Projek Dialog

Wang Politik dan Politik Wang

political financing) dan politik wang sering menimbulkan keraguan dan kekaburan antara orang kebanyakan dan akademia. Kekaburan yang berlaku antara dua istilah hendaklah tidak menganggu kajian terhadap gejala yang berlaku dalam proses pilihan raya. Syed Hussein Alatas pernah menyebut kegagalan membezakan pelbagai jenis rasuah dan menempatkannya pada konteks penilaian yang tidak tepat hanya akan menimbulkan kekacauan dan pemborosan waktu. Namun dengan adanya pemerhatian yang konsisten, ia sedikit sebanyak membantu kita menggolongkan rasuah dan menanganinya. Wang politik dilihat hanya mencakupi pembiayaan parti dan kempen pilihan raya sementara “politik wang” ialah istilah yang digunakan untuk membeli undi semasa pilihan raya sedang berlangsung. Kedua-dua istilah ini punya hubungan yang erat dengan politik patron-client. Istilah patron-client merujuk kepada hubungan yang melibatkan dua kelas yang berbeza: seorang patron mempunyai kuasa dan autoriti, dan klien adalah orang yang bernaung di bawahnya – contohnya seorang Menteri dan ahli perniagaan, Ketua Kampong dan Imam masjid dan sebagainya. Hubungan yang tidak seimbang antara keduanya menjadikan klien harus memenuhi tawaran atau permintaan patron. James C. Scott misalnya mengatakan, “client, in this sense, is someone who has entered an unequal exchange relation in which he is unable to reciprocate fully. A debt of obligation binds him to the patron”. Hubungan timbal balik ini juga dapat diterjemahkan dalam bentuk kuasa, kepatuhan, wang, dan undi. Mereka yang berkedudukan tinggi akan menggunakan instrumen untuk memberi bantuan kepada mereka yang berkedudukan sedikit rendah, dan dibalas dengan kepatuhan dan kehormatan. Dalam sesebuah negara contohnya, Perdana Menteri akan memberikan dana kepada organisasi, persatuan dan warganya untuk memelihara legitimasi kerajaannya. Politik penaung-dinaung ini sangat jelas di Malaysia seperti yang dapat diperhatikan dalam kempen pilihan raya kali ini. Selama lebih 55 tahun, warga hanya merasakan kebajikan mereka dijaga setelah parti Pakatan mula mengambil alih beberapa buah negeri pada pilihan raya 2008. Dengan terbentuknya sistem dua-parti, kehadiran pembangkang yang kuat mampu semak imbang tatalaku kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan janji dalam manifesto terdahulu. Perkembangan setiap negeri di bawah Pakatan Rakyat dapat dilihat kecuali dalam urusan yang melibatkan kerajaan persekutuan contohnya perhubungan dan pengangkutan, kewarganegaraan dan lain-lain. Senarai Persekutuan ini tidak memungkinkan negeri menjalankan kuasa melebihi bidang kuasa dalam senarai negeri dan senarai bersama. Jadi, ia semacam menghalang perubahan dilakukan selama adanya konflik kepentingan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Dan ini pula dijadikan alasan untuk parti BN mengutuk perlaksanaan kerajaan negeri di bawah PR – mungkin kerana itu PR harus ke Putrajaya. Tindakan BN yang tidak mampu memajukan negeri-negerinya sendiri ditutup dengan mengutuk pemerintahan PR di media massa seperti Utusan, Berita Harian dan setiap saluran perdana. Tidak cukup dengan itu, untuk PRU13 ini, beberapa konsert diadakan atas nama Kelab 1Malaysia yang menyajikan hiburan (nyanyian artis tempatan dan antarabangsa), makanan (sushi, beer, burger) dan cabutan bertuah (motosikal, peralatan dapur). Malah di kiri kanan jalan dipenuhi bendera 1Malaysia sehingga membuat kita tertanya-tanya sama ada yang bertanding ialah parti BN atau NGO dengan parti PR. Semua ini dapat diperhatikan di utara Malaysia iaitu Pulau Pinang. Setelah pembubaran parlimen, pelbagai hadiah, dana dan hiburan disogokkan kepada pengundi, wartawan dan NGO lainnya. Ini merupakan satu bentuk “politik wang” yang sangat jelas berlaku dalam tempoh berkempen. Gejala ini juga menunjukkan kemungkinan negara kita sudah sampai satu tahap yang disebut sebagai “kleptokratis” – sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas wang, ganjaran dan hadiah – Syed Farid Alatas menyebutnya dalam Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussein Alatas. Politik wang tidak lagi hanya membabitkan calon menghulurkan bantuan dari rumah ke rumah, belanja makan di kedai mamak, tetapi juga melibatkan agensi lain yang sarat kepentingan dengan parti tersebut. Kejadian ini dikuatkan lagi apabila ucapan, iklan dan instrumen lain dalam konsert tersebut mengingatkan setiap orang yang datang akan tiga perkara sama yang dilaungkan parti BN – Keselamatan (Security)/ Perpaduan (Unity), Keamanan (Peace), Kemakmuran (Prosperity). Presiden 1Malaysia-Penang Welfare Club iaitu Geh Choh Hun didapati mengulang hal ini dalam ucapannya dalam akhbar dan amal jariahnya di Penang. Walaupun beliau telah menafikan hubungannya adalah untuk menarik undi bagi parti BN dan cukup kesal dengan tanggapan orang ramai atas niat ikhlasnya, tetapi ini tidak mampu menyangkal kenyataan bahawa dia pernah menjadi pegawai liaison kelab MCA Australia seperti dilaporkan media. Dan menariknya, jika ditelusuri pembabitannya dalam bidang perniagaan – beliau juga merupakan ahli lembaga Pengarah Putrajaya Perdana yang menguruskan beberapa projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pastinya Diamond Building. Pendeknya, 1Malaysia Charity Concert dan 1Malaysia Charity Night antara yang sesuai untuk menggambarkan politik penaung-dinaung atau politik wang yang disebut awal-awal tadi – yang melibatkan antaranya Menteri dan ahli perniagaan maupun Perdana Menteri dan rakyatnya. Hubungan ini tentunya atas tujuan mendapatkan keuntungan (projek?) dan kepatuhan (undi?). Sejauh mana hubungan ini mendatangkan kebaikan kepada warga Malaysia, kita sudah pun punya “track-record” pemerintahan BN selama ini.

]]>

Sosialisme dan Islam pernah dan terus bekerjasama

collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy sosialisme.” Profesor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as Syahid Hassan al Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan sosialisme, sehingga beliau menyebut; “As a Muslim, I am close to socialism.” Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh sosialisme. Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi parti PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh; Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan sosialis berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama. Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-war Conference sejak 2002. Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagi bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin. Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavez dari Venezuela adalah antara figur yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestina seiring dengan kaum muslim. Hamas misalnya menyifatkan Chavez sebagai pejuang Palestin. Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini. Sesungguhnya adalah merupakan satu kerugian jika rasa curiga, tidak percaya dan sangkaan semata-mata antara seorang dua pemimpin Parti Islam Se-Malaysia yang kurang memahami inti sebenar sosialisme dijadikan alasan untuk berselisih dengan Parti Sosialis Malaysia. Satu-satunya pihak yang akan menang dan mendapat keuntungan dalam pertembungan ini adalah kaum mustakbirun korup yang berlonggok dalam sistem politik negara ini. Dikeluarkan oleh: 1. Ahmad Fuad Rahmat 2. Anas Abdul Jalil 3. Anas Alam Faizli 4. Azrul Azwar Ahmad Tajudin 5. Fadiah Nadwa Fikri 6. Faisal Tehrani 7. Hamidah Merican 8. Hussain Sajad 9. Ineza Roussille 10. Lingswaran Singh 11. Marwan Bukhari 12. Masjaliza Hamzah 13. Norhayati Kaprawi 14. Ratna Osman 15. Rizal Hamdan 16. Rizqi Mukhriz 17. Ronasina 18. Teo Ken Lee 19. Zul Fikri Zamir

