Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian Realiti masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai kepelbagaian latarbelakang termasuk agama ternyata masih belum berjaya membina hubungan harmoni dengan semangat satu bangsa Malaysia. Kebelakangan ini bermacam-macam isu berkaitan agama sering timbul khususnya melibatkan agama Islam, agama rasmi Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang turut memberi jaminan hak kebebasan mengamalkan agama-agama lain. Namun, perkara ini gagal ditafsir dengan jelas menyebabkan pelbagai permasalahan berlaku antara komuniti agama. Keadaan politik semasa yang semakin kompetitif terutamanya selepas pilihanraya ke 13 tahun lalu menjadikan situasi hubungan antara agama menjadi lebih rumit, hinggakan sering sekali agama terjerat, lalu mengundang perbalahan berasas sentimen. Permasalahan ini memuncak baru-baru ini berkenaan isu penggunaan nama ‘Allah’, dimana keputusan melalui prosedur kehakiman gagal menghasilkan penghakiman yang memuaskan atau diterima adil oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Tentu sekali banyak lagi permasalahan berkaitan antara agama yang lain termasuk isu perarakan kepala Lembu, sembelihan korban Aidil Adha di sekolah, isu Al-Kitab serta penyebaran agama Kristian, juga penggunaan surau untuk aktiviti agama Buddha. Permasalahan agama juga berlaku dikalangan sesama masyarakat Islam, khususnya penghukuman terhadap komuniti Syiah yang diisytiharkan sesat dan mengancam akidah majoriti penganut Islam di Malaysia. Permasalahan melibatkan hak dan sensitivitI keagamaan ini dilihat akan terus berterusan selagi mana kita sebagai masyarakat Malaysia terus gagal memahami permasalahan serta bersungguh dalam merencana penyelesaian. Atas dasar meningkatkan pemahaman dengan semangat meraikan kepelbagaian, Projek Dialog mengambil inisiatif membincangkan permasalahan dan penyelesaian terhadap isu-isu agama melalui pelbagai perspektif dalam forum “Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian” pada Sabtu, 25hb Januari di Pusat Rakyat Loyar Burok, Bangsar (Berhampiran LRT Bangsar). Forum ini akan menampilkan Ust. Wan Ji At-Ta’aduddi, Lindu Livan, Uthaya Sankar dan Fazril Saleh. Forum ini terbuka untuk semua warga Malaysia yang berminat mencipta Malaysia yang lebih aman dan harmoni. Sila daftar kehadiran anda dengan makluman menerusi email kepada ehsanshahwahid@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ehsan di talian 012-2631160. Mengenai panelis: Wan Ji At’ta’aduddi adalah pengasas Sekolah Pemikiran asy-Syatibi. Beliau aktif bergiat dalam dakwah, wacana sosio-politik dan penulisan keagamaan sepenuh masa. Lindu Livan berasal dari Sabah, terlibat dalam memperkasakan golongan muda melalui organisasi School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT) dan merupakan mantan exco kepada Persatuan Katolik Pelajar. Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan dan penulis sepenuh masa yang berani bersuara mewakili golongan yang sering ditindas dan dizalimi. Catatan mindanya boleh diikuti diuthayasb.blogspot.com Fazril Salleh merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bergiat aktif sebagai aktivis belia dan Islam. Beliau juga merupakan tenaga pengajar di Kolej Darul Hikmah bagi subjek Tamadun Islam dan Pengajian Malaysia. Projek Dialog ialah satu ruang wacana sosial yang ingin memajukan deialog dan persefahaman antara pelbagai suku kaum dan agama di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari www.projekdialog.com
]]>Paganisme: Kepercayaan atau agama?
