Projek Dialog

Penyembelihan Haiwan & Makna Halal

harga lembu korban 2011c Petikan ini diambil daripada laman ‘Islamic Voice’ (http://islamicvoice.com/february.2002/dialogue.htm). Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Ulangsiar dari terbitan 10 Oktober 2014. Pembuka kata: Menjelang Raya Korban, terdapat banyak persoalan tentang hakikat penyembelihan dalam Islam. Di sini kami ingin mengutarakan etika penyembelihan dalam Islam, mengikut sunnah dan hadis. Moga ini mampu memberi pencerahan tentang layanan terhadap haiwan mengikut ajaran Islam.

  1. Walaupun dengan teknologi sekarang, masih terdapat binatang yang dirantai dan diheret, atau disiram air panas ketika hidup untuk membuang bulu di sesetengah rumah penyembelihan. Operasi besar-besaran yang biasanya mengamalkan kaedah-kaedah tersebut membekalkan daging dalam pelbagai bentuk kepada banyak negara Islam. Boleh saya bertanya sama ada layanan begitu terhadap haiwan yang akan menjadi makanan adalah dibenarkan dalam Islam. Dalam konteks yang sama, apakah pandangan Islam mengenai amalan membunuh ikan dan kehidupan lain yang tidak diingini ketika menangkap ikan?
Jawapan: Manusia perlu sentiasa ingat bahawa ia hanya dengan rahmat Tuhan bahawa mereka dibenarkan untuk menyembelih haiwan seperti kambing, lembu dan ayam untuk makanan. Mereka juga dibenarkan untuk menangkap ikan. Oleh itu apabila mereka menyembelih binatang dan menangkap ikan, mereka perlulah menzahirkan kesyukuran kepada Allah untuk berkatNya dengan melaksanakan penyembelihan dengan rendah hati dan kesantunan. Mereka dituntut untuk memahami dan mematuhi ajaran Islam dalam penyembelihan. Rasulullah pernah mengarahkan salah seorang sahabatnya yang hendak menyembelih seekeor kambing untuk menjauhkannya daripada kambing yang lain supaya mereka tidak dapat melihatnya. Rasulullah tidak mahu kambing yang lain untuk menyaksikan penyembelihan tersebut supaya mereka tidak kesedihan. Nabi juga menekankan supaya haiwan yang akan disembelih ditempatkan dalam keadaan yang paling selesa dan harus dibunuh dengan cepat dan dikurangkan kesakitannya. Baginda bersabda bahawa: “Allah sesungguhnya telah memerintahkan supaya semua perkara dilakukan dengan sempurna (ihsan). Oleh itu, apabila anda membunuh, bunuhlah dengan tertib dan apabila anda menyembelih, sembelihlah dengan baik. Biarlah setiap daripada kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah dia mengurangkan penderitaan kepada haiwan akan disembelih. “(Sahih Muslim) Jelaslah bahawa Rasulullah menganggap pembunuhan yang cepat sebagai sebahagian daripada cara penyembelihan yang betul. Baginda menekankan ini dalam beberapa peristiwa. Dalam hadith yang lain, Rasulullah mengatakan: “Apabila sesiapa di antara kamu menyembelih, maka hendaklah dia memastikan kematian haiwan tersebut.” Rasulullah pernah melihat seorang lelaki menajamkan bilah pisaunya setelah mengiringkan kambingnya. Baginda berkata kepadanya, “Apakah kamu mahu ianya mati berkali-kali? Bukankah kamu boleh mengasah dahulu pisaumu sebelum mengambilnya untuk disembelih. ” Semua ini menunjukkan bahawa Islam mempunyai sikap jelas berkenaan layanan haiwan iaitu dengan perikemanusiaan, terutamanya yang dijadikan sebagai makanan. Apabila ianya diabaikan, ini menunjukkan sikap tidak endah terhadap ajaran Nabi. Semestinya Allah akan menyoal sikap kita tentang ajaran Nabi. Orang sebegitu tidak dapat memberikan alasan yang baik untuk kecuaiannya. Lebih lagi Islam mengharamkan sebarang pengambilan atau pembuangan bahagian tubuh haiwan yang menyakitkan. Unta Orang-orang Arab dahulu biasanya memotong bonggol unta atau bahagian lemak kambing ketika ianya masih hidup. Rasulullah sedar bahawa tindakan tersebut menyeksa haiwan lalu menghentikannya dan menjadikannya haram sebagai makanan. Baginda bersabda: “Apa yang dipotong daripada haiwan ketika ianya hidup adalah bangkai.” Lazim diketahui bahawa bangkai iaitu haiwan yang mati secara semula jadi adalah haram untuk dimakan. Ini menunjukkan bahawa Islam melarang mana-mana amalan yang menyebabkan penderitaan yang tidak perlu untuk haiwan. Memotong leher haiwan kemudian menyiram air mendidih ke atasnya apabila ia masih boleh merasakan kesakitan sudah pasti tidak dapat diterima. Orang yang berbuat demikian sudah tentu akan diadili pada hari kiamat. Begitu juga apabila menangkap ikan. Jika hasil tangkapannya termasuk ikan yang tidak diingini, sepatutnya ia dilepaskan kembali ke dalam air supaya ianya boleh hidup. Begitu juga dengan mana-mana makhluk lain yang dikaut sekali dengan ikan. Apa yang tidak diperlukan harus dibiarkan hidup, melainkan ianya berbahaya. Jika begitu, ianya harus dibunuh secara perikemanusiaan Sembelih Kaedah-kaedah Penyembelihan
  1. Adakah semua haiwan disembelih dengan cara yang sama dalam Islam?
Dua kaedah penyembelihan yang digunakan menurut Syariah ialah:
  • Zabh – Memotong urat leher. Ini disarankan untuk penyembelihan biri-biri, kambing, lembu dan burung, dan dibenarkan untuk semua haiwan lain.
  • Nahr – Menikam bahagian bawah leher. Ini disarankan untuk menyembelih unta dan dibenarkan untuk penyembelihan lembu.