]]>

Sabotaging a symbol, derailing democracy

Pauline Fan, guest writer “A society becomes totalitarian when its structure becomes flagrantly artificial: that is, when its ruling class has lost its function but succeeds in clinging to power by force or fraud.” – George Orwell The Registrar of Societies’ (RoS) unprecedented decision not to recognise the Democratic Action Party’s (DAP) Central Executive Committee has dealt a severe blow to the already debilitated condition of democracy in Malaysia. Arriving two days before nomination day for the 13th General Elections, the letter announcing the decision seems providentially planned and timed to throw a spanner in the works of the DAP’s and, by extension, Pakatan Rakyat’s vigorous GE13 campaign. The decision of the RoS amounts to nothing less than a devious act of political sabotage, urged by Barisan Nasional’s deep-seated cowardice in the face of a robust opposition coalition. It is an utterly deplorable political tactic by any standards and calls into question the integrity of the democratic process in Malaysia. Non-recognition by the RoS effectively means that the DAP’s CEC has been suspended and thus has no power to issue the required letters authorising candidates to use the party logo – the iconic DAP Rocket. Unless the RoS revokes the letter, DAP will be forced to contest under the banners of its coalition partners – the full moon of Parti Islam Se-Malaysia (PAS) and the eye of justice of Parti Keadilan Rakyat (PKR). The RoS’ ostensible concerns, including a technical glitch that caused an error in the results of the DAP party elections at the congress held on 15 Dec 2012, are already under inquiry and this renders the decision of non-recognition unnecessary and superfluous. Never has the RoS been so keen to leap to the defense of ‘good conduct’ in party polls. Whatever the flaws of DAP’s CEC election may be, it is the self-serving timing of the RoS letter and decision that leaves a bitter aftertaste. The RoS has had at least four months to deliberate on a course of action; why the sudden haste to incapacitate the DAP now? DAP Secretary-General, Lim Guan Eng, expressed the situation perfectly in the press conference following an emergency meeting on 18 April: “This is despicable, this is dishonourable…This is political assassination.” Despite the praiseworthy and magnanimous gesture by PAS and PKR to allow DAP candidates to contest under their respective party symbols, this episode will go down as one of the darkest in Malaysia’s general election history. Despite the opportunity for Pakatan Rakyat to demonstrate true partnership and solidarity through the sharing of party symbols, the fact remains that the democratic process is being derailed before our eyes. This 11th hour manoeuvre leaves no time for recourse to legal channels to resolve the issue before polling day on May 5th. And the Election Commission’s verbal assurance that DAP can still go ahead and use the party logo rings hollow in a political landscape where the predominance of the unpredictable is the only thing one can be sure of. DAP adviser Lim Kit Siang’s comments on the RoS decision revealed a deep disappointment with the blatant bullying of the Najib administration: “This has never been done by any of the previous prime ministers, however authoritarian, draconian, unjust… Tun Dr. Mahathir – it has never entered his mind to try to resort to such arbitrary, unilateral, undemocratic and most disgraceful actions to knock out a political party by the ruse of denying the use of the party symbol.” The value of freedom If anything, the RoS decision reveals the extent to which supposedly nonpartisan public institutions have ossified into little more than state bureaucracies that serve the interests of the ruling regime over the wellbeing of the people. It also reveals just how devoid the Barisan Nasional is of strategies for true transformation, a term they aggressively parade in their national programmes, campaigns and propaganda. Perhaps they are simply incapable of change. As my late father and former DAP parliamentarian, Fan Yew Teng, wrote in an article for Harakah in October 2008: “Despite all the talk about change, Umno will not really change, because it is no longer a party of principles but one of interests…” The RoS decision shows that BN, particularly Umno, will stop at nothing to rob their political opponents of their rights and deny them a fair fight. It shows that, despite all the rhetoric, BN does not believe in earning the mandate of the people; they simply believe they are entitled to political power, and will cling to it no matter what the people want. This is a brazen mockery of the general election process and a shameless betrayal of democracy. It is also the mark of incipient totalitarianism. What, then, is to be done? If the political system remains a flawed one, the task falls to each Malaysian citizen to insist on another kind of politics while being guided by the fundamental values of the democratic process. We must remember that at the heart of democracy lies the flame of freedom. It is only by reclaiming the value of freedom in our collective consciousness that we may begin to build a society based on democratic ideals. In the words of Albert Camus: “We notice that everywhere, together with freedom, justice is profaned. How then can this infernal circle be broken? Obviously, it can be done only by reviving at once, in ourselves and in others, the value of freedom – and by never again agreeing to its being sacrificed, even temporarily, or separated from our demand for justice.” In the end, the ignoble sabotage of DAP’s Rocket symbol will come to symbolise something in itself – the derailing of the democratic process in Malaysia; the inability of the present ruling regime to engage in clean and fair politics; and the irrefutable need for Malaysian citizens to reclaim democracy and reach for freedom by rejecting outright the politics of deception and hypocrisy. Pauline Fan is a writer, translator and editor. She also works with the cultural organisation, PUSAKA. This article was also published in the Malaysian Insider. 

]]>

Hidup mati Barisan Nasional atau bangsa?

survival). Apa-apa sahaja. Perkara inilah yang ditunjukkan oleh parti Barisan Nasional – sejak Tun Dr. Mahathir lagi – mencantas lawannya sebelum mereka ini dapat menggugat di peti undi dalam Pilihan raya umum yang bakal menjengah tidak lama lagi. Dan mereka ini pastinya bukan penganut Darwinisme kerana bagi mereka sosialis dan komunis itu kafir. Melanjutkan keinginan untuk hidup atau keinginan berkuasa, di bawah pemerintahan DS Najib – yang satu waktu dulu memenangkan kubu Tun Dr Mahathir dengan berpaling dari kubu Tengku Razaleigh – BN menggunakan aparatus kerajaan, mengadu domba rakyatnya dan mengenakan fitnah pada parti yang melawannya. Politik ini ialah cara berpolitik yang diwarisi zaman kesultanan Melayu Melaka – Hang Tuah pernah difitnah bermukah dan Hang Nadim dibunuh kerana cemburu. Dan ia berlanjutan sehingga zaman ‘moden’ ini dengan fitnah yang melibatkan antaranya Burhanuddin Helmy-Ibu Zain, Anwar Ibrahim-Saiful, Tuan Guru Nik Aziz sambil mendiamkan isu pembunuhan Altantuya, perlecehan amah, gosip Ziana Zain dan Zahida Rafik. Ternyata perubahan kerajaan 5 tahun sekali itu tidak meninggalkan Mahathir dan Mahathirisme. Belum pun berbicara soal persaingan di padang rata, parti BN dilihat tidak mampu menghadapi lawannya walaupun di gelanggang sendiri (kita juga sedia maklum mereka gentar apabila diajak berdepat walaupun adanya Piala Debat Perdana Menteri). Kelakuan mereka yang menyuguhkan kepada khalayak video pornografi, manifesto tiruan dan penglibatan ROS dengan tidak mengiktiraf CEC DAP dua hari sebelum penamaan bukanlah politik baru seperti [cuba] dianjurkan Saifuddin Abdullah – jauh sekali politik idea. Dalam acara permainan begini, adakah parti politik ini dapat dipercaya menjuarai isu rakyat sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk menduduki tampuk pimpinan, setelah 55 tahun menakutkan Melayu dengan “pembelaan nasib Melayu”, “ketidakstabilan ekonomi”, “pertelagahan kaum”? Semua ini harus ditulis semula bagi menggambarkan kepentingan UMNO itu bukan kepentingan Melayu dan rakyat seluruhnya, yang dimaksudkan mereka adalah “pembelaan nasib bangsawan”, “ketidakstabilan status quo” dan “pertelagahan poket-poket kroni”. Tanpa perlu menduga-duga, parti yang terdapat dalam BN ini akan terus mementingkan survival diri sendiri dengan mematikan lawannya, walaupun nanti akan mengorbankan pula rakyatnya.Mungkin ramai akan mengaitkan kejadian ini dengan diktum terkenal oleh filsuf Itali “matlamat menghalalkan cara” (the ends justify the means) tetapi ini sama sekali tidak tepat melihatkan konteks pengucapan Machiavelli waktu itu dan kenyataan sekarang. Setidaknya Machiavelli ingin menyatukan bangsanya – jika benar – tetapi karya The Prince itu lebih dianggap sebagai satira politik bukanlah pesannya sesungguhnya. Sedangkan UMNO pula terus-terusan meniup prasangka dan sentimen primordial kepada warga Malaysia yang saling menyayangi. Usman Awang pada 1965 dalam puisinya Suasana juga mengingatkan kita bahawa perbezaan tidak memestikan konflik. Mereka yang berbeza budaya, faham dan kepercayaan mampu berdialog walau hanya melalui kuih pau dan ketupat. Kerukunan hidup bersama tidak bakal hancur dengan bertukarnya kerajaan, malah mereka yang berbeza ini bersatu kerana merasa nasib yang sama. Selain BERSIH yang menghimpunkan rakyat dari latar hidup yang pelbagai, pilihan raya kali ini membuktikan sekali lagi bahawa soal perjuangan, keadilan dan kehormatan tidak dibatasi warna kulit maupun warna bendera parti. Kelihatannya perjuangan parti-parti Pakatan seperti PKR, DAP dan PAS tidak bergantung pada logo yang dipakai. Soal kezaliman dan penindasan ialah soal semua orang bukan satu dua elit. Justeru, rakyat punya tanggungjawab penting yang sama pentingnya ketika kerajaan British memandang rendah bahawa rakyat Tanah Melayu tidak mampu ke arah berkerajaan sendiri – kini berdiri sudah Malaysia. Begitu juga apabila bekas kerajaan BN mengatakan rakyat tidak boleh mengubah kerajaan sedia ada. Kita pernah berubah atas keyakinan bersama dan sekali lagi perlu berubah atas keyakinan yang masih ada. Dengan mendekatnya tanggal 5 Mei, rakyat pasti menginginkan perubahan yang mampu menjamin masa depan anak-anak dan menjaga hari tua mereka. Jadi, di mana kita harus berpijak dan ke mana kita harus berpihak? Namun, sebelum memutuskan sesuatu dan memuktamadkan pilihan, lihatlah pada bayi yang baru lahir, nenek yang meniti hari tuanya dalam ketidakpastian, makcik yang menjalankan kewajipannya sehari-hari, pak cik yang menghabiskan masanya di pondok jaga dan abang adik yang masih di bangku sekolah. Adakah kelompok ini mendapatkan hak mereka yang paling asas iaitu hak untuk hidup dan merasa bahagia – seperti dilaungkan Thomas Jefferson, “We hold these truths to be self evident: that all men are created equal; that they are endowed by their Creator with certain unalienable rights; that among these are life, liberty, and the pursuit of happiness”? Saya tinggalkan persoalan ini untuk pertimbangan saudara saudari yang budiman.

