Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pihak berkuasa Malaysia termasuk Ketua Eksekutif MAS juga tidak dapat menafikan kemungkinan kapal terbang tersebut mungkin dirampas. Merujuk sumber berita semasa yang saya perhatikan saban hari, Perdana Menteri Najib Razak ada memberitahu wartawan bahawa perubahan haluan MH370 adalah disengajakan dan menyimpang dari laluan asal yang mungkin dilakukan oleh seseorang dalam penerbangan ada. Sambutan daripada masyarakat Kristian Dalam komuniti masyarakat Kristian, terutama daripada perspektif Gereja Katolik, Paus Fransiskus menyampaikan rasa prihatin beliau dan menyeru untuk berdoa sejurus tengahari ketika sesi Angelus 16 Mac yang lalu bersama ribuan penziarah Katolik serata dunia di Dataran Santo Petrus di Vatikan dan memberikan mereka tanda pemberkatan. “Saya mengajak anda semua berdoa bagi keselamatan para penumpang dan anak kapal pesawat MAS dan keluarga mereka. Pada masa sukar ini, kita sentiasa berada dekat dengan mereka dalam doa.” Demikianlah kata-kata beliau semasa menutup sesi Angelus. Paus Francis menyuarakan kata-kata pengharapan ini tatkala pada saat kebimbangan besar melanda negara yang majoritinya beragama Islam dengan 29 juta penduduk, manakala populasi Kristiannya adalah 9.2 peratus di mana Takhta Suci (Holy See) mempunyai hubungan baik dengan Malaysia sejak mencapai penubuhannya pada tahun 1963. Takhta Suci menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada bulan Julai, 2011. Selain itu, saya juga ada menghadiri upacara Misa Kudus di Gereja Nativity of Blessed Virgin Mary di Bukit Mertajam pada Ahad 16 Mac 2014. Sebelum upacara misa bermula, doa khas ‘novena’ diadakan selama 30 minit bagi pesawat MH370. Dalam novena tersebut, banyak perkara doa didoakan seperti keselamatan penumpang, kebijaksanaan pemimpin negara, usaha mencari dipermudahkan, keselamatan anggota petugas mencari dan keluarga mangsa penumpang. Doa dan harapan Bagi saya, peristiwa ini berjaya menyatu padukan masyarakat dunia melalui pelbagai cara. Kommuniti pelbagai agama, aktivis, masyarakat antarabangsa dan tempatan tampil mengadakan pelbagai bagi menyatakan harapan mereka agar MH370 ditemukan kembali. Aktiviti seperti mengumpul tandatangan, doa beramai-ramai, dan sebagainya diadakan bagi memupuk solidariti terhadap pesawat MH370. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah juga tampil mengetuai doa antara agama di KLIA pada 9 Mac lalu. Diikuti 21 Mac kemudian, kommuniti Muslim mengadakan solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala kommuniti Buddha di negara ini dijangka menyertai upacara sembahyang secara besar-besaran Ahad ini untuk mendoakan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas berjalan lancar di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad 6 April. Bagi saya, dalam saat-saat negara ditimpa tragedi yang sukar seperti kehilangan MH370 ini doa merupakan senjata yang penting bagi orang-orang yang percaya. Disini, saya lihat secanggih mana pun peralatan dan kelengkapan adalah tidak lengkap jika tidak disertakan doa. Doa bukan juga sekadar terapi minda sebagaimana disampaikan oleh saintis tetapi doa memacu hubungan peribadi sesorang kepada Sang Penciptanya bahawa dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak mampu hidup tanpa petunjuknya. Manusia tidak akan faham bila musibah dan derita melanda mereka namun Tuhan sebenarnya bukan kalah dan bisu terhadap makhluk ciptaaanNya tetapi Dia ingin melihat bagaimana kita sebagai manusia sejagat mengendali isu kemanusiaan ini secara bersama acapkali setiap negara masing-masing alpa akan banyak isu-isu yang meruncing seperti kemiskinan, pemanasan global dan sebagainya. Bagi saya, ia merupakan satu “wake up call” bagi manusia sejagat agar terus berusaha untuk meringankan beban antara satu sama lain dan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling. Akhir kalam, walaupun misi mencari mencari masih giat dijalankan doa wajarlah tidak diberhentikan sehinggalah pesawat itu dijumpai. Saya yakin seiring dengan usaha mencari dan pelbagai acara umum bagi solidariti bersama keluarga mangsa pesawat MH370, doa berupaya untuk mengubah segala sesuatu. Yakin dan tawakal kita berharap akan ada hikmah dan pengakhiran dalam tragedi ini dimasa mendatang. Doaku dan doa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia adalah harapan dan sirna agar diketemukan pesawat MH370 akan berterusan.
]]>