“Jangan sebut Pagan” Apabila kita menyebut “Pagan”, sesetengah masyarakat akan berfikir Pagan ataupun Paganism adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok dan menganggap kehidupan seorang Paganist adalah kuno dan ketinggalan zaman. Sesetengahnya juga mengatakan “kamu seorang Pagan mempunyai banyak Tuhan disembah dan jika kamu bukan seorang Kristian, Islam, Buddha dan Hindu, kamu adalah seorang Pagan. Pendek kata, jangan panggil saya Pagan dan jangan guna perkataan Pagan di dalam perkataan kamu. Ini menunjukkan perkataan Pagan seolah-olah merupakan satu senjata yang berbahaya digunakkan oleh seorang pahlawan untuk menjatuhkan musuhnya. Justeru itu, sesetengah masyarakat telah menggunakan perkataan alternatif seperti agama asal ataupun agama tradisi dengan tujuan supaya Paganist tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Akan tetapi sejauh manakah pemikiran dan perspektif masyarakat terhadap Pagan berubah walaupun kita tidak digalakkan untuk menggunakan perkataan ini? Dari sudut renungan secara individual, saya ingin mengatakan bahawa pemikiran dan perspektif seseorang akan berubah sekiranya dia memahami siapakah itu Pagan ataupun Paganism dan bagaimana nilai kehidupan sebenar mereka dengan lebih mendalam. Saya tidak melihat penggunaan perkataan Pagan akan menjejaskan maruah, menindas dan merendah-rendahkan martabat seseorang kerana perkataan Pagan digunakan secara universal oleh seluruh masyarakat dunia dari sejak dahulu lagi. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada pemahaman dan perspektif seseorang individu apabila mengutarakan dan membincangkan topik ini. Maka, saya lebih selesa menggunakan perkataan Pagan di dalam penulisan kedua saya untuk mengupas lebih lanjut tentang Paganism. Pagan itu apa? Christopher King dari University’s Archaeology Department mengatakan bahawa “Recent archaeological studies of paganism highlight that Paganism was not a formal religion with fixed doctrines and rules, but a very varied set of beliefs and practices through which local communities interpreted their world. Selain itu, Marawolf of the Covenstead di dalam penulisannya pula mengatakan bahawa “Pagan is an umbrella term covering many different religions and belief systems, it is a spiritual way of life that rooted in the ancient nature religion. It is also sometimes referred as “The Old Religion”, pre-Christian religion. Pagan may practice different religions based upon their geographical location or cultural background”. Pagan juga dirujuk sebagai “Polytheistic Religion” dimana mereka mempercayai banyak “Gods and Goddesses dalam penyembahan. Menurut pendefinisan oleh nenek saya pula, Pagan merupakan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang dan menganggap pagan itu bukan agama kerana walapun saya seorang Kristian tetapi saya ada hak untuk mengamalkan kepercayaan ini. Melalui perkongsian saya dengan seorang aktivis di Jogjakarta yang aktif dalam mempertahankan hak-hak budaya masyarakat Jawa mengatakan bahawa Pagan adalah suatu agama dasar dimana ciri-ciri asas Pagan yang menggunakan objek, simbol di dalam penyembahan mereka juga terdapat di dalam agama-agama seperti Kristian, Buddha dan Hindu. Contohnya, agama Kristian menggunakan patung Jesus dan Maria didalam gereja. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha dimana Hindu menggunakan patung Dewa Siva di dalam kuil dan Buddha menggunakan patung Bharma di tokong. Ciri-ciri asas Pagan ini telah diadaptasikan dan diubah suai mengikut kesesuaian kepada agama-agama popular ini. Oleh itu, Kepelbagaian dalam pendefinisian ini menyebabkan persoalan “apakah itu Pagan” susah untuk dijelaskan secara terperinci. Budaya Apabila nenek saya menyebut bahawa Pagan adalah kepercayaan yang diwarisi dari turun-temurun dimana nenek moyang saya memperolehi pengetahuan dari ibunya dan diperturunkan kepada nenek saya, maka saya melihat Pagan itu adalah suatu budaya hidup seseorang. Ianya menjadi suatu budaya apabila saya harus bercakap dalam bahasa ibunda saya, saya harus menetap di dalam komuniti untuk mendalami pengetahuan ini, memahami cara hidup seorang paganist dengan lebih mendalam dan mempelajari segala ilmu adat dan cerita-cerita rakyat yang berkait rapat cara hidup Paganist. Perwarisan ini adalah penting supaya budaya ini tidak terputus dan hilang begitu sahaja. Rujukan Pagan juga tidak mempunyai rujukan yang formal seperti Alkitab dan Al-quran apabila mempraktikkan kepercayaan mereka. Paganist hanya bergantung kepada ajaran dari nenek moyang melalui pendengaran dan penglihatan apabila melakukan upacara-upacara Paganism. Ini boleh dibuktikan melalui perkongsian cerita daripada nenek saya. Nenek saya tidak pernah memegang alkitab dan membaca dari mana-mana sumber, akan tetapi nenek saya mengetahui semua narrative tentang kejadian Nabi Nuh dimana bagaimana dunia ditenggelami oleh banjir dan adanya sebuah kapal yang besar. Dia mengatakan bahawa semangat yang selalu membantunya iaitu “Himbou” telah menceritakan kepadanya semua kejadian tersebut. Ini menunjukkan semangat juga menjadi sumber segala rujukan kepada Paganist dari segi perubatan, penceritaan, perlindunang dan yang berkaitan dengan alam. Pagan tidak mempunyai bangunan seperti gereja, masjid, tokong dan kuil untuk melakukan upacara mereka. Tempat suci bagi Paganist adalah tanah, batu, sungai dan pokok dan sumber alam. Oleh itu, Pagan dilihat bukan setakat kepercayaan dan juga agama, tetapi ianya merupakan satu budaya dan dunia spirituality dengan alam. Pertembungan dunia material dengan dunia spirituality menyebabkan berlakunya perebutan ruang dan masa untuk meneliti dan mengamati apakah itu Pagan sebenar. Doktrin-doktrin yang nyata didepan mata adalah senang dilihat dan dipelajari berbanding Pagan. Lantas, saya berfikir apakah jadi kepada dunia jika dipenuhi dengan teknikal kehidupan yang berpandukan kepada doktrin di atas kertas dan ruang media.
]]>