]]>

Keputusan PSM – Kemungkinan mengelak daripada pertandingan tiga penjuru

Keputusan PSM – Kemungkinan mengelak daripada pertandingan tiga penjuru

Kami, para aktivis dan ketua masyarakat sivil, menyanjung keputusan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menggunakan simbol parti parti Pakatan Rakyat dan bukan logo parti sendiri di dalam Pilihan Raya Umum bulan depan.

Kami faham betapa sukarnya kompromi ini bagi sebuah parti yang telah bertungkus lumus selama 11 tahun untuk didaftarkan. Bagaimanapun, ini menunjukkan dengan jelas keupayaan PSM untuk mendengar dan menunduk kepada aspirasi rakyat untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Ia merupakan satu tindakan kompromi yang mencerminkan kematangan politik yang mendalam.

Kami berharap ini merupakan satu permulaan kepada persetujuan di antara semua parti politik pembangkang agar tidak melibatkan diri didalam pertandingan tiga penjuru di pilihanraya akan datang.

Persetujuan umum sebegini semestinya akan mencerminkan aspirasi Rakyat dan sentimen pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan penukaran rejim dan khuatir bahawa pertandingan tiga penjuru akan hanya menguntungkan BN di kawasan mengundi mereka.

Kami berpendapat bahawa pertandingan tiga atau lebih penjuru akan menjejaskan prospek pembangkang untuk menawan kuasa di peringkat kebangsaan. Kami berharap keputusan PSM boleh berfungsi sebagai asas untuk perjanjian pilihanraya pembangkang untuk memastikan pertandingan dua penjuru dengan BN di peringkat DUN atau Parlimen.

Daripada laporan media, kami difahamkan bahawa datangnya hari pencalonan, parti komponen PR mungkin bertanding antara satu sama lain. Untuk mengelakkan konflik yang bertentangan dengan aspirasi rakyat ini, kami bersedia menubuhkan sebuah Jawatankuasa Masyarakat Sivil untuk belaku sebagai pengantara.

Kami menggesa PR, parti parti pembangkang yang lain dan juga pengundi untuk berwaspada dengan strategi BN menggunakan calon bebas dengan atau tanpa mengira parti politik. Strategi sebegini akan digunakan untuk membelah undi pembangkang. Helah ini telah banyak kali digunakan BN pada pilihanraya sebelum ini, dan dijangka akan digunakan di pilihanraya alan datang ini, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Kami percaya sesungguhnya bahawa pengundi di Malaysia inginkan pilihan yang jelas diantara BN dan PR di Pilihan Raya ini. Justeru itu, atas semangat “Ketuanan Rakyat” yang dilaungkan oleh PR, kami ingin menggunakan pengaruh dan kekuatan kolektif, secara terbuka awam dan juga di belakang tabir, untuk memastikan bahawa parti parti pembangkang elak daripada bertanding tiga penjuru.

Dikeluarkan oleh Gabungan Rakyat Prihatin:-

  1. Ahmad Syukri Ab Razab

  2. Al-Jafree Md. Yusop

  3. Anne Ooi

  4. Arthur Toh

  5. Bernard Khoo

  6. Dr.Azmi Sharom

  7. Dr. Lim Teck Ghee

  8. Dr.Kua Kia Soong

  9. Dr.Toh Kin Woon

  10. Dave Low

  11. Fuad Rahmat

  12. Haris Ibrahim

  13. Ho Yock Lin

  14. Janice Ti

  15. Jayanath Appudurai

  16. Kee Thuan Chye

  17. Liau Kok Fah

  18. Nalini Elumalai

  19. Patrick Teoh

  20. Raja Rohaisham Raja Muheiddin

  21. Ronasina

  22. Steven Ng

]]>

Kekalkan Kepelbagaian Politik Kita

Baru-baru ini, penulis sempat berbual dengan seorang bekas hakim Jerman, yang kini menjadi pensyarah universiti. Topik perbualan kami berkisar pada sejarah dan sosio-politik Jerman, khususnya tentang golongan minoriti etnik di negara tersebut.

Dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 81.8 juta penduduk Jerman. Daripada jumlah tersebut, 80.7 peratus adalah etnik Jerman. Kira-kira 10 peratus daripada warganegara Jerman bukan etnik Jerman dan angka ini kian meningkat. Minoriti etnik yang terbesar di Jerman adalah etnik Turki, yang terdiri daripada 4 peratus daripada jumlah penduduk Jerman, diikuti dengan etnik Polish yang terdiri daripada 2 peratus penduduk Jerman.

Kemasukan pendatang ke Jerman, terutama sekali dari Turki, sejak beberapa dekad yang lepas telah mengubah demografik negara Eropah tersebut. Generasi pertama pendatang (immigrant) tidak melihat diri mereka sebagai warga Jerman dan masih melihat diri mereka sebagai warga negara asal. Tetapi, generasi kedua dan ketiga yang berketurunan pendatang (nama rasmi dalam bahasa Inggeris, ‘Germans with immigrant background’) lebih bersepadu dengan masyarakat Jerman yang lain, berbanding dengan generasi sebelumnya. Mereka bertutur dalam bahasa Jerman, melihat diri mereka sebagai warga Jerman dan adalah produk institutusi pendidikan Jerman.

Ini membawa cabaran-cabaran baru kepada sebuah negara seperti Jerman, yang sebelum ini mempunyai homogeni budaya dan etnik.

