Projek Dialog

Muslim Vegetarian: beralih daripada diet berasaskan daging

**Vegetarian bererti orang yang memilih untuk tidak mengambil sebarang daging, dan hanya memakan sayuran. Vegan adalah vegetarian yang turut mengelakkan segala produk yang berkaitan dengan haiwan (seperti susu lembu dan telur ayam). Dalam artikel ini, penterjemah memilih untuk mengekalkan penggunaan perkataan vegetariandan vegan bagi memudahkan pemahaman.   Makalah ini penterjemahan “Vegetarian Muslim: Turning Away From a Meat-Based Diet” oleh Anila Muhammad. Penterjemah: Hamizah Hanan.   Alasan saya untuk berhijrah kepada diet berasaskan tumbuhan tidak berlaku dalam sekelip mata seperti apa yang berlaku kepada beberapa kenalan saya. Semenjak saya mendapat kesedaran berkenaan beberapa isu yang terlibat dalam proses penyediaan stik, pilihan diet saya mula berubah. Bermula dengan daging merah, kemudiannya susu, ayam, ikan dan akhirnya telur. Kunjungan pertama saya ke dalam industri penyembelihan itu adalah sewaktu saya membaca Fast Food Nation dan saya mendapati bahawa bagaimana haiwan diperlakukan di kawasan penternakan mereka. Hakikatnya ia membuatkan saya merasa ngeri. Sebahagian daripada kejahilan saya mungkin disebabkan oleh tanggapan romantik yang saya pegang selama ini di mana tanggungjawab untuk memelihara haiwan ternakan yang digunakan untuk memproses makanan adalah tangungjawab besar kerajaan. Saya memahami kekejaman yang diperlakukan terhadap haiwan dan alam sekitar di Amerika Syarikat, tetapi pastinya kami warga Kanada adalah berbeza. Betul? Realitinya hampir tidak ada undang-undang di Kanada untuk melindungi haiwan ternakan di ladang dari kekejaman yang dilakukan. Haiwan boleh dipukul, didera, dirosakkan dan ditempatkan bersama-sama dalam suatu tempat yang sempit seakannya ia merupakan mimpi buruk bagi mereka untuk jangka hayat yang pendek. Piawaian yang di harapkan oleh Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada terhadap pematuhan daripada pusat-pusat penyembelihan selalunya hanyut disebabkan oleh permintaan pengeluaran daging yang semakin meningkat. Perundangan perlindungan yang kecil yang tinggal itu pun kian terhakis apabila kerajaan mula melonggarkan peraturan pusat penyembelihan. Hakikatnya, pusat penternakan di Kanada, serta di kawasan-kawasan lain di seluruh dunia, dikaitkan dengan pelbagai isu-isu yang serius termasuklah alam sekitar, kesihatan, kebajikan haiwan dan sokongan masyarakat luar bandar. Maklumat berkenaan amalan dalam usaha penternakan , kesannya terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan kebajikan haiwan telah sampai ke orang ramai. Kini terdapat gerakan aktivis secara konsisten, termasuklah Muslim yang telah memilih untuk mengambil diet yang berdasarkan tumbuhan. Adakah dengan menjadi vegan atau vegetarian menjadi suatu keganjilan bagi seorang Muslim? Menariknya, idea berkenaan Muslim vegetarian atau vegan telah mencetuskan pelbagai perdebatan. Ulama Islam seperti di Allahyarham Gamal al-Banna, seorang ulama Mesir bersetuju bahawa Muslim yang memilih untuk menjadi vegetarian atau vegan boleh berbuat sedemikian atas beberapa alasan termasuklah sebagai sebuah ekspresi keimanan ataupun rohani. Al-Banna ada menyatakan “Apabila seseorang itu menjadi vegetarian, mereka melakukannya disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya adalah disebabkan kasih sayang, alam sekitar mahupun sebab-sebab kesihatan. Sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa Nabi Muhammad mahu pengikutnya untuk menjadi sihat, berkasih sayang antara satu sama lain dan tidak membuat kerosakan terhadap alam sekitar.  Jika seseorang percaya bahawa dengan tidak memakan daging adalah antara caranya, ianya tidak bererti mereka akan ditempatkan ke dalam neraka. Mungkin juga perkara yang betul yang harus kita lakukan.” Hamzah Yusof, seorang Ulama Amerika yang dikenali ramai, telah memberi amaran tentang bahaya yang membawa kepada permasalahan etika , alam sekitar dan isu kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan daging dalam industri penternakan ini. Yusof percaya bahawa kejatuhan dalam industri pengeluaran daging (penderaan haiwan, kesan yang memudaratkan alam sekitar dan kesihatan manusia, kegairahan manusia yang kelaparan) adalah bertentangan dengan