Sekumpulan 8 seniman telah menjelajahi Kelantan, bertemu dengan komuniti-komuniti dan tradisi di Kelantan, seperti:
- perkampungan Orang Asli Temiar, untuk melihat upacara penyembuhan Sewang
- wat-wat bersejarah komuniti Thai-Buddha di Tumpat
- ritual penyembuhan Main Puteri di perkampungan Kelantan
- Rumah Sahabat, sebuah rumah perlindungan buat pesakit HIV yang sedang pulih dari ketagihan dadah
- Masjid Kg Laut, masjid tertua di Malaysia
- gereja Katolik, tokong Guanyin, dan satu-satunya kuil Hindu dan Gurdwara Sikh di Kota Bharu
Pameran ini membawa sebuah pengalaman tentang Kelantan di zaman moden, dengan kesan-kesan sejarahnya, dalam sebuah perjalanan menanggapi fahaman dan kepercayaan masyarakat rencam di sana, yang sering dilepas pandang.
Para Seniman:
poodien . Engku Iman . KG Krishnan . Nadia J Mahfix . Alex Lee . Khatijah Rahmat . Wiliam Sim . Yoke Tan .
Kurator:
Ong Jo-Lene . Yana Rizal .
Pameran ini bermula 24 Feb – 16 Mac, di Galeri Reka, Balai Seni Visual Negara. Percuma dan terbuka kepada semua.
Kemasukan adalah terbuka dan percuma kepada semua.
Penerangan Kurator:
- Sabtu, 27 Feb (2pm)
- Sabtu, 12 Mac (2pm)
Majlis Perasmian:
- Sabtu, 5 Mac (2pm). Tayangan dan Forum Dialog Jalanan (4pm)
Sesi bersama Seniman (pemudahcara: Yap Sau Bin):
Jumpa di sana!
]]>