Penyataan Hari Merdeka Christian Federation of Malaysia / Persekutuan Kristian Malaysia: Pada tahun ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-56 bagi Malaya dan ulang tahun yang ke-50 bagi formasi negara Malaysia sejak tahun 1963. Kita mengucap syukur kepada Tuhan yang Maha Besar bagi hikmat dan kekuatan yang dikurniakan kepada pemimpin nasional dan negeri sepanjang tahun ini bagi keamanan yang relatif dan kemakmuran yang kita nikmati sebagai satu negara. Seiring dengan bapa-bapa pengasas Malaysia, doa dan harapan kami ialah supaya Tuhan yang Maha Besar akan membimbing kita dalam memberi visi dan membentuk satu bangsa yang menyatukan semua orang; satu bangsa yang merangkumi semua dan bukan satu negara yang berpecah. Satu negara bagi semua. Perjalanan selama 50 tahun merupakan satu langkah kecil dalam evolusi sebuah negara. Namun, kita boleh berbangga walaupun berdepan dengan banyak dugaan kita telah harunginya sebagai satu bangsa terdiri dari pelbagai kaum yang bersatu dalam keamanan dan harmoni, disebabkan oleh nilai hormat sesama sendiri dan perhubungan harmoni antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, janganlah kita menjadi angkuh tetapi secara aktif membina negara ini bersama dibawah naungan Tuhan dan terus mencari rahmat, damai dan kebaikan untuk yang lain dan komuniti kita. Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengukuhkan negara kita atas tiang berkembar kebenaran dan keadilan dalam usaha untuk memberi semua harapan dan tempat di atas tanah tercinta Malaysia. Kami mengesa semua rakyat Malaysia untuk membentuk satu system undangundang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang untuk kesemua rakyat Malaysia. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang aman dan yang cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka. Kita perlu menentang dengan aktif semua yang menerap ketakutan dan kebencian terhadap orang lain atas dasar bangsa dan agama demi kepentingan dan kelebihan politik tertentu. Kami meminta semua rakyat Malaysia untuk terus menunjukkan sikap saling hormat menghormati dan menjaga hak-hak asasi manusia dan maruah satu sama lain dan menunjukkan kesemua ini melalui keberanian untuk bersuara menentang ketidakadilan dan semua jenis ekstremisme. Marilah kita mempertingkatkan kesedaran kita dan pertimbangan kita bagi orang lain yang hidup di sekeliling kita dan melayani semua orang dengan kasih sayang, maruah dan hormat kerana kita semua anak-anak Tuhan. Sebagai Kristian di Malaysia kita terus berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan negara kita yang tercinta MALAYSIA. Kami berdoa agar Tuhan yang Maha Besar akan membantu dalam usaha pembinaan negara kita yang terus membentuk dan memakmurkan negara atas dasar kebenaran dan keadilan supaya kita boleh hidup bersama-sama dalam perpaduan, damai dan harmoni. Kita berdoa untuk kesediaan serta kesungguhan polis dan angkatan tentera kita untuk memastikan perlindungan dan keselamatan negara yang kita cintai. Kita terus berdoa untuk berkat kebijaksanaan dan keberanian moral dari Tuhan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet beliau, kesemua Mentri Besar negeri dan Ketua Menteri dan juga ahli-ahli Majlis Eksekutif mereka, dan semua Ahli Parlimen kita dan Wakil Rakyat Negeri, bahawa mereka akan mewakili rakyat dengan penuh tanggungjawab dan integriti, kejujuran dan mentadbir dengan adil, sentiasa mengecapi kebaikan bersama. Ditandatangani oleh: Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi Bishop Emeritus Antony Selvanayagam, Naib-Pengerusi Rev. Datuk Jerry Dusing, Naib-Pengerusi Bishop Philip Lok Oi Peng, Naib-Pengerusi
]]>