Ada apa dengan Tuhan?

Tuhan, aku ingin berbicara dengan Engkau dalam suasana yang bebas, aku percaya bahawa Engkau tidak hanya benci pada ucapan-ucapan yang munafik, tetapi juga benci pada fikiran–fikiran yang munafik, iaitu fikiran–fikiran yang tidak berani memikirkan yang timbul dalam alam fikirannya, atau fikiran–fikiran yang pura–pura tidak mahu tahu akan fikirannya sendiri…’ – Ahmad Wahib, 9 Jun 1969 Di Malaysia perbincangan tentang Tuhan tidak mendalam. Sering sahaja didengari ungkapan ungkapan yang berbunyi: “Tuhan, ku ketuk pintuMu”, atau “sepatuku dicuri tangan Tuhan sendiri, takdir tetap pasti, bahawa Tuhan tak akan memotong tanganNya sendiri.” Kita terus gegak gempita, meloncat, seolah di Malaysia ini adalah ranah wajib bertuhan dan barangsiapa yang tidak bertuhan, meragukan atau mengkritik Tuhan darah mereka adalah darah seorang bughah (sang pemberontak) dan halal diminum. Seperti rukun iman dan rukun Islam itu adalah wajib ditaati tanpa soal, diikuti tanpa tanya bagi seorang yang lahir dalam keluarga Melayu dan bersunat, begitu jugalah rukun negara, yang mengatakan tentang kepercayaan kepada Tuhan. Apakah golongan ateis, agnostik atau Muslim-Muslim yang mepersoalkan tentang Tuhan tiada tempat di Malaysia? Wacana dikongkong institusi Sedar atau tidak, isu kepercayaan, akidah, iman dan sebagainya – isu-isu pegangan fundamental – telah ditawan oleh mereka–mereka yang memegang kuasa. Seolah-olah sesiapa sahaja yang menjadi warganegara 1 Malaysia, selain mesti menerima Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, mesti menerima Tuhan, atau mempercayai Tuhan. Tetapi hakikatnya polemik dan huru-hara di Malaysia kebelakangan ini bukan berasal dari mereka-mereka yang tidak beragama atau tidak bertuhan. Sebaliknya ia dimainkan oleh kelompok-kelompok pelampau yang mengaku bertuhan. Kita tidak pasti apakah Tuhan yang mewahyukan kepada mereka untuk menjadi ekstrimis? Belum ada rekod lagi ateis atau agnostik yang memijak kepala lembu atau melempar babi ke dalam masjid. Sejarah menunjukkan bahawa perbincangan tentang Tuhan sudah berleluasa dalam masyarakat Islam. Contohnya pada suatu masa dulu ia diterajui oleh golongan Asya’irah – Wahhabiyah yang menyoal sama ada Tuhan bertempat atau tak bertempat, bertangan atau tak bertangan, berkaki atau tak berkaki. Tetapi, apa yang juga nyata dalam sejarah adalah bagaimana polemik ketuhanan mudah dipolitikkan. Jadi jika pemerintah memilih untuk berfahaman mujassimah (menjisimkan Tuhan) maka sesiapa sahaja yang berbeza fahaman ketuhanan dengan mereka akan dibuli, akan ditakut-takutkan. Apabila naik pemerintah yang berfahaman lain pula maka fahaman-fahaman ketuhanan yang lain pula akan dibuli dan disekat. Hanya fahaman pilihan pemerintah sahaja yang akan dipupuk, disemai, ditabur benih, diberikan subsidi itu subsidi ini, sementara fahaman ketuhanan yang lain boleh dianggap ‘dipaksa untuk mati’, jika kita benar-benar meneliti. Akan tetapi persoalan yang paling asas jarang ditanya. Wacana-wacana tentang nama Tuhan itu akhirnya berfaedah kepada siapa? Kepada manusia? Atau kepada Tuhan? Jika faedahnya kepada manusia, apakah faedahnya? Kita mahu tahu.  Jika faedahnya kepada Tuhan, apakah Tuhan itu mengambil faedah daripada makhluk? Apakah Tuhan itu terlalu lemah sehingga memerlukan makhluk? Apakah yang diajar di sekolah? Apakah pemerintah takut akan ilmu-ilmu yang dianggap mencabar akidah, seperti teori evolusi, panteisme, agnostisisme, ateisme dan animisme? Apakah pemerintah takut akan soalan-soalan asas falsafah? Sampai bila empangan ini mampu bertahan? Ketakutan itu hanya menunjukkan bahawa mereka yang kononya beragama percaya tapi tidak benar-benar jelas apakah yang dia percaya. Bahkan, ajaran Islam yang diajar, di sekolah mahupun di universiti, sangat main -main dan sangat selective. Kita tidak berani mengajar aliran-aliran intelektual Islam yang lain seperti Syi’ah, Mu’tazilah, Khawarij dan Ahmadiyah. Kenapa? Bukan kerana kita jelas dengan kebenaran kita secara yang mutlak, tetapi kerana aliran sejarah secara kebetulannya membawa kita ke kelompok yang mendokong ideologi pihak pemenang, berkuasa atau majoriti. Kita terlalu takut, entah pada siapa, entah gementar kepada siapa. Kita melaung, mengatakan kita benar, tetapi kita takut dicabar. Betapa rapuhnya kita. Apa peranan jabatan agama? Jabatan-jabatan yang menguasai agama sepatutnya menguasai ilmu dan kebenaran. Akan tetapi, apa yang kita lihat kebelakangan ini ialah mereka akan menghambat sesiapa yang berani berdebat dengan mereka ke dalam akta itu dan akta ini. Melucukan. Jabatan – jabatan yang menguasai agama ini, tidak pernah menghasilkan apa- apa buku untuk menghuraikan siapa dia Karl Marx, siapa dia Charles Darwin, Richard Dawkins atau Christopher Hitchens. Mereka tidak pernah berfikir atau menjelaskan tetang teori evolusi, beza ateis dan agnostic, perbezaan panteisme Eropah moden dan wahdatul wujud dan idea-idea lain yang pernah diterajui wacana intelektual dunia. Tidak ada dan tidak ada. Baikpun mufti-mufti, baik yang intelektual Islam seperti ABIM atau PKPIM, atau golongan professional seperti JIM. Tidak ada. Islamis pun tidak ada Jangan haraplah gerakan yang berorientasikan kekuasaan seperti PAS, HT, ISMA dan Pembina nak bincang. Semua gerakan Islamis ini hanya berbincang bagaimana mahu berkuasa, mencapai kekuasaan, membolot kekuasaan dan berkompromi dengan siapa dan oleh siapa. Mereka tak sempat nak membelek buku tentang Tuhan atau nak berfikir tentang Tuhan. Ada kemungkinan besar Karen Armstrong itu mereka ingat adik perempuan kepada angkasawan yang naik ke bulan, Neil Armstrong. Mereka cuma pandai menyewa hujah-hujah Qardhawi, Zakir Naik atau Harun Yahya. Hujah-hujah yang mereka bangunkan sendiri boleh dikatakan tiada, kosong, namun mereka ingin mengatakan bahawa mereka telah berdakwah. Kita mengharapkan orang-orang Islam di luar negara tidak diganggu, tidak ditindas, bebas mengamalkan kepercayaan Islam mereka. Tetapi bukankah ironi dan munafik apabila di dalam negara kita sendiri sesiapa sahaja yang mahu berbeza kepercayaan dengan kita, mahu berbeza Tuhan dengan kita, atau tidak mahu percaya Tuhan sepertimana kita, ditahan dan dirampas kepercayaannya? (Rencana ini ditulis selepas penahanan Pak Kassim di Kulim)       unnamed