pemahaman sebenar etika Islam. Pada pandangannya hak asasi haiwan dan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar bukanlah suatu konsep yang asing dalam Islam, malahan ianya merupakan suatu suruhan Ilahi. Dalam kajiannya, beliau mendapati Nabi Muhammad dan umat islam terdahulu merupakan semi-vegetarian, di mana mereka hanya menjamu daging sekalu sekala sahaja. Konsep vegetarian bukanlah suatu konsep yang baru bagi sesetengah pengganut sufi. Contohnya Chisti Inayat Khan, beliaulah yang memperkenalkan prinsip-prinsip sufi ke barat. Almarhum Syaikh Sufi Bawa Muhaiyaddee, yang tidak membenarkan mana-mana produk yang berasakan haiwan untuk dijamu oleh pengikutnya. Rabia Basra, salah seorang pengamal Sufi wanita yang dihormati. Alam sekitar, haiwan dan Islam Pada sisi yang lain, ada ulama, seperti salah satunya di Kementerian Agama Mesir (Egyptian Ministry of Religious Endowments) yang mempercayai bahawa “ Haiwan adalah hamba kepada tujuan manusia. Mereka diwujudkan di sini untuk menjadi santapan kita, maka jika berbicara tentang vegetarianisme adalah tidak Islamik.” Pandangan yang teruk terhadap haiwan ini, sebagai sesuatu yang boleh diperalatkan dan dijadikan makanan telah wujud dalam pelbagai adat budaya. Saya percaya idea ini mungkin wujud di kalangan sebahagaian umat islam sebagai kesan langsung akibat daripada salah tafsir konsep Khalifa dalam al-Quran. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. [Quran 2:30] Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Quran 6:165] Sepintas lalu, pembacaan daripada ayat ini membawa kepada kesimpulan bahawa manusia adalah dianggap sebagai makhluk lebih unggul daripada ciptaan-Nya yang lain. Oleh itu, manusia mempunyai hak untuk mengunakan sumber di bumi ini dan haiwan bukanlah seperti manusia dalam pertimbangan mereka. Kita beruntung, ada ulama yang yang memberi perhatian terhadap tafsiran yang kasar. Dua ulama ini, juga merupakan pemimpin dalam bidang etika alam sekitar, termasuklah Dr. Seyyed Hossein Nasr, seorang Profesor Pengajian Islam di Universiti George Washington dan seorang ahli falsafah Islam yang terkemuka. Dr Fazlun Khalid, Pengarah Pengasas Yayasan Islam Sains Ekologi dan Alam Sekitar. Mereka menawarkan tafsiran yang dapat diterima secara meluas dimana ianya terletak dalam kerangka kasih sayang dan belas kasihan. Perkataan arab “Khalifah” seperti yang ditafsirkan oleh Dr Nasir dan Dr Khalid adalah bermaksud sebagai  penjaga, pemegang amanah dan wakil yang bertanggungjawab untuk memelihara keseimbangan dan integrasi di bumi ini. Ulama-ulama ini percaya konsep Khalifa adalah perjanjian utama yang dimateri antar jiwa kita dengan Sang Pencipta secara rela. Inilah yang menjadi pengatur dalam setiap tindakan kita di dunia ini. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. [Quran 33:72] Namun, ia adalah penting untuk menghidupkan konsep Khalifah seperti yang dinyatakan dalam ayat Quran 40:57 iaitu ‘Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia.’ Maksudnya bumi adalah suatu bentuk penciptaan yang lagi hebat dan besar, sementara manusia adalah bentuk penciptaan yang lebih kecil. Dalam hal ini kita manusia harus melaksanakan tangungjawab kita dalam kerangka kemanusiaannya- bukannya lebih tinggi- dengan memberikan tumpuan utama kepada melindungi bumi kita. Menariknya pandangan al-Quran menyatakan bumi dan khazanah di dalamnya adalah untuk digunakan oleh manusia dan haiwan sekalian. “Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain”[55:10] Makanya bertambahlah suatu lagi tangungjawab ke atas manusia untuk menjaga hak haiwan untuk menikmati bumi dan khazanahnya. Saya pilih bumi Bagi saya makanan yang berasaskan tumbuhan adalah suatu cara yang membolehkan saya untuk menghubungkan tuntutan kerohanian dengan melindungi hak haiwan dan alam sekitar. Mungkin ada Muslim yang bersetuju dengan saya. Tentu sahaja ianya tidak semestinya benar kerana bukan semua orang Islam dipengaruhi dengan keimanan mereka. Dan mungkin kita semua tidak bersetuju untuk berhijrah ke diet vegetarian atau vegan, tetapi sekurang-kurangnya kita bersetuju tentang apa jua jalan yang kita pilih, ianya mestilah merangkumi tanggungjawab untuk melindungi khazanah yang paling berharga iaitu planet kita.

]]>

Share your thoughts!

More Articles