  • Aqr juga boleh digunakan – Memotong mana-mana bahagian haiwan yang sukar ditangkap ketika memburu atau menggunakan haiwan liar yang dijinakkan. Pemburu seharusnya menggunakan kaedah zabh atau nahr jika haiwan yang ditangkap tersebut masih lagi hidup.
  1. Bolehkah penyembelihan dilakukan oleh sesiapa sahaja? Jika tidak, apakah syaratnya?
Penyembelihan dianggap sah jika orang yang menyembelih adalah dewasa, waras dan seorang Muslim atau ahli kitab (Yahudi atau Kristian). Haiwan yang disembelih oleh orang musyrikin, ateis, Majusi, murtad atau kafir tidak dibenarkan untuk dimakan.
  1. Apakah alat patut digunakan untuk penyembelihan?
Penyembelihan harus menggunakan alat tajam yang memotong secara memanjang dengan mata pisau. Ianya boleh dibuat daripada besi atau apa-apa bahan lain, tetapi bukannya kuku atau taring dan harus menyebabkan pengaliran darah.
  1. Apakah haiwan yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam jika kaedah selain penyembelihan digunakan untuk membunuh haiwan tersebut?
Haiwan-haiwan yang dilarang untuk dimakan adalah seperti berikut:
  • Haiwan dibunuh dengan ganas melalui hentakan alat berat seperti batu atau pemukul
  • Haiwan yang terbunuh disebabkan kejatuhan
  • Haiwan yang ditikam, ditusuk atau dirobek sampai mati
  • Haiwan yang telah dimakan sebahagiannya oleh binatang liar. Akan tetapi ianya boleh dimakan jika ditangkap hidup-hidup dan kemudiannya disembelih.
  1. Adakah menyebut nama Allah itu satu kemestian? Bagaimana jika terlupa?
Nama Allah perlu disebut ketika penyembelihan. Menggunakan alat perakam untuk tujuan tersebut tidak mencukupi. Penyembelihan dianggap sah jika penyembelih terlupa menyebut nama Allah.
  1. Islam adalah agama rahmat. Bolehkah anda meneragkan etika Islam apabila menyembelih haiwan?
Peraturan etika khusus telah ditetapkan dalam Syariah untuk penyembelihan, yang mempertimbangkan ihsan terhadap haiwan sebelum, semasa dan selepas penyembelihan:
  • Alat penyembelihan (pisau) tidak patut ditajamkan di hadapan haiwan.
  • Seekor haiwan tidak boleh dibunuh di hadapan haiwan lain.
  • Ia tidak boleh disembelih menggunkan alat tumpul, dan tidak boleh diseksa.
  • Ketika ianya masih hidup, anggota badannya tidak boleh dipotong, kulitnya ditanggalkan, direndam dalam air panas, atau dicabut bulunya sebelum memastikan kematiannya.
  • Haiwan tersebut hendaklah bebas daripada penyakit yang boleh membuatkan dagingnya berbahaya kepada si pemakan. Kesihatan haiwan perlu dipastikan sebelum ianya dibeli untuk penyembelihan.
  1. Haiwan biasanya direbahkan dengan hentakan atau renjatan elektrik di Barat. Adakah kita dibenarkan untuk memakan daging haiwan yang telah dilakukan sebegitu?
Menyembelih tanpa menggunakan kaedah tersebut adalah prinsip asas dalam Syariah. Inilah yang terbaik dalam menunjukkan ihsan terhadap haiwan dan mengurangkan penderitaannya. Pihak yang bertanggungjawab untuk penyembelihan hendaklah memastikan cara-cara penyembelihan selari dengan prinsip ini. Daging haiwan yang disembelih selepas direbahkan begitu boleh dimakan jika kaedahnya ditelitikan. Syarat-syarat berikut harus diperhatikan oleh pakar:
  • Menghubungkan kedua-dua elektrod di bahagian depan kepala, voltan mestilah antara 100-400 volt, arus antara 0.75-1.0 ampere untuk kambing dan biri-biri dan 2-2.5 ampere untuk lembu, dilakukan hanya dalam 3-6 saat
  • Tidak menggunakan senapang batang besi, kapak, mahupun tukul
  • Kejutan elektrik tidak boleh digunakan terhadap ayam kerana ianya terbukti membunuh sejumlah besar ayam sebelum sempat disembelih
Haiwan itu tidak dianggap haram jika direbahkan dengan menggunakan gas atau senapang bola dengan cara yang tidak membunuhnya sebelum disembelih.
  1. Apakah nasihat anda kepada umat Islam di Barat tentang memakan daging tempatan?
Umat ​​Islam di negara bukan Islam seharusnya berusaha untuk mendapatkan kebenaran undang-undang untuk menyembelih haiwan mengikut Syariah tanpa perlu menggunakan kaedah pengejutan di atas.
  1. Bolehkah pelawat ke negara-negara bukan Islam memakan daging yang mungkin tidak disembelih mengikut Syariah?
Umat Islam melawat atau menetap di negara bukan Islam boleh memakan haiwan yang disembelih oleh Ahli Kitab setelah berusaha untuk memastikan bahawa penyembelihan tersebut tidak melanggar Syariah.
  1. Bolehkah umat Islam memakan daging yang diimport daripada negara-negara bukan Islam?
Daging adalah halal jika ianya diimport dari negara-negara di mana majoriti adalah Ahli Kitab dan haiwannya disembelih di rumah penyembelihan moden yang menggunakan kaedah penyembelihan Syariah seperti yang dinyatakan di atas. Ayat Al-Quran berikut adalah bukti bahawa daging tersebut boleh dimakan: “Makanan Ahli Kitab adalah halal bagi kamu” (Surah Al-Ma’idah). Namun, daging yang diimport dari negara-negara yang majoritinya bukan Ahli Kitab adalah dilarang kerana kemungkinan besar bahawa haiwan tersebut dibunuh dengan cara yang tidak menepati agama. Daging yang diimport dari negara-negara bukan Islam tersebut adalah halal sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut Syariah di bawah penyeliaan sebuah badan Islam yang diiktiraf dan jika penyembelih adalah seorang Muslim atau Ahli Kitab. ]]>