]]>

Kuasai BM, kekalkan jati diri

E Pian berkongsi pengalaman semasa sesi ceramah. E Pian berkongsi pengalaman semasa sesi ceramah.[/caption] Demikian antara intipati penting daripada sesi ceramah yang disampaikan oleh E Pian Pro Paul (Pian Chindaphed) kepada sekumpulan guru Bahasa Malaysia dari SJKC Kuen Cheng 1 dan SJKC Kuen Cheng 2 pada 20 Mac 2014. Pandangan dan hujah yang diketengahkan itu mungkin kedengaran agak biasa tetapi sebenarnya amat penting dalam usaha memastikan masyarakat pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama di negara bertuah ini dapat sama-sama meningkatkan usaha menguasai Bahasa Malaysia tanpa perlu mengorbankan jati diti. Dalam sesi ceramah sekitar sejam di Bilik Mesyuarat SJKC Kuan Cheng 2, Kuala Lumpur, penulis berketurunan Siam dan beragama Buddha itu yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkongsi pengalaman sendiri untuk dijadikan contoh terbaik kepada para guru yang hadir. “Penduduk keturunan Siam dan Cina di Kelantan memang cukup akrab dengan bahasa dan budaya Melayu. Malah, saya dan abang saya berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu Siam. Bersama anak-anak pula, saya menggunakan bahasa Siam Kelantan. “Sejak kecil, saya bergaul dengan orang Melayu di kampung saya iaitu Kampung Padang, Gelang Mas, Pasir Mas. Penggunaan Bahasa Malaysia standard pula dikuasai menerusi pembacaan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” E Pian menceritakan secara santai. [caption id="attachment_3161" align="alignleft" width="150"]Kelompok penulis Siam diangkat dalam Dewan Sastera, Ogos 2013. Kelompok penulis Siam diangkat dalam Dewan Sastera, Ogos 2013.[/caption] Minat membaca membawa pula kepada minat menulis cerpen di mana karya pertamanya – sebuah cerpen yang ditulis pada tahun 1984 – tersiar dengan judul “Mek” di akhbar Watan, tiga tahun kemudian. Bakatnya terus diasah apabila menyambung pengajian di Jabatan Penulisan, Universiti Malaya pada 1987-1990. “Penguasaan bahasa yang saya miliki bukannya datang semata-mata kerana saya lahir dan membesar dalam kalangan orang Melayu di Kelantan. Sebaliknya, saya belajar Bahasa Malaysia secara formal bukan hanya di sekolah tetapi juga dengan banyak membaca buku dan majalah. “Semasa saya di sekolah menengah, mendiang ayah saya pernah berpesan kepada saya bahawa sebagai seorang anak Malaysia, saya wajib mahir dalam penggunaan bahasa kebangsaan,” kata beliau yang kini menjawat jawatan pegawai perancang bahasa di Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. Kes-kes terpencil beri gambaran negatif Kata-kata itu segera mengingatkan saya kepada sajak “Datukku Bahasa Malaysia” (Siasah, Oktober 2002) di mana watak “datuk” berpesan kepada “saya”: “Kau tidak harus hanya berbangga bercakap bahasa ibunda; kau tidak harus hanya berbangga bercakap bahasa Inggeris; tetapi kau wajib berbangga bercakap Bahasa Malaysia.” E Pian turut menceritakan kepada para guru yang hadir bahawa beliau mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mengakui bahawa langkah itu membuatkan ramai yang mengandaikan bahawa beliau akan meninggalkan agama asal (Buddha). Walau bagaimanapun, amat membanggakan bahawa penulis keturunan Siam ini masih mengekalkan jati diri dan agama asal. Pada masa sama, beliau berbangga kerana menguasai Bahasa Malaysia dan agama Islam secara mendalam. Situasi seperti ini memang selalu berlaku dalam kalangan penulis Bukan Melayu yang terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia. Saya mula menulis secara profesional pada tahun 1992. Penguasaan Bahasa Malaysia (Melayu), budaya Melayu dan agama Islam yang dimiliki adalah membanggakan. Akibatnya, soalan yang sering diajukan oleh rakan-rakan penulis dan wartawan Melayu-Islam adalah sama ada saya mempunyai “niat” meninggalkan agama asal dan mengahwini orang Melayu. Saya menyifatkan pertanyaan itu sebagai “soalan kedua paling bodoh” selepas soalan “Bagaimana saudara boleh fasih Bahasa Malaysia?” Pengalaman awal saya berdepan dengan orang dan pertanyaan seperti ini terungkap dalam cerpen “Impian Syarif” (Siru Kambam, 1996) dan makalah “Pertanyaan yang Memalukan” (Pelita Bahasa, Ogos 1997). Di sisi yang lain pula, masyarakat Bukan Melayu berhak untuk kecewa dengan sikap beberapa individu (penulis) yang memilih untuk meninggalkan agama asal – malah “meninggalkan” kaum dan budaya asal! – berikutan penguasaan bahasa Melayu. Gambaran negatif yang dihantar oleh kelompok kecil dalam kes-kes terpencil seperti ini adalah bahawa sekiranya seseorang menguasai Bahasa Malaysia (Melayu), mendalami ajaran Islam serta mengenali budaya orang Melayu, maka ada kemungkinan besar bahawa individu terbabit akan meninggalkan agama asal. Beberapa contoh penulis Bukan Melayu E Pian yang merupakan penerima pelbagai anugerah penulisan, khasnya Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, menjadi contoh baik untuk menunjukkan bahawa seseorang penulis tidak perlu berkompromi dalam soal bahasa ibunda, jati diri, agama, budaya dan tradisi apabila terlibat dalam bidang penulisan bahasa kebangsaan. Dalam sesi ceramah berkenaan, turut disentuh mengenai beberapa penulis Bukan Melayu yang aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan didapati bahawa terdapat suatu persamaan yang amat ketara antara kesemua mereka. Lim Swee Tin lahir dan membesar di Bachok, Kelantan dan mengakui bahawa “membesar di kalangan orang Melayu” menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada penguasaan bahasa Melayu yang dimilikinya. Saroja Theavy Balakrishnan berasal dari Kedah manakala Raja Rajeswari Seetha Raman membesar di Bagan Serai, Perak. Kedua-dua mereka juga mengakui secara terbuka bahawa faktor utama penguasaan bahasa Melayu adalah pergaulan dengan jiran-tetangga kaum Melayu. Dalam kes saya pula, sepertimana saya tegaskan menerusi suatu wawancara (theSun, 16 Julai 2009), saya lahir dan membesar di sebuah kampung berpenduduk majoriti kaum India. Saya tidak rela berpura-pura mengatakan bahawa penguasaan Bahasa Malaysia yang saya miliki adalah kerana saya membesar dalam kalangan jiran Melayu. Sebaliknya, saya sentiasa menegaskan dengan bangga dan gembira bahawa walaupun saya membesar di Aulong Lama, Taiping dalam kalangan kaum India (dan satu atau dua jiran Melayu), penguasaan Bahasa Malaysia tidak menjadi masalah kerana ia bahasa kebangsaan yang sama-sama kami cintai sejak usia muda. Sewaktu membincangkan topik berkenaan, E Pian mengakui bahawa walaupun tidak membesar atau bergaul sepenuhnya dengan orang Melayu, seseorang masih boleh menguasai bahasa kebangsaan sekiranya bahasa itu digunakan dalam kalangan masyarakat dan kawan-kawan sendiri. Penulis kumpulan cerpen Garis Sempadan (2010) itu memberikan contoh di mana rakan-rakan pelbagai kaum (Bukan Melayu) boleh sahaja menggunakan Bahasa Malaysia untuk berkomunikasi walaupun individu kaum Melayu tidak hadir dalam perbualan itu. Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor Suatu contoh baik yang E Pian berikan adalah suasana di Sabah dan Sarawak di mana penduduk pelbagai kaum, etnik, keturunan dan latar belakang menggunakan Bahasa Malaysia secara lazim untuk berkomunikasi. Hal ini membuktikan bahawa Bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu semata-mata. Malah, hasil pergaulan saya dengan rakan-rakan Bukan Melayu dan Bukan Islam di Sabah dan Sarawak, mereka turut menggunakan Bahasa Malaysia dalam kalangan kelompok sendiri; termasuk dalam upacara keagamaan. Contoh paling dekat adalah penggunaan Bahasa Malaysia dalam upacara keagamaan Kristian di gereja. Saya juga secara penuh sedar menggunakan Bahasa Malaysia untuk menghasilkan makalah dan cerpen yang mengangkat kisah serta budaya India dan agama Hindu; walaupun sering dituduh “cuba menyebarkan agama Hindu”. [caption id="attachment_3159" align="alignleft" width="150"]Budaya dan agama dikekalkan orang Siam di Kelantan. Budaya dan agama dikekalkan orang Siam di Kelantan.[/caption] Di sisi yang lain, penguasaan dan penggunaan Bahasa Malaysia tidak pula bermakna bahasa ibunda serta bahasa-bahasa lain dipinggirkan. Perkara ini turut diakui E Pian yang merupakan Setiausaha Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor (Pesila). “Walaupun kita mahir dalam bahasa kebangsaan, ia tidak menghilangkan jati diri kita. Saya boleh menegaskan perkara ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. “Walaupun saya menulis sajak, cerpen, skrip drama dan televisyen, serta menjadi pegawai perancang bahasa di DBP dan menguasai bahasa kebangsaan, tetapi semua itu tidak sedikit pun menghilangkan jati diri saya sebagai individu keturunan Siam dan beragama Buddha,” katanya. Saya turut bangga dengan usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan oleh Pesila sejak 1998 untuk memastikan penduduk keturunan Siam di Malaysia tetap menguasai, menghargai dan memelihara bahasa, budaya, jati diri dan agama kelompok berkenaan. “Salah satu objektif penubuhan Pesila adalah untuk mewujudkan sekolah bahasa Thai di Kuala Lumpur. Dalam perlembagaan persatuan, dinyatakan secara jelas bahawa Pesila bermatlamat mengembalikan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan ahli persatuan dan masyarakat Siam tanpa mengabaikan kepentingan bahasa kebangsaan,” beliau menegaskan. Semangat waja seperti ini wajar disebarkan kepada lapisan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan keturunan di Malaysia dalam usaha meraikan kepelbagaian yang sesungguhnya merupakan keunikan yang mungkin hanya terdapat di negara bertuah ini.         unnamed

