Temubual Ezra Zaid dan Umapagan Ampikaipakan bersama Reza Aslan berterusan. Kali ini, perbualan mereka turut merangkumi isu kalimah Allah di Malaysia. Reza Aslan merupakan seorang penulis dan cendakiawan agama yang diiktiraf antarabangsa. Beliau merupakan pengarang buku paling laris dalam New York Times bertajuk Zealot: The Life and Times of Jesus of Nazareth.
Buku Pertama Reza Aslan juga merupakan buku paling laris antarabangsa bertajuk “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” (Tiada Tuhan Melainkan Allah: Asal-Usul, Perkembangan dan Masa Depan Islam). Buku tersebut dinamakan salah satu buku yang paling penting dalam dekad ini. Ia juga telah diterjemahkan dalam 30 bahasa yang lain, termasuk dalam Bahasa Melayu, dan boleh didapati dalam kebanyakkan kedai buku.
Berikut adalah transkrip perbualan mereka.
Isu Kalimah Allah Umapagan Ampikaipakan: Kita telah berbincang berkaitan dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam wacana Islam di Timur Tengah dan Asia Tenggara, kini saya ingin membawa fokus perbincangan tersebut ke negara ini, iaitu berkenaan keputusan makamah terhadap isu kalimah ‘Allah’ yang telah mendapati liputan berita antarabangsa. Pada Isnin lepas, Makamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan makamah pada tahun 2009 yang membenarkan pihak gereja Katolik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen Bahasa Malaysia majalah mingguan The Herald. Ezra Zaid: Di tengah-tengah kontroversi di Malaysia berkenaan isu kalimah ‘Allah’, terdapat pelbagai alim ulama, ahli akademik, dan sejarahwan di negara ini yang berkongsi pendapat mereka mengenai asal-usul penggunaan kalimah tersebut. Apakah pendapat anda mengenai isu kalimah ‘Allah’ ini? Reza Aslan: Perspektif saya mengenai isu ini adalah berdasarkan intepretasi sejarah. Ini merupakan fakta sejarah iaitu perkataan ‘Allah’ adalah berdasarkan perkataan asalnya ‘Al-Ilah’. ‘Al-Ilah’ bermaksud Tuhan yang Satu. ‘Allah’ bukan sebuah nama khas bagi Tuhan. Secara jujurnya, sesiapa yang fikir bahawa perkataan ‘Allah’ merupakan sebuah nama bagi tuhan bukan sahaja salah, tetapi mereka sebenarnya mencabar ajaran Al-Quran itu sendiri dan boleh menjadi syirik jika berkeras bahawa tuhan mempunyai sebuah nama. ‘Allah’ hanya adalah sebuah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada maksud tuhan – ia bermaksud setiap tuhan dalam setiap agama, bahkan kita mengetahui secara fakta bahawa masyarakat Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merujuk kepada tuhan mereka sebagai ‘Allah’. Kenapa perkara ini berlaku? Sebab mereka bertutur dalam bahasa Arab. Bukan kerana ‘Allah’ merupakan sesuatu tuhan yang tertentu, tetapi ia tidak lebih daripada makna bahasa Arabnya bagi tuhan. Ini bukan sebuah pendapat, tetapi fakta. Umapagan Ampikaipakan: Anda mengeluarkan satu tweet yang geli hati berkenaan keputusan makamah mengharam orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ yang tidak masuk akal. Anda mengatakan ia bagaikan mengharam perkataan ‘twerking’ kepada sesiapa yang berumur kurang daripada 17 tahun di Amerika Syarikat. Kenapa anda rasa ia tidak masuk akal? Reza Aslan: Perkataan yang saya gunakan bukan ‘tidak masuk akal’, tetapi ‘bodoh’. Menganggap bahawa Allah itu hanya Tuhan untuk orang Islam memanglah satu perkara yang bukan-bukan. ‘Allah’, seperti yang telah saya katakan, hanya merupakan sebuah perkataan bagi tuhan, dan keputusan makamah ini adalah tidak masuk akal dan meyinggung perasaan orang lain: tanggapan dimana bukan sahaja orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ tetapi dengan menggunakan perkataan ‘Allah’ ia mengancam Islam. Ia seakan-akan masyarakat Malaysia teramat bodoh, bahawa jika mereka mendengar