Projek Dialog

“Mr. Obama, may I take a selfie with you?”

“With Afghan forces now in the lead for their own security our troops have moved to a support role,” he said. “Together with our allies, we will complete our mission there by the end of this year, and America’s longest war will finally be over.”

– Barack Hussein Obama, 2014 State of the Union speech.

Saya membesar dengan sentimen Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Buy British Last. Saya membesar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, hero rakyat Malaysia, diiktiraf negara Muslim sebagai pemimpin Islam yang lantang mengkritik Israel . Saya membesar dengan khutbah Jumaat anti imperialisme. Dalam diri saya telah ditanam bahawa negara Amerika Syarikat inilah syaitan paling besar di dunia. Syaitan inilah yang telah menceroboh Vietnam, dalang di sebalik perang Iran-Iraq, kemudian kembali menceroboh Afghanistan pada 2001 dan kemudiannya Iraq pada 2003. Saya membesar dengan ceramah dari para Ustaz pada tiap malam puasa, bahawa Amerika Syarikat ialah Dajjal mata satu yang kini bersembunyi di sebalik bendera bintang segi enam Israel. Merekalah penyokong setia Ariel Sharon dan Benjamin Netanyahu, yang menghulurkan bom, grenad, serta roket yang menyiat dan meletupkan badan anak-anak Palestin di Gaza. Saya membesar dengan membaca pelbagai bahan tulisan anti-Freemason, anti-Rotary Club serta ribuan ‘flyers’ Hizbut Tahrir yang akan menghasut dan menancapkan di dalam minda ini bahawa musuh nombor satu kita ialah George Bush. Tiada musuh yang lebih besar dari mereka lagi di dunia ini. Saya membesar dengan demonstrasi-demonstrasi anti-Amerika di kedutaan dan mesjid-mesjid. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini sahaja lebih dari 5 demostrasi selepas solat Jumaat diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat membantah itu ini. Sehingga hari ini, saya masih diberitahu bahawa musuh paling utama di dalam hidup ini ialah Amerika Syarikat. Mereka ini pelopor ekonomi neo-liberal. Bapa kapitalis dunia. Mereka mencipta ‘drone’ tanpa manusia yang menyerang orang awam di Pakistan. Mereka menindas negara kecil untuk menandatangani perjanjian yang akan memihak kepada mereka. Jadi apabila ribut satu negara akibat kedatangan Air Force One yang membawa Potus dan The Beast di dalamnya, saya adalah orang yang paling terkujat dan hairan sekali! Ketua Pembangkang, yang selama ini dilabel, dimomok dan dikaitkan sebagai agen Amerika di negara ini tiba-tiba menangis terisak-isak tidak dimasukkan di dalam jadual lawatan sang Potus. Apakah semua ini? Dan secara tiba-tiba, daripada khutbah, ceramah agama, keratan-keratan kertas dan demonstrasi yang menaikkan sepanduk Anti-US serta seluruh ritual membakar bendera Amerika Syarikat berubah kelmarin pada jam 4.50 petang dengan layanan karpet merah dihamparkan. Tak cukup dengan itu, anak muda mula terkinja-kinja mencipta hashtag #welcometomalaysia dan #POTUSinKLdi Twitter. Sungguh Malaysia Truly Asia bunyinya. Semua orang gembira dan teruja membayangkan manusia paling berkuasa di dunia kini berada di Kuala Lumpur! Bukan itu sahaja, anak muda, pemimpin muda dan gabungan bukan kerajaan khabarnya diberikan peluang untuk bertemu sang Potus! Amboi, galaklah anak muda ini memuat naik tiket bertemu sang Potus mereka di Instagram. Lupalah sudah mereka dengan isi khutbah yang baharu mereka dengan 2 hari lalu. Lupalah sudah mereka dengan semua siri ceramah serta demonstrasi di hadapan kedutaan yang pernah mereka sertai. Lebih pelik, untuk menampakkan