Projek Dialog

Isu menghina agama

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Uthaya Sankar SB selaku pemilik tunggal “Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya” pada 18 Julai 2013 di Shah Alam, Selangor. Isu hina agama: Ingat pesan Rasulullah Tahniah kepada pihak berkuasa yang bertindak segera, tangkas dan cekap dalam menangani isu sepasang individu yang didapati menghina agama Islam dan kesucian Ramadan, baru-baru ini. Kejayaan ini membuktikan bahawa pihak berkuasa dan pemerintah sebenarnya dan sesungguhnya mampu bertindak segera dan pantas dalam hal-hal yang melibatkan sensitiviti dan kaum di negara ini. Tahniah sekali lagi. Walau bagaimanapun, sebagai seorang warganegara yang mencintai negara ini, saya merasakan bahawa tindakan pihak berkuasa dan pemerintah adalah bersifat berat sebelah dan secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam. Akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos 2010) pernah melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata: “Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sekarang mengamalkan toleransi sifar terhadap sifat perkauman dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit jika terbukti mereka melakukan perbuatan dan menyatakan ungkapan yang bersifat rasis.” Terjemahan kata-kata beliau daripada laporan di akhbar The Star (28 Ogos 2010): “Pendirian kita adalah untuk tidak bertolak ansur terhadap kenyataan berbaur perkauman oleh sesiapa. Tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit. Perpaduan amat penting dalam pembinaan bangsa.” Dalam hal ini, saya (dan pasti sahaja ramai lagi Rakyat) tertanya-tanya mengenai kes Zulkifli Noordin yang terbukti sekurang-kurangnya dua kali membuat kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu. Aneh sekali apabila Zulkifli diumumkan pula oleh presiden Barisan Nasional (BN) pada 16 April 2013 sebagai “rakan BN” untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Mujurlah Rakyat/pengundi berjaya “menghukum” Zulkifli walaupun pihak berkuasa dan BN/kerajaan “tidak mampu” berbuat apa-apa sehingga kini. Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali pula sudah diketahui umum sering melukakan hati orang Bukan Melayu dan Bukan Islam melalui mulut celuparnya. Selain “sengaja” memberikan sampul angpau warna putih semasa Tahun Baru Cina, individu ultra kiasu itu juga dilaporkan pernah menghasut orang Melayu membakar kitab Bible di Pulau Pinang pada Januari 2013. Anehnya, BN “merestui” lelaki itu bertanding dalam PRU-13 sebagai calon bebas sementara calon BN pula menarik diri untu memberikan laluan lebih mudah kepada Ibrahim. Calon BN bagi DUN Sungai Rapat dalam PRU-13, Hamidah Othman pernah menyarankan orang ramai “memukul orang India dahulu sebelum memukul ular”. Ahmad Nawawi M Zin, calon BN bagi DUN Batu Tiga dalam PRU-13 paling dikenali atas “ketokohan” terlibat dalam insiden memijak kepala lembu dan menghina agama Hindu pada 28 Ogos 2009. Masyarakat juga tidak lupa akan kes Ridhuan Tee Abdullah yang menghina agama Hindu dan penganut agama Hindu menerusi sebuah rencana di akhbar Sinar Harian (18 Februari 2013). Lelaki rasis, ultra kiasu dan fanatik itu masih bebas menyampaikan “dakwah negatif” walaupun pelbagai pendedahan tentang diri dan kelayakan akademiknya sudah didedahkan. “Dakwah negatif” yang saya maksudkan adalah tindakan memberikan gambaran negatif tentang Islam; khususnya kepada golongan Bukan Islam. Agak menarik untuk diperhatikan bahawa dalam kesemua kes di atas, individu Melayu, Islam dan pro-BN/UMNO tidak dikenakan sebarang tindakan. Ridhuan Tee sebenarnya Cina tetapi dia ternyata menganggap dirinya “lebih Melayu daripada orang Melayu”. Ternyata pihak berkuasa dan pemerintah yang cekap, pantas dan segera bertindak terhadap individu Bukan Melayu dan Bukan Islam tidak mampu bertindak terhadap individu Melayu dan Islam yang menghina kaum Bukan Melayu dan agama Bukan Islam. Satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad (s.a.w.) dan seperti diriwayatkan Abu Daud, baginda pernah bersabda: “Berwaspada! Barang siapa yang menzalimi dan mengasari kelompok minoriti Bukan Islam, menyekat hak mereka, membebankan mereka dengan lebih daripada apa yang mampu mereka tanggung, atau merampas apa sahaja daripada mereka tanpa izin; maka aku akan mengadu terhadap orang itu pada Hari Pembalasan.” Tidak keterlaluan untuk disimpulkan bahawa pihak berkuasa dan pemerintah (BN) termasuk dalam kelompok yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Maka, tidak menghairankan jika semakin ramai membenci kelompok yang turut dibenci Nabi Muhammad. Berikutan penyiaran kenyataan ini, saya tidak menolak kemungkinan puak tertentu melabel saya sebagai “anti-Melayu” dan “anti-Islam”. Walau bagaimanapun, seperti kata Mahatma Gandhi, “Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran.” Semoga bulan Ramadan yang mulia ini memberikan petunjuk dan hidayah kepada pihak terbabit supaya tidak terus termasuk dan kekal dalam kelompok yang bakal diadu oleh Rasulullah pada Hari Pembalasan.  