]]>

On Hate Speech, Dehumanization, Demonization and Violence: The Indonesia Islamic Defenders Front

By Mark Woodward Hate speech is a common, but incompletely understood kind of contentious discourse. The term hate speech is most commonly used to describe disparaging remarks about ethnic,racial and religious minorities and LGBT communities. Basically, hate speech applies extremely negative stereotypes to individuals and groups not because of what they do or say, but because of who they are. It contributes to and is used to justify, racism, sectarianism, discrimination, social ostrasization,violence and even genocide. Hate speech is like pornography. It is easy to recognize and hard to define. Hate“speech” can be more than talk and does not always rely on language. Some of the most virulent forms of hate speech are actually symbols, graphics, cartoons,videos and photo-shopped images. There are no internationally accepted standards for defining hate speech, let alone for distinguishing the merely disgusting from the life threatening. Extreme cases in which speakers call on people to kill others or drive them from their homes are easy to spot. Others, which make symbolic associations between people and dangerous, despised beings, substances, entities, diseases, behaviors or objects,are not so clear. The absences of standards make it difficult to control hate speech, especially in countries where freedom of speech is greatly valued and legally protected. Some countries have strict hate speech laws with severe punishments for offenders.Others have none. In Canada advocating genocide or hatred of “any section of the public distinguished by colour, race, religion, ethnic origin or sexual orientation” is punishable by as much as fourteen years behind bars. Just across the border in the United States, there are no hate speech laws. In the US it is legal to refer to the president as a “subhuman mongrel,” a term Nazi’s used to describe Jews, Romani and other people they targeted for extermination. In Indonesia hate speech is unrestricted. In all but the most extreme cases linguistic and cultural subtleties make hate speech hard to define. For example, to call someone a “fat pig” is insulting,especially if he/she is Jewish or Muslim — but it is hardly hate speech. To say “all of those people are fat pigs” may be another story.  Hate speech can also be culturally specific. Some words and expressions are vitriolic in some societal context but nearly meaningless in others. In Indonesia, referring to people as “cancer” is hate speech especially when coupled with the expression “which must be removed.”   In the United States calling people cancer wouldn’t make cultural sense and could hardly be thought of as hate speech. In this essay I draw on my experience with the Indonesian Islamic Defenders Front(FPI). There is nothing exceptional about FPI. It is a band of thugs with an articulate, charismatic leadership that uses hate speech and violence to intimidate ethnic and religious minorities. Unfortunately there are similar groups in many other countries. FPI is just the one I know best. Two examples of FPI rhetoric show how difficult distinguishing the merely disgusting from the dangerous can be. In a video posted on YouTube in 2008 FPI leader Sobri Lubis says: We call on the Muslim community. Let us go to war with Ahmadiyah! Kill Ahmadiyah wherever they are! God is great! God is great! Kill! Kill! Kill!  :http://www.youtube.com/watch?v=ynunOMEtUmg This is hate speech. Worse still, it is lethal hate speech because rank and file FPI members have killed Ahmadiyah Muslims and savagely beaten others. This poster located just outside FPI headquarters in Jakarta is more ambiguous. [caption id="attachment_3149" align="alignright" width="180"]indonesia damai Indonesia peace without liberals[/caption] If it were to be displayed by a non-violent organization it would be contentious political discourse. Displayed by FPI it is more sinister because the word “without” carries a thinly veiled threat of violence. In books and on other posters FPI describes “liberals” including many of Indonesia’s most respected Muslim intellectuals as “more satanic that Satan.”  That is definitely hate speech. Understanding Hate Speech What follows is a model for understanding the difference between hate speech and contentious civil discourse. Like all models it is reductionist. But reductionism is a kind of explanation that helps us make sense of ambiguity and complexity. We can locate contentious discourse and hate speech on a five-point scale measuring the degree to which an individual or group endorses symbolic or physical violence. 1.     Discussion and even argument about differences — as long as it is conducted in civil terms. 2.     Unilateral condemnation of others. 3.     Dehumanization of others. 4.     Demonization of others. 5.     Explicit provocation of violence. Levels1 and 2 are civil discourse because they do not implicitly or explicitly threaten violence. Levels 3 through 5 are hate speech. They make threatening,hurtful symbolic associations and are inherently dangerous. They are psychological violence that can easily lead to physical violence. Dehumanization and demonization require some explanation. They are the psychological concepts drawn from the literature on rumors and collective violence. The are the keys for distinguishing between civil contentious discourse and hate speech. Dehumanization is a psycho-symbolic process that defines others as less than fully human. They are said to lack some combination of valued human qualities such as agency,independence, compassion, consideration for others, honesty, dignity and restraint. It can also be referring to them as non-human beings. Psychologists distinguish between self and other directed dehumanization. Other directed dehumanization makes negative judgments about others. Calling groups of people lazy, greedy, deviant, perverted, dishonest (among other things) or referring to them as dogs, pigs, rats, lice, vultures (among other animals) are but a few examples. Self directed dehumanization is a sense of   real or imagined disempowerment in the faceof real or imagined overwhelming force. Hate speech often defines the speaker and her/his community as powerless victims, even if they are not. Ironically as powerless victims, they are entitled to use extreme measures to “defend”themselves against subhuman others. Hence the claim that because we cannot contain threatening “deviants” by ordinary means, using violence against them is morally justified.  