negara sebagai moderat dan moden, sang Potus dibawa melawat Mesjid Negara! Lupalah semua pejuang agama yang selama ini meroyan apabila ada bukan Muslim yang masuk ke dalam mesjid. Lupalah semua pejuang bangsa yang selama ini histeria dengan isu Bible dalam laci hotel. Habis semua jadi lupa. Negara bagaikan sedang berpesta. Hinggakan kumpulan pejuang hak asasi tersenyum lebar mendapat peluang bertemu sang Potus. Semua ini, berlaku di tengah-tengah usul untuk memperkenalkan Hukum Hudud di negeri Kelantan, perbicaraan kes Liwat 2 Anwar Ibrahim, penarikan semua kitab Bible dari almari hotel dan perdebatan mengenai penggunaan kata Rest In Peace akibat kematian Karpal Singh. Apakah yang sebenarnya berlaku? Saya betul-betul hairan. Sejak dari kecil ditanam, di fahamkan serta dimomokkan bahawa Amerika Syarikat ini ialah negara penjajah yang jahat, tiba-tiba sejak dari semalam pembaca berita di televisyen asyik memperkatakan mengenai selfie sang Potus dengan Perdana Menteri kita dengan kapsyen; ‘Malaysia mempunyai hubungan yang semakin erat dengan Amerika Syarikat!’ Peter Burgen pada April 2012 di dalam The New York Times menyifatkan; “Compare Mr. Obama’s use of drone strikes with that of his predecessor. During the Bush administration, there was an American drone attack in Pakistan every 43 days; during the first two years of the Obama administration, there was a drone strike there every four days,” Saya tidak tahu apa tujuan sebenar sang Potus datang ke negara kita. Tetapi yang lebih pelik ialah untuk melihat bagaimana masyarakat, rakyat serta anak muda memberi reaksi terhadap kedatangan sang Potus ini. Segala khutbah, ceramah agama, keratan kertas anti-US serta demonstrasi bakar bendera yang kita lalui di hadapan kedutaan selama ini hanyalah sebuah halusinasi. Tidak wujud sebenarnya perkara seperti anti-US, anti-Amerika Syarikat atau anti-Obama. Semua, setiap dari kita, samada Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, pejuang agama atau bangsa malahkan pejuang hak asasi sekalipun, semuanya sukakan United States of America.* Semua berebut-berebut untuk mengadu domba antara satu sama lain, semua berebut-rebut untuk bergayut di dagu dan poket sang Potus untuk hidup. Kita semua menjadi buta dan tuli, terperangkap di dalam imperialisme kebudayaan seperti mana pernah ditulis Ngungi wa Thiong’o; “Cultural imperialism in the era of neo-colonialism can be a more dangerous cancer because it can take new, subtle forms. It can hide under cloaks of militant nationalism, calls for dead authenticity, performance of cultural symbolism, and even under native racist self-assertive banners that are often substitutes for national self-criticism and collective pride in the culture and history of resistance.” Ketika sang Potus sedang giat mengajak negara berdekatan untuk beri tekanan terhadap Rusia berkenaan kes Crimea, tentera Amerika Syarikat masih belum keluar dari Afghanistan sepenuhnya. Penjara Guantanamo Bay masih belum ditutup. ‘Drones’ di Pakistan masih terbang mengelilingi masyarakat awam mencari mangsa. Israel bahkan, masih menghantar misil dan roket untuk menghancurkan anak-anak Gaza menggunakan peluru dari Amerika. Dan anak muda kita? Masih giat selfie dengan sang Potus (walaupun Obama jaraknya 500 meter), giat mempromosi hubungan erat Kuala Lumpur-Washington di Instagram. Kita tahu anak muda kita bermasalah pabila ditanya wartawan, apakah soalan yang bakal ditanya kepada Obama, anak muda ini menjawab; “Mr Obama, can I do a selfie with you?” Malaysia, Truly Asia.