]]>

Memorandum mengenai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA)

Harga ubat-ubatan Organisasi-organisasi kesihatan bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga dari sekitar Asia Pasifik dan kawasan-kawasan lain telah memberi amaran tentang beberapa tindakan berkenaan harta intelektual (IP) yang dicadangkan di dalam TPPA. Ia bertujuan untuk memastikan keuntungan yang besar bagi syarikat-syarikat multinasional, walhal menyebabkan harga menjadi lebih mahal untuk rakyat biasa mendapatkan kepubat-ubatan dan sumber-sumber pendidikan yang berharga berpatutan. Di dalam sebuah negara dimana ubat-ubatan generik yang disyorkan oleh pakar-pakar farmasi meliputi 84.7% daripada permintaan preskripsi, tindakan tersebut akan menghalang – jika tidak melambatkan – kemasukan ubat-ubatan generik ke dalam pasaran. Hal ini bermakna perbezaan diantara kehidupan yang sihat dan sempurna serta kehidupan yang seksa dan sakit bagi sesetengah orang, adalah sesuatu perbezaan diantara hidup dan mati bagi yang lain. Hak sumber ilmu Tindakan-tindakan yang dicadangkan dalam bab harta intelek TPPA juga akan menimbulkan beberapa risiko bahaya: dari menyekatkan “salinan penampan” (“buffer copies”) kecil yang dihasilkan oleh komputer-komputer semasa proses memindahkan data maklumat, malah juga menghalang pengunaan sah bagi sumber digital yang ‘dilindungi’ dan menghadkan akses awam kepada pendidikan, penyelidikan dan pengetahuan budaya yang di-digitalkan, hinggakan ke jenayah pelanggaran hak cipta kecil-kecilan. Orang awam masih belum mendapat jaminan kepastian bahawa TPPA akan melibatkan had-had dan pengecualian bagi harta intelek yang diperlukan bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan pemilik hak cipta. Dalam erti kata lain, cadangan-cadangan yang dikemukakan pada masa ini tidak mencerminkan keseimbangan yang sering dilaung oleh penyokong hak-hak harta intelek – antara melindungi sumber-sumber IP dan sebagai ganjaran kreativiti dan inovasi bagi pemilik-pemilik harta intelek, secara umumnya, dan memastikan masyarakat dapat mengakses pengetahuan dan maklumat tersebut berdasarkan faedah dan kegunaannya. ISDS: ‘Altenatif kepada perundangan dan sistem penghakiman nasional’  Peruntukan Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negeri atau ‘Investor-State Dispute Settlement (ISDS) provisions’ yang dicadangkan untuk TPPA membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia – walaupun tindakan itu adalah satu keputusan undang-undang, peraturan atau mahkamah yang dilakukan demi kepentingan awam seperti kesihatan atau isu-isu alam sekitar – denagan alasan bahawa tindakan sedemikian telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka. Cabaran undang-undang tersebut adalah dibuat di tribunal timbangtara antarabangsa, sekali gus membolehkan kepentingan asing memintas sistem perundangan dan kehakiman domestik bagi negara-negara yang telah mereka melabur masuk. Pada hakikatnya, peruntukan ISDS seperti yang terkandung dalam cadangan untuk bab pelaburan TPPA berkesan memberi kuasa kepada syarikat-syarikat asing untuk mengabaikan dan mengatasi sistem kehakiman, undang-undang dan parlimen tempatan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan pembahagian kuasa bagi persekutuan-negeri yang unik dan bersejarah dimana ia telah berkembang di Malaysia sejak beberapa dekad lalu. Keputusan yang dibuat di tribunal timbangtara antarabangsa berfungsi di bawah sistem ISDS telah, pada hakikatnya, menyaksikan para pelabur asing diberikan hak yang lebih besar daripada yang diberikan kepada syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur tempatan di bawah perlembagaan negara, undang-undang dan sistem mahkamah negara-negara TPPA. Hak dan tenaga buruh Peruntukan yang dicadangkan dalam TPPA boleh melarang kerajaan-kerajaan daripada membuat undang-undang baru bagi memberi perlindungan yang lebih besar kepada pekerja-pekerja di Malaysia berbanding dengan peruntukan sedia ada. Ia berlaku melalui larangan kepada kerajaan Malaysia daripada mewajibkan latihan dan pengambilan pekerjaan bagi rakyat Malaysia di dalam syarikat korporat asing. TPPA boleh menghalang kerajaan Malaysia dari mengukuhkan undang-undang buruh, seperti menginstitusikan atau meningkatkan gaji minimum atau memperkenalkan undang-undang baru bagi pekerja-pekerja seperti peraturan kesihatan dan keselamatan baru atau bersalin atau faedah dan kelayakan yang lain. Alam sekitar  Tuntutan-tuntutan sedang dibuat ke atas negara-negara TPPA untuk bersetuju dengan keseragaman struktur dan set prosedur bagi pembuatan- keputusan dan dasar secara domestik yang memihak kepada dasar pasaran bebas, “kurang membebankan” dan kawalan kendiri bagi industri. TPPA juga menggalakkan lebih banyak aktiviti pembalakkan, pembersihan hutan dan perlombongan dengan menghapuskan cukai eksport dan melarang syarat-syarat yang mewajibkan syarikat korporat asing untuk ‘menambah nilai’ kepada sumber-sumber mentah dengan menghasilkan produk-produk daripada sumber-sumber tersebut di dalam Malaysia. Bukan sahaja ini akan mengakibatkan lebih banyak kemusnahan alam sekitar, malah insentif dan sokongan bagi industri tempatan dan domestik juga akan berkurangan. Kesimpulan Di samping isu-isu yang dinyatakan atas, terdapat banyak hal-hal lain yang dicadangkan dalam TPPA yang menjelaskan siapa pihak-pihak yang bakal mengaut keuntungan jika perjanjian tersebut ditandatangani oleh 12 negara-negara TPPA, dimana mereka dijadualkan bertemu di pusingan ke-18 rundingan perdagangan di Sabah, Malaysia. Bab-bab berkenaan peraturan-peraturan mengenai kesepaduan dan ketelusan, misalnya, akan mengekangkan kuasa kerajaan daripada membuat keputusan dan peraturan dengan mengenakan kekangan yang bersepadu terhadap hak membuat keputusan berkenaan dasar dan undang-undang. Pada masa yang sama, ia memaksa kerajaan menunduk kepada tuntutan pihak pelabur korporat asing dan negera. Secara rumusan, tanggungjawab yang diletakkan di bawah TPPA ini adalah bermatlamat untuk memastikan syarikat korporat asing boleh mengaut keuntungan yang dijanjikan dengan pembukaan rasmi akses  pasaran, dan – sementara mengenakan peraturan-peraturan ke atas kerajaan-kerajaan seperti Malaysia – ia bebas daripada apa-apa tanggungjawab sosial, ekonomi mahupun hak-hak asasi manusia kepada negara-negara yang  mereka beroperasi. Tetapi apa yang benar-benar keterlaluan adalah hakikat bahawa walaupun betapa dalam dan besarnya potensi impak TPPA terhadap 29 juta rakyat Malaysia dan masa depan mereka, rundingan TPPA dan teks yang dirundingkan masih dijalankan secara tertutup. Bahkan mereka takuti orang ramai akan berkumpul dan membantah rundingan seperti ini untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap TPPA, maka kerajaan mengadakan pusingan rundingan ini jauh nun di Kota Kinabalu, Sabah! Perkara ini – dan pelbagai isu yang disebut dalam memorandum tersebut – menjadikan ia jelas bahawa kerajaan-kerajaan dibawah rundingan TPPA seperti Malaysia tidak pernah mahu – dan tidak akan mahu – memaklumkan rakyat Malaysia berkenaan TPPA dan tidak mengendah lansung akan perasaan rakyat Malaysia terhadap isu TPPA. Kepada kerajaan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat: kami menyeru kepada anda untuk berhenti menyalahgunakan kebebasan anda dengan merampas kebebasan dan hak-hak orang lain di bumi ini. Kepada Kerajaan Malaysia, kami menuntut supaya ia menggantungkan penglibatannya di dalam perjanjian TPPA, sehingga:

  • Menghentikan semua perundingan sehingga cadangan dan kedudukan Malaysia terhadap kesemua bab-bab di dalam cadangan teks perundingan TPPA dibentangkan kepada rakyat dan parlimen.
  • Kesemua teks, kedudukan dan maklumat yang dirundingi mestilah dibentangkan dan dibahaskan di dalam parlimen. Ia bukan satu perjanjian perdagangan yang hanya diputuskan oleh kabinet. Hal ini akan memberi kesan terhadap semua lapisan masyarakat Malaysia.
  • Menjalankan Analisis Kos dan Faedah TPPA yang lengkap kepada rakyat Malaysia, dan menyiarkan hasil penemuan tersebut kepada rakyat jelata.
  • Menjelaskan bagaimana hak-hak rakyat Malaysia untuk kesihatan, makanan dan kehidupan akan dilindungi dibawah TPPA.
Ditandatangani oleh: Malaysian Treatment Access and Advocacy Group Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) PT Foundation JKOASM- Jaringan Orang Asli Semananjung Malaysia Jaringan Rakyat Tertindas Gindol Initiative for Civil Society Borneo Malaysia Trade Union Congress (MTUC) UK-based Borneo Rights International ( BRI) National Union of Bank Employees Saya Anak Bangsa Malaysia Parti Sosialis Malaysia Malaysia Youth & Student Democratic Movement(DEMA) Pemuda Sosialis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) Mahasiswa KEADILAN Malaysia Independant Student Front(INSTUF) Parti Rakyat Malaysia Community Development Centre Majlis Tindakan Ekonomi Melayu MTEM ALIRAN Malaysian Aids Council (MAC) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture) Persatuan Sahabat Wanita Selangor Center for Orang Asli Concerns Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan komuniti (KOMUNITI) Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) Persatuan Ulamak Malaysia cawangan P.Pinang (PUMPP) Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung (JARING) Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizens Badan Bertindak Petani Bantah TPPA Pertubuhan Kebajikan Sosial dan Kesihatin Prihatin Malaysia (PRIHATIN) National Indian Rights Action Team (NIAT) Islamic Renaisance Front Projek Dialog Monitoring Sustainability of Globalization (MSN) myPLUS 2 Persatuan Sahabat HIV Malaysia Malaysian Positive Network Pertubuhan Kebajikan & Kesihatan Awam Community Action Network Dignity International ]]>