KORBAN: Harga sebuah Cinta dan Revolusi

ROL Lee Oleh Lee Slimshady Senja 19 September aku duduk mengopi di Restoran Yassen Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil memerhati rakan-rakan wilayah cinta sedang melayani dan menyantuni anak-anak jalanan di hadapan Alka Ria. Tetapi kali ini aku tidak menyertai rakan-rakan yang lain dalam menyebar cinta di jalanan buat anak-anak warga miskin kota. Mungkin memberi peluang kepada “pecinta – pecinta” lain mencurahkan kasih buat anak-anak jalanan ini. Dalam seketika teringat pula kepada seorang rakan berkepala botak yang menggunakan nama pena Sang Pencinta. Aku mengenali Sang Pencinta yang berkepala botak ketika sama-sama meneroka ruang demokratik dalam #OccupyDataran tapi sayangnya tidak mengenali secara dekat dan mengapa dia menggelarkan dirinya sebagai Sang Pencinta aku sendiri pun tidak tahu. Sambil menghirup kopi panas aku memerhati anak-anak kecil ini belajar dan sedikit demi sedikit fikiran ku mula menerawang jauh dalam sejarah cinta umat manusia beribu-ribu tahun lamanya. Dalam simpanan kotak sejarah yang aku ada, hanya satu nama sahaja yang mengaitkan Cinta dalam catatan sejarah tidak kiralah ia dari kitab suci, manuskrip papyrus mahupun catatan hieroglif purba di Babylon mahupun di Mesir. Paling tepat sosok inilah yang telah mengorbankan cintanya demi wahyu yang telah dikirim dari langit ke-7 yang terselit mesej rahsia buat seluruh umat manusia. Justeru aku tidak berniat untuk meminggirkan para atheist dalam  coretan populis ini hanya sekadar mahu berkongsi semangat revolusi dan fahaman tentang cinta buat seluruh insan di setiap pelosok jagat raya. Tidak semestinya pandangan dan pendapat aku ini betul dan janganlah sampai diakui keabsahannya sebelum dicabar dan disiasat kebenarannya. Kisah Ibrahim Alaihissalam Oleh itu bagi aku satu-satunya individu pertama yang aku rujuk terlebih dahulu sebelum Paderi Saint Valentinus adalah Nabi Ibrahim alaihis salam. Ibrahim HajarKerana ketika Ibrahim meninggalkan bayi comel dan isteri tersayang di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang tak mungkin aku dapat membayangkan perasaan hiba yang lahir dari naluri seorang ayah. Perasaan yang amat pilu tatkala anak yang dinantikan zuriatnya sendiri setelah bertahun lamanya akhirnya terpaksa ditinggalkan begitu sahaja di bawah panas terik mentari. Hati ayah mana yang tidak emosi apabila saat-saat manis membelai bayi comel dari darah keturunan sendiri terpaksa dilupakan demi menurut perintah dari langit ke-7. Andai aku berada di tempat Ibrahim secara jujurnya mustahil aku dapat melaksanakan perintah tersebut kerana naluri kebapaan mencengkam kuat dalam jiwa sebaik menatap bayi comel lebih-lebih lagi zuriatku sendiri. Sedikit demi sedikit wajah isteri yang tercinta hilang di tengah-tengah padang pasir kontang. Hatinya mula resah, jiwanya mula gelisah dan kini naluri bapanya berkecamuk. Demi cinta kepada isteri, dan kasihnya kepada bayi Ismail yang comel, ditadah kedua belah tangannya lalu dijulang ke langit lantas mengemis Cinta dari Sang Pencipta menagih simpati buat kasih insani. Ibrahim sedar hamba hina sepertinya tidak layak mengemis Cinta yang Maha Esa meski sang Jibrail yang setia tanpa sempadan pun belum mampu memiliki kasih Sang Pencipta. Di kala itu berlari-lari kecillah Siti Hajar mendaki menuruni bukit Marwa dan Safa mengejar bayangan fatamorgana yang disangka lautan tatkala bayi Ismail meraung mendahagakan air sedangkan susu dari tubuhnya telah kering. Mujur Sang Pencipta itu punya nama yang Maha Mengasihani. Korban emosi, kasih dan sayang hamba Ibrahim itu dibalas bawah hentakan kudus tumit bayi Ismail a.s lalu terpancurlah kejernihan sumur air ditengah-tengah padang pasir tandus yang menghapuskan segala kedahagaan. Ternyata Cinta yang Maha Esa adalah Cinta yang Teragung. Tanpa Rasul utusan itu sedar, kasih Maha Pencipta itu mengatasi segala-galanya. Cahaya CintaNya merentasi kebencian, kegelapan dan bisikan kejahatan. Maka berkumpullah seluruh bangsa jurhum demi berkongsi Cinta dari sebuah telaga hasil kurnia ilahi berkat hentakan kudus dari tumit kaki bayi Ismail. Kisah Cinta Ibrahim ini bermula dari hanya seketil rasa kasih dan akhirnya terbina sebuah kota di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Cinta Seni & Pemburuan Makna Lalu diabadikan cinta Ibrahim, Siti Hajar dan bayi Ismail itu dalam bait-bait puitis yang dicoret oleh bapa kesusasteraan Melayu moden Hamzah Fansuri. [caption id="attachment_5164" align="alignleft" width="351"]Hamzah Fansuri Hamzah Fansuri[/caption] Malah diadaptasi pula bait-bait puitis itu dalam sebuah lagu gubahan penyanyi dan komposer tersohor M. Nasir  bertajuk “Raikan Cinta” yang pernah menduduki carta teratas lagu popular tanah air suatu ketika dahulu. Aku juga turut mengalunkan bait-bait lirik lagu tersebut sambil memetik gitar milik rakan serumah tanpa menghayati dengan tepat makna dan maksud yang cuba disampaikan dalam lirik lagu berkenaan. Namun dalam pada masa yang sama aku mula mengesyaki ada maksud mendalam dalam bait-bait puitis ini, jika tidak takkanlah lirik tersebut dipetik dari karya tersohor Bapa Kesusateraan Melayu Moden seperti Hamzah Fansuri. Bermula dari saat itu aku mula memburu jawapan kepada setiap persoalan. Secara perlahan-lahan aku mula menyiasat segala naratif yang ada di sekeliling hidup aku dan mencungkil kebenaran serta kesahihan setiap naratif tersebut. “Nak, jiwamu mula memberontak dan mindamu sedang melalui proses evolusi” kata seorang pakcik tua yang aku temui di perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Terkejut dengan perubahan tanpa sedar itu, sebenarnya bukan sahaja dilalui oleh aku seorang malah rakan-rakan lain yang mula melakukan pemburuan terhadap kesahihan naratif. Cinta, Revolusi & Pengorbanan Revolusi pada awalnya adalah satu istilah yang amat asing tetapi hebat bagi aku. Setiap kali menyebutnya membuat aku rasa teruja tanpa mengerti lebih mendalam bentuk fiziknya. Mencari kesempurnaan dan menghapuskan pembodohan juga perlukan cinta untuk membina sebuah masyarakat yang progresif. Namun tanpa revolusi sebagai kaedahnya, maka cinta itu hanyalah sia-sia. Cinta kepada perubahan dan kebebasan untuk membina dunia baru, tanpa menggerakan perubahan itu secara drastik maka kekallah cinta itu sekadar ilusi maya. Sebab itu ia bukanlah hanya kisah lagenda antara Romeo dan Juliet atau kisah cinta tragik antara Uda dan Dara, maka secara fiziknya ia menuntut suatu pengorbanan. Lantas ia menjadi satu perkara yang menghantui minda para reformis. Banyak antara kita cukup petah dan lantang bila memperkatakan tentang perubahan, tetapi apabila diajukan persoalan tentang pengorbanan maka ramai yang mula memberi alasan untuk melarikan diri. Penyair terkenal W.S Rendra pernah mengungkapkan; “Andai takut pada risiko usah bicara pasal perjuangan” Maka risiko itu adalah pengorbanan yang akan dituntut dalam suatu gerakan perubahan. Kerana itu seringkali para revolusioner mengibarkan warna merah sebagai tanda menjadi korban dalam kebangkitan. Pengorbanan Helah & Pengorbanan Sebenar Tapi usah disamakan warna merah ini dengan himpunan baju merah tempoh hari kerana bagi aku himpunan