“The use of drones is not only a continual violation of our territorial integrity but also detrimental to our resolve and efforts at eliminating terrorism from our country.”

– Nawaz Sharif, Voice of America, 23 October 2013.

* Nota editor: Harap maklum bahawa PSM dan Bantah TPPA telah melakukan demonstrasi untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap perjanjian TPPA yang ingin dicapai Amerika Syarikat.

unnamed

]]>

Pendidikan merawat sikap kediktatoran (bahagian 1)

Kedikdatoran: mengenali suatu masalah Apabila menyebut tentang kediktatoran dan sifat-sifatnya, antara yang terawal muncul dalam minda sesetengah orang ialah gambaran sebuah pemerintahan mutlak yang berlandaskan pandangan seseorang individu, ataupun beberapa individu tertentu dan tidak terikat dengan perlembagaan mahupun peraturan. Pemerintah diktator lazimnya akan menuju ke arah kezaliman kerana sesebuah kuasa dan pemerintahan mutlak seringkali akan menjadi korup dengan mutlak. Namun demikian perbincangan mengenai kediktatoran sentiasa terhenti sekadar sifat “pemimpin diktator” sambil dilupakan perihal kediktatoran yang wujud dalam diri sesetengah masyarakat dan individu. Saya melihat, kewujudan pemimpin diktator dan zalim tidak sunyi daripada kewujudan awal sebuah masyarakat yang diktator. Justeru, sebuah pemerintahan diktator hanya bisa dijatuhkan sekiranya dijalankan aktiviti merawat masyarakat yang diktator. Masyarakat diktator Masyarakat diktator yang saya maksudkan ialah sebuah masyarakat individualistik, tamak dan beragama serta berideologi demi kepentingan. Mereka hidup dalam keadaan senang, justeru tiada apa yang perlu diperjuangkan sekalipun pemerintahan di hadapannya mencanggahi demokrasi dan mencabuli hak-hak rakyat sendiri. Respon mereka terhadap sesebuah pemerintahan despotik ialah “asalkan bukan aku dan keluargaku”. Sekiranya sesebuah pemerintahan diktator mahu menentukan cara pemerintahan, undang-undang dan sebagainya menurut kepala mereka semata-mata, masyarakat diktator juga berkongsi sikap sedemikian. Sekiranya mereka majoriti, mereka mahu menentukan cara berpakaian, mazhab dan agama golongan lain dengan kekuasaan ataupun kekuatan yang dimiliki. Pokoknya, masyarakat diktator ingin menentukan semua perkara. Menurut masyarakat diktator, kelompok minoriti ataupun the other mestilah mengikuti apa yang mereka yakini sekalipun dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak gemar jika kehidupan mereka dikawal dan ditentukan oleh orang lain. Justeru dalam hubungan antara kaum dan agama, ruang publik tidak digunakan untuk menyelesaikan perselisihan dan perbezaan, sebaliknya pengharaman buku, serbuan dan undang-undang dianggap sebagai solusi. Anggapan mereka, gunung yang tinggi hanya boleh didaki menerusi laluan yang diambil kelompoknya, adapun laluan lain tidak diizinkan sedangkan tiada sesiapa bisa memaksa apa yang ada dalam nurani manusia. Lantas, demokrasi yang asalnya mahu menjatuhkan kezaliman dan kediktatoran, telah mencetuskan tirani majoriti ke atas kaum minoriti. Kalaupun masyarakat diktator melaungkan slogan kebebasan bersuara, syaratnya suara itu menyebelahi mereka. Jika tidak, orang yang bersuara itu akan dilabel sebagai jumud, tradisional, sesat, “liberal” ataupun kafir. Mereka mahu berkata-kata tetapi enggan mendengar, mereka mahu bebas tetapi enggan membebaskan. Justeru, individualistik menjadi sangat cocok dengan kewujudan masyarakat diktator, sikap individualistik itu menyebabkan kewujudan masyarakat pluralistik langsung tidak diendahkan, apatah lagi dihargai. Barangkali inilah yang dinamakan sebagai dogmatic mind sebagaimana dinyatakan oleh Prof Dr Tariq Ramadan dalam bukunya The Quest for Meaning: “The dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic. It would be a mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the dogmatic mind is a binary mind. Whilst it states that its truth is the only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only