagai pihak yang tidak selesa dengan apa yang dilakukan secara terancang dan penuh sedar oleh pihak tertentu. Ya, rungutan sahaja yang disampaikan kepada saya kerana hanya itu yang selalunya mampu dilakukan oleh golongan minoriti apabila berdepan dengan golongan majoriti yang berkuasa dan dilindungi. Malah, kebanyakan guru, pelajar, murid, siswa-siswi, ibu bapa, orang awam dan kakitangan awam yang merungut itu tidak mahu nama mereka didedahkan kerana bimbang memikirkan apa-apa sahaja yang mungkin boleh berlaku apabila identiti mereka diketahui pihak tertentu. Dan saya amat memahami kebimbangan mereka yang amat berasas itu. Seperti ditekankan oleh Mahatma Gandhi, tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran. “Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini,” katanya lagi. Maka, isu mengenai frasa “Belum Islam” yang digunakan dalam acara rasmi dan di tempat-tempat awam wajar diketengahkan supaya boleh dibahaskan – walaupun ada pemimpin negara yang berpendirian tegas bahawa debat bukan budaya kita. Apa-apa pun, saya percaya bahawa golongan minoriti yang bermaruah memerlukan ruang untuk bersuara. Ruang untuk berdialog demi mencari penjernihan minda. Ramai yang memilih untuk tidak bersuara Di Malaysia, kita sudah biasa dengan pembahagian “Melayu” dan “Bukan Melayu” serta “Islam” dan “Bukan Islam”. Kini, sama ada disedari atau tidak –diakui atau tidak – sudah ada pula budaya menggunakan frasa “Belum Islam” apabila merujuk kepada golongan “Bukan Islam”. Secara mudah, “Bukan Islam” bermaksud “Non-Muslim” iaitu sesiapa sahaja yang menganut mana-mana agama atau kepercayaan selain agama Islam. Manakala “Belum Islam” bermaksud “Not-Yet-Muslim” dengan erti kata bahawa golongan yang dirujuk itu sepatutnya atau seharusnya atau sewajarnya menjadi “Islam” tetapi “belum” berbuat demikian. Saya percaya bahawa murid-murid sekolah rendah pun mampu membezakan makna tersurat dan tersirat antara frasa “Bukan Islam” dan “Belum Islam”. Tidak perlulah dirujuk pada pakar bahasa, linguistik dan agama. Ada pandangan mengatakan bahawa penggunaan frasa “Belum Islam” bagi menggantikan “Bukan Islam” dalam pelbagai majlis rasmi – termasuk di sekolah – adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama bagi rakyat Bukan Islam dan Tidak Islam. Saya berusaha mengumpulkan reaksi dan ulasan pelbagai pihak berhubung topik ini bagi memulakan suatu dialog yang sihat dan berkesan. Selain daripada menghubungi individu pelbagai kaum dan agama, saya juga menghubungi wakil kementerian dan jabatan tertentu serta wakil pertubuhan-pertubuhan agama tertentu. [caption id="attachment_1691" align="alignright" width="150"]Ramai yang memilih untuk berdiam diri walaupun terasa tidak selesa. Ramai yang memilih untuk berdiam diri walaupun terasa tidak
selesa.[/caption] Agak mengecewakan (tetapi tidak sedikit pun menghairankan) bahawa ramai yang memilih untuk tidak memberikan sebarang komen; mungkin kerana menganggap isu ini terlalu sensitif. Malangnya mereka tidak sedar bahawa penggunaan frasa “Belum Islam” itulah yang sebenarnya menyentuh sensitiviti masyarakat dan wajar dibahaskan oleh masyarakat terbabit. Rosihan Amri Md Zakaria dari Bayan Lepas, Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut kerana beliau selama ini tidak tahu-menahu mengenai budaya penggunaan frasa “Belum Islam” oleh golongan tertentu pada majlis dan acara umum. “Jika benar seperti yang dinyatakan, saya memang sangat tidak setuju kerana bukan sahaja Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama untuk orang Bukan Islam, malah Islam juga tidak memaksa penganut agama lain mengikut ajaran dan tuntutan yang dikenakan terhadap umat Islam. Sebagai seorang Islam, saya merasakan perbuatan ini (penggunaan frasa “Belum Islam”) sangat melampau dan cuba membuli penganut agama-agama lain,” kata individu berumur 34 tahun itu yang menggunakan nama “Rosihan Pawnstar Amri” di Facebook. Guru yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu juga berpendapat bahawa “tuntutan dan amalan dalam beragama adalah hal peribadi dan tidak perlu ditunjuk-tunjuk” dan “setiap individu berhak mendapat kebebasan masing-masing”. Setiap manusia dilahirkan Islam? Atriza Umar dari Seremban, Negeri Sembilan pula berpendapat sebaliknya. Pegawai eksekutif berumur 20-an itu mengemukakan pandangan dan hujah berpandukan Hadis dan Quran. “Di dalam as-Shahihain daripada Saidina Ali, daripada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, baginda bersabda: ‘Tidak ada satu jiwa pun melainkan Allah telah menetapkan tempatnya di Syurga atau di Neraka dan telah dicatatkan baginya kesengsaraan atau kebahagiaannya’. [caption id="attachment_1689" align="alignleft" width="150"]Atriza dan suaminya, Khalid Abideen menjayakan Konvoi Rumah Ibadat Seremban. Atriza dan suaminya, Khalid Abideen menjayakan Konvoi Rumah
Ibadat Seremban.[/caption] “Justeru, penggunaan istilah ‘Not Yet Muslim’ (Belum Islam) boleh digunapakai jika dilihat kepada huraian Hadis yang diketengahkan itu. Kerana setiap manusia yang dilahirkan adalah sebagai seorang Islam, dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya,” kata Atriza yang menjadi antara tulang belakang bagi menjayakan “Konvoi Rumah Ibadat Seremban” pada 17 Februari 2013. Beliau mengirim suatu esei yang panjang untuk perhatian saya berhubung topik yang dibicarakan. Dalam hujahnya, Atriza turut mengemukakan terjemahan Surah Al-A’raf (Ayat 172) seperti berikut: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak- anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” Seorang pemuda berumur 32 tahun, Alagesan Palaniappan yang menguruskan perniagaan sendiri meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan frasa “Belum Islam”. [caption id="attachment_1690" align="alignright" width="150"]“Untuk anda agama anda dan untuk saya agama saya,” Alagesan menegaskan. “Untuk anda agama anda dan untuk saya agama saya,” Alagesan
menegaskan.[/caption] “Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Hindu, saya tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ‘Not Yet Muslim’ atau ‘Belum Islam’ kerana masing-masing mempunyai agama sendiri dan kita mesti tahu menghormati agama atau kepercayaan orang lain,” kata anak jati Kuala Lumpur itu. Alagesan turut memetik ayat keenam dalam Surah Al-Kafirun iaitu surah ke-109 dalam Quran di mana terjemahan ayat itu adalah “untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. Saya teringat bagaimana Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) turut memetik ayat berkenaan semasa kami bertemu dan berbual-bual tentang pelbagai topik (termasuk topik agama) di kediaman rasmi beliau pada 13 Mac 2012.   * Penulis mengalu-alukan pandangan dan komen daripada orang ramai menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my

]]>

Share your thoughts!

More Articles

The Revolution is Viral

By Ahmad Fuad Rahmat Triggered Now is not the time for the rich to complain about how difficult they have it. That is what Aleeya