itu bukan satu kebangkitan tetapi sekadar mengampu pemerintah. Janganlah juga disamakan dengan  demonstrasi depan Masjid Ubudiah dan Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar ketika rampasan kuasa negeri Perak melalui pintu belakang istana suatu masa dahulu. Ramai telah ditangkap manakala pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah di rumah Menteri Besar dan diceritakan betapa mereka yang ditangkap ini adalah wira rakyat dan kutipan derma dibuat untuk wira-wira ini. Diumumkan malam itu jumlah kutipan derma untuk menjamin semua para tahanan adalah sebanyak RM13 ribu. Tapi sampai hari ini duit tu tak sampai ke tangan para tahanan sebagai wang jaminan. Ahmad BoestamamKasihan buat rakan-rakan yang telah dijadikan sebagai mangsa ihsan orang ramai untuk mengaut keuntungan maka berhati-hati agar tidak dijadikan alat kepentingan politik orang lain untuk mengaut keuntungan. Tidak ada makna pengorbanan malah jauh sekali maksud perubahan di situ kerana keseluruhan ia sekadar helah ahli politik untuk mengekalkan kekuasaan dan mengaut keuntungan atas kesengsaraan orang lain. Sebab itu dalam sejarah kita lihat sendiri dalam merealisasikan cinta maka banyak jiwa yang telah terkorban. Secara psikologinya ia bukanlah satu perkara yang kita ingini namun itulah realiti yang perlu dihadapi. Justeru bergerak dari kebangkitan revolusi maka korban adalah perkara subjektif bagi para revolusioner. Maka tidak hairan jika kita lihat pendukung perjuangan radikal progresif seperti Ahmad Boestamam meletakan slogan “merdeka dengan darah” sebagai konsep perjuangan Angkatan Pemuda Insaf (API). Maka akan datang suara-suara sumbang memperlekehkan dasar perjuangan tersebut lantas mengaitkannya sebagai satu perkara yang ditegah oleh agama. Larangan Agamawan & Revolusi Murni Lalu ujian untuk menulenkan lagi cinta Ibrahim tidak terhenti di situ sahaja kerana perjalanan dan proses baru sahaja bergerak pada fasa pertama. Mesej Tuhan belum lagi jelas untuk diungkapkan meskipun dalam kiasan. Maka Ibrahim a.s diseru sekali lagi untuk  membuktikan kesetiaan kepada Maha Pencipta yang mana ia menuntut satu lagi pengorbanan yang amat besar dalam hidupnya. Kali ini zuriatnya diperintahkan agar disembelih sebagai korban. Buat kali kedua nalurinya sebagai seorang bapa diuji sepenuhnya. Tatkala perintah dari langit ke-7 mahu dilaksanakan maka muncul suara-suara sumbang Sang Azazel (Iblis) yang telah dilaknat lantas mengaitkan perintah itu dengan percanggahan dalam ajaran agama. Hajar IsmailMaka mempersetankan suara-suara kurang siuman yang mengaitkan suatu usaha murni itu dengan percanggahan dalam ajaran agama bukanlah suatu yang janggal kerana Siti Hajar sendiri melakukan dengan jayanya. Malah Ibrahim a.s sendiri merejam suara-suara “sial” itu dengan batu sehingga ia kekal ke hari ini sebagai ritual ibadah haji yang wajib dijalani setiap muslim yang mengerjakan haji. Tetapi malangnya ritual ini gagal dimaknai dalam realiti kehidupan sebenar. Sebab itu sering aku persoalkan dalam menggerakkan perubahan mengapa harus mempedulikan suara-suara sumbang yang mengaitkan segala usaha murni dalam membuat perubahan dengan penegahan dalam agama. Sebab itu ketika aku menyoal seorang rakan yang mahu menyertai demonstrasi #Bersih4 tentang kenyataan seorang agamawan yang mengatakan bahawa  himpunan itu haram di sisi agama maka jawabnya; “Kalau semuanya salah di sisi agama macam tu tak payahlah Nabi Ibrahim nak turut perintah Tuhan untuk sembelih Nabi Ismail ” “Kenapa pula? ” Soalku yang inginkan kepastian. “Sebab kata Iblis apa yang dilakukan oleh Ibrahim a.s tidak pernah diajar oleh mana-mana agama di dunia ini ” Jelas sahabatku dengan jawapan yang mampu buat aku tersenyum. Penjelasan yang dibuat sahabatku ini menunjukan andai usaha untuk membersihkan kekotoran itu ditegah kononnya atas nama agama maka haram untuk kita untuk menuruti larangan tersebut. Maka Tuhan pada awalnya telah mensyari’atkan keatas kita untuk mempersetankan apa sahaja larangan agamawan keatas usaha yang murni dan bersih. Justeru Imam Al-Ghazali telah mengingatkan  dalam Ihya Ulumudin bahawa setiap agamawan yang menjejakkan kakinya ke dalam istana maka akan hilanglah cahayanya. Maka setiap kebangkitan revolusi itu tidak terlepas dari asosiasi pembohongan agama kerana para agamawan itu telah di rantai lehernya oleh kuasa-kuasa politik kecuali mereka yang cekal untuk bangkit menentangnya.   Pengorbanan Untuk Menegakkan Keadilan Maka bangkit perlawanan untuk menegakan keadilan, kebebasan dan menuntut hak. Paling penting sekali adalah membina sebuah ketamadunan yang bebas dari parasit pembodohan. Sudah pasti ia pertarungan yang amat sengit yang akan mengorbankan banyak jiwa. Banyak lulusan agama tempatan enggan mengakui keabsahan naratif ini sebab motif pengorbanan Ibrahim a.s gagal difahami dengan jelas. Bagi aku ia tidak pelik kerana sang Jibrail juga mempertikaikan hal yang sama khususnya tentang pergorbanan dan pertumpahan darah. Namun begitu apabila aku meneliti babak akhir kisah korban Ibrahim dan Ismail maka pasti ramai yang akan mendakwa berlaku satu keajaiban. Di saat yang sepatutnya Ismail a.s dikorbankan, diturunkan seekor kibas lantas Ismail bukanlah korban yang sebenar kerana bagi aku itu bukan satu keajaiban tetapi anugerah. Ibrahim Qurban Lantas di sebalik korban itu maka Tuhan mengajarkan hamba bahawa di dalam hidup ini korban adalah suatu perkara yang subjektif dalam menggembleng sebuah perjuangan. Tertumpahnya darah merah itu ke bumi demi menuntut sebuah keadilan dan perubahan, biarpun ia perit untuk diterima. Sesetengah bangsa di dunia melihat pengorbanan itu satu kemuliaan. Ia seperti ibarat membelah dan mengupas sebiji durian yang memiliki kulit berduri tajam. Sudah pasti duri-duri itu melukai tangan yang mengupasnya. Tetapi andai kulitnya yang berduri tajam berjaya dikupas maka akan kita menikmati betapa lembut dan manisnya isi durian tersebut. Pengorbanan Penghayatan Maksud Korban Yang Hilang Maka sebelum kemanisan itu dikecapi ia harus melalui proses yang amat perit. Paling pasti ia menuntut nilai korban yang besar sebagai sebuah ganjaran yang harus  dibayar untuk sebuah kejayaan. Maka korban itu perlu untuk meraih kejayaan dalam suatu kebangkitan atau perjuangan. Tanpa pengorbanan takkan ada apa-apa kejayaaan. Korban adalah harga sebuah revolusi. Korban menjadi pertukaran penting untuk sebuah perubahan dalam hidup. Apa yang aku kesalkan ialah ibadah korban ini hanya sekadar syarat ritual sebagai muslim setiap kali tiba Aidil Adha tanpa setiap dari kita mengerti dan mempraktikkan maksud korban dalam revolusi hidup sebenar. Maka mesej Tuhan dalam kisah pengorbanan Ibrahim dan Ismail gagal diterjemahkan dalam hidup manusia Setiap kali itu juga aku sering teringat kata-kata Sam Witwicky (lakonan Shia Saide LaBeouf) dalam filem Transformers mengungkapkan slogan moyangnya Kapten Archibald Witwicky iaitu; “No Sacrifice, No Victory” (Tiada kejayaan tanpa pengorbanan) Salam Aidil Adha buat semua, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf zahir dan batin.   *Lee SlimShady adalah bekas aktivis #OccupyDataran yang beriman kepada perjuangan radikal progresif jalanraya.

