Membawa umat Islam kembali kepada sains

Penterjemahan tidak rasmi makalah “Bringing Muslims Back to Science” yang ditulis oleh Mohamed Ghilan.  Kembali songsang?  Hukum yang paling penting dalam islam ialah “segala kehakiman hanyalah cabang dari mendapatkan idea sebenar perkara tersebut”. Cara ini adalah prinsip yang utama yang sering umat Islam gunakan dalam menentukan sama ada suatu kepercayaan boleh diterima atau tidak. Walaupun prinsip ini paling diguna pakai dalam membuat penilaian, namun ia adalah perkara yang paling ditolak dalam hal-hal saintifik. Semenjak kemerosotan tamadun Islam dan pengakhiran Zaman Emasnya, umat Islam mengambil kembali kepecayaan karut dan pemikiran tahyul yang dahuluinya mereka buang ketika mereka menerima risalah Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan bahawa gerhana matahari kerana telah berlaku kematian, nombor-nombor mempunyai magis atau arah burung terbang memberi sesuatu petanda merupakan karut-marut yang ditegaskan oleh Rasulullah dan juga Al-Quran. Malang sekali umat Islam hari ini sudah kembali songsang. Daripada 20 negara teratas dalam output sains, hanya Turkey yang mendapat tempat ke-19. Salah Al-Ghazali?  Permasalahan umat ini dijelaskan secara terlalu ringkas dengan kaitan kepada Al-Ghazali (1058-1111) yang merupakan ahli teologi Islam yang sangat berpengaruh. Karya beliau, Kecelaruan Para Falsafah (Tahafut al-Falasifah) memberikan kesan buruk terhadap pemikiran Islam. Pun begitu, ia adalah tafsiran yang salah mengenai Imam Al-Ghazali, serangan beliau terhadap ahli falsafah kontemporari dan juga tamadun Islam secara keseluruhannya. Bertentangan dengan pemahaman salah umum, serangan Al-Ghazali terhadap ahli falsafah bukanlah tentangan beliau terhadap sains. Kecelaruan ahli falsafah yang beliau maksudkan bertujuan memelihara teologi Islam daripada pencerobohan sains secara berlebihan. Walaupun Al-Ghazali menentang pengubahan sains kepada agama tetapi beliau mengiktiraf ketepatan sains dan tidak pula menggesa umat Islam untuk mengetepikannya. Namun demikian, dakwaan mengatakan kemerosotan sains dan intelek berpunca daripada Al-Ghazali adalah sangat spekulatif dan bersifat satu dimensi sahaja. Tidak layak suatu tamadun digelar tamadun jika ia boleh dirosakkan dengan kerja seorang individu semata. Keruntuhan tamadun merupakan suatu proses yang kompleks dan dipengaruhi pula dengan faktor yang pelbagai. Membuat ringkasan mudah mengenai perkara ini adalah lebih dungu, malah menggalakkan lagi keterbantutan umat manusia kerana menghalang penilaian yang betul terhadapa punca masalah. Keruntuhan salah umat Masalah umat Islam hari ini ialah kebergantungan mereka kepada orang yang bukanlah professional saintis atau pun pakar agama mengenai perhubungan sains dan agama. Ia bukanlah jarang untuk menemui umat Islam yang bergantung kepada perbahasan yang professional untuk mendalami sains dan kedudukan islam mengenai perkara seperti teori evolusi. Apabila dilontarkan persoalan-persoalan kepada saintis dan ahli agama, kebanyakan mereka tidak menghormati had kepakaran mereka dan sering kali berbicara mengenai sesuatu yang mereka tahu sedikit sahaja. Suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah, yang merupakan pusat perdagangan dalam kalangan negara Arab ke Madinah, yang aktiviti masyarakatnya ialah pertanian. Baginda tidak biasa dengan aktiviti-aktiviti perladangan. Amal silang pendebungaan yang baginda perhatikan menakjubkan dirinya. Campur tangan manusia dalam memanipulasikan hasil semula jadi bukanlah kebiasaan baginya. Para sahabat silap memahami ketakjuban baginda sebagai perintah agama lalu tidak menjalankan silang pendebungan terhadap tanaman mereka. Hasil tanaman menjadi buruk selepas itu lalu mereka mendekati Nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapatkan jawapan metafizika terhadap keadaan tersebut. Jawapan Rasulullah saw ialah “kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu.” Dalam kata lain, mereka mestilah menyelesaikan masalah pertanian mereka secara fizikal. Teks agama bukan teks sains Ia adalah satu fenomena moden untuk melihat kebanyakan umat Islam menjadikan teks agama sebagai teks saintifik. Malah, melalui pembacaan yang teliti tehadap teks agama yang tradisional, pembaca akan jelas tentang kecelaruan yag berlaku apabila penjelsan saintifik diberikan terhadap teks suci agama. Akhirnya, akibat buruk yang timbul bukanlah kerana masalah teks agama tetapi masalah daripada pembaca. Dalam dunia baru ini, umat Islam perlu memahami bahawa kemajuan dalam perkara dunia tidak akan datang daripada perbahasan agama. Banyak dalam kalangan mereka cuba membentuk semula penjelasan Kristinian sebagai hujah umat Islam atau ada juga yang cuba membuktikan bahawa manusia tidak berevolusi. Pekara yang dianggap bertelingkah antara sains dan islam sebenarnya ialah idea salah yang dibawa oleh orang yang tidak ahli dalam perkara tersebut. Tuduhan kepada Al-Ghazali sebagai penyebab kemerosotan tamadun Islam kerana mengalas agama ke atas sains, bertentangan sekali dengan amaran beliau untuk tidak membawa wacana agama di tempat yang salah. Beliau membandingkan agama dengan ubat, hanya diperlukan dalam keadaan tertentu; sains dengan makanan, diperlukan untuk kelangsungan hidup. Jikalah Al-Ghazali wujud pada hari ini, tentu sekali beliau akan menegaskan bahawa perbicangan agama dalam perkara saintifik itu ialah racun yang membunuh aspirasi saintifik terhadap agama dan aspirasi agama terhadap sains. Agama tidak boleh mengubah fakta Tidak wujud sama sekali persoalan “pendirian” Islam dalam menentukan kesahan teori sains. Malah, teori sains sememangnya tidak ada kaitan dengan agama atau bukan agama. Tidak sepatutnya ada bantahan dari falsafah atau rujukan teks suci yang mampu mengubah fakta sains. Perkembangan sains tidaklah berdasarkan kesesuaiannya dengan teks agama atau kepercayaan saintis terhadap Tuhan. Sains sememangnya khusus dalam menyelesaikan masalah antara hipotesis dan dapatan data eksperimen. Ia mungkin sangat sukar untuk kebanyakan muslim menerima bahawa persoalan berbangkit dalam sains adalah bersifat penyiasatan. Tapi inilah hasil dari apa yang telah mereka disuapkan sebelum ini. Oleh itu, mereka dihalang untuk merujuk Tuhan. Mereka tidak mendekati sains dengan anggapan mereka sudah mempunyai semua jawapannya. Alam ini sememangnya suatu keajaiban. Oleh itu untuk seseorang yang beragama menghargai kehidupan ini, mereka harus mengetepikan tanggapan mereka. “Pendirian” islam terhadap sains, kalau ada pun, ialah anda tidak sepatutnya menjadikan Tuhan sebagai penjelasan mudah kepada kehebatan ciptaan-Nya dalam usaha memahami ciptaan-ciptaan tersebut.   Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Syafiqah Ahmad dan Noor Amalina Rosli.

]]>