Di pertengahan kediaman-kediaman mewah di Kota Damansara, terdapat sebuah kawasan setinggan dimana penghuni-penghuninya hidup dalam kedaifan dan kemiskinan. Mereka diusirkan dari kediaman mereka dan terpaksa tinggal di dalam 4 blok rumah-rumah pangsa ini. Penghuni-penghuni tersebut diabaikan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga oleh pihak Majilis Bandaraya yang sepatutnya menjaga kebajikan mereka.
Pada 21 June 2013, seorang budak yang berumur empat tahun bersandar pada sebuah berandah. Besi berandah tersebut karat dan repuh, ini telah mengakibatkan dia terjatuh dari bangunan 14 tingkat lalu menemui maut.
Ibunya meraung kesedihan memegang tubuh anaknya yang tidak bernyawa dan enggan membiarkan pihak ambulans mengambil mayat tersebut. Baru dua bulan yang lepas, Selangor Times melaporkan bahawa rumah pangsa PPR Kota Damansara di Seksyen Lapan berada dalam keadaan yang teruk. Berandah besi yang karat dan rosak tersebut telah bertahun-tahun tidak diselenggarakan. Semalam berita sedih yang dijankakan tersebut telah berlaku.
“Bilakah pihak kerajaan persekutuan akan memperuntukkan bajet bagi keperluan komuniti yang terpinggir ini. Dalam usaha menlaksanakan pembangunan lestari, adakah kita telah lupa tentang pembangunan yang SAKSAMA.” Kenapa harus terjadinya kematian seperti ini sebelum kita mula tergesa-gesa memberi perhatian?”
]]>