]]>

Projek Dialog di Freedom Film Fest – Filem Apa?

FFF Dialog Melalui Haluan Media Popular Secara umumnya media popular dilihat sebagai sarana penyebaran maklumat kepada seluruh massa. Ia juga dapat digunakan sebagai landasan kepada beberapa pihak untuk menganalisa sesuatu masalah. Ia dengan penuh harapan merasakan bahawa medium tersebut mampu mempertingkatkan kesedaran kepada orang awam. Permasalahan yang diutarakan itu semestinya harus berputar fenomena yang berkait rapat dengan konteks tempatan dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita secara tidak sedar. Menurut pendapat saya, inilah yang jarang benar dilakukan oleh kita semua. Kalau bukan para akademik ataupun para pemikir yang melaksanakan usaha seperti ini, tidak selalunya timbul inisiatif untuk mengutarakan sesuatu masalah dengan analisis yang jelas tentang apa yang berlaku pada zaman ini. Projek Dialog selaku landasan yang menganjurkan dialog sesama rakyat turut berusaha untuk melakukan inisiatif penyebaran maklumat menggunakan media popular. Projek Dialog untuk tahun ini turut terlibat menghasilkan dua karya yang bakal ditayangkan di Freedom Film Fest di PJ Live Arts Centre, Jaya One. Freedom Film Fest merupakan festival filem terulung di Malaysia yang menggunakan teknologi media sebagai salah satu sarana untuk menekankan aspek demokrasi dan menyarankan penggunaannya di kalangan para aktivis. Gabungan antara visual, tekstual, dan juga bunyi lebih memberikan impak yang besar, diikuti dengan perbincangan yang memberangsangkan mengenai setiap masalah yang dipaparkan. Filem yang ditayangkan pula merupakan dokumentari yang jarang benar didanai oleh industri perfileman, sedangkan filem-filem inilah yang benar-benar mengutarakan masalah realiti sosial yang dihadapi oleh kita semua. Dengan ini mari kita memperkenalkan karya dokumentari yang turut dihasilkan oleh pihak Projek Dialog iaitu Viral,Sial! dan juga Dialog dengan Dendi. Viral Sial “Viral,Sial!” oleh David Buri Filem ini berdasarkan fenomena beberapa bulan lalu sewaktu BFM Kupas menayangkan satu episod yang bertajuk “Hudud: Isi Periuk Nasi”. Pada waktu itu pengacara utamanya, Edry Faisal tidak dapat muncul kerana beliau menjadi sukarelawan di Kelantan. Langsung dia digantikan oleh pengacara wanita, Aisyah Tajuddin. Nah, bermula dari situlah jelas terlihat isu kebebasan menyatakan pendapat ternyata langsung tidak dapat dipraktikkan dengan sihat tanpa digugat ancaman yang kini sudah tiba pada tahap yang membahayakan. Seluruh Malaysia termasuklah media arus perdana turut memberi liputan mengenai hal ini. Tidak lupa juga kepada pihak-pihak penguasa yang turun padang menyatakan pendapat mereka mengenai video ini. Jadi apakah persoalan-persoalan yang timbul dari filem dokumentari ini? Pertama, adakah fenomena kecaman ini disebabkan oleh gender Aisyah Tajuddin dan kelantangan beliau mempersoalkan isu ini menggunakan medium internet? Harus juga kita ingatkan bahawa keberanian beliau untuk berdiri di hadapan kamera dan menyindir keutamaan ahli politik PAS tentang hudud adalah sesuatu yang jarang kita lihat di negara ini. Sedangkan para lelaki sendiri tidak berani untuk menyatakan pendapat mereka di khalayak awam, sebaliknya sibuk berbicara di kedai kopi tanpa apa-apa risiko. Jika difikirkan lagi, adakah sekiranya ia dilakukan oleh seorang lelaki, maka tingkat kecamannya pasti berbeza? Dan sehubungan dengan itu, adakah agama masih lagi dibawah jagaan pimpinan lelaki? Bilamana seorang perempuan mula mempersoalkannya, segala struktur sosial mulai tergugat dan tidak lagi menunjukkan piawaian ketakwaan yang seharusnya? Persoalan inilah yang saya rasakan bakal dikupas. Wujudkah suatu analisa yang mampu menerangkan masalah ini dengan jelas? Adakah ini semuanya bakal berakhir kepada persoalan kuasa untuk menyebarkan wacana ataupun kesedaran yang selama ini dikuasai oleh golongan lelaki? Dan lebih teruk lagi, bagaimana pula dengan ruang bagi kita semua untuk menyatakan pendapat? Adakah negara kita semakin lama semakin dihakis kebebasannya untuk bersuara, sebaliknya bakal digantikan suatu sistem autoritarian yang bakal membungkam kesemua suara yang menentang keadaan sistem sedia ada? Fenomena ini merupakan sesuatu yang harus difikirkan, kerana beliau secara jelas diugut secara tidak adil. Hanya kerana seorang wanita dari golongan rakyat biasa memberi pendapat, lalu hampir seluruh rakyat negara mengecamnya. Dialog Dengan Dendi “Dialog dengan Dendi” oleh Badrul Hisham Ismail “Dia sudah tak betah duduk di bandar. Bandar yang penuh gelisah. Yang tak kenal manusia dan kemanusiaan, hanya kenal urusan.” Bagi penduduk kota, persoalan mengenai isu kemodenan dan hiruk pikuk kota adalah realiti yang tidak dapat kita nafikan. Kelelahan kehidupan adalah sesuatu yang sering dipendam, maka bermula dari situ ada yang mulai mencari jalan keluar. Jalan eskapisme yang mampu mengalihkan pandangan kita jauh dari realiti kota di depan mata. Filem ini adalah karya yang mengutarakan persoalan mengenai alternatif cara hidup yang meraikan kewujudan manusia. Di mana pilihan manusia itu tidak lagi dibataskan di ruang-ruang kota, sebaliknya jauh ke dalam kawasan pedalaman hutan. Ini merupakan persoalan eksistensial, mengikut kata-kata orang muda di kala ini. Jika tiada yang berbalik atau berselindung di sebalik harapan ataupun ilusi, manusia kota secara amnya mulai hilang arah dan tidak lagi mampu menerima hikmah yang ditawarkan oleh citra kemodenan. Kesinambungan mekanisme kehidupan di sini pastinya pada suatu masa akan melahirkan suatu persoalan. Mengapa kita masih melangsungkan kehidupan yang nyata bercanggah dengan naluri kita sebagai manusia? Mengapa manusia di sekeliling kita masih lagi melangsungkan kehidupan mereka tanpa keluhan yang ketara? Filem ini merupakan hasil kerjasama antara Projek Dialog dan juga Rhu Graha. Ia menceritakan tentang Ehsan, seorang warga kota yang sudah serik dengan kehidupan kota. Beliau bertemu dengan Dendi, seorang Temiar dan membuat keputusan untuk melawatnya di kawasan pedalaman hutan. Di situ beliau mulai merenung kembali keberadaan dirinya di kota dan di tempat tinggal Dendi, dan bagaimana perbandingannya berjaya memberikan sudut pandang yang baru terhadap kehidupan beliau. Apakah tidak ada langsung intipati budaya orang asli yang boleh diambil dan dipelajari untuk kita semua? Orang asli yang melangsungkan kehidupan berdasarkan agama animisme dapat juga dilihat sebagai agama yang memberi keutamaan kepada alam semula jadi dunia ini. Mereka tidak sesekali merasakan bahawa alam adalah sumber yang seharusnya diguna pakai untuk kepentingan manusia sesuka hati. Sebaliknya mereka dengan penuh hormat merasakan kehidupan kita secara biologikal turut juga dipengaruhi oleh keberlangsungan kehidupan alam di sekeliling kita. Melalui filem ini kita ditawarkan dengan sudut pandang yang berlainan. Ia mempersoalkan keutamaan kita terhadap dunia moden yang tidak lagi mampu memberikan ketenangan dalam kegelisahan kehidupan di kota. FFF Cover Gambaran Keseluruhan Secara amnya, kedua-dua filem ini memberikan keutamaan kepada dua perkara. Pertama, ia mempersoalkan ruang kebebasan kita sebagai rakyat biasa untuk menyatakan pendapat tanpa dibungkam oleh pihak berkuasa. Ia juga mempersoalkan kecaman zalim oleh para pengguna media sosial yang secara jelasnya begitu berani menyatakan sifat binatang yang mungkin pada bila-bila masa sahaja mampu dilepaskan begitu sahaja. Ini adalah kondisi psikologikal yang masih belum diterokai dengan jelas, dan punca-puncanya juga masih belum dicari jawapannya. Secara tidak langsung ia membentuk haluan kepada kita semua untuk terus memikirkan nilai-nilai yang sebenarnya mendominasi wacana negara kita. Adakah kita diselubungi ketakutan yang melampau atau kekuatan yang nyata untuk menjangkaui keadaan kemunduran negara yang membangun? Kedua, ia mempersoalkan citra kemodenan yang telah dimulakan oleh arus globalisasi dunia Barat. Adakah kesinambungan zaman industri benar-benar menghasilkan keadaan yang bagus? Atau adakah ia benar-benar tempang, hanya memberi keutamaan kepada kebolehan dan pengumpulan nilai material semata-mata? Memang benar persoalan-persoalan seperti ini boleh sahaja dikatakan sebagai suatu klise jika hanya diselitkan dengan retorik tanpa apa-apa bimbingan. Tetapi melalui penggunaan medium popular, yang turut memaparkan aspek realiti sosial yang nyata, kita dapat mewujudkan rasa empati yang jelas. Ini bukti bagaimana impak visual berjaya menyampaikan suatu intipati yang menjangkaui batas syarahan, yang selalu sahaja tidak dapat menembusi benak hati-hati manusia. Dengan ini Projek Dialog mengharapkan bahawa dialog tidak hanya berlaku di ruang fizikal, perbualan antara beberapa sosok individu, tetapi juga melalui karya-karya filem yang mempamerkan isu-isu penting yang perlu difikirkan oleh kita semua.   Dikarang oleh Johan Zolhaidi  