Conthohnya, bagaimana masyarakat Jerman menerima penduduk-penduduk moniriti etnik ini? Juga berkenaan hak-hak minoriti etnik, apatah lagi apabila hak tersebut bertembung dengan kehendak majoriti. Apakah juga peranan Negara (State) dalam semua ini?

Situasi di Jerman selari dengan situasi di negara-negara Eropah barat yang lain. Dari Birmingham ke Marseille, dari Brussels ke Bern, negara-negara Eropoh barat sedang menangani multiculturalism dan cabaran-cabaran yang datang dengannya. Antaranya, bagaimana hendak melibatkan warga minoriti etnik di dalam proses politik negara?

Penglibatan golongan Germans with immigrant background di dalam politik semakin meningkat kebelakangan ini, terutama sekali di kalangan generasi kedua dan ketiga. Namun, bilangannya masih rendah. Contohnya, walaupun terdapat penduduk etnik Turki yang besar, penglibatan warga etnik Turki dalam proses politik masih rendah. Bilangan wakil rakyat etnik Turki di dalam Parlimen Persekutuan mereka (dikenali sebagai ‘Bundestag’) tidak berkadar atau proportionate dengan bilangan bilangan warga Jerman etnik Turki.

Bagi tujuan ini, parti-parti politik arus perdana sedang rancak menggalakkan penglibatan golongan etnik Turki di dalam politik Jerman. Matlamat mereka tentunya untuk meraih sokangan golongan minoriti di samping menunjukkan bahawa mereka lebih mewakili seganap pelosok masyarakat. Penglibatan politik Germans with immigrant background sedang rancak diperbincangkan, berlatarbelakangkan tema multi-culturalism yang sedang melanda Eropah barat pada masa ini.

Penulis membandingkan perkara ini dengan situasi di Malaysia. Di sini, multiculturalism sudah sebati dengan masyarakat. Bukan hanya pasca Merdeka, tetapi memang sejak dari dulu lagi rantau ini Asia Tenggara ini telah menjadi tumpuan manusia dari seluruh dunia. Masyarakat Asia Tenggara tidak asing dengan perbezaan etnik dan budaya.

Peratusan penduduk minoriti etnik di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Eropah barat. Minoriti etnik kita juga sejak dahulu lagi sudah terlibat dengan proses politik negara. Masalah kurangnya penglibatan politik yang dihadapi oleh negara-negara Eropah barat tidak wujud di sini, sekurang-kurangnya bagi minoriti etnik yang besar. Lihat sahaja Dewan Rakyat yang baru dibubarkan – betapa ramai di kalangan 222 wakil yang dipilih rakyat berketurunan minoriti etnik? Dan pada masa yang sama, berapa ramai calon yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum nanti berketurunan minoriti etnik?

Penulis percaya bahawa situasi positif ini lahir akibat kesanggupan kita untuk mengundi calon dan menerima wakil rakyat yang bukan sebangsa dengan kita. Memang, politik perkauman masih berleluasa dan masih menjadi sebahagian daripada naratif politik kita, tetapi penulis percaya bahawa secara amnya etnik dan agama calon yang dipertandingkan tidak menentukan undi pengundi. Mungkin sekadar salah satu faktor, tetapi bukanlah faktor penentu. Kerana itu, seorang calon etnik India masih boleh mengalahkan calon etnik Cina, walaupun bilangan pengundi India di kawasan Parlimen tersebut kurang daripada bilangan pengundi Cina dan Melayu, contohnya. Warganegara etnik Melayu, sebagai etnik terbesar, telah lama menerima calon-calon etnik minoriti.

Pilihanraya umum ke-12 melihat parti-parti politik yang dahulunya dilihat sebagai ekstrem, samada sebagai cauvinis bangsa atau fundamentalis agama, diundi oleh pengundi-pengundi yang biasanya tidak akan mengundi mereka. Pengundi Melayu contohnya telah mengundi calon-calon DAP, kononnya parti cauvinis Cina, manakala pengundi-pengundi Cina dan India pula mengundi calon-calon PAS, parti fundamentalis Islam. Pola pengundian pilihanraya umum ke-12 mencadangkan bahawa etnik dan agama calon semakin tidak menjadi faktor langsung, apatah lagi faktor penentu.

Namun akhir-akhir ini, terdapat gerakan yang berusaha menjadikan etnik dan agama calon sebagai faktor penentu undi pengundi, terutama sekali di kalangan pengundi-pengundi Melayu-Muslim. Gerakan yang dikenali sebagai ‘Arus Baru’ contohnya menyatakan bahawa:

Walaupun mereka baik, bijak dan mahukan keadilan, kedamaian, ketenteraman tetapi mereka menyekutukan Allah. Ianya sebesar-besar kesalahan di sisi Allah. Sedangkan sejahat-jahat apapun seorang Muslim, mereka masih mengaku beriman dan percaya kepada Allah,  malah keampunan Allah tetap dijanjikan buat mereka. Sudah terang lagi bersuluh, sokongan kita terhadap golongan bukan Islam ini sangat tidak wajar.

(‘Hukum membuang undi orang bukan Islam, http://arusbaru.my/2013/02/23/hukum-membuang-undi-orang-bukan-islam/)

Menurut seruan Arus Baru ini, agama calon sewajarnya menjadi faktor penentu ketika membuang undi. Arus Baru mahu pengundi Melayu-Muslim mengundi seseorang calon Muslim sekiranya dia berhadapan dengan seseorang calon bukan Muslim. Apa yang membimbangkan penulis adalah seruan ini ada mendapat sambutan di kalangan pengundi Melayu-Muslim.

Proses membuang undi adalah proses memilih calon yang terbaik mewakili sesuatu kasawan Parlimen atau DUN. Kita mengundi kerana kita mahu calon atau parti yang terbaik untuk mewakili kita dalam sistem perundangan negera. Tetapi, proses ini akan gagal sekiranya pengundi tidak memilih apa yang mereka fikir adalah calon terbaik, tetapi memilih mengikut agama atau etnik calon tersebut. Atas ukuran apa seseorang calon itu ‘terbaik’, sekiranya dia menerima rasuah, menyokong kezaliman, tidak hormat demokrasi, tidak dukung Perlembagaan dan hak-hak rakyat dan langsung tidak mengendahkan nasib pemilih-pemilihnya tetapi dipilih atas agama dan etniknya? Adakah agama dan etnik calon tersebut relevan dalam dia menjalankan tenggungjawabnya terhadap pemilih-pemilihnya?

Kita wajar berbangga bahawa politik kita tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, apatah lagi etnik yang terbesar di dalam negara. Politik kita berwarna-warni, mencerminkan masyarakat kita. Kepelbagaian politik yang sihat ini harus dikekalkan. Walaupun politik perkauman masih wujud, walaupun masih terdapat parti-parti berteraskan kaum dan agama, penulis percaya bahawa pilihanraya umum ke-12 telah meletakkan kita di atas landasan yang betul, ke arah landskap politik di mana etnik dan agama tidak lagi menjadi faktor.

Seruan ala Arus Baru adalah antithesis kepada matlamat ini. Penulis bimbang ia akan memburukkan lagi politik perkauman dan agama yang sudahpun wujud. Ketegangan di antara etnik-etnik yang pelbagai, yang juga sudahpun wujud, mungkin akan menjadi lebih teruk. Negara-bangsa yang lebih baik yang ingin kita bina mungkin tidak akan menjadi realiti.

Penulis berharap kita akan mengekalkan kepelbagaian politik yang sihat yang kita dukung selama ini. Pilihanraya umum ke-13 ini bakal menjadi penentu. Adakah kita akan mengambil langkah ke hadapan, atau kita berundur? Penentuannya di tangan kita. 

