Oleh: Uthaya Sankar SB Semasa Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara anjuran Yayasan Selangor di Universiti Selangor (Unisel) pada 18 November 2012, antara topik yang dibincangkan adalah mengenai kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
[caption id="attachment_1157" align="alignleft" width="300"] Mampukah guru besar Bukan Kaum India menerajui kepimpinan di SJKT?[/caption]
Jiwi Kathiah dari Yayasan Tamil mendedahkan pelbagai kepincangan yang wujud. Pada pandangan beliau, kerajaan pusat – “Barisan Nasional dan UMNO” kata beliau – sedang berusaha secara bersungguh-sungguh dan licik untuk menghapuskan SJKT secara terancang.
Semasa mengulas pembentangan beliau pada sesi yang sama, saya mengemukakan pandangan berupa pertanyaan: Adakah mungkin nasib SJKT berubah jika guru besar sekolah-sekolah berkenaan terdiri daripada individu “Bukan Kaum India” dan bukan daripada aliran sekolah Tamil?
Pertanyaan yang sama pernah saya kemukakan menerusi ruangan status Facebook pada 5 November 2012 dan mendapat pelbagai reaksi – dan reaksi yang pelbagai – daripada rakan-rakan dan kenalan.
Untuk berlaku adil, saya memutuskan untuk memaparkan pandangan mereka sepenuhnya di sini bagi tujuan dialog; dengan sedikit penyuntingan bahasa serta penterjemahan bagi pandangan yang dikemukakan dalam Bahasa Inggeris. MohdDawamuddinAbdulHadi (Bulan Senyum), pelajar IPT, Kuala Lumpur: Ada kepelbagaian bahasa, adat resam, bahasa dan kaum tetapi guru besar SJKT mesti fasih dan pakar dalam Bahasa Tamil. RosihanAmriMdZakaria, guru di Bayan Baru, Pulau Pinang: Bagi saya, tak ada masalah asalkan guru besar itu memahami budaya, bahasa dan sistem SJKT. Tapi saya rasa perlu seorang guru besar daripada kaum India kerana mereka lebih memahami. Mungkin satu hari nanti, jika rakyat Malaysia boleh memahami dan menghayati budaya, bahasa kaum lain, orang Bukan Kaum India juga boleh menjawat jawatan guru besar SJKT. Revathi, Kedah: Bagaimana mereka boleh memahami situasi sekolah, masyarakat dan latar belakang murid-murid Tamil jika mereka bukan kaum India? Cara hidup murid Tamil pasti terlalu asing bagi mereka. Saya yakin bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk meletakkan individu Bukan Kaum India sebagai guru besar SJKT. MohdDawamuddinAbdulHadi: Perlu ada sukatan pelajaran yang sesuai mengikut masa, keadaan, tempat dan sesuai dengan tuntutan zaman. Guru besar itu sendiri perlu berusaha memahami keadaan di sesebuah sekolah. RosihanAmriMdZakaria: Rakyat Malaysia mestilah belajar, memahami dan menghormati kaum, bahasa dan budaya orang lain. Apabila memahami dan menghormati, barulah pergaulan dan aktiviti sesama kita dapat dipelbagaikan. AdamFarhan, pekerja swasta, Shah Alam: Seorang ketua atau pemimpin perlu memahami golongan yang dipimpin. Maka, tiada masalah jika beliau “khatam” akan perihal mereka yang dipimpin di SJKT itu. Sesuaikan diri, bak kata pepatah Melayu, masuk ke kandang kambing mengembek. NagathisenKatahenggam, Jelutung, Pulau Pinang: Tidak wujud masalah asalkan guru besar itu faham budaya Tamil, mampu bertutur Bahasa Tamil dan bersikap neutral tanpa ada agenda halus lain. Tetapi realitinya, agak sukar mencari guru besar dengan kelayakan demikian daripada golongan Bukan Kaum India. CikguSuguz, guru, Shah Alam: Oleh sebab hal ini berkaitan dengan bahasa ibunda, saya rasa lebih baik jika guru besar adalah daripada kaum India. NadiaAli, Pulau Pinang: Tidak menjadi masalah langsung jika guru besar Bukan Kaum India ditempatkan di SJKT. Tapi akan membuatkan pula kita tertanya-tanya ke mana perginya guru besar yang berkelayakan daripada kalangan kaum India.
[caption id="attachment_1158" align="alignright" width="300"] Murid-murid di SJKT perlu diberi peluang bergaul dengan guru pelbagai kaum dan budaya.[/caption] AzrulHishamAbuSaid (Hisham Tok Wan), jurutera bunyi, Kota Damansara: Saya rasa tidak ada apa-apa masalah mengenai hal ini. Cuma untuk merealisasikannya, saya rasa amat jauh lagi. Dari segi hukum keagamaan, kenegaraan, hukum adat masyarakat serta hukum falsafah keilmuan, rasanya kita tidak perlu pening-pening memikirkannya kerana pasti boleh dilakukan jika mahu. Apa pun, pendidikan mengenai kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia harus kita fokuskan terlebih dahulu sebagai persiapan ke arah itu.