universal, that is because it stipulates – at the same time – that anything that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best, absolutely ‘other’ and, at worst, culpably mistaken. [Minda dogmatik memperlihatkan satu lagi ciri. Adalah suatu kesalahan untuk mengandaikan bahawa ia hanya menerima kewujudan hanya satu pandang arah: minda dogmatik itu adalah satu minda binari. Manakala ia menyatakan bahawa kebenarannya itu adalah satu-satunya kebenaran, jalannya pula begitu ekslusif dan universalnya hanyalah ia satu-satunya, kerana ia mengandaikan – pada masa yang sama – sesuatu yang tidak mengikuti kebenaran tersebut, jalan itu dan universal itu, paling tidak, sesuatu yang sama sekali “lain’ dan lebih parah, sesuatu yang salah]. Al-Kawakibi, kediktatoran dan ilmu Seorang tokoh intelektual Muslim terkenal khasnya pada era kolonial, Abdul Rahman al-Kawakibi (1849-1902) semasa mengulas perihal kediktatoran telah memetik beberapa kata-kata, antaranya ialah: “Kediktatoran merupakan musuh kebenaran, musuh kebebasan dan merupakan pembunuh kedua-duanya. Kebenaran merupakan bapa kepada manusia, sementara kebebasan pula ibu mereka. Rakyat merupakan anak-anak yatim yang tidur dan tidak mengetahui apa-apa, sementara para ilmuan pula merupakan saudara mereka yang bijaksana. Sekiranya mereka (golongan berilmu) mengejutkan rakyat, pasti rakyat akan bergerak aktif. Adapun jika para ilmuan meninggalkan mereka, mereka akan kekal sebagaimana sebelumnya, lantas akan bersambung tidur mereka (rakyat) dengan kematian.” Kenyataan tersebut wujud dalam buku terkenalnya berjudul Tobai’ al-Istibdad wa Masori’ al-Isti’bad. Menurutnya lagi, antara kediktatoran yang paling hodoh ialah kediktatoran kejahilan ke atas ilmu dan kediktatoran nafsu ke atas akal (rasional). Al-Kawakibi mengulang-ulang hubungan antara ilmu dan akal dalam menangani kediktatoran, membayangkan betapa sesebuah masyarakat yang diperintah oleh kuasa yang diktator sebenarnya disebabkan sikap mereka menyerahkan akal kepada pihak pemerintah sehingga diperbodohkan, selain ketidak upayaan mereka bertindak ke atas projek pembodohan yang sedang ditimpakan ke atas mereka. Selain itu, al-Kawakibi menegaskan: “Para ilmuan menggesa kepada pencerahan akal, sementara golongan diktator gigih berusaha memadamkan cahaya pencerahan itu. Dua golongan ini (para ilmuan dan pemerintah diktator) saling menarik orang ramai, siapakah orang ramai itu? Mereka merupakan golongan yang apabila jahil, mereka menjadi takut, apabila takut, mereka menyerah (kepada diktator). Sebagaimana mereka merupakan golongan yang apabila berpengetahuan, mereka berkata-kata, dan apabila mereka berkata-kata, mereka melaksana.” Kaum yang jahil pasti akan memberi keuntungan kepada pemerintah yang diktator. Justeru sekalipun sesebuah pemerintah diktator memberi ruang demokrasi menerusi pilihanraya yang diadakan beberapa tahun sekali, ruang kebebasan memilih itu ibarat debu-debu yang berterbangan kerana masyarakat terus bodoh dan diperbodohkan. Apa guna kaum yang dibutakan diberi pilihan membuat penghakiman terhadap perkara yang memerlukan penglihatan yang tajam? Apa yang boleh dibanggakan jika kaum yang dipekakkan diberi pilihan membuat penghakiman terhadap sesuatu yang memerlukan pendengaran yang teliti? Oleh yang demikian, kediktatoran pemerintahan sememangnya berasal dari sifat-sifat kediktatoran yang wujud pada sesebuah masyarakat. Adapun antara penawar kepada kediktatoran itu ialah rawatan terhadap masyarakat, salah satunya yang penting ialah menerusi medan pendidikan. Ketakutan:  Individual dan kolektif Justeru dalam konteks perbincangan kita, apabila berbicara soal kediktatoran, wajar kita timbulkan persoalan; kalau mahu menentang kediktatoran, apa dan siapa yang terlebih dahulu mesti dibetulkan? Saya melihat, jawapannya ialah manusia; iaitu kita semua….. (bersambung ke bahagian dua) (Sila email editor di projekdialog@yahoo.com untuk bibliografi lengkap)         unnamed

]]>