Kisah puasa

Sami Buddha tidak makan selepas tengah hari. Sami Buddha tidak makan selepas tengah hari.[/caption] Maka, saya memilih untuk memperkatakan mengenai amalan berpuasa dalam konteks di luar tuntutan agama Islam. Perkara pertama yang muncul dalam fikiran adalah kejadian sewaktu kontroversi novel Interlok: Edisi Murid (2010) masih hangat diperkatakan. Pada Mei 2011, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (National Interlok Action Team; NIAT) mengadakan sidang media bagi kali yang entah keberapa puluh dan mengumumkan akan mengadakan mogok lapar (berpuasa) sebagai langkah mendesak kerajaan “menghapuskan dan memansuhkan” novel Interlok: Edisi Murid (2010) dan Interlok (1970) edisi asal. “Kita [sic] sanggup lakukan mogok lapar. Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar. Tidak makan berhari-hari. Kita akan berjuang habis-habisan sehingga kerajaan menghapuskan novel Interlok ini,” kata pengerusi NIAT (The Malaysian Insider, 28 Mei 2011) Sebaik mendapat tahu mengenai cadangan itu, saya hanya mampu menampar dahi dan menggeleng-geleng. Pengerusi NIAT adalah seorang individu beragama Islam. Apa yang saya tahu sejak zaman kanak-kanak adalah bahawa seseorang yang beragama Islam melafazkan niat “sahaja aku berpuasa kerana Allah” dan bukan bagi apa-apa tujuan lain. Maka, niat NIAT agak merunsingkan saya kerana boleh mengundang pelbagai kontroversi yang tidak diingini. Mujurlah NIAT kemudian membatalkan niat mengadakan mogok lapar (berpuasa) selepas berita mengenai cadangan itu sudah tersiar di pelbagai media; khususnya akhbar Tamil. [caption id="attachment_2210" align="alignleft" width="300"]Waythamoorthy pernah berpuasa sebelum menjadi “anak emas” Najib. Waythamoorthy pernah berpuasa sebelum menjadi “anak emas” Najib.[/caption] Pada April 2013, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf), P. Waythamoorthy mengadakan mogok lapar (berpuasa) sehingga akhirnya berjaya menjadi “anak emas” pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak. Kisah menarik itu sudah sedia diketahui umum. Seorang lagi individu bernama Shanjay juga dilaporkan mengadakan mogok lapar di Padang Cheti, Klang pada sekitar masa yang sama. Khabarnya niat “berpuasa hingga mati” itu juga dibatalkan selepas dipujuk oleh beberapa politikus dari Pakatan Rakyat (PR). Mogok lapar atau tindakan nekad “berpuasa hingga mati” seperti dilakukan oleh “Wira-wira Hindraf” ini bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya India. Pasti semua orang – termasuk puak etnosentrik yang menjadi katak di bawah tempurung – tahu mengenai Mohandas K. Gandhi (Mahatma Gandhi) yang banyak kali mengadakan mogok lapar sebagai sebahagian daripada siri protes politik dan protes sosial menentang British. Mogok lapar seperti itu yang dianggap berciri ahimsa (tanpa kekerasan) turut bertujuan membawa kesedaran kepada pihak tertentu mengenai isu yang menjadi punca “puasa hingga mati” itu diadakan. Mogok lapar yang dibuat oleh Waythamoorthy dan Shanjay – serta hampir sahaja dilakukan oleh pengerusi NIAT – mengingatkan saya kepada konsep santhara dalam amalan agama Jain. Dalam amalan itu, seseorang yang memilih untuk “berpuasa hingga mati” tidak akan akur pada pujuk-rayu atau janji-janji daripada pemimpin BN atau PR (misalnya). Mengikut ajaran Jain, orang yang meninggal dunia berikutan amalan santhara tidak boleh dikira sebagai membunuh diri; sebaliknya berjaya menghapuskan karma negatif pada kehidupan ini. Dalam agama Islam pula, boleh dikategorikan sebagai salah satu dosa besar. Seorang aktivis keturunan Mexico di Amerika Syarikat, Cesar Chavez dilaporkan mengadakan mogok lapar berciri ahimsa selama 25 hari pada tahun 1968. Ketua kesatuan pekerja dan petani itu juga menggalakkan para pengikutnya berpuasa sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan. Para penganut agama Kristian – serta penganut agama Islam – tentu sedia maklum akan insiden Jesus (Nabi Isa) berpuasa selama 40 hari, 40 malam semasa berada di padang pasir; sementara Syaitan pula dilaporkan cuba mempengaruhi Jesus supaya menggunakan mukjizat untuk menukar batu-batan menjadi roti dan memakannya. Ada juga agama melarang berpuasa Penganut agama Kristian turut mengamalkan puasa mengikut mazhab masing-masing. Malah, ada juga mazhab tertentu yang tidak menggalakkan penganutnya berpuasa atas alasan tersendiri. Penelitian terhadap Roman Katolik, Anglikan, Protestan dan sebagainya boleh membantu pemahaman orang ramai terhadap hal ini. [caption id="attachment_2211" align="alignleft" width="300"]Kitab Guru Granth Sahib menegah amalan berpuasa. Kitab Guru Granth Sahib menegah amalan berpuasa.[/caption] Agama Sikh dikatakan ada banyak persamaan dengan agama Islam. Malah, istilah “Allah” digunakan dalam kitab suci Guru Granth Sahib untuk merujuk kepada Tuhan. Mungkin puak tertentu yang (sengaja) menimbulkan kekecohan berhubung penggunaan istilah “Allah” oleh orang Bukan Islam (Tidak Islam) terlepas pandang akan hakikat ini. Berbalik kepada soal berpuasa, agak menarik untuk diperhatikan bahawa agama Sikh tidak menggalakkan penganutnya berpuasa; kecuali bagi tujuan perubatan dan kesihatan. (Harap maklum: Dibenarkan berpuasa bagi tujuan perubatan dan kesihatan; bukannya dibenarkan tidak berpuasa atas alasan perubatan dan kesihatan seperti yang kadang-kadang kita temui dalam kalangan rakan-rakan beragama Islam.) Kesemua lima Guru dalam agama Sikh tidak menggalakkan pengikut agama itu berpuasa kerana amalan berkenaan dikatakan tidak membawa apa-apa manfaat dari segi kerohanian. Malah, kitab Guru Granth Sahib menegaskan bahawa orang Sikh yang berpuasa “mendapat manfaat kurang daripada satu cangkerang” (are rewarded with less than a shell) kerana seseorang yang tidak makan (berpuasa) dianggap menyeksa diri. Suatu perkara yang mungkin tidak diketahui umum adalah bahawa Guru Granth Sahib juga secara khusus menyatakan bahawa penganut agama Sikh tidak perlu berpuasa, khususnya pada bulan Ramadan. Bagi sesiapa yang membaca kisah Siddharta Gautama Buddha pasti tahu bahawa putera itu pada asalnya beragama Hindu. Maka, dalam usahanya “menemui Tuhan”, Siddharta berpuasa dan hanya makan sedikit makanan selama bertahun-tahun dia melakukan pertapaan. Malangnya, putera itu gagal mencapai moksha dan nirvana yang diinginkannya. Hanya selepas itu Siddharta mencapai budhi dan mengasaskan ajaran agama Buddha. Sejak itu, Siddharta Gautama Buddha mengajar para pengikutnya supaya makan secara sederhana (moderate) dan bukannya berpuasa (tidak makan langsung). Kalau kita berpeluang bertemu sami-sami Buddha, ramai yang akan menceritakan bahawa mereka lazimnya tidak makan selepas waktu tengah hari. Amalan itu tidak dianggap sebagai “berpuasa” (tidak makan) tetapi sebagai disiplin diri berdasarkan ajaran “makan secara sederhana” yang ditekankan oleh Siddharta Gautama Buddha. [caption id="attachment_2212" align="alignleft" width="300"]Penganut Baha’i berpuasa pada bulan ke-19. Penganut Baha’i berpuasa pada bulan ke-19.[/caption] Di Malaysia, ramai juga penganut Baha’i walaupun mereka mungkin disangka orang Hindu. Pada bulan Ala (sekitar Mac) mengikut kalendar Baha’i, para pengikut berpuasa dari waktu matahari terbit hingga matahari terbenam berdasarkan panduan lengkap yang terkandung dalam Kitab-i-Aqdas. Sebagaimana konsep “puasa” dalam Islam, penganut Baha’i juga tidak makan, minum atau merokok sepanjang tempoh berpuasa. Individu berumur bawah 15 tahun dan lebih 70 tahun dikecualikan daripada syarat perlu berpuasa. Wanita mengandung, ibu yang menyusukan bayi, pesakit kronik dan wanita yang datang haid juga diberikan pengecualian. Bagi golongan buruh yang terpaksa bekerja menggunakan tenaga yang banyak, mereka dibenarkan tidak berpuasa tetapi diminta tidak makan di hadapan orang ramai. Malah, jumlah makanan yang dijamah perlukan kurang berbanding hari biasa. Semoga catatan serba ringkas ini membuka mata dan minda kita untuk menyedari hakikat bahawa “berpuasa” bukan amalan atau tuntutan dalam agama Islam sahaja. Sebaliknya masyarakat pelbagai kaum dan agama turut mengamalkannya mengikut cara tersendiri – tanpa “heboh” dan “bikin kecoh”.