]]>

Baju Merah:  Anti Bersih atau Undur Najib?

Baju Merah Patriot Oleh Lee Slimshady Sejarah Baju Merah Kumpulan baju merah yang pertama seingat aku muncul ketika himpunan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Khairy Jamaludin dan Reezal Merican di Bukit Bintang. Kemunculan terawal kumpulan baju merah ini menggunakan patriot di Bukit Bintang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Ketika itu penggerak himpunan kumpulan baju merah seperti Khairy Jamaludin dan Reezal Merican adalah antara individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur. Kedua-duanya ditahan polis pada hari berkenaan. C__Data_Users_DefApps_AppData_INTERNETEXPLORER_Temp_Saved Images_a932dc8820d24fded157e1cd3b9fd34aSalah satu puak yang menyertai kumpulan baju merah adalah dari kelompok Pertubuhan Perkasa yang merancang sebuah perhimpunan bertujuan sama. Perkasa juga dikatakan akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dan akan turun ke jalan untuk berarak jika Bersih 2.0 tidak membatalkan hasrat mereka. Presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan pada 9 Julai 2011 malah tiada seorang pun dari kumpulan itu hadir untuk berhimpun pada hari tersebut. Namun beberapa minggu sebelum perhimpunan #Bersih4 kumpulan Baju Merah ini muncul semula berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo atas tujuan yang sama. Kali ini  kumpulan baju merah bukan sekadar membantah perhimpunan #Bersih4 malah memperagakan pertunjukan seni bela diri dan beberapa aksi akrobatik seperti balik kuang. Perhimpunan pada hari Selasa itu, mendapat perhatian selepas video menunjukkan peserta memaparkan pelbagai aksi lasak termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah, selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala. Dilaporkan bahawa kumpulan baju merah akan berlatih dengan parang untuk mempertahankan dirinya dalam perhimpunan tersebut. Sama ada ia sebagai intimidasi kepada bakal peserta #Bersih4  atau  lagak aksi sekadar mempamerkan kehebatan diri aku sendiri pun tidak pasti. C__Data_Users_DefApps_AppData_INTERNETEXPLORER_Temp_Saved Images_unnamed(1) Pengkritik Berubah Menjadi Penyokong Bersih? Namun menjelang himpunan #Bersih4 pihak yang sering mengkritik Bersih tiba-tiba sahaja mengeluarkan kenyataan membenarkan ahli-ahlinya menyertai perhimpunan itu. Kenyataan Presiden Perkasa Ibrahim Ali dilihat bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini yang melihat himpunan Bersih sebagai apa yang didakwanya menganggu keamanan. Pada kali ini Ibrahim Ali memberi kebenaran kepada mana-mana ahli Perkasa yang mahu menyertai Bersih. Bagi aku nada Ibrahim Ali dan Perkasa kali ini telah berubah. Aku mula mengesyaki seperti ada sesuatu yang tidak kena kerana andai Ibrahim Ali membenarkannya, dia hanya perlu berdiam diri tidak perlu menyatakannya, kerana ia hak setiap rakyat termasuk ahli Perkasa untuk berhimpun. Namun kali ini nada Ibrahim Ali bagai mengisyaratkan bahawa dia bakal mengubah haluannya mengikut agenda yang telah direncanakan, jika tidak “masakan tempua bersarang rendah”. Paling mengejutkan ketika berlangsung himpunan #Bersih4, orang yang pernah mengkritik himpunan dan pernah menegah anak perempuan sulungnya dari mendekati Bersih tiba-tiba muncul di tengah-tengah para demonstran. Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali. Tun Mahathir dilihat muncul dalam himpunan #Bersih4 dilihat bersalaman dengan para demonstran “Teruskan, teruskan,” katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau. Tun Mahathir membuat penampilan sebanyak 2 kali dalam perhimpunan #Bersih yang mana beliau hadir sekali lagi pada keesokan harinya. Merah Undur Najib Rona Merah Bercanggah? Justeru itu telah menguatkan lagi syak wasangka bahawa kewujudan puak kumpulan baju merah memang ada di dalam perhimpunan tersebut cuma terlindung disebalik baju kuning bersih. Manakala dua hari lepas ketika ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya. Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah muncul dan pada baju mereka tertera perkataan “undur Najib” . Di sini aku mula melihat wujud 2 kumpulan baju merah dengan tujuan dan agenda yang berbeza. Aku mula mengesyaki kedua-dua kumpulan baju merah ini mula berkonfrantasi kerana percanggahan matlamat dan agenda. Oleh itu bagaimana pula himpunan yang bakal di adakan pada 16 September nanti dan apa pula tuntutan yang jelas dari kumpulan baju merah ini? Adakah mereka menuntut untuk menolak perhimpunan #Bersih4 atau mendesak pengunduran Najib dari jawatan Perdana Menteri? Kita tunggu dan lihat.   *Lee SlimShady adalah bekas aktivis #OccupyDataran dan percaya kepada konsep perjuangan di jalanan.

