Penghargaan kita juga untuk panelis-panelis forum dan moderator-moderator yang akan membincangkan identiti Malaysia dalam konteks filem, dan arah kemajuan filem Malaysia. Produser Nandita Solomon dan pengarah filem Dr. Mahadi J. Murat akan bersidang di forum pagi bersama moderator Dr. Norman Yusoff, dan pembikin-pembikin filem muda Kenneth Raj, Indrani Kopal, dan Jared Lee akan bersidang di forum petang bersama Fikri Jermadi. Jangan lupa pembikin-pembikin filem muda ini yang telah menyumbang karya-karya utama mereka kepada sesi Filpen-Filpen KITA yang akan berlangsung sepanjang hari pada 17 September di Holding Room – Bebbra Mailin, Edmund Yeo, Ridhwan Saidi, dan Shanjhey Kumar Perumal yang berbakat. Akhirnya, Projek Dialog ingin menyebut produser Lina Tan dari Redcomm dan pengarah Shamyl Othman yang bersetuju menayangkan filem Rembat di sesi Tayangan Perdana Pesta Filem KITA. Kita berharap filem ini akan mengakhiri pesta filem ini dengan mesej yang sesuai dan penting, iaitu diversiti dan kepelbagaian di Malaysia sepatutnya mewakili identiti kita, dan juga sepatutnya diraikan. https://www.youtube.com/watch?v=8hH-__Vh_ck Sekali lagi, Projek Dialog ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli komuniti yang telah banyak berjasa untuk menjayakan projek ini.
]]>