]]>

Perpaduan menerusi baca cerpen

Interaksi penting bagi memupuk perpaduan. Interaksi penting bagi memupuk perpaduan.[/caption] Dari semasa ke semasa, Kavyan mendapat bantuan dana daripada DBP. Sumbangan bahan bacaan pula sering dihulurkan oleh PNM, Kumpulan Media Karangkraf dan Gemilang Publishing. Sokongan moral dan sumbangan tenaga diperoleh daripada pelbagai pihak yang sudah maklum akan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan sejak 1999. Ramai yang membayangkan Kavyan sebagai sebuah organisasi besar dengan sumber kewangan yang lumayan. Andaian ini berdasarkan keaktifan kumpulan ini merancang, mengendalikan dan menjayakan pelbagai acara yang melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di hampir seluruh negara. Sebenarnya, Kavyan bergerak tanpa dana yang besar. Kekuatan utama entiti ini adalah penglibatan sekumpulan penulis dan peminat sastera pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Pasti sahaja tiada sebarang pulangan – atau habuan – material dan kewangan. Dalam perkembangan terbaru, berlangsung “Lawatan Penulisan Kavyan” ke Ipoh, Taiping dan Permatang Pauh. Penyelaras projek, Kughan Nadarajah berjaya melaksanakan acara itu dengan kos yang paling minimum. [caption id="attachment_2190" align="alignleft" width="300"]Aktiviti Kavyan secara sederhana tetapi berkesan. Aktiviti Kavyan secara sederhana tetapi berkesan.[/caption] Program itu yang berlangsung pada 29-30 Jun 2013 turut diisi dengan acara persembahan cerpen di Restoran Nachi’s Indian Cuisine, Ipoh; taman permainan di Taman Tasik Taiping; dan Zammaz Nur Villa Homestay, Permatang Pauh. Sokongan padu pelbagai pihak Selain daripada melawat Kampung Kacang Puteh di Buntong, menikmati suasana nyaman di Taman Tasik Taiping dan turun ke sawah yang menghijau di Permatang Pauh, peserta turut mengambil bahagian dalam bengkel penulisan dan bengkel membaca cerpen. Seperti biasa, suasana harmoni dan persaudaraan begitu nyata dalam kalangan para peserta pelbagai kaum dan agama. Berlaku juga dialog secara santai berkaitan bahasa, sastera, budaya, agama dan pelbagai topik lain yang mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibincangkan dalam persatuan penulis lain. Bagi meneruskan kempen galakan membaca, majalah-majalah sumbangan Kumpulan Media Karangkraf diberikan sebagai cenderamata kepada penonton yang hadir menyaksikan acara “Baca Cerpen Kavyan” di ketiga-tiga lokasi. Acara ini juga boleh dianggap sebagai kesinambungan kepada “Baca Cerpen Kavyan” yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September 2003 di Galeri Shah Alam. Malah, acara baca cerpen dan baca novel yang dipelopori oleh Kavyan sudah menjadi acara bulanan dalam skala kecil dan sederhana. Memandangkan Kavyan tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik – serta tidak mengharapkan sumbangan dana daripada mana-mana politikus yang berkepentingan – maka segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan secara bebas tanpa perlu terikat pada “restu” politikus. Mungkin inilah kelebihan Kavyan berbanding beberapa pihak lain. [caption id="attachment_2191" align="alignleft" width="300"]Acara “baca cerpen” sudah sinonim dengan Kavyan. Acara “baca cerpen” sudah sinonim dengan Kavyan.[/caption] Selepas kejayaan “Lawatan Penulisan Kavyan”, aktiviti bulanan yang dirancang adalah “Jerayawara Kavyan” (Kavyan’s Roadshow) di mana wakil kumpulan ini akan membuat persembahan cerpen dan puisi di tempat-tempat awam. Dua lokasi yang menjadi pilihan awal bagi jerayawara adalah Dataran Shah Alam di Persiaran Sultan, Shah Alam dan Porta de Santiago iaitu tinggalan Kota A Famosa di Melaka. Tempat-tempat lain akan dipilih mengikut cadangan dan permintaan. Seperti biasa, Kavyan memastikan bahawa keseluruhan acara dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan karya-karya yang dipersembahkan semasa jerayawara adalah Sastera Kavyan, iaitu cerpen/puisi Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh penulis kaum India. Perlu dinyatakan bahawa idea bagi “Jerayawara Kavyan” dicetuskan oleh Shahrulnizam Abd Hamid yang menyelaraskan sesi persembahan cerpen semasa “Lawatan Penulisan Kavyan”. Usaha yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda menerusi “Buku Jalanan” di seluruh negara juga menjadi perangsang. Seterusnya, pada 1 September 2013 akan berlangsung acara “Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian” di Galeri Shah Alam sebagai mengimbas kenangan kejayaan acara yang diadakan sepuluh tahun dahulu. Pasti sahaja tidak akan ada rekod 384 cerpen dibacakan oleh 166 peserta pelbagai kaum dalam masa 96 jam 32 minit. Sebaliknya acara pada kali ini bertujuan meneruskan usaha memasyarakatkan sastera, mendaulatkan Bahasa Malaysia dan memupuk minat membaca secara berterusan dalam kalangan masyarakat. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang Penasihat Agung Kavyan sudah mengesahkan penyertaan. Orang ramai boleh melayari www.kavyan.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat “Baca Cerpen Kavyan” dan pelbagai acara lain yang dianjurkan bagi memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman menerusi aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.  