]]>

Bahasa Melayu Bahasa Kita Semua

Central Market Baru-baru ini timbul isu mengenai papan tanda Pasar Seni. Gambar yang dimuat naikkan oleh seorang pengguna Facebook telah menangkap perhatian ramai dan menjadi viral. Dalam kapsyennya, dia menulis, “… terperanjat besar aku. Aku ni kat Kuala Lumpur ke… atau kat Hong Kong… atau kat Macau ke… atau kat Beijing?… Oh Negaraku Malaysia.” Seperti biasa, masyarakat Malaysia yang masih tersepit dan bergelut dengan sentimen perkauman menjadikan isu bahasa sebagai isu perkauman. Malang sungguh buat negara kita kerana kita amat jarang sekali boleh mengadakan diskusi yang rasional, membina dan konstruktif tentang bahasa (dan sekolah) tanpa sentimen kaum. Namun, tidak salah mencuba rasanya. Bahasa jiwa bangsa. Apakah peri pentingnya tiga perkataan yang sering diulangi di zaman sekolah kita? Bahasa adalah teras sesuatu kaum. Amatlah malang jika sesuatu bangsa tidak mengangkat bahasanya sendiri. Tidak kira sama ada kita memperjuangkan bangsa Malaysia dan/atau bangsa Melayu, rasanya kita sama-sama setuju bahawa bahasa bangsa Malaysia/Melayu perlu diangkat. Ketika belajar di Amerika Syarikat, saya perhatikan sebuah usaha untuk memupuk perpaduan dan identiti seragam. Di situ pun usaha membina perpaduan adalah sesuatu yang mengambil masa dan tenaga, sebaliknya usaha memecah-belahkan masyarakat lebih mudah dan cepat. Apatah lagi di negara kita yang bukan sahaja mempunyai warganegara pelbagai kaum dan agama, tetapi juga bahasa yang berlainan. Di Amerika, tidak kira orang berkulit putih atau hitam, sekurang-kurangnya mereka berkomunikasi dalam bahasa yang sama. Cabaran yang menghadapi kita adalah bagaimana untuk memperkukuhkan dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di kalangan warganegara kita. Bahasa Sebagai Medium Perpaduan Kebatasan menguasai sesuatu bahasa akan mendatangkan kesan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini. Jurang bahasa adalah suatu masalah yang perlu ditangani dan diselesaikan. Kita perlukan satu bahasa yang membolehkan semua warganegara berkomunikasi antara satu sama lain. Jika tidak, ada antara kita yang akan hidup dalam tempurung masing-masing. Kesesuaian, malah kepentingan, bahasa Melayu/Malaysia sebagai medium perpaduan sukar dinafikan. Kita tidak memerlukan hujah bersifat perkauman dan emosi untuk melihat bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah yang terbaik dalam pembinaan identiti bangsa negara. Pertamanya, bahasa ini yang paling banyak digunakan dalam masyarakat kita. Kedua, ia lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa lain. Ketiga, ia merupakan kesinambungan sejarah tanah air dan masyarakat kita. Keempat, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kelima, kehidupan bermasyarakat mengharuskan kita cuba memahami antara satu sama lain, dan cara terbaik untuk memulakan proses pemahaman ini adalah dengan meluaskan penggunaan bahasa majoriti. Bahasa Melayu Kavyan Tanggungjawab Bersama Orang Melayu & Bukan Melayu Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, kita semua mempunyai peranan untuk mengangkat semula bahasa ini. Kita patut menggalakkan orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan membuatkan mereka sedar bahawa bahasa ini adalah milik kita semua. Kita patut menanam rasa pemilikan terhadap bahasa ini antara orang bukan Melayu. Orang Melayu pula jangan menganggap bahasa ini milik ekslusif mereka sahaja. Malah, sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dalam mengangkat martabat bahasa Melayu. Apakah gunanya jika lantang mengeluarkan kenyataan yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu tetapi merendahkan bahasa sendiri? Saya maksudkan orang Melayu yang suka menggunakan ayat dan perkataan ringkasan seperti “awk”, “ko”, “aq”, “klo”, “x heran” dan sebagainya. Penggunaan sedemikian boleh diamalkan dalam perbualan seharian, tetapi tidak patut digalakkan dalam tulisan dan ucapan. Untuk mengangkat semula martabat bahasa, kita perlu mula dengan menggunakannya dengan betul. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia – Pentingkah? Selain itu, seringkali terdapat perdebatan sama ada kita patut menamakan bahasa kebangsaan sebagai Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Pada hemat saya, perbahasan ini bukan mustahak. Persoalan pokok bukan sama ada namanya Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, tetapi bagaimana kita menggalakkan lebih ramai orang menggunakannya. Contohnya, seorang sahabat saya sangat mementingkan terminologi Bahasa Malaysia. Mungkin dia akan membaca artikel ini dan “menegur” saya nanti. Walaupun terdapat perbedaan pendapat di sini, kami berdua kerap menggunakan bahasa Melayu/Malaysia dalam makalah kami. Kami tetap menyarankan rakan-rakan Melayu dan bukan Melayu untuk belajar, bertutur, dan menulis dalam bahasa kebangsaan. Perbezaan kami ini hanya satu butiran sahaja; kami mempunyai matlamat yang sama. Yang penting, kita promosikan penggunaan bahasa ini. Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebanggaan – Mulakan dengan Percubaan! Poin terakhir adalah berkenaan wakil rakyat. Disebabkan prosiding, dokumen, dan mesyuarat parlimen dan urusan kerajaan mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu, wakil rakyat perlu memperbaiki penguasaan bahasa Melayu. Kadangkala agak “sukar” mendengar sesetengah wakil rakyat berbahas dalam bahasa Melayu. Namun, saya memuji sikap mereka yang berani mencuba. Harap dapat meneruskan usaha mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan! Perubahan bermula dari kita. Jika kita ingin berbangga dengan bahasa kita dan ingin mengangkat bahasa Melayu, kita semua perlu memainkan peranan masing-masing untuk menggalakkan penggunaan bahasa ini sebagai medium perpaduan dan pengantaraan. Hentikan penghinaan terhadap bahasa dan mulalah menulis dengan menggunakan bahasa yang betul (atau sekurang-kurangnya cuba). Banggalah dengan bahasa kita. Ingat, bahasa Melayu/bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia!   Penulis adalah penyelidik di Penang Institute dan presiden Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)

]]>

Solidariti Bersama Rumah Api!