]]>

Tingkah laku media kala pilihanraya

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor

Pendahuluan

Penggunaan media dalam kempen pilihanraya adalah sesuatu yang lumrah. Salah satu isu yang menimbulkan gegak adalah tawaran kerajaan kepada parti-parti pembangkang untuk menjelaskan manifesto mereka selama 10 minit (secara rakaman) menerusi saluran rasmi RTM. Peranan tradisional sesebuah media perdana adalah untuk menjadi pengikat yang dapat menghubungkan pelbagai lapisan dan ragam ahli masyarakat. Dalam erti kata lain media mempengaruhi bagaimana anggota masyarakat saling berkomunikasi antara satu sama lain. Media dengan itu memberikan impak kemasyarakatan yang besar. Media bukan semata-mata menyalurkan maklumat tetapi sebenarnya membentuk masyarakat yang menerima maklumat tersebut. Ini telah disebut oleh sosiologis Michael Schudson (1995: 24-25) bahawa media bukan sahaja menghantar maklumat akan tetapi turut sama mencorak penerima maklumat tersebut: The greatest effects may not be measurable influences on attitudes or beliefs produced by media but the range of information the media make available to individual human minds, the range of connections they bring to light, the particular social practices and collective rituals by which they organize our days and ways. The media are more important, not less important, than popular opinion would have it, but rarely in the ways that popular views assume. The media organize not just information but audiences. They legitimize not just events and sources that report them but readers and viewers. Their capacity to publicly include is perhaps their most important feature. That you and I read the same front page or see the same television as the President of the United States and the chair of IBM is empowering; the impression it promotes is equality and commonality. Petikan di atas menjelaskan betapa setiap sesuatu insiden, acara sosial, apatah lagi acara politik seperti pilihanraya bukan sahaja akan dilaporkan oleh media, malah media selaku pelapor dapat mempengaruhi audien. Dalam erti kata lain, media perdana terdedah kepada pemanipulasian. Strategi Media Perdana Dalam disiplin psikologi, terdapat satu kaedah atau proses pembelajaran (dalam hal ini pemanipulasian politik) yang dapat dihitung menerusi prosedur Pavlovian secara conditioning. Prosedur yang dimaksudkan ialah apabila satu-satu entiti (E) memiliki kawalan penuh terhadap semua peristiwa, (E) boleh menentukan kekerapan masa, ketepatan aksi percubaan selain menguruskan tingkah laku sasarannya. Sebagai misalan, latihan terhadap seekor anjing dengan memberinya makan pada setiap jam 3 petang sahaja, dengan menghantar satu isyarat denting loceng; yang dilakukan berulang-ulang sehingga sang anjing terbiasa dan terlatih oleh tubi dan asakan latihan yang sama akan menatijahkan anjing menunggu makanan pada setiap jam 3 petang dengan bunyi loceng dengan penuh selera. Latih tubi appetite behaviour ini dari dahulu hingga sekarang memperolehi jawapan yang sama. Iaitu sasaran untuk prosedur conditioning ini di akhirnya akan mengikut, taat, patuh dan meniru apa yang disogokkan oleh (E). Sejak Pavlovian mengemukakan gagasan conditioning ini tokoh-tokoh psikologi ulung antara lain seperti M.M Shapiro (1962: 567-571) serta W. Kintsch dan R.S Witte (1962: 963-968)[i] memutuskan bahawa prosedur conditioning dengan latih tubi appetite behaviour ini sangat berkesan dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran sasaran. Prosedur conditioning ini boleh menjadi strategi media perdana ketika kempen politik, khususnya di musim pilihanraya. Pemanipulasian politik di saat kempen pilihanraya semakin membahang adalah sesuatu yang selalu terjadi, malah di negara-negara maju. Media perdana dapat menjadi alat mempengaruhi, alat memanipulasi, dan alat penyampai maklumat yang berkesan. Media justeru menjadi medium yang efektif buat entiti politik seperti politikus, parti politik dan masyarakat sivil. Masyarakat yang telah dilatih tubi oleh (E) dalam hal ini, media elektronik dan cetak, akan mengutip dan menyerap terlalu banyak pesan media. Oleh kerana ia merupakan satu proses conditioning, masyarakat akan akhirnya mengikut, taat, patuh dan meniru apa yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak. Justeru, tidaklah menghairankan pemonopolian media ketika pilihanraya khususnya menjadi tanda, atau gejala kepada ciri-ciri sebuah rejim totalitarian. K. Ramanathan (1989: 319) menekankan pemonopolian media massa dan pengawasan semua aspek kehidupan adalah merupakan satu ciri politik rejim atau politik yang mengikat. Di saat pilihanraya sedang menghampiri, apakah yang dilatih tubikan oleh televisyen hari ini? Apakah yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak kepada masyarakat sebagai pusingan appetite behaviour? Dan bagaimana masyarakat menerima dan terlazim; malah terpengaruh sikap mereka dengan apa yang disalurkan oleh televisyen itu? Ideologi Media Media yang dimanipulasi entiti politik tertentu melakukan satu penyebaran ideologi tunggal. Apa yang dimaksudkan dengan ideologi tunggal ini adalah ‘ideologi media’. Dalam menjelaskan ‘ideologi media’, sarjana dan media sosiologis yang tersohor Herbert J. Gans (1979: 39-69) menekankan bahawa terdapatnya kecenderungan bias dalam berita-berita yang dipaparkan di media. Ideologi media yang disebarluaskan antara lain ialah lima kunci penting yang disebutkan olehnya sebagai ‘nilai-nilai bertahan’ yang telah meresapi media dan disampaikan secara halus tanpa memikirkan keadilannya untuk khayalak. Lima poin penting ideologi ini sudah memadai untuk menunjukkan bahawa berlakunya pemanipulasian politik dan pemonopolian yang merujuk kepada pengukuhan sistem totalitarian. Lima poin penting tersebut adalah; i.                 Demokrasi altruistik – Dalam hal ini, media perdana menegaskan secara berulang kali (conditioning) satu kepercayaan, bahawa politik haruslah berdasarkan kepentingan awam dan servis. Terdapat pemantakan dan pemaksaan maklumat yang berulang-ulang bahawa hanya satu parti sahaja yang mewakili kepentingan awam dan melakukan khidmat atau servis yang selayaknya diberi sokongan. ii.               Individualisme – Media akan membentuk pandangan awam bahawa usaha menolak ideologi media adalah usaha untuk memartabatkan kebebasan individu, justeru mengatasi kepentingan dan keperluan masyarakat umum yang lebih besar. Media mendakwa mereka mewakili, malah ejen, masyarakat umum. iii.              Moderatisme – Media perdana cenderung memberi penekanan supaya ahli masyarakat (atau pengundi) bersederhana dalam berpolitik, sambil menetapkan nilai-nilai tertentu yang menurut media tersebut sebagai sesuatu yang ideal. Moderatisme ini juga dilakukan atas nama pemerkasaan budaya. Sebagai contoh media akan melakukan pemomokan terhadap parti-parti politik tertentu, selalunya yang menjadi mangsa adalah parti-parti oposisi. Dalam masa yang sama media akan melakukan conditioning bahawa budaya umat majoriti sedang terancam, dilemahkan, tergugat dan satu-satunya peluang untuk menyelamatkannya adalah dengan ‘bersederhana’, bahawa memilih parti yang lain dari yang diiklankan oleh media itu sebagai ‘berada di luar landasan yang betul’. Pemerkasaan budaya itu juga dihadirkan dalam bentuk lagu yang disembunyikan mesej-mesej patriotisme. iv.              Kawalan – Media perdana akan mengambil peluang untuk memberi penekanan dalam isu-isu ketenteraman sosial, mengingatkan khalayak supaya mengelakkan konflik, sambil menghormati autoriti politik dan sosial. Lazimnya autoriti politik dan sosial tersebut adalah rejim yang memerintah. Sebagai contoh media akan mengingatkan bahawa sebarang perubahan politik akan membawa kepada ketidakstabilan, kehuru-haraan dan menjejaskan kebahagiaan yang sedang dinikmati, mengacau kemakmuran dan menjerumuskan negara ke kancah masalah. v.               