]]>

MCCBCHST: Perlihara kesetaraan hak ibu bapa dalam isu penukaran agama kanak-kanak

RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIDAK MENGIKTIRAF PERTUKARAN AGAMA ANAK OLEH HANYA SALAH SEORANG IBU ATAU BAPA  Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu,Sikh dan Taois (MCCBCHST) membantah sebulat suara akan berberapa perkara yang berkaitan dengan RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada sesi bacaan pertama pada 26 Jun 2013. Ini kerana ia akan menjejaskan hak asasi manusia rakyat bukan Islam. Rang undang-undang tersebut bukan sahaja menyamar sebagai undang-undang Islam, bahkan ia cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan secara satu hala dengan menterjemahkan perkataan “ibu bapa” di dalam perlembagaan tersebut kepada “ibu atau bapa”. Pengislaman seorang kanak-kanakoleh hanya salah satu ibu atau bapanya yang telah memasuki Islam akan mengakibatkan ketidakadilan yang serius terhadap ibu bapayang bukan Islam dan  anak-anak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut  – Seksyen 107 (b): “”jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama lslam olehnya”. Peruntukan ini tidak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan negara kita dan akan membawa kepada ketidakadilan sosial. Kami berpendirian bahawa Kabinet Persekutuan harus bertanggungjawab terhadap percanggahan ini. Walhal Kabinet pernah memutuskan pada perbincangan 2314/2009 bahawa salah seorang ibu atau bapa tidak berhak untuk menukarkan agama anak yang dibawah umur dalam perkahwinan tersebut. Namun begitu, Kabinet telah bercanggah dengan keputusan ini dan memutuskan dalam perbincangan D. R. 1/2013 bahawa pertukaran agama seorang kanak-kanak oleh hanya seorang ibu bapa adalah sesuai untuk diperkuatkuasakan. Hal ini menunjukkan bahawa kabinet langsung tidak telus akan janji dan tindakannya dalam menangani isu ini. MCCBCHST bersepakat membantah mana-mana penukaran agama anak secara satu hala oleh hanya salah seorang ibu atau bapa, kerana ia akan menjejaskan hak dan kehidupan rakyat bukan Islam. Bahkan, pengIslaman secara satu hala tersebut tidak bermoral mahupun berakhlak. Kami ingin bertanya kepada anggota-anggota Kabinet, apakah perasaan anda jika anak-anak anda dipaksa menukarkan agama tanpa persetujuan anda? Seperti bak kata pepatah, “Alang berjawab, tepuk berbalas.” Kami ingin menegaskan bahawa jika perkataan “Ibu bapa” di dalam artikel 12(4) di-tafsirkan sebagai “salah seorangibu atau bapa”, maka ia akan bercanggah dengan intipati persuratan perkara4 dalam Perlembagaan Persekutuan – yang juga merupakan perundangan tertinggi di negara ini. Malah, jika penafsiran tersebut digunakan dalam perbicaraan perundangan, maka tiada lagi jalan lain yang dapat dilakukan oleh ibu atau bapa yang bukan Islam tersebut bagi mengembalikan anaknya ke agama yang dianuti sebelum agamanya ditukarkan. Kesan daripada penafsiran ini tidak masuk akal kerana ia tidak berlandaskan intipati pengislaman yang sebenar dan sebaliknya hanyalah bersifat cetek . Berdasarkan kes SUBASHINI (2008), keputusan kes tersebut ternyata kelihatan seperti setengah masak kerana sebab-sebab berikut:- I)                 Mahkamah tidak memohon Fasal Tafsiran Berkanun Artikel 160(1) (jadual kesebelas) dimana “perkataan yang berasal daripada jantina maskulin juga membawa maksud perempuan” dan “perkataan yang bersifat singular juga membawa maksud plural, dan perkataan yang bersifat plural juga membawa maksud tunggal”. II)               Akta Penjagaan Kanak Kanak1961 menyatakan bahawa ia menjamin kesamarataan hak penjagaan ibubapa. III)             Jika hanya salah seorang“ibu atau bapa” memilih untuk menukarkan agamanya dan juga melalui proses tersebut menukarkan agama anaknya tanpa persetujuan pasangan mereka, maka ia akan mengakibatkan kesan yang tidak masuk akal dan ironis. Ini kerana pasangan suami atau isteri mereka yang kekal dengan agama asalnya pun secara teknikal boleh mengembalikan anaknya ke agama asal yang dianuti sebelum ini. Kami memahami bahawa Rang Undang-undang tersebut membolehkan Mahkamah Syariah memutuskan sama ada seseorang itu adalah Muslim atau tidak. Sila lihat seksyen 51(3)(b) (x) dan (xi). Selama ini penguatkuasaan perundangan ini adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan tidak sejajar denganPerlembagaan Persekutuan. Justeru itu, MCCBCHST menyaran pihak Kabinet untuk menarik balik Rang Undang-undang di atas, sehingga isu-isu penting yang kami ulas diatas dibahaskan dengan teliti oleh semua pihakyang berkenaan. Mana-mana penguatkuasaan Rang Undang-Undang secara membuta-tuli tidak akan diterima bahkan ia juga tidak sealiran dengan Perlembagaan, mengakibatkan pihak yang terjejas tidak mempunyai pilihan dalam mencari penyelesaian aman melalui saluran undang-undang lain, sama ada dalam ataupun luar negara.

