Projek Dialog

#LoveWins: Apa yang dituntut LGBT?

PD 1Facebook Mark Zuckerberg menyatakan pendirian pro-LGBT yang diamalkan Facebook.[/caption] #LoveWins – Jadi, Boikot LGBT? Sejak awal pagi 27 Jun 2015, kita perhatikan ramai pengguna Facebook di Malaysia berlumba-lumba memuat naik foto profil menggunakan aplikasi Celebrate Pride yang menghiasi foto dengan jalur warna-warna pelangi. Apa yang amat melucukan adalah hakikat ramai berbuat demikian tanpa tahu-menahu apa yang berlaku dan makna jalur warna pelangi itu. Ramai yang sekadar terikut-ikut, dan hanya sehari kemudian memahami makna sebenar. Sehari sebelum itu, saya melihat paparan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sempena “LGBT Pride Month” yang rupa-rupanya disambut setiap tahun pada bulan Jun. Saya terjemahkan kata-katanya: “Facebook berasa bangga menyokong Pride, dan kakitangan kami di beberapa negara terlibat dalam mengatur acara serta menghiasi pejabat sebagai tanda sokongan.” Zuckerberg berkongsi foto papan iklan besar di ibu pejabatnya. Saya pula berkongi paparan itu dengan pertanyaan: Apakah puak anti-LGBT akan mula menyahaktifkan akaun Facebook mereka? Kejayaan yang sebenarnya diraikan menerusi paparan foto profil menggunakan aplikasi Celebrate Pride adalah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat mengesahkan perkahwinan sama jantina. Saya perhatikan empat kelompok yang memaparkan foto profil dengan jalur warna pelangi dalam kalangan orang Malaysia. Pertama, kelompok LGBT. Kedua, kelompok pro-LGBT (LGBT-ally). Ketiga, kelompok yang tidak tahu makna perbuatan itu tetapi hanya terikut-ikut. Keempat, kelompok yang berseloroh dengan memaparkan foto Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Saya bukan puak anti-LGBT. Saya ada rakan-rakan daripada kalangan LGBT dan saya memahami isu sebenar yang mereka hadapi setiap hari. Malah, saya pernah mewawancara beberapa LGBT dan menulis siri makalah yang boleh dirujuk di blog (www.uthayasb.blogspot.com). Puak anti-LGBT sebenarnya kelompok yang berpura-pura dan melakukan kempen “Boikot Pilih-pilih” sama seperti yang dilakukan dari semasa ke semasa menerusi kempen memboikot Israel, McDonald’s, Starbucks dan sebagainya. Sekiranya diperhatikan, puak yang benar-benar membenci LGBT dan segala perkara yang berkaitan dengan LGBT perlu turut memboikot segala produk Apple, Microsoft, Google dan Facebook. Secara logik, puak anti-LGBT perlu mengharamkan diri masing-masing daripada menggunakan komputer, Internet, telefon pintar dan media sosial. Akan tetapi, tentulah puak berkenaan akan mencari 1,008 alasan untuk menuntut hak mereka menggunakan semua itu. Pride Warna-warna Pelangi – Perjuangan LGBT Bendera berjalur tujuh warna pelangi ada cerita tersendiri. Rainbow Flag (Bendera Pelangi) itu direka oleh Gilbert Baker pada 1978 di San Francisco, Amerika Syarikat. Sebelum itu, bendera warna merah jambu digunakan tetapi kurang disenangi kerana ada unsur Nazi. Baker tidak mahu mencipta logo atau lukisan; sebaliknya bendera yang boleh menjadi simbol antarabangsa bagi golongan LGBT. Sebenarnya, pada masa kini, ada beberapa versi bendera bagi mewakili pelbagai kelompok LGBT. Misalnya, bagi kelompok transgender, gay, lesbian, biseksual, panseksual, aseksual, interseksual dan genderqueer. Malah ada bendera khas bagi golongan heteroseksual. Kempen menyokong dan menuntut hak perkahwinan sama jantina sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Sekiranya kita masih ingat, pada 2013, logo dengan simbol sama (=) dalam warna merah digunakan. Facebook melaporkan, tiga juta orang menggunakan simbol itu sebagai foto profil. Bezanya, pada kali ini, foto sendiri yang dihasilkan dengan aplikasi penapis (filter) warna-warna pelangi bertujuan meraikan dan menyokong keputusan