Kepimpinan – Media memilih untuk memaparkan hanya ada satu kepimpinan yang jujur, baik, benar dan kepimpinan ini adalah kepimpinan yang dapat mengatasi apa jua persoalan menerusi visi, stamina dan keberanian. Kepimpinan lain tidak harus dipertimbangkan kerana ia tidak memiliki karisma, jelek dan tiada kewibawaan. ‘Ideologi media’ yang disentuh di atas, dipasakkan dalam kalangan masyarakat dalam bentuk conditioning dan selalunya mengambil pendekatan yang memaksakan. Pendekatan yang memaksa ini adalah satu bentuk panopticon. Panopticon dan Jurnalisme Sivik Salah satu gejala ketempangan demokrasi di Malaysia adalah peranan media sebagai panopticon. Dalam keadaan yang tempang ini media alternatif berperanan sebagai pengimbang kepada media arus perdana. Media ini akan berfungsi untuk menampung kekurangan dan lompong kosong yang ditinggalkan oleh media arus perdana. Media alternatif tidak berminat dengan kuasa dan persaingan pasaran tetapi mementingkan kebenaran. Meskipun kebenaran tersebut terhad dalam rangka yang difahami mereka. Kebenaran yang dimaksudkan di atas membawa media alternatif ke dalam ruang jurnalisme sivik yang sihat. Dalam keadaan tempang ini, media alternatif terpaksa, dan tiada pilihan lain, melainkan bersiap untuk menawarkan jurnalisme sivik. Jurnalisme sivik adalah jurnalisme yang membebaskan diri dari kongkongan ideologi lapuk media yang telah dibincangkan sebelumnya. Pendekatan media alternatif ini ialah dengan mendekati masyarakat awam. Media dengan jurnalisme sivik berusaha mendapatkan daripada anggota masyarakat isu-isu yang diprihatini dan pandangan mereka tentang isu tersebut. Jurnalisme sivik dengan itu memerdekakan diri dari sumber rasmi, dan dapat menjadi media yang terbuka, tidak elitis, dan lebih mendekati egalitarian. Media alternatif dengan itu lebih berani, lebih bersedia dan lebih fleksibel dalam melaporkan isu-isu semasa ketika berlangsungnya satu pilihanraya, khususnya dalam negara yang mengalami ketempangan demokrasi. Ini terjadi kerana media perdana terkekang oleh kehendak pengiklan, iaitu parti (pelabur) terbesar dan mahu kekal sebagai panopticon. Michel Foucault (1979) menggunakan metafora panopticon ini untuk menggambarkan bagaimana sesebuah organisasi besar mengawasi manusia, langsung mengawal dan menentukan kehidupan awam. Panopticon adalah adalah sejenis alat kawalan di penjara yang berpusat dan membolehkan pihak penguasa melihat dan memerhatikan banduan. Tujuan panopticon bukanlah untuk mengawasi semata-mata tetapi lebih untuk mewujudkan satu keadaan yang dirasai dan disedari kewujudannya, sekaligus menjamin kewujudan semacam satu kuasa sedang menentukan gerak laku banduan. Meskipun Foucault tidak secara terang merujuk media sebagai satu jenis panopticon, andaian bahawa media perdana hari ini mendapat tempat dan kedudukan di ‘menara kawalan panopticon’ tersebut adalah sangat relevan. Bahkan, lebih aneh, media juga disayangi sebagai fungsi panopticonnya itu. Sesuatu yang perlu diingat tentang panopticon ialah sifatnya; iaitu sifat ‘sedikit menentukan yang banyak’. Dalam hal ini sekumpulan minoriti (elitis) sedang menguasai, mempengaruhi, mencorak dan memegang umat majoriti melalui satu kawalan yang olok-olok atau kawalan momok-momokkan. Ia bukanlah satu kawalan yang sebenar[ii]. Fenomena segelintir ahli masyarakat yang dapat dipukau sehingga mereka mengimani ideologi media (elektronik ataupun cetak) tertentu adalah berkait rapat dengan gejala panopticon ini. Kecelakaan besar yang ditimpakan oleh media perdana panopticon ini adalah ia membantut, mengkontot, dan membasmi kekuatan jati diri bangsa sehingga pandangan sarwanya (world view) terhijab, epistemologinya (falsafah keilmuan) tertempurung dan aksiologinya (sistem nilai) terkepung. Ekoran dari kecelakaan besar itu, rakyat atau orang awam menjadi lumpuh fikir, mendapat strok pada pusat akal, kehilangan rasio dan lojik lantas membenarkan korupsi berganda menimpa pundak mereka. Kelihatannya, media perdana menghambakan rakyat. Sementara media alternatif dengan jurnalisme sivik bersikeras memerdekakan. Untuk melawan media perdana yang melakukan conditioning dan yang sedang berfungsi sebagai panopticon ini, jurnalisme sivik sedang mendepani pertempuran yang dahsyat. Masyarakat sivil yang kurang tercemar oleh sebarang conditioning dan belum dipukau serta kebal oleh panopticon perlu melakukan penggemblengan tenaga untuk menyusun strategi menerusi jurnalisme sivik. Ideologi tunggal media yang dinamai sebelum ini sebagai ‘ideologi media’ memerlukan strategi berkesan untuk dikalahkan. Antara strategi yang dapat digariskan adalah pertamanya keperluan menggerakkan semua yang dipunyai untuk membasmi sikap tidak peduli. Untuk umat Melayu yang beragama Islam, Allah berfirman dalam surah Hud pada ayat 46, terjemahannya: ’Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak peduli’. Tidak peduli adalah musuh utama manusia, malah merupakan sumber kepada segala korupsi. Sikap tidak peduli memadamkan cahaya dan kuasa yang mendorong manusia kepada kepupusan. Pasukan jurnalisme sivik perlu menggunakan seluruh daya media alternatif untuk menjawab dan memberi respon kepada asakan media perdana. Strategi kedua adalah sasaran. Jurnalisme sivik perlu menentukan sasaran. Strategi bertingkat untuk membetulkan sasaran yang telah mengalami ’brainwash’ perlu ditekuni. Oleh kerana manusia tidak memiliki daya taakulan yang sama, kreativiti dalam penyampaian rasa peduli di atas perlu dipelbagaikan. Ada sesetengah madh’u di luar sana yang ’bodoh’ dan terus mempercayai kebodohan tersebut. Mereka menjadi si bodoh tegar setelah mengalami latih tubi seperti anjing dengan bunyi denting loceng setiap jam 3 petang. Sang anjing atau ’si bodoh’ ini adalah kelompok yang sukar untuk dipulihkan. Analoginya tepat adalah mereka merupakan penagih tegar. Dadah sudah merasuk mereka. Yang boleh disedarkan ialah kelompok masyarakat yang ada sedikit kesedaran. Peranan mereka yang perlu membaja anggota komuniti yang separa sedar ini terletak di bahu jurnalis sivik yang antara lain adalah para intelektual awam, para ilmuan yang jujur, para budayawan yang memahami hakikat bahawa setiap kota itu peradaban, rumah di dalamnya haruslah budaya dan ’tiang serinya’ pula hendaklah agama. Oleh kerana itu, kumpulan terbesar dalam jurnalis sivik ini adalah golongan ’ulul albab’. Kesimpulan Di awal artikel ini ada disentuh mengenai tawaran kerajaan untuk parti pembangkang menerangkan isi atau muatan manifesto mereka di saluran televisyen rasmi RTM. Apa yang berlaku ialah tawaran terhad selama 10 minit untuk parti pembangkang, dan penggunaan media tanpa limit buat parti penyandang. Menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung beberapa minggu mendatang, tindak-tanduk media perdana yang mengekang informasi sihat dan menyarankan ideologi media kepada audien dapat diperhatikan coraknya. Media perdana melakukan proses conditioning tanpa segan silu, menunjukkan ketiadaan proses demokrasi yang sihat untuk semua entiti politik yang sedang bersaing. Sebagai panopticon, media juga memantau dan memaksakan gerak geri bakal pengundi. Dalam masa yang sama, kemunculan jurnalisme sivik dalam bentuk media alternatif memberi ruang perlawanan yang sedikit. Cabaran besar jurnalisme sivik ialah menentang ketempangan demokrasi. Media alternatif perlu berlaku kreatif dalam menyampaikan maklumat yang adil, fleksibel, lebih jujur kepada khayalak. Untuk tujuan itu, media perlu menimbangkan sikap tidak peduli sesetengah audien memandangkan mereka adalah mangsa conditioning. Seterusnya, media alternatif perlu menentukan sasaran. Audien yang sudah terpukau dengan media perdana tidak begitu bermanfaat untuk menyertai proses demokrasi yang sihat lagi. Khalayak ini telah pun menetapkan fikiran dan tekad mereka untuk memilih. Walaubagaimanapun, kehadiran golongan intelek yang menyumbang fikiran, idea dan ulasan di media alternatif dapat meningkatkan peranan jurnalisme sivik dan sedikit sebanyak mencorakkan rentak pilihanraya yang benar-benar sihat.