This is the type of logic FPI uses to justify attacks on Ahmadiyah Muslims and other minorities.This is twisted logic and hate speech is twisted logic. It often appears to be logical and never actually is. Demonization is an extreme, and especially dangerous form of other directed dehumanization.It defines “enemy others” as existential threats and if religious language is used, as the embodiment of evil. Demonization involves the projection of deeply seated fears or archetypes of evil onto opponents. Sometimes demonization is literal. FPI, for example, adds the name “Iblis” (the devil) to those of its long list of designated enemy others. At others it is slightly subtler, referring to enemy others in ideological terms or as life threatening diseases.  Existential threats take symbolic forms suited to the context in which hate speech is located. Communist on Wall Street, Satan in the Vatican and Malaria in Sub-Saharan Africa have similar meanings. FPI Demonization FPI demonization This poster is also on display at FPI’s Jakarta headquarters. It is a graphic example of the literal demonization of enemy others. It show FPI leader Rizieq Shihab and an FPI fighter confronting a band of demons that includes Mizra Ghulam, the founder of the Ahmadiyah movement and many prominent Indonesian intellectuals all of whom are described as satanic, deviant, apostate, idiotic,unbelievers. It is hard to imagine a clearer example of demonization based hate speech. Level four hate speech, falls just short of calling for physical violence. It typically includes some or all of the following claims: 1.     The other is inherently evil. 2.     This evil poses an existential threat. 3.     The other cannot or will not change. 4.     Therefore,the other must be destroyed. 5.     Destruction of the other is virtuous. Conflict stemming from or justified in terms of demonization based hate speech is what Mark Juergensmeyer calls  “cosmic war.”It is a zero sum game, in which compromise and negotiation are impossible. Hate speech does not inevitably lead to physical violence but establishes conditions in which people are convinced that violence is justified. It can create a climate of irrational fear that leads people who would not engage in violence themselves to condone it and to support discrimination and other forms of symbolic violence. FPI, Indonesia and Ahmadiyah provide a tragic example. A decade ago few Indonesians had ever heard of the Ahmadiyah. An unending barrage of hate speech from FPI and its allies has led a majority to conclude that Ahmadiyah should be outlawed. Combating Hate Speech Hate speech legislation may be well intended but it is unlikely to be successful. In countries where it exists hate mongers skirt the edges of the law or gounder ground, often via the inter-net. Social networking sites have become havens for hate speech. Attempting to engage purveyors of hate speech is debate or rational discourse is futile. This is an example of how they typically respond. Two years ago a colleague and I attempted to have a “dialog” with FPI activists when they stormed into our office. They told us that they wanted to have a dialog and we agreed. FPI’s idea of dialog is “we talk, you listen and comply with our demands — or else.” They screamed “No photos” as they photographed usand our students. We photographed them as they marched down the stairs. Non-violent hate mongers change the subject, restate their positions in slightly less offensive terms, deny that they are spreading hate or fall back on self directed dehumanization — presenting themselves as victims, martyrs and misunderstood defenders of public virtue. FPI describes itself as the victim of the liberal press. What can work is to publicly hold the purveyors of hate speech accountable for their words and actions; to call them out for what they are; and to expose the absurdity of the claims they make. Journalists, bloggers, religious and community leaders all have roles to play in this process. So do ordinary citizens and netizens. Taking up the pen, switching on the word processor, speaking from the pulpit on the air and on line are steps to take. When and where possible,non-violent demonstrations and other public events are good things to do. This is an example. On May 9th 2012 elements of FPI and its ally the Indonesian Jihad Fighters Council (MMI) attacked a book launching featuring Canadian Muslim feminist Irshad Manji. They distributed hate speech leaflets, denounced Ms Manji as a perverted deviant, beat up some members of the audience and threatened to kill everyone. The next morning a group of activists representing civil society and Muslim organizations gathered to organize a response. The outcome was a grand coalition united by opposition to hate speech and violence. It included student groups from several universities, women’s organizations, royalists, ethnic organizations,  traditionalist Muslims, non-violent Islamists and others. On May 11th ten thousand people marched to demand an end to hate speech and violence.  The Yogyakarta People’s Anti-Violence Movement  anti violence This banner reads: “Yogyakarta People’s Anti-Violence Movement. Yogya a Special Place with a Peaceful and Secure Heart. Yogyakarta City of Tolerance.” This was a small step on a long road. It sent FPI MMI and their friends a message that there will be responses to hate speech and violence.  The demonstration was nationally televised reaching a potential viewership of tens of millions with the message “Say no to hate speech and violence.”         About the author: Mark Woodward is Associate Professor of Religious Studies and is also affiliated with the Center for the Study of Religion and Conflict at Arizona State University. He is currently Visiting Professor of Comparative Religion at Gadjah Mada University and Sunan Kalijaga State Islamic University in Indonesia. In 2008 he was Visiting Associate Professor at the S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University in Singapore. He has a B.A., M.A. and Ph.D. in anthropology from the University of Illinois Urbana-Champaign. His research focuses on religion-state-society relations and religion and conflict in Southeast Asia. He is author of Islam in Java. Normative Piety and Mysticism in the Sultanate of YogyakartaDefenders of Reason in Islam (1989)and Java, Indonesia and Islam (2010) co-author (with Richard Martin and  Dwi Atmaja) ofDefenders of Reason in Islam. Mutazilism from Medieval School to Modern Symbol (1997) and editor of Towards a New Paradigm: Intellectual Developments in Indonesian Islam (1996). He has published more than fifty scholarly articles in the US, Europe, Indonesia and Singapore, many co-authored with Southeast Asian scholars. He his currently directing a trans-disciplinary, multi-country project on counter-radical Muslim discourse.