orang Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’, mereka akan menjadi Kristian secara tidak sengaja. Kenyataan tersebut adalah bahlul. Terus-terang, ia adalah memalukan. Ia adalah memalukan bagi negara perlembagaan moden yang demokratik, bagi negara bermajoritikan Islam seperti Malaysia yang setanding dengan negara-negara dunia pertama yang maju. Perkara bodoh ini mungkin akan berlaku di Saudi Arabia tetapi tidak sepatutnya berlaku di sini. Ezra Zaid: Menurut ringkasan kuputusan makamah rayuan tersebut, ia menyatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sesuatu yang penting bagi masyarakat Kristian bagi menunaikan keimanannya terhadap agama Kristian. Jika penggunaan perkataan tersebut dibenarkan oleh orang Kristian, ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam dan mengganggu kestabilan negara ini. Reza Aslan: (KETAWA) Bagaimana anda boleh membaca kenyataan tersebut dan tidak merasa geli hati? Ezra Zaid: Apa yang saya ingin ketengahkan ialah masyarakat Melayu Islam di negara ini dianggap mempunyai hak pemilikan perkataan ‘Allah’ untuk diri mereka sendiri. Adakah idea pemilikan hak perkataan ‘Allah’ oleh sesebuah komuniti melangkaui konteks sejarah and etomologi maksud perkataan tersebut? Reza Aslan: Jawapan saya dari segi sejarah adalah: Tidak. Dari segi budaya and etomologi adalah: Tidak. Tapi perkara yang paling penting bagi orang Islam perlu mengetahui, dari segi teologi juga adalah: Tidak. Mana-mana imam yang mengatakan bahawa Allah mempunyai nama adalah syirik. Allah bukan nama kepada tuhan, orang Islam tidak mempunyai hak pemilikan terhadap nama ‘Allah’. Jika anda membaca Bible dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’. Malah di Iran dimana rakyatnya tidak bertutur dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’ sebagaimana tuhan juga dirujukkan sebagai ‘Khuda’ dalam bahasa Farsi. Tanggapan bahawa sesiapa boleh mengawal idea, perbuatan, keimanan, dan pemikiran orang ramai dengan mengawal perkataan yang digunakan adalah bodoh dan tidak masuk akal. Ia adalah amat memalukan, bahkan mengaibkan dan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada negara yang progresif seperti Malaysia. Idea sebegini adalah tidak sepatutnya ada dalam wacana mana-mana negara moden demokratik. Ia hanya akan mencemarkan nama baik negara ini, seperti saya utarakan awal tadi. Malaysia merupakan negara model bagi orang Islam diserata dunia. Sebaliknya, isu ini telah menjadi Malaysia sebagai jenaka ejekan oleh orang ramai. Saya ingin jelaskan kepada rakyat Malaysia: seluruh dunia sedang ketawakan korang! Umapagan Ampikaipakan: Jika anda membuat perbezaan tentang apa yang diperkatakan oleh makamah – sebagai contohnya, orang asing yang melawat ke negara ini mungkin akan menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai maksud tuhan dalam agamanya dan dia juga mungkin tidak mempunyai perkataan lain untuk mengambarkan tuhannya. Hal ini adalah amat penting bagi amalan agamanya, tidak kiralah agama Kristian atau Sikh. Reza Aslan: Tepat sekali, kedua-dua agama tersebut (agama Kristian dan Sikh) menggunakan perkataan ‘Allah’. Umapagan Ampikaipakan: Jika saya tidak silap terdapat 56 rujukan perkataan ‘Allah’ dalam Kitab suci agama Sikh. Dalam konteks ini, penduduk Borneo tidak mengetahui perkataan lain selain ‘Allah’ bagi merujukkan kepada tuhan. Reza Aslan: Tepat sekali. Ada seperkara lagi, saya fahami memang terdapat makanisme politik di negara ini; makamah di negara ini tidak bebas dan terikat daripada keputusan cabang eksekutif kerajaan. Saya fahami bagaimana politik di Malaysia berfungsi – keputusan makamah ini adalah keputusan politik lebih daripada apa-apa yang lain. Tetapi, saya ingin bincangkan aspek