Nota   [i] Memadai misalnya untuk merujuk Shapiro, M.M. 1962. Temporal Relationship Between Salivation and Lever Pressing With Differential Reinforcement of Low Rates Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 567-571. Juga Kintsch, W. & Witte, R.S. 1962. Concurrent Conditioning of Bar-Press and Salivation Responses. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 963-968.  
[ii] Untuk pemahaman lanjut, lihat Foucault, M. 1979. Terj. Sheridan, A. Discipline and Punish: The Birth of the Prison. New York: Vintage Books.     Rujukan   Anderson, R. &. Dardene, R. &. Killenberg, G.M. 1994. The Conversation of Journalism: Communication, Community and News. Westport: CT Praeger.   Black, J (ed.) 1997. Mixed News: The Public/Civic/Communitarian Journalism Debate. Mahwah NJ: Lawrence Erlbaum.   Foucault, M. 1979. Terj. Sheridan, A. Discipline and Punish: The Birth of the Prison. New York: Vintage Books.   Gans, H.J. 1979. Deciding What’s News. A Study of CBS Evening News, NBC Nightly News, Newsweek and Time. New York: Pantheon Books.   Merritt, D.B. 1995. Public Journalism & Public Life: Why Telling the News is Not Enough. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.   Ramanathan, K. 1989. Asas Sains Politik. Shah Alam: Fajar Bakti.   Schudson, M. 1995. The Power of News. Cambridge MA: Harvard University Press.   Shapiro, M.M. 1962. Temporal Relationship Between Salivation and Lever Pressing With Differential Reinforcement of Low Rates. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 567-571.   Kintsch, W. &. Witte. R.S. 1962. Concurent Conditioning of Bar-Press and Salivation Responses. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 963-968.          
]]>