]]>

Tuhan bersama siapa?

“Sir, my concern is not whether God is on our side; my greatest concern is to be on God’s side, for God is always right.” -Abraham Lincoln

Kita sedia maklum bahawa sepanjang sejarah,manusia telah berperang dan berbunuhan sesama sendiri atas pelbagai alasan dan justifikasi.

Dari faktor survival, ekonomi, pengembangan budaya, pertambahan populasi , dan segala justifikasi yang diberi atas nama kebebasan, hak asasi manusia, keadilan sejagat, semangat kebangsaan, tiada yang dapat menandingi kebejatan peperangan fizikal, kelimuan mahupun sentimen yang dilaungkan atas nama agama.

Ini bukanlah perkara baru dalam realiti kita hari ini. Pelbagai isu-isu yang dibangkikan atas nama agama atau Tuhan telah merebak melalui pengaruh politik, media, penulisan malah telah membentuk mentaliti penganutnya atas keyakinan pasti bahawa segala yang mereka perjuangkan itu mendapat mandat Tuhan.

Sumber yang asli Vs. Sumber yang tidak asli

Orang Islam selalunya berbangga bahawa Al-Quran dan Sunnah yang dipercayai itu adalah benar kerana ianya berhasil dipelihara sehingga ke hari ini dimana keasliannya telah dapat dibuktikan.

Dalam dialog antara agama pula menyaksikan tokoh-tokoh dialog antara agama seperti Syeikh Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik malah Shah Krit di Malaysia yang kononnya berhasil menyanggah kekeliruan dan betapa tidak autentiknya Bible yang dipercayai Kristian itu berbanding dengan Al-Quran.

Namun apakah impak ataupun signifikan sama ada teks suci kepercayaan masing-masing itu autentik atau tidak?

Apakah dengan autentiknya teks itu, maka seluruh penganutnya akan bersatu? Tidak jugak. Kerana walaupun kitab itu asli, interpretasi manusia keatasnya masih berbeza-beza.

Untuk umat Islam misalnya,dari isu akidah, fiqh, politik, ekonomi semuanya berbeza pandangan. Hakikatnya, sumber teks yang asli itu juga menatijahkan umat Islam yang bertelagah sesama sendiri, malah mengkafirkan satu sama yang lain. Dari soal akidah terpecahnya sectarian yang besar antara Sunni dan Syiah.

Di dalam mazhab Sunni pula, terpecahnya lagi mazhab-mazhab akidah seperti asyairah/maturidiyyah, salafi/wahabi, ahbash yang kesemuanya menganggap diri mereka tergolong dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Manakala dalam mazhab Syiah pula, terpecahnya kepada imamiyyah, zaidiyyah, ismailiyyah dan sebagainya.

Itu pun belum lagi kita bicara soal sistem politik yang masing-masing berbeza pendekatannya. Soalnya, dalam pertelagahan ini , Tuhan bersama siapa? Ataupun siapa yang bersama Tuhan?

Belajar dari sejarah

Semenjak kecil, saya sebagai Muslim yang tidak mencari, yang mana “by birth” menjadi Muslim selalunya merasa kagum dengan ceritera-ceritera pejuang-pejuang Islam yang suatu ketika dahulu pernah mentadbir dua pertiga dunia.

Dalam keadaan saya diajar bahawasanya Islam tidak tertegak dengan pedang, akan tetapi dalam masa yang sama, keagungan Islam suatu ketika dulu selalu digembar-gemburkan dengan kejayaan penakhlukan tentera-tentera Islam keatas wilayah-wilayah di dalam dua empayar besar ketika itu, Byzantine di sebelah barat dan Persia di sebelah timur.

Dari kehebatan panglima perang Khalid Al-Walid, Sultan Salahuddin Al-Ayubi sehinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh penakhluk kota Konstantinople.

Akan tetapi, saya tidak pernah bertanya apakah sebab penakhlukan ini? Apakah dengan mengambil sepotong sabda Nabi dan sepotong ayat Al-Quran (atas nama Tuhan) sudah cukup bagi umat Islam menjustifikasikan peristiwa penakhlukan ini?

Atau apakah penakhlukan itu suatu bentuk “pembebasan” oleh umat Islam bagi membebaskan rakyat empayar “kuffar” yang menindas dan zalim? Jika ianya atas maksud “pembebasan”, apakah bezanya justifikasi itu dengan US yang menyerang negara umat Islam hari ini atas nama “demokrasi”?

Prof Hugh Kennedy (2007), dalam The Great Arab Conquest :How the spread of Islam Changed the World We Live In, beliau mengatakan bahawa perkataan “conquest” tidak selalunya memberi makna yang negatif.

Di dalam Islam, “conquest” dalam bahasa arab disebut sebagai “fath” yakni pembukaan. Sepanjang siri penakhlukan ini, umat Islam menurut beliau mendapat “ideological justification” dari Al-Quran yang menyokong penakhlukan umat Islam akan tetapi bukannya mengabsahkan pemelukan terhadap Islam secara paksa.