mahkamah di Amerika Syarikat dalam soal hal perkahwinan sama jantina. Memanglah ramai yang membantah, mengutuk, menghina dan cuba melaknat sesiapa yang bersikap pro-LGBT, tidak anti-LGBT, atau termasuk dalam kelompok LGBT. Pada pemerhatian saya, situasi dan tuntutan golongan LGBT dan pro-LGBT di Malaysia tidak sama dengan situasi di Amerika Syarikat. Ramai yang terkeliru dan seterusnya cuba mengelirukan orang ramai. Tuntutan golongan LGBT di Malaysia lebih tertumpukan kepada hak dan pengiktirafan terhadap seksualiti mereka. Misalnya, seorang transgender mahu diiktiraf sebagai wanita. (Rujuk siri makalah di blog saya untuk penjelasan terperinci supaya tidak terkeliru.) Memanglah wujud golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan sebagainya di negara ini. Realiti ini tidaklah menghairankan. Sama sahaja seperti realiti wujudnya politikus yang menipu, merapu, mencuri wang rakyat, kaki rasuah, kaki perempuan dan sebagainya. Sebut sahaja LGBT, ramai yang terus mengaitkan golongan itu dengan seks, pesta seks, dan seks rambang. Ternyata otak kotor yang dimiliki puak seperti ini tidak memungkinkan mereka melihat di luar lingkaran seks! [caption id="attachment_4875" align="aligncenter" width="387"]PD 1Equal Simbol ini popular di media sosial sejak 2013.[/caption] Muhasabah Diri – LGBT Juga Manusia, Jangan Fikir Seks Sahaja Acara Seksualiti Merdeka yang pernah diharamkan menjadi salah satu contoh dalam hal ini. Apabila mata, fikiran, otak, hati, paru-paru, alat kelamin dan seluruh tubuh seseorang sudah tepu dengan seks dan seks semata-mata, maka amat mudah untuk mereka melihat golongan LGBT dari sudut seks semata-mata. Apabila kita melihat golongan heteroseksual, mereka juga ada naluri seks. Ada perogol, ada penzina, ada pengamal seks rambang. Akan tetapi, setiap kali melihat atau memperkatakan mengenai golongan heteroseksual, apakah kita hanya mengaitkan mereka dengan seks, seks dan seks semata-mata? Lalu, mengapa pula apabila bercakap mengenai LGBT, kita asyik mengaitkan seluruh kehidupan mereka dengan seks, seks dan seks semata-mata? Mengapa kita gagal melihat mereka sebagai manusia? Cara paling mudah adalah dengan menuduh golongan LGBT sebagai melawan hukum Allah. Tiba-tiba manusia menjadi pakar agama; malah seolah-olah sudah menjadi pengganti kepada Allah di atas bumi. Kita sering terkeliru apabila membicarakan isu berkaitan LGBT. Selama ini kita hanya melihat mereka sebagai pengamal seks. Seolah-oleh aktiviti mereka 24 jam sehari hanyalah mengadakan hubungan seks! Kita gagal untuk melihat pelbagai isu, kekangan, rintangan, tekanan, kezaliman, penindasan dan persoalan lain yang sedang diperjuangkan oleh golongan LGBT demi menuntut hak kehidupan sebagai manusia; sebagai ciptaan Allah di muka bumi. Biasanya, golongan yang melakukan penentangan secara berlebih-lebihan adalah puak yang menyimpan “rahsia peribadi” – sama ada berkaitan dengan diri sendiri atau ahli keluarga. Puak penentang juga biasanya cuba menutup kejahilan mereka terhadap isu kemanusiaan yang melingkari golongan LGBT dengan memaparkan imej hitam, legam dan negatif mengenai LGBT. Sebagai permulaan, apa kata para pengguna Facebook yang “tersilap” memaparkan foto profil dengan penapis Bendera Pelangi cuba memahami jiwa golongan LGBT. Jika malu untuk bersemuka untuk berbual dengan individu LGBT, manfaatkan sahaja media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat. Daripada melontaran tuduhan tidak berasas, lebih baik ambil masa beberapa minit untuk mendengar kisah sebenar. Mulakan dengan berkomunikasi bersama individu LGBT atau pro-LGBT dalam kalangan ahli keluarga dan sanak-saudara sendiri. Kongsikanlah pengalaman itu nanti di Facebook untuk renungan kita bersama. Article 19

]]>

Share your thoughts!

More Articles