Saya turut mengemukakan persoalan sama untuk didialogkan di laman Facebook milik “Human Rights Party (HRP) Malaysia Support Group” kerana pelbagai topik hangat selalu dibincangkan di sana. Bagaimanapun, hanya beberapa individu tampil berdialog berhubung topik meletakkan guru besar daripada kalangan Bukan Kaum India di SJKT. SivaSankhar, Batu Caves: Dalam keadaan tenat yang sedang dialami SJKT, memang ini satu cadangan yang baik. Biarlah SJKT diterajui guru besar Bukan Kaum India. Terdapat guru besar kaum India di SK, jadi tak jadi masalah jika ada guru besar Bukan Kaum India di SJKT. SuguMaran, graduan UPM: Saya tidak setuju dengan pandangan ini kerana guru besar daripada kalangan Bukan Melayu tidak ramai. Bilangan kakitangan kerajaan merangkumi guru besar dan guru-guru SJKT. Maka, jika guru besar SJKT terdiri daripada kalangan Bukan Kaum India, mungkin menjejaskan peratusan kaum India dalam sektor awam. MathavanVelayutham, pelajar IPTA, Seremban: Sekolah Kebangsaan (SK) boleh diterajui oleh mana-mana kaum yang memahami hasrat dan menguasai bahasa kebangsaan. Manakala bagi SJKT dan SJKC, mestilah diterajui guru besar yang mempunyai kepakaran dalam bahasa ibunda yang menjadi bahasa perhubungan dan bahasa pengantar di sekolah terbabit. Sebagai contoh, seorang doktor boleh memandu kereta tetapi seorang pemandu kereta tidak boleh menjadi doktor. JohnsonDoss, Kajang: SJKT dan SJKC perlu diterajui individu yang tahu dan menguasai bahasa ibunda dan budaya kaum terbabit. Memang ada guru besar daripada kalangan kaum India di SK tetapi bagi SJKT dan SJKC, lebih baik jika guru besar daripada kaum itu sendiri yang berkelayakan dan memahami cara-cara mentadbir sekolah dengan baik. VicknesLoganathan, Shah Alam: Saya percaya bahawa individu mana-mana kaum boleh menjadi guru nesar di SJKT tetapi beliau wajib menguasai Bahasa Tamil. Beliau juga perlu mampu menyesuaikan diri dengan budaya kaum India selain sensitif terhadap budaya Tamil dan keperluan murid-murid di SJKT.
Apabila membaca pelbagai pandangan yang dikemukakan, saya mula tertanya-tanya mengapa kehadiran guru daripada kalangan Bukan Kaum India boleh diterima di SJKT tetapi kebanyakan anggota masyarakat kurang setuju dengan kehadiran guru besar Bukan Kaum India. Saya turut mengemukakan pertanyaan tambahan itu untuk mendapatkan reaksi rakan-rakan menerusi Facebook.
[caption id="attachment_1159" align="alignright" width="300"] Pencapaian SJKT semakin meningkat dalam pelbagai bidang.[/caption] VijaySaravanenVasudevan: Kalau Dong Zong boleh dengan begitu berani dan tegas menolak guru besar Bukan Kaum Cina yang tidak tahu Bahasa Mandarin ditempatkan di SJKC, mengapa pula kaum India perlu melepaskan hak yang serupa dalam hal SJKT? AzrulHishamAbuSaid: Guru biasa boleh diterima tetapi guru besar adalah pemimpin bagi guru dan sekolah berkenaan. CikguSuguz: Guru-guru hanya mengajar mata pelajaran tertentu manakala guru besar menerajui kepimpinan sekolah. NagathisenKatahenggam: Kehadiran guru besar Bukan Kaum India di SJKT tidak harus dijadikan isu. Mereka hanya menjalankan tugas seperti diarahkan kementerian dan jabatan. Kehadiran mereka juga akan mewujudkan suasana majmuk di sekolah serta mencerminkan realiti kepelbagaian bahasa, kaum dan budaya di Malaysia. AntonieWilliam, Pulau Pinang: Apabila bercakap tentang memberi peluang guru besar Bukan Kaum India menerajui SJKT, saya mahu bertanya, bolehkan individu kaum India diberi jawatan guru besar di SK dan SJKC? Fikirkan. KalidasMuniandy, Pulau Pinang: Saya setuju dengan Antonie William. Sekarang ini pun, berapa ramai guru besar daripada kalangan Bukan Melayu di SK? Kalau mahu amalkan, biarlah adil sama rata. ArivananthanMarimuthu, guru, Puchong: Guru besar Bukan Kaum India boleh ditempatkan di SJKT asalkan mereka boleh bercakap dan menulis Bahasa Tamil. Syarat ini adalah wajar kerana guru-guru kaum India di SK dan SJKC sebenarnya mampu bercakap dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Pandangan-pandangan yang dikemukakan ini memberikan sedikit gambaran asas mengenai sikap dan pendirian masyarakat berhubung cadangan meletakkan individu Bukan Kaum India sebagai guru besar di SJKT. Tentu sahaja segala pandangan dan cadangan ini terbuka untuk dibahas dan didialogkan.
We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
Cookie
Duration
Description
cookielawinfo-checkbox-analytics
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics".
cookielawinfo-checkbox-functional
11 months
The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional".
cookielawinfo-checkbox-necessary
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary".
cookielawinfo-checkbox-others
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other.
cookielawinfo-checkbox-performance
11 months
This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance".
viewed_cookie_policy
11 months
The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data.
Functional cookies help to perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collect feedbacks, and other third-party features.
Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.
Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.
Advertisement cookies are used to provide visitors with relevant ads and marketing campaigns. These cookies track visitors across websites and collect information to provide customized ads.