And when the sacred months have passed, then kill the polytheists wherever you find them and capture them and besiege them and sit in wait for them at every place of ambush. But if they should repent, establish prayer, and give zakah, let them [go] on their way. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.” (surah at-taubah: 9 ayat 5)

Ini jelas menjadi asas kepada suatu bentuk penguasaan politik dan ekonomi atas nama Tuhan yang telah menjanjikan kesenangan di syurga (di dalam ayat yang lain). Walaupun Reza Aslan (2011), dalam No God but God :The Origins, Evolution and Future of Islam, menjelaskan dengan baik salah faham tentang maksud sebenar jihad, sepanjang pembacaan saya, tidak ada suatu pun justifikasi yang lebih tepat boleh didapati selain daripada penakhlukan itu tidak dapat lari dari didorong oleh faktor agama selain kekayaan budaya dan harta empayar yang ditakluki.

Beliau paling tidak pun menyebut sumbangan Ibnu Taimiyyah (1263-1328), yang menyanggah pembunuhan “non-believers” yang menolak untuk memeluk Islam kerana bagi beliau ia bercanggahan dengan prinsip Quran dalam Surah 2, ayat 256.

Walaubagaimapun, dalam sejarah ,ia jelas menunjukkan bagaimana agama yang disebar itu adalah sebuah bentuk perluasan pengaruh politik.

Ahmad Al-Baladhuri, seorang pakar sejarah berbangsa Persia kurun ke-9 (ada juga yang mengatakan beliau berbangsa Arab) menceritakan tentang general Persia, Rustum, yang kalah dalam pertempuran dengan orang-orang Arab mengatakan bahawa “ I have learnt that ye were forced to what ye are doing by nothing but the narrow means of livelihood and poverty”

Kita sedia maklum bahawa perluasan kuasa politik atas nama agama juga bermakna akan ada penolakan atau “resistance” dari pihak yang lain atas nama agama juga.

Tariq Ali (2002), dalam bukunya The Clash of Fundamentalism : Crusades, Jihads and Modernity, menjelaskan bahawa, pada awal kurun ke 10, empayar Christian Barat memulakan langkah untuk merebut kembali Jerusalem yang telah dirampas dari tangan mereka dengan melancarkan “First Crusade” tatkala umat Islam ketika itu yang terpecah kepada Sunni dan Syiah berperang saudara selama 30 tahun.

Malah Ibnu Taghribirdi meriwayatkan tahun 1094 ialah tahun kematian pada khalifah dan komander perang hasil pertempuran saudara tersebut. Salahudin Al-Ayubi kemudiannya berhasil merebut Jerusalem pada tahun 1187.

Akhirnya, pada July 1920, selepas kekalahan Empayar Uthmaniyyah dalam perang dunia pertama, General Perancis, Henri Gourard melawat makam Salahudin Al-Ayubi dengan berkata “ Saladin, we have returned. My presence here consercartes the Cross over the Crecent”. Sehingga ke hari ini, “tanah suci” itu telah berkali-kali direbut dengan melibatkan begitu banyak pertumparan darah atas nama agama.

Huntington (1996) dalam The Clash of Civilization and The Remaking of World Order mengakui perkara ini dengan mengatakan bahawa konflik antara keduanya tercetus kerana keduanya mendakwa bahawa agama merekalah yang universal dan satu-satunya kepercayaan yang sebenar untuk semua umat manusia dan mereka berkongsi suatu konsep “missionary” yang mewajibkan mereka menyebarkan kepercayaan mereka kepada “non-believers”. Lebih parah lagi, mereka melihat dunia dalam kerangka dualistic ‘us” and “them”

Bagi saya, sukar untuk kita menolak perkara ini dalam realiti hari ini, di mana mentaliti pihak yang menjajah dan dijajah terkeliru antara ingin menjaga tradisi dan pembentukan identiti unik tamadun masing-masing ataupun keinginan untuk mendominasi pihak yang lain.

Pengembangan pengaruh politik dalam mana-mana agama pun pada perkiraan saya tidak menatijahkan apa-apa pun yang kita panggil sebagai agama yang benar. Tatkala orang Islam memenangi peperangan, kita melaungkan “Tuhan bersama kita!” , akan tetapi tatkala, peperangan menyebelahi orang Kristian misalnya, mereka pula melaungkan “Tuhan bersama kita!”.

Tidakkah ini suatu yang ironi? Sebagai seorang yang beragama, walaupun saya mengetahui bahawa tanpa agama pun, manusia akan tetap berperang suatu sama lain atas faktor ekonomi, ideologi, bangsa dan sebagainya, saya melihat perang atas nama agama adalah lebih mengjengkelkan kerana ia menjustifikasi perang atas nama Tuhan yang mereka katakan Maha Penyayang!

Apakah anda pernah mendengar cerita tentang “Dialogue of Cajamarca”? Di dalam Titu Cusi: A 16th Century Account of the Conquest , terbitan David Rockefeller Centre For Latin American Studies, menyatakan bahawa pada tahun 1532, tentera Sepanyol dibawah komander Francisco Pizarro telah menjajah puak Incan di Peru.

Ketika Pizarro berjumpa dengan raja empayar Incan, iaitu Ataw Wallpa, beliau ditemani seorang paderi bernama Vicente de Valverde yang menunjukkan bible kepada Wallpa mengatakan bahawasanya ini adalah sumber autoriti daripada Tuhan dan Wallpa seharusnya tunduk patuh kepada perintah Tuhan.

Wallpa mengejek Bible itu dengan mengatakan “Tiada kedengaran pun kata-kata Tuhan dari Bible itu” dan membuangnya ke tanah. Bermula dari peristiwa itu, tentera Sepanyol pun mula menangkap Raja Wallpa dan membunuh puluhan ribu penduduk Inca demi penerokaan mereka terhadap kekayaan puak Inca setelah kejayaan Hernan Cortes menakhluk empayar Aztec atas tujuan yang sama.

Walaubagaimanapun,dalam satu makalah tulisan James A.Haught, pada tahun 1200-an sebelum kedatangan tentera sepanyol lagi, masyarakat Inca yang didominasi paderi-paderi mereka membuat ritual yang menghimpunkan hampir 200 anak kecil dalam majlis ritual besar-besaran dan membakar semuanya sebagai “offerings” kepada tuhan-tuhan mereka.

Penulis buku A Reasoning Fatih : A Bible Correspondence Course, Robert A. Laidlaw (1964), pula mengatakan bahawa pada tahun 1850, penganut Buddha Burma, menanam 56 lelaki di dalam upacara besar-besaran demi menjaga bandar Mandalay dan “royal astrologers” mereka mengarahkan supaya 500 lelaki dan perempuan, anak lelaki dan perempuan, dibunuh dan ditanam kerana jika tidak,bandar itu mesti ditinggalkan.

Pada tahun 1500-an, mazhad India Thugee, mengorbankan sebanyak 50,000 orang dengan purata 2000 orang setiap tahun bagi mempersembahkan korban itu kepada dewi mereka. Amalan ini juga tidak jauh berbeza dengan puak Aztek yang membunuh hampir 20,000 oranng sebagai korban kepada tuhan mereka yang perlukan darah sebagai “nourishment” harian.

Apakah Tuhan masih relevan?

Pastinya setiap manusia memilih untuk percaya apa yang mereka mahu percaya.

Kepercayaan terhadap Tuhan memberi suatu suntikan spiritual yang sangat kuat. Karen Armstrong (1993) dalam A History of God , memberikan input menarik dalam bab-bab terakhir bukunya.

Antaranya, beliau menukilkan beberapa pandangan sarjana Barat semenjak permulaan kurun ke-19 yang mana, dengan revolusi sains dan teknologi, memberikan suatu semangat baru atau zeitgeist yang memberi autonomi dan kemandirian manusia dari tuhan. Tokoh-tokoh seperti Feuerbarch, Marx, Darwin, Nietzsche, dan Sigmund Freud mengisi wacana keilmuan tanpa memberi sebarang tempat kepada Tuhan.

Akan tetapi Freud, walaupun menganggap Tuhan ini hanyalah “personal God” setiap individu yang mana datang dari “unconscious mind”, di mana secara psikologinya ingin seseorang yang simbolik seperti seorang ayah yang “protective”, berkuasa memberi keadilan dan kebaikan untuk seseorang meneruskan hidup, beliau tetap mengakui bahawa, untuk memaksa seseorang meninggalkan kepercayaannya terhadap Tuhan di saat dia belum bersedia juga sesuatu yang berbahaya kerana ini boleh meninggalkan kesan yang tidak sihat dan menimbulkan impak yang buruk.

Karen Armstorng memberi contoh Schopenhauer yang menolak Tuhan akan tetapi akhirnya terpinggir dari bersosial dengan manusia dan hanya berkomunikasi dengan anjingnya. Ini juga berlaku kepada Nietzsche yang akhirnya tinggal seorang diri, dilanda kesakitan dan sangat berbeza dengan apa yang beliau cadangkan supaya manusia menjadi ubermench atau superman.

Kesimpulan

Bagi saya, apa pun kepercayaan kita terhadap Tuhan, sama ada sebagai tempat bergantung harap dikala kita memerlukan bantuan, ataupun sumber mutlak kita menjalankan kehidupan, kita perlulah mencari dan mencungkil apa sahaja dalam agama yang menyuruh kearah keharmonian dan interaksi yang sihat antara agama mahupun dengan yang tidak percaya kepada agama.

Malah, dalam masyarakat Malaysia khususnya yang plural dari segi budaya, bangsa dan agama,suatu sifat hormat dan penghargaan perlu diberi dan diraikan dalam meneruskan interaksi yang sihat dalam mencapai kebebasan dan keamanan yang kita kehendaki.

Dengan belajar dari sejarah, kita tidak boleh lagi bersenang lenang dengan teks-teks suci kita dengan beranggapan bahawa Tuhan bersama kita dan merasakan yang kita sudah berada di pihak yang benar.

Agama seharusnya mengangkat nilai yang lebih tinggi dari sekadar mengagungkan sesebuah bangsa dan “superiority” tamadun yang kononnya hanya dengan menganut agama “A” ini sahaja lah , semua masalah di dunia akan selesai.

Kita perlu melihat jauh merentasi dunia global dan bergaul dengan masyarakat yang lebih plural dan belajar menyebar cinta seluas-luasnya. Pastinya kita tidak mahu mengulangi apa-apa sahaja peristiwa berdarah yang dilancarkan atas nama agama.

Di harapkan, penulisan pada kali ini, tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana ia dinukilkan dengan niat untuk mengajak pembaca pergi jauh dari sentiment agama yang sempit. Wallahu`alam.