Perlunya Dialog Antara Agama

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Ramai yang mungkin sudah pun lupa akan apa yang ditulis oleh Ridhuan Tee Abdullah (Tee Chuan Seng) menerusi rencana bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” (Sinar Harian, 18 Februari 2013). Pelbagai pihak pada mulanya tampil menyelar keceluparan lelaki ultra kiasu itu menghina agama Hindu dan penganut agama berkenaan; sekali gus memberi imej negatif mengenai penganut agama Islam. Rencana susulan yang masih juga celupar, menghina agama Hindu dan membuktikan realiti sikap ultra kiasu yang dimilikinya tidak disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 25 Februari 2013 kerana dianggap sensitif. [caption id="attachment_1755" align="alignright" width="150"]Interaksi antara agama perlu digalakkan dan disuburkan. Interaksi antara agama perlu digalakkan dan disuburkan.[/caption] Bagaimanapun lelaki bermulut celupar itu menyiarkan rencana berkenaan di laman umum Goodreads pada 24 Februari 2013, kononnya “atas permintaan semua”. Tidak setakat itu, wakil akhbar Sinar Harian yang kononnya berjanji akan meminta lelaki ultra kiasu itu memohon maaf atas keceluparannya ternyata tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan Ridhuan Tee lebih berkuasa daripada penerbit akhbar berkenaan. Buktinya adalah apabila tulisan lelaki ultra kiasu yang “lebih Melayu dari Melayu dan merosakkan imej Islam” (Sinar Harian, 25 Mac 2013) masih disiarkan di akhbar berkenaan secara mingguan tanpa sebarang sekatan. Ketua Publisiti dan Perhubungan MIC, Vell Paari sebelum ini lantang bersuara menentang tindakan Ridhuan Tee serta mengancam (kononnya) akan berkempen meminta orang ramai tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika tiada tindakan diambil ke atas lelaki ultra kiasu itu. Bagaimanapun, dia seolah-olah sudah berpuas hati dan selesa selepas wawancara dua halaman penuh bertajuk “Elak guris hati mana-mana kaum” disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 27 Februari 2013. Berdasarkan apa yang berlaku sejak dahulu, tidak salah apabila dikatakan bahawa orang “Bukan Hindu” sering mempersenda dan menghina agama Hindu. Soalnya, mengapa perkara ini berlaku di Malaysia? Mungkinkah disebabkan kelemahan penganut agama Hindu sendiri? Maknanya, penganut agama Hindu sendiri kurang memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama Hindu, lalu tidak mampu tampil mempertahankan agamanya apabila dihina atau dipersenda orang lain. Atau adakah perbuatan menghina agama Hindu menunjukkan bahawa orang “Bukan Hindu” tidak memahami agama Hindu serta orang itu sebenarnya tidak memahami agamanya sendiri. Saya berani mengatakan bahawa orang yang ada pegangan agama pasti tidak akan menghina mana-mana agama. Atau adakah penganut agama Hindu sendiri yang menghina agama Hindu? Atau sikap penganut agama Hindu sendiri yang memberikan imej negatif mengenai agama Hindu sehingga sanggup dipersenda dan dihina orang “Bukan Hindu”? Demikian pelbagai persoalan yang muncul dalam minda; khususnya selepas klip video melibatkan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia, Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar luas di ruang siber pada penghujung April 2013. Reaksi ikhlas rakan-rakan [caption id="attachment_1756" align="alignright" width="150"]“Do onto others as you would have them do onto you.” “Do onto others as you would have them do onto you.”[/caption] Mantan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengaku membuat kenyataan itu “sepuluh tahun dahulu” kerana kononnya terpengaruh dengan “politik sempit, sifat jumud, ekstremis dan cauvinis” yang dimilikinya semasa bersama-sama PAS dan PKR. Agaknya pegangan agama lelaki itu begitu lemah sehingga dia “yang berpendidikan undang-undang di Eropah” boleh turut menjadi ultra kiasu sehebat Ridhuan Tee. Selepas Zulkifli “menyusun sepuluh jari saya mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mereka (penganut agama Hindu) kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu” (Free Malaysia Today, 3 April 2013), keluar pula satu lagi klip video mengenai tindakannya menuturkan ayat-ayat seperti “entah k** mana bawa kitab Hindu dia” dan “k** ni bawa kitab Hindu sumpah” pada 6 Mac 2013. Saya membuka perbincangan (dialog) mengenai isu ini di Facebook untuk mendapatkan komen ikhlas daripada rakan-rakan pelbagai kaum dan agama. Sekurang-kurangnya boleh berlaku dialog antara agama secara sihat dan membina. Gaijin Rurouni Kenshin berpendapat bahawa orang yang suka mempersendakan agama penganut agama lain “sebenarnya tidak beragama kerana jika dia beragama, dia tidak akan sesekali memperkecilkan agama lain kerana ajaran agama masing-masing cukup jelas iaitu menghormati mana-mana agama.” Seorang rakan penulis yang dikenali menerusi nama pena Chulan Chin Priaprai bersetuju dengan pandangan di atas. Malah, beliau memberikan contoh terbaik daripada terjemahan ayat 6, Surah al-Kafirun dalam Quran iaitu “untukmu agamamu, untukku agamaku”. “Malahan, bagi orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam yang benar, banyak larangan untuk mempersendakan agama lain. Mempersendakan di sini bermaksud mengejek, mengeji atau mempermainkan tanpa hujah dan dalil. Perkara ini memang terkutuk,” kata Mohd Shah Rizal Samsudin. Dalam komennya yang agak panjang di Facebook, beliau turut menyingkap sejarah bagaimana Nabi Muhammad SAW sentiasa melarang umatnya menghancurkan rumah ibadat, membunuh tawanan (kanak-kanak, wanita dan orang tua), serta melarang menebang tanaman dan sebagainya kerana melanggar norma peperangan. [caption id="attachment_1757" align="alignleft" width="150"][Vell] – Vell Paari kelihatan diam selepas wawancaranya disiarkan di akhbar. [Vell] – Vell Paari kelihatan diam selepas wawancaranya disiarkan di akhbar.[/caption]“Akhlak Islam juga mengajar untuk jangan mengeji atau menghina orang lain tanpa asas dan dalil, kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik daripada orang yang menghina secara serkap jarang. Allah SWT dalam kitab yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW menegaskan hal ini dalam salah satu ayat,” katanya. Mohd Shah mengemukakan ayat ke-108 daripada Surah Al-Anam di mana terjemahannya adalah seperti berikut: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” Rakan itu turut berpesan menerusi komennya: “Jika tuan melihat, membaca atau mendengar seseorang yang menghina Tuhan agama-agama lain tanpa dalil dan asas, ketahuilah bahawa mereka itu lemah iman akibat jahil dan Islam berlepas diri daripada kejahilan mereka.” Usah persenda mana-mana agama Agak menarik untuk diperhatikan bahawa rakan-rakan beragama Islam turut tampil memberikan penjelasan dalam isu-isu ini. Pasti mereka tidak mahu tindakan ultra kiasu seperti Zilkifli dan Ridhuan Tee mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. Seorang lagi rakan penulis, Abdullah Abdul Rahman (Tabir Alam) mengingatkan tentang peraturan penting (golden rule) iaitu “Do onto others as you would have them do onto you” (berbuatkan kepada orang sebagaimana kamu mahu orang berbuat terhadap kamu). “Persoalannya, mengapa kita harus mempersendakan agama anutan orang lain? Diri sendiri belum pasti lebih baik atau alim berbanding orang lain. Semua kebaikan dan keburukan adalah dalam pengetahuan Tuhan,” kata anak jati Ipoh, Perak itu. Dalam pada itu, Abdullah turut memberikan sedikit nasihat penuh ikhlas kepada rakan-rakan beragama Hindu: “Elakkan adegan memarahi dan memaki Tuhan apabila berada dalam keadaan kritikal dan bermasalah; seperti sering dipaparkan dalam filem-filem Tamil. Adegan seperti itu mungkin diambil oleh penganut agama lain sebagai contoh dan peluang untuk mengesahkan sendaan yang mereka lakukan.” Saya menganggap pandangan Abdullah sebagai teguran membina yang bersifat positif dan berniat murni. Dalam pada itu, dialog antara agama juga perlu diperbanyakkan, seperti diingatkan oleh Isadli Al-Lanasi, “untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan saling menghormati”. Apabila bercakap mengenai tokoh agama Islam, satu-satunya tokoh Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad SAW. Maka, saya amat bersetuju apabila Samsudin Jidin mengemukakan pandangan: “Cuba ambil sumber lain untuk memperkukuh hujah. Contohnya, bagaimana Rasulullah SAW melayani ketua mubaligh Kristian di Masjid Madinah dan sebagainya.” Perlu diakui bahawa individu Bukan Islam di Malaysia “boleh belajar dengan mudah kepercayaan dan falsafah Islam yang diajarkan di sekolah, serta terdedah pada media RTM yang banyak mempromosi Islam” seperti dinyatakan oleh Cikgu Suguz dari Kota Kemuning, Shah Alam. Guru swasta itu yang berasal dari Bedong, Kedah menegaskan realiti orang Melayu/Islam kurang peluang untuk mengetahui hal-hal berkaitan kepercayaan sebenar penganut agama-agama lain, terutama agama Hindu. “Pelajar beragama Hindu dari sekolah kebangsaan – termasuk saya – tiada masalah memahami agama Islam tetapi orang Melayu/Islam tidak ada peluang atau tidak diberikan peluang yang sama. Malah, saya berani mencabar mana-mana orang Islam bahawa saya lebih mengetahui agama anda (Islam) berbanding kamu mengetahui agama saya (Hindu),” katanya. Bagi Sham Dharma pula, beliau berpegang pada Hukum Karma; iaitu apabila seseorang (tanpa mengira kaum, agama atau etnik) melakukan keburukan terhadap orang lain, maka orang itu akan menerima hukuman (balasan) yang setimpal. Penganut Hindu juga perlu akui kelemahan [caption id="attachment_1764" align="alignleft" width="150"]Kavyan akan meneruskan Konvoi Rumah Ibadat dan Dialog Antara Agama sambil memartabatkan Bahasa Malaysia. Kavyan akan meneruskan Konvoi Rumah Ibadat dan Dialog Antara
Agama sambil memartabatkan Bahasa Malaysia.[/caption] “Pada penelitian saya, sikap bertolak-ansur lebih tinggi dalam kalangan penganut agama Hindu. Kita menghormati dan memahami budaya lain serta selalu bersikap memberi laluan kepada orang lain. Mungkin sebab itulah kita selalu diperlekehkan dan tidak dihormati seperti yang sepatutnya. Saya benar-benar hairan mengapa situasi seperti ini masih berlaku hari ini walaupun kita ada sistem pendidikan yang menerapkan pendidikan moral dan nilai-nilai murni,” katanya. Pensyarah, penyelidik dan aktivis dari Bandar Baru Bangi, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir menyatakan bahawa beliau berusaha memahami ajaran dan budaya Hindu menerusi pembacaan dan kajian. Saya sendiri ada ramai kenalan “Bukan Hindu” yang mengamalkan sikap terbuka seperti ini yang sebenarnya selaras dengan ajaran sebenar Islam dan Sunah Rasulullah SAW. Pada penelitian Jas Guna Senggani dari Sungai Petani, Kedah, ramai orang “Bukan Hindu” tiada pendedahan mengenai agama itu serta diberikan pula fakta yang amat negatif mengenai agama Hindu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Manakala bagi orang Hindu pula, mereka gagal meletakkan diri mereka pada sudut pandangan yang positif dalam kalangan masyarakat daripada agama-agama lain,” kata pakar perancang kewangan Islam itu menerusi mesejnya. Seorang lagi rakan dari Negeri Jelapang Padi, Revathi menambah pandangan bahawa masalah juga timbul berikutan penganut agama Hindu sendiri yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama mereka berikutan tidak diberi pendidikan dan penekanan sejak kecil. “Di sekolah pula, pelajar Islam diwajibkan belajar subjek agama Islam tetapi sistem pendidikan di Malaysia tidak menggalakkan pengajaran dan pengajaran agama-agama lain kepada pelajar Bukan Islam. Sistem agama Hindu yang kompleks juga sering disalah tafsir oleh ramai orang. Selain itu, sikap lebih mengutamakan budaya, adat dan ritual berbanding agama menyebabkan mereka terlepas pandang ajaran sebenar dan ilmu sains dalam ajaran agama Hindu,” kata siswazah undang-undang (LLB) itu yang kini tinggal di Kuala Lumpur. Turut terlibat dalam dialog terbuka di Facebook ialah Mohd Hafiz Andrew Kusairi yang lahir di Kuching, Sarawak dan kini menetap di Pekan, Pahang. “Saya tidak tahu agama Hindu secara mendalam tetapi saya suka fahami dialog antara agama. Ajaran dalam Islam adalah supaya sentiasa menghormati agama-agama lain selagi pihak Bukan Islam menghormati agama Islam,” kata guru berkenaan. Pada penelitian Dr Roland Victor (Diego Garcia) dari Kuala Lumpur, fenomena yang berlaku sebenarnya tidak asing bagi mana-mana agama. “Ia berlaku apabila penganut diajar untuk menilai agama dari segi dogma; bukan berasaskan nilai dan prinsip hidup,” katanya. Mungkin sahaja perbincangan yang berlaku di ruang siber tidak mampu mengatasi “aura negatif” yang disebarkan secara meluas oleh golongan etnosentrik, rasis, fanatik dan ultra kiasu. Sekurang-kurangnya memberikan harapan kepada kita bahawa dialog antara agama masih ada ruang dan tempat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama di negara bertuah ini.  

]]>