]]>

Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang: Satu Ulasan

Sharifah Nursyahidah Saat saya mengamati semula suasana sekolah yang telah saya tinggalkan lapan tahun yang lepas untuk membandingkan dengan apa yang ada sekarang, barangkali tidak ada bezanya kerana saya merasakan bahawa sekolah itu tetap sama, tidak lebih dari sebuah institusi yang memaksakan manusia. Bahkan, saya kira loceng dan pagar yang mengelilingi kawasan sekolah adalah simbol kepada pemenjaraan, kerana ia begitu tekun mengatur pelajar-pelajar untuk akur kepada arahan. Mungkin kelainannya adalah apabila sebelum memasuki penjara yang sebenar, individu-individu tertentu awal-awal lagi sudah disabitkan bersalah, namun semasa di sekolah para pelajar telah dibentuk untuk menjadi pesalah kepada kehidupan mereka sendiri. Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mana-mana institusi sekolah, namun hal-hal tentang proses persekolahan yang tidak ada debat, kritik dan gugatan sehingga lebih mengarah kepada dehumanisasi jelas ketara sebagaimana yang dibahaskan dalam buku yang ditulis oleh Zul Fikri Zamir, Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Isu sentral dalam Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang Buku ini mengandungi pelbagai bahagian, satu himpunan tulisan beliau di bermacam-macam media seperti di The Malaysian Insider dan Projek Dialog. Kalau diperhatikan, tulisan-tulisan beliau ada yang usianya sudah dua tiga tahun yang lepas namun begitu isu-isunya masih segar kerana inilah hakikat yang sedang berlaku sekarang di negara kita, khususnya kepada anak-anak muda kita. Saya tertarik apabila beliau memulakan buku ini dengan mengambil kata-kata daripada Praemodya Ananta Toer, “apalah guna sekolah-sekolah didirikan; kalau tak dapat mengajar mana yang benar, dan mana yang tidak…” dan memilih untuk mengakhiri buku ini pula dengan bab Kritik Teater. Mungkin ada yang tertanya-tertanya kenapa soal seni dan sastra diselitkan sekali dalam buku yang tajuknya cenderung kepada pendidikan. Maka telahan saya, tema sebenar buku ini tidaklah semata-mata kepada pendidikan yang mengongkong, tetapi dalam konteks yang lebih luas seputar permasalahan politik, ekonomi dan sosial melalui perkaitannya dengan persoalan kelas, budaya, etika dan macam-macam lagi. Ringkasnya, beliau cuba untuk menerangkan tentang hegemoni, penindasan dan dominasi sebagaimana yang diketengahkan oleh Gramsci. Ini kerana saya perhatikan peraturan dan polisi yang ditekankan oleh State (negara) banyak mendasari tulisan beliau kerana beliau seolah-olah berpendapat bahawa ianya adalah satu bentuk ketidakadilan kepada masyarakat, khususnya AUKU dan HEP. Ia banyak kali diulang dalam tulisan beliau, kerana realitinya dasar-dasar ini yang melibatkan anak-anak muda telah menyebabkan mereka menjadi tidak luwes dan tidak ada daya untuk memainkan peranan dalam hal-hal masyarakat. Dalam perkara ini, saya bersetuju dengan beliau. Ini kerana anak-anak muda adalah suara kepada rakyat, terutamanya mahasiswa kerana mereka adalah cerminan dan perwakilan kepada rakyat sebab ilmu yang mereka miliki seharusnya berupaya untuk menentang apa-apa penganiayaan oleh para penguasa. Satu kesia-siaan sekiranya mahasiswa hanya duduk dalam kelas belajar semata-mata untuk menjawab soalan peperiksaan tanpa mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut di luar kampus. Maka, tidak akan ada proses perkembangan diri di sini. Mereka hanya menerima tanpa mengamal. We don’t need no thought control Melewati keseluruhan buku ini, saya berterusan teringat petikan lirik lagu Pink Floyd – Another Brick in the Wall, “We don’t need no education, We don’t need no thought control, No dark sarcasm in the classroom, Teachers leave them kids alone, Hey teacher leave them kids alone, All in all it’s just another brick in the wall, All in all you’re just another brick in the wall…”. Saya meyakini bahawa hakikat tujuan pendidikan adalah untuk membangun diri sendiri tanpa dikawal mahupun dikongkong oleh mana-mana pihak. Adam Adli, Safwan Anang, Bawani dan lain-lain merupakan contoh-contoh individu yang berjaya melepaskan dan membebaskan diri dari sistem pendidikan yang membelenggu. Benar, mereka hanyalah sebuah sosok. Pandangan mereka mungkin tidak mewakili rata-rata segmen masyarakat kita yang masih lagi pada kebiasaan “apa” dan bukannya “kenapa”, namun begitu mereka berhasil untuk melontarkan sikap dan tindakan yang dipercayai benar dengan sendirinya tanpa menurut membabi buta. Ini kerana pendidikan seharusnya bersifat membebaskan. Ia berperanan besar untuk membentuk peribadi, pemikiran dan