unnamed

]]>

Kisah Anak Bangsa Malaysia

Aktiviti Anak Bangsa MalaysiaPersoalan ini yang bermain di minda Saya ketika memenuhi jemputan sebagai wakil Projek Dialog ke satu bengkel perpaduan bertema “Saya Anak Bangsa Malaysia” anjuran koalisi NGO, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Broga penghujung minggu yang lalu. Tiba di lokasi program di pedalaman, terasing daripada hiruk-pikuk kesebokan kota, lolos daripada dibelenggu asap jerebu yang menyesakkan dan terasa bebas daripada sengketa polemik di ruang media Malaysia. Nafas segar cukup membuka minda, dengan harapan mendapat pemahaman baru erti seorang warganegara. Para peserta tiba lalu berkumpul bersama membentuk satu bulatan. Selepas ucapan pembukaan ringkas, pengerusi program mengajak para peserta untuk diam bertafakur selama satu minit, memperingati dan berdoa untuk MH370. Rata-rata peserta dengan menutup mata, wajah tersugul membisu. Satu minit ini dirasakan amat bermakna. Walaupun disegenap ruang dewan kecil itu diam kaku, yang hidup dan menyemarak hanyalah jiwa-jiwa yang masih menyimpan harapan kepada yang Maha Kuasa untuk mengembalikan suatu kehilangan. Mungkin bukan sekadar kehilangan satu penerbangan, tetapi juga kehilangan semangat dan cita-cita satu bangsa yang berjaya. Satu minit berlalu tanpa sedar, mata dibuka, dirasakan azam dan semangat baru menjelma. Kesedihan dan kehilangan ini perlu diketepikan buat sementara demi meneruskan pencarian dan perjuangan yang harus dihadapi. Tidak semena-mena, hujan turun mengundang senyuman para peserta yang ternyata merindukan titisan air turun dari langit. Mungkin ini tanda restu Tuhan terhadap usaha perpaduan dan penyatuan ini. Sesi pengharapanPara peserta masih duduk dalam bulatan. Kebanyakannya anak-anak muda sekitar awal 20-an, daripada pelbagai latarbelakang kaum, agama dan asal tempat tinggal. Semasa sesi perkenalan, bangun seorang anak muda yang bersemangat sekali dengan penampilan yang agak berbeza, berbaju batik dan entah apa kelengkapan kepala diperbuat daripada buluh yang kelihatan amat asing. Nama anak muda itu Dendi, dari perkampungan Orang Asli Temiar jauh di pendalaman sekitar Gua Musang, Kelantan. Selain beliau, ada lagi 5 orang mewakili komuniti Orang Asli dari kawasan berbeza, selain peserta mewakili komuniti Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Iban dari serata pelusuk Malaysia, menonjolkan kekayaan kepelbagaian warisan dan budaya masyarakat Negara ini. Bengkel perpaduan ini mengambil masa dua hari, dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan bertema perpaduan nasional tanpa diskriminasi di bawah kelolaan fasilitator-aktivis berpengalaman Fahmi Reza dan Lena Hendry. Turut dimuatkan wacana ilmiah berkenaan Deklarasi Sejagat Hak-hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Malaysia dimana pakar dalam kedua-dua dokumen penting ini member penerangan disusuli diskusi interaktif bersama para peserta. Namun, apa yang paling berguna kepada para peserta ialah aktiviti-aktiviti kreatif dan kritikal yang telah menambah tahap penghargaan dan pemahaman akan konsep Negara serta kepelbagaian komuniti dalam masyarakat Malaysia. Satu aktiviti yang menarik telah menilai kembali peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah yang telah banyak mempengaruhi reality semasa di Malaysia ketika ini. Peristiwa-peristiwa ini termasuklah tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka, peristiwa zaman penjajahan, proses mencapai kemerdekaan, 13 Mei, sehinggalah pilihanraya ke-13 tahun lalu. Setiap peristiwa ini dibincangkan bersama-sama, bagaimana ianya menjadi penyebab dan membentuk keadaan semasa sekarang. Penilaian ini ternyata membuka mata dan fikiran para peserta, bahawa terdapat perbezaan bagi setiap peristiwa yang berlaku sebenarnya difahami melalui sudut pandang individu dan komuniti yang berlainan. Aktiviti Penilaian SejarahAktiviti lain yang turut digemari peserta ialah sesi debat dimana beberapa kumpulan dengan ahli pelbagai latarbelakang kaum dibentuk. Setiap kumpulan telah ditentukan untuk sama ada menyokong atau membantah usul ini, membuatkan peserta perlu kreatif dan kritikal terhadap isu yang dibangkitkan walaupun mungkin berbeza daripada pendirian peribadi sebenar. Aktiviti debat ini membolehkan peserta meletakkan kedudukan mereka dalam perspektif pihak yang berlainan dan perlu memahami dan berhujah walaupun mungkin berbeza dengan pendirian peribadi. Yang pastinya debat ini telah dapat melontarkan pelbagai hujah daripada perspektif yang pelbagai untuk kita fahami isu ini, sama ada bersetuju atau tidak. Namun, pengalaman yang tentunya paling berharga ialah peluang berinteraksi sesama peserta, berkongsi pengalaman peribadi dan bergaul mesra. Dalam satu perbualan bersama Dendi, anak muda Orang Asli berumur 21 tahun, beliau menceritakan pengalaman dan cabaran yang dihadapi dirinya sendiri dan umumnya komuniti Orang Asli untuk memainkan peranan dalam masyarakat Malaysia. Beliau mengakui permasalahan yang dialami Orang Asli khususnya dalam hal perkembangan ekonomi dan pendidikan menyebabkan peranan mereka terbatas dan sering dilihat tidak penting dalam pembangunan Negara. Tetapi pada masa yang sama, banyak pihak termasuk pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sebenarnya tidak jujur dan tidak cukup bersungguh memajukan komuniti Orang Asli serta membantu proses integrasi dalam masyarakat Malaysia yang lebih luas. Ramai sebenarnya dikalangan anak muda Orang Asli yang telah mencuba untuk berhijrah ke bandar, berkerja dan bermasyarakat. Tetapi, sering kali diskriminasi berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar oleh ‘orang bandar’ khususnya berkaitan perbezaan budaya dan taraf pendidikan. Beliau sendiri pernah cuba menetap dan berkerja selama 3 tahun di kota raya Kuala Lumpur, hakikatnya sukar sekali untuk menyesuaikan diri dan bermuhibah bersama ‘orang bandar’. Selain itu, faktor tekanan ekonomi dan kos kehidupan yang terlalu tinggi hinggakan hampir mustahil untuk golongan muda seperti beliau, dengan latarbelakang serba kekurangan untuk bersaing dan memenuhi keperluan hidup di kota raya. Di sebalik bermacam-macam kesusahan ini, Dendi tetap menyatakan harapan masa depan Malaysia perlu dibangunkan tanpa diskriminasi kepada mana-mana golongan. Masyarakat Malaysia perlu membebaskan diri daripada masalah sentimen perkauman dengan tumpuan harus diberi kepada kepentingan Negara supaya faedah dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia. Menyentuh tentang ahli politik dan pemimpin Negara, Dendi menyuarakan kekecewaannya, “Ahli politik dan orang atasan selalu dengan mudah menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk kepentingan pihak sendiri, tanpa mengambilkira kesan terhadap perkembangan perpaduan Negara. Mereka juga sering tidak bersungguh dan tidak ikhlas dalam membantu dan membangun masyarakat yang memerlukan. Ini amatlah dikesalkan.” Kata-kata ini boleh saja amat menginsafkan buat kita bila difikirkan pelbagai usaha dan pengorbanan sama ada kecil atau besar yang telah dilakukan sebilangan rakyat Malaysia biasa di waktu ini atau zaman sebelumnya untuk mengecapi perpaduan dan penyatuan Bangsa Malaysia. Usaha-usaha ini termasuklah dua hari berharga yang diluangkan para peserta bengkel perpaduan ini, kebanyakannya merupakan pelajar kolej atau universiti dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan. Begitu juga dikalangan profesional muda yang sudah berkerjaya mengenepikan waktu rehat atau peluang menambah pendapatan demi membina semula cita-cita Bangsa Malaysia. Lebih besar lagi pengorbanan peserta daripada komuniti Orang Asli seperti Dendi, yang menempuh perjalanan selama 10 jam, termasuk 3 jam melalui ‘jalan hutan’ untuk tiba ke Gua Musang dari kampung mereka di pendalaman, sebelum menaiki bas ekspress ke Kuala Lumpur. Perjalanan pergi-balik menelan belanja sekitar RM200-300, merupakan nilai yang sama mereka dapat kumpulkan untuk hasil pendapatan selama satu bulan menorah getah dan mencari hasil hutan. Bagi mereka, ini tetap satu usaha yang berbaloi demi masa depan Negara. [caption id="attachment_3134" align="alignright" width="300"]Penulis bersama Dendi Penulis (kanan) dengan Dendi, anak muda Orang Asli yang berwawasan.[/caption] Di penghujung program bengkel “Saya Anak Bangsa Malaysia” ini, sekali lagi para peserta dikumpulkan membentuk bulatan untuk berkongsikan harapan setiap peserta akan masa hadapan Malaysia. Tiba giliran Saya, sedang hujan rahmat masih bercucuran, harapanku ringkas “Semoga suatu hari nanti, Dendi akan jadi Perdana Menteri”. Harapan ini mungkin kedengaran sinikal, tapi jika difikirkan sebenarnya logikal. Orang Asli seperti Dendi menjadi pemimpin Negara, mengapa tidak? Datang daripada komuniti tradisi asal yang mula-mula menabur budi di tanah air ini, menempuh pelbagai cabaran kehidupan sama ada di kota raya, pendalaman, mahupun di hutan belantara, namun tetap komited memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan bersama buat semua rakyat Malaysia. Bagaimana lagi dapat kita nafikan, dengan semangat, pengorbanan dan perjuangan sebegini, merekalah yang paling layaknya berkata “Aku Anak Bangsa Malaysia”.               unnamed

]]>