Do-It-Yourself untuk menyalurkan kemarahan dengan positif dalam menolak pengkomersialan syarikat korporat. Rumah Api turut bersetiakawan bersama-sama komuniti “nomad”, “squatters” serta masyarakat di pinggiran justeru menjadikan Rumah Api sebagai ruang untuk didengar dan dihargai. Rumah Api sentiasa membuka pintu untuk kelompok sub-budaya, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi lain untuk perjumpaan, kerja bengkel, forum, “benefit” dan sebagainya. Rumah Api turut terlibat menyediakan ruang dan sumber-sumber lain untuk Food Not Bombs. (alih bahasa dari http://rumahapi.weebly.com/about.html). Berikut merupakan rentetan serbuan Rumah Api :- 1. Pada 28-8-2015, Jumaat, sekitar jam 11 malam, satu serbuan oleh pihak polis telah dilakukan ketika gig sedang berlangsung di Rumah Api. 2. Dalam serbuan tersebut, seramai 120 (±) orang yang telah ditahan. 3. Tanpa memaklumkan sebab, penahanan telah dilakukan. 4. Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan. 5. Setelah semalaman penahanan mereka, akhirnya pihak polis mendedahkan bahawa mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Hiburan, Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan. 6. Permohonan mereka untuk mendapatkan khidmat guaman tidak dipedulikan oleh pihak polis sedangkan setiap individu yang ditahan mempunyai hak terhadap akses khidmat guaman. 7. Mereka telah dibawa ke hadapan majistret untuk permohonan reman. Majistret telah membenarkan tempoh reman selama 4 hari terhadap dua tahanan lain dan 3 hari kepada teman-teman yang lain bermula dari 28-8-2015. 8. Antara 120 (±) orang tersebut, terdapat beberapa teman luar negara termasuklah dari Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol. 9. 19 orang tersebut dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang manakala teman-teman wanita Rumah Api pula dibawa ke Balai Polis Pandan Indah. 10. Seorang teman telah dibebaskan pada 29-8-2015 atas sebab kesihatan. 11. Teman-teman selebihnya dibebaskan pada tengah hari 31-8-2015. Mon, teman dari Filipina dibebaskan pada 1-9-2015. Bubu, teman dari Indonesia baru sahaja dibebaskan pada 2-9-2015 setelah tahanan remannya dipanjangkan selama 3 hari atas alasan masalah imigresen. 12. Kami dimaklumkan, sewaktu dalam tahanan, ada teman-teman wanita telah dilayan dengan tidak wajar. Mereka hanya dibenarkan menukar tuala wanita di hadapan pegawai polis sebanyak 3 kali sehari sahaja. 13. Bagi teman-teman dari Filipina dan Indonesia pula, mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan pelawat. Hanya wakil dari kedutaan masing-masing sahaja yang dibenarkan. Di dalam melihat rentetan peristiwa yang berlaku sejak 28-8-2015, terdapat beberapa kepincangan dalam Tatacara Pengendalian Piawai (‘SOP’) pihak polis menggunakan kuasa secara sembarangan. Penggunaan kuasa secara semberono ini cukup jelas apabila pihak polis tidak mendedahkan sebab serbuan dan penahanan. Selain itu, proses untuk mendapatkan akses khidmat guaman juga telah dilambatkan serta layanan yang tidak adil kepada beberapa teman-teman yang ditahan. Masalah visa dan rekod imigresen yang digunakan pihak polis sebagai alasan untuk memanjangkan tempoh tahanan reman teman-teman dari Filipina dan Indonesia juga sangat meragukan. Penambahan 3 hari untuk tempoh reman terhadap teman dari Indonesia menambahkan lagi keraguan. Tidakkah 3 hari terlalu lama untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut? Penggunaan Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan terhadap teman-teman juga merupakan penyalahgunaan undang-undang yang drakonian terhadap rakyat, sekaligus ianya membuka risiko kepada penyalahgunaan undang-undang oleh pihak polis terhadap individu mahupun mana-mana pergerakan untuk didakwa dengan akta lapuk. Tindakan pihak polis dalam serbuan dan penahanan ini sekaligus bertentangan dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (The Universal Declaration of Human Rights). Ini adalah prejudis pihak polis terhadap imej ruang komuniti termasuk sub-budaya dan muzik. Akhir sekali, solidariti teman-teman Rumah Api ini turut disampaikan buat mereka yang berterusan dalam menggerakkan ruang-ruang autonomi dalam proses pemberdayaan masyarakat menolak ketidakadilan serta kekejaman aparat penguasa. Pernyataan ini disokong oleh: #tahukahkome 265 distro 321 go! Distro Advocates of the Propagation of Science Literacy Angkara AKAJITA Ankbktnoisescape Ansara ANTIFA Terengganu Attack to the Front Azmi Sharom Azrul Mohd Khalib Basic Right Black River City Skinhead Backroom Council Bad Idea BareXHand Benzoate Besut Skinhead Black Demons Bobbie Jaggae Books & Destroy Bukit Beruang Disorderly Buku Jalanan Bandar Melaka Buku Jalanan Dungun Buku Jalanan Embayu Buku Jalanan Ipoh Buku Jalanan Kota Bharu Buku Jalanan Kota Kinabalu Buku Jalanan Klang Buku Jalanan Labuan Buku Jalanan Machang Buku Jalanan Shah Alam Buku Jalanan Temerloh Buku Jalanan Titi Cah’Jinggos Centre for Independent Journalism Chronic Mass Classwar Cookies Street Cookery Darkroom Studio Deleted Books Press DEMO UNTUK RAKYAT Dendang Kampungan Dendo Records DERITAxTERUS Distaste Dorian Wilde Dum Dum Tak Embrace Hall Faisal Tehrani Falsafah Kedai Kopi Far Haus Cafe Fazleena & The Lasykar FCSP Selangor Section foxhole records Frinjan Gang DTSC Geng Kotak Gerakan Hapus Akta Hasutan Glasswar Greg Lopez Guerilla Gardening Malaysia GTHC Hellexist HausKultur Project Hidden Motives Highland Workers Union Hitcock Human First Collective Ineza Roussille Ivy Josiah Jasmine and Sun John McBaren KaryaRaya Resource Kedai Anak Merdeka Kelab Bangsar Utama Keep the Faith keladak Keningau Skinhead Crew KerbauWorks