Dijelaskan sekali lagi bahawa:
1. Perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan yang digunakan oleh kira-kira 60% daripada 2.6 juta orang Kristian di Malaysia. Kristian Bumiputera, yang berBahasa Malaysia sebagai bahasa utama yang digunakan untuk beribadah dan berdoa, telah lama menggunakan Alkitab Bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan “Allah” merujuk keapda Tuhan tanpa sebarang kekecohan, halangan atau bantahan.
2. Perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan telah digunakan selama beratus-ratus tahun dalam pelbagai terjemahan dan dari Alkitab (sila rujuk kepada Lembaran Fakta CFM yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013).
3. Hanya di Malaysia penggunaan perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan oleh orang Kristian menjadi isu bagi orang Islam. Kristian di Timur Tengah bebas menggunakan perkataan “Allah”. Tanpa sebarang kekeliruan.
4. Tuduhan yang berulang kali mengatakan penggunaan perkataan “Allah” merupakan sebahagian daripada alat konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam tidak pernah dibuktikan. Tuduhan yang sedemikian diperlihatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tuduhan sedemikan harus dihentikan. Ini adalah bertujuan menyemaikan perasaan ketakutan dan mencetuskan ketegangan antara agama.
CFM menyeru teman-teman kita dari pihak Islam untuk merenung, memahami dan menghargai konteks bagaimana, bila dan mengapa orang Kristian menggunakan perkataan “Allah”. Sudah berabad-abad penggunaan perkataan “Allah” digunakan berlanjutan melalui sejarah kita bersama tanpa sebarang masalah, dan kita telah menikmati keamanan dan keharmonian relatif selama bertahun-tahun ketika penggunaan ini telah berterusan.
Dalam menangani isu penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan, dan isu-isu yang lain berkenaan dengan agama, kita perlu kebenaran, iaitu fakta dan bukti untuk diperiksakan, bukan rayuan kepada sekadar retorik emosi atau asas untuk menghina, atau percakapan komplot dan dakwaan penukaran agama.
CFM bersungguh-sungguh menyeru kepada Kerajaan Malaysia, yang mewakili SEMUA rakyat Malaysia, untuk memastikan, menegakkan dan memelihara kebebasan beragama di Malaysia. Jangan biarkan JAKIM menjadi suara rasmi bagi pihak kerajaan yang telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah kerajaan yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
CFM menyeru semua orang Kristian untuk terus berdoa untuk keamanan dan keadilan. Semoga Allah memberkati dan melindungi negara kita yang tercinta, dan memberikan keamanan kepada semua rakyat Malaysia.
Rev. Dr. Eu Hong Seng,
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,
Persekutuan Kristian Malaysia