yang lain, iaitu tanggapan bahawa orang Islam di Malaysia perlu dilindungi – oh, orang-orang Islam yang sungguh lemah imannya! Anda perlu dilindungi oleh makamah kerana anda tidak boleh berfikir atau berbuat keputusan untuk diri anda sendiri. Kalau tidak silap, salah seorang hakim mengatakan: membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ merupakan ancaman kepada Islam. Keputusan makamah tersebut berlaku pada hari yang sama kejadian teruk pembunuhan masal di Pakistan pada Eid al-Adha. Seorang Taliban meletakkan bom di dalam Al-Quran, membawakannya ke dalam masjid di hari suci dalam kalander Islam ini lalu membunuh orang-orang Islam. Anda ingin mengatakan pasal isu ancaman terhadap Islam? Kelakuan sebegini adalah ancaman yang sebenarnya. Seorang Kristian di Malaysia yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai maksud tuhan BUKAN ancaman kepada Islam. Wacana Islam di Amerika Ezra Zaid: Berkata tentang hak pemilikan dan sejarah dalam agama Kristian, anda juga merupakan pengarang kepada buku ‘Zealot’ yang merupakan buku jualan terlaris di New York Times, adakah sukar bagi anda sekarang sebagai seorang cendakiawan Islam menulis buku tentang Nabi Isa di Amerika Syarikat? Reza Aslan: Memang sukar menjadi seorang Muslim di Amerika Syarikat untuk macam-macam sebab, terdapat pelbagai aktiviti dan sentimen anti-Islam di sana. Namun begitu, secara jujurnya, ia telah menjadi perniagaan yang menguntungkan. Terdapat ramai orang di Amerika Syarikat menjadi sangat kaya dengan cuba menyakinkan rakyat Amerika Syarikat bahawa orang Islam sedang cuba untuk mengancam hidup mereka. Dalam bila-bila sahaja, 1% populasi masyarakat Islam Amerika Syarikat akan bangkit dan mengambilalih negara ini. Kebanyakkan idea ini telah pudar, kerana orang ramai mula menyedari kebodohan idea tersebut. Tetapi idea tersebut wujud kerana ketakutan. Rakyat Amerika Syarikat juga sedang berhadapan dengan krisis identiti yang serius. Saya tidak pastilah jika anda perasan tentang perkara tersebut. Masyarakat negara kita [AS] dalam keadaan teruk, politik negara kita [AS] juga sudah tidak berfungsi. Umapagan Ampikaipakan: Tetapi krisis hutang di Amerika Syarikat berjaya dielakkan. Reza Aslan: Betul. Sekali lagi, pada saat-saat terakhir kita berjaya mengelak daripada krisis hutang tersebut. Taniah kepada kita dan kita akan masih berada di sini untuk berbulan-bulan ayang kan datang. Kita juga sedang berhadapan dengan perubahan demografik perkauman dan budaya yang serius – pengkaji demografik memberitahu kepada kami bahawa Amerika Syarikat dalam kurang daripada satu dekad ini akan menjadi negara yang pertama dalam sejarah dunia sebagai negara yang bermajoritikan kaum-kaum minoriti [secara keseluruhnya], dan ini merupakan sesuatu yang luar biasa! Sesuatu yang patut disambut, tetapi seperti yang anda bayangkan, kebanyakkan raykat Amerika Syarikat tidak berfikir seperti itu. Umapagan Ampikaipakan: Pihak Republican tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Reza Aslan: Ya. Ini merupakan titik tamat harapan politik mereka, selagi mereka masih mengekalkan sebagai parti orang putih selatan yang bersikap berang. Dalam erti kata lain, isu ini bukan lagi berkenaan dengan orang Islam, tetapi berkenaan dengan rakyat Amerika Syarikat sendiri. Ini adalah tentang identiti krisis Amerika Syarikat, dan orang Islam hanyalah sebagai kambing hitam dalam hal ini. Umapagan Ampikaipakan: Ini adalah peluang yang besar bagi berhadapan dengan isu ini – dengan memperbanyakkan bilangan orang Islam yang berjaya dan kaya di Amerika Syarikat; mereka boleh mengeratkan silaturrahim dengan mengatakan, ‘Hey, kita adalah kawan!’ Reza Aslan: Seperkara yang anda perlu mengetahui tentang orang Islam Amerika Syarikat adalah kita tiada masalah untuk menjana kekayaan, orang Islam di Amerika Syarikat adalah bukan kepalang kayanya. Malah, sebuah kumpulan pengiklanan JWT baru-baru ini menjumlahkan gaji isu rumah tahunan oleh masyarakat Islam dan Timur Tengah Amerika Syarikat dengan jumlah USD170 billion. Anda cuma perlu lihat ahli-ahli pengasas bagi syarikat eBay, Google, Yahoo, Apple, dan sebagainya, berapa orang yang bernama Muhamad atau Ali dalam senarai nama syarikat-syarikat tersebut yang dapat anda jumpai? Masyarakat Islam di Amerika Syarikat telah mengaut kekayaan yang banyak, kini mereka perlu mencari jalan untuk membelanjakannya dengan betul. Dan ini adalah masalahnya, saya fikir ia adalah masalah antara generasi. Anda perlu fahami, mereka adalah kelompok komuniti yang datang dari negara seperti Iran (seperti saya), Pakistan, dan sesetengah kawasan di Timur Tengah; tempat-tempat tersebut tidak mempunyai tradisi yang lama berkenaan kerjasama sivik atau penglibatan politik. Malangnya, kebanyakkan orang Islam yang amat kaya ini tidak menyedari kuasa yang mereka ada untuk mengubah masyarakat. Ini kerana masyakarat Amerika Syarikat adalah berfungsi berdasarkan kapitalisme atau wang. Di negara ini, wang adalah suara. Saya malas dan meluat mendengar rungutan tentang sentiment-sentimen anti-Islam di Amerika Syarikat. Saya fikir, jika anda ada masalah dengan isu ini, anda kenalah menggunakan wang anda untuk memusnahkan mana-mana ahli politik yang mengatakan perkara negatif tentang orang Islam. Beginilah sistem negara ini berfungsi. Semuanya adalah berkaitan dengan wang. Mereka masih belum menyedari hakikat tersebut. Ini adalah sesuatu yang disedari oleh masyarakat Yahudi sejak awal dahulu. Pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, di Amerika Syarikat, sentimen anti-Yahudi adalah keterlaluan, maksud saya anti-Semitisme. Ahli politik dan ahli bisnes yang hebat merupakan golongan anti-Semit yang menjelekkan. Masyarakat Yahudi dilihatkan sebagai golongan ‘fifth column’ (*golongan yang dicuriga oleh masyarakat majoriti sebagai golongan bersimpati dengan pihak lawan secara rahsia) dalam masyarakat Amerika Syarikat. 50 tahun kemudian, mereka menjadi sebahagian besar daripada budaya dan gaya hidup Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat sering berkata tentang nilai-nilai hidup Yahudi-Kristian (Judeo-Christian values) negara ini. Bagaimanakah ia boleh terjadi? Mereka sangat bijak untuk menyedari bahawa cara mengubah persepsi masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat adalah dengan menggunakan wang anda untuk mempromosikan pendidikan, perhubungan, seni, filem, dan muzik. Terdapat hanya 6 juta orang Yahudi di dalam 350 juta populasi rakyat Amerika Syarikat, namun begitu, mereka berada di serata tempat di televisyen, radio, dan buku; banyak pengarang yang hebat adalah orang Yahudi, banyak artis yang hebat adalah orang Yahudi, banyak arkitek yang hebat adalah orang Yahudi, termasuk juga di dalam perniagaan dan politik. Apa yang mereka lakukan adalah dengan mengintegrasikan komuniti mereka secara keseluruhan ke dalam masyarakat Amerika Syarikat. Walaupun bilangan populasi mereka adalah amat kecil, mereka mempunyai pengaruh kuasa yang kuat dalam budaya Amerika Syarikat. Ezra Zaid: Saya rasa ini merupakan pengajaran kepada rakyat Malaysia di sini. Reza Aslan: Sudah tentunya. Ia merupakan pengajaran bagi semua orang; kita perlu menyedari hakikat tersebut lambat laun juga, bukannya duduk dan merungut terhadap persepsi orang lain terhadap kita. Ezra Zaid: Terima kasih masa anda bersama kami. Reza Aslan: Terima kasih. Anda juga turut dijemput membaca bahagian pertama temubual ini. (Diterjemah oleh Nor Arlene Tan) ]]>