perilaku manusia supaya mereka memahami dan dapat bertindak balas terhadap isu-isu sekitar nilai-nilai sejati kemanusiaan yang harus dipelihara. Walau bagaimanapun, sebaliknya pula yang berlaku kerana ia cuma melahirkan produk-produk yang menjadi ‘pengikut buta’ ataupun ‘pak turut’, lebih-lebih lagi dengan campur tangan politik para penguasa di sekolah serta universiti yang mengganggu keharmonian dan makna sebenar pendidikan. Sekiranya dibuat kajian, pasti ramai yang menyatakan tentang perasaan tidak menyenangkan tentang institusi pendidikan yang telah merenggut kebebasan berfikir mereka. Namun berbalik kepada soal AUKU tadi, saya juga percaya bahawa sebahagian besar mahasiswa kita langsung tidak pernah membaca keseluruhan isi undang-undang tersebut, sama ada mereka menyokong mahupun menentangnya. Sastera: Kelas kedua? Dalam bab Pendidikan Nasional, penulis turut ada menyatakan tentang ‘keanehan’ pengasingan murid kepada sistem berdasarkan sains dan sastera di sekolah apabila kelas SAINS terhad kepada murid-murid yang pandai sahaja, sementara kelas sastera khusus kepada mereka yang bukan dalam kategori tersebut. Maka secara tidak langsung, mereka telah diletakkan dalam kelas kedua (second-class) ketika layanan yang lebih baik diberikan kepada pelajar-pelajar sains. Ini kerana mereka dilihat eksklusif berbanding para pelajar yang mengambil sastera. Pernyataan Zul Fikri Zamir ini bukan omong-omong kosong. Saya teringat pengalaman saya dahulu seusainya keputusan peperiksaan PMR. Saya ingin memohon kelas sastera kerana minat saya yang amat dalam bidang itu. Walau bagaimanapun, ada guru di sekolah saya yang menegur dan menyuruh saya untuk memohon kelas sains, dengan alasan bahawa tidak ada apa-apa yang boleh diperoleh di kelas kedua itu. Saya hairan, bukankah sastera juga ilmu? Apakah sekolah memang didirikan untuk tujuan peperiksaan dan industri kerja semata-mata, bukannya makna ilmu itu sendiri yang bermatlamat untuk memberikan pencerahan? Lantaran saya yang ketika itu lurus sangat, saya akur kepada keputusan guru saya, bukannya saya. Sejarah dan kebenaranSejarah ditulis oleh mereka yang menang‘. Kata-kata sinis ini menggambarkan keadaan sejarah yang ditulis cuma dari satu perspektif sahaja, tanpa menimbang keseluruhan cerita ataupun peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau. Lebih-lebih lagi apabila penulisan tersebut menyebelahi semata-mata golongan yang memiliki kuasa. Mereka hanya akan menceritakan hal yang baik-baik sahaja tentang mereka mahupun memanipulasi fakta-fakta yang ada supaya rakyat terus mempercayai pada kemegahan yang dibuat-buat oleh mereka. Nah, perkara ini saya kesan dalam tulisan penulis apabila beberapa kali beliau menulis tentang ’55 tahun Malaysia merdeka’. Zul Fikri Zamir menulis tentang institusi pendidikan yang tenat namun dalam tidak sedar, beliau turut masih terperangkap dalam sejarah yang tidak jujur ini. Pernyataan ini tidak betul sebenarnya kerana kemerdekaan 31 Ogos 1957 hanya untuk Tanah Melayu sahaja, manakala Sabah atau Borneo Utara ketika itu mendapat kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1963. Hanya selama 2 minggu Sabah berdiri sebagai sebuah negara kerana penyatuan bersama Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963 telah membentuk sebuah negara yang baru, yakni Malaysia. Seusainya saya meneliti buku ini, saya rasa puas kerana ia membuatkan saya rasa terkesan. Saya kira buku ini harus dibaca oleh semua, khususnya bakal pendidik dan pendidik. Saya begitu kagum dengan gerakan Teach For the Needs yang dipelopori oleh penulis sendiri dan rakan-rakannya. Saya percaya bahawa ia satu-satunya gerakan di negara ini yang dekat dengan saranan pedagogi kaum tertindas yang dibawa oleh Freire. Saya berharap supaya ia dapat diluaskan lagi kepada lingkungan anak-anak gelandangan, petani, nelayan atau siapa sahaja yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menghadiri sekolah. Ia tidak harus dibataskan untuk para murid yang kurang berkemampuan menghadiri kelas tuisyen sahaja kerana ‘needs’ yang sebenar harus dapat dimaknai dengan sebetul-betulnya. Inilah kebenaran pendidikan. Untuk semua. Bak kata John F. Kennedy, ‘the goal of education is the advancement of knowledge and the dissemination of truth’. Dan ya, kalau Zul Fikri menyambung kiasan Buya Hamka ‘Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja’ dengan; ‘Kalau mahasiswa setakat belajar, lembu di padang juga belajar’ Izinkan saya pula untuk menambah; ‘Kalau guru cuma mengajar, Ketam di darat juga mengajar’ (Selain mengajar untuk berjalan, ketam juga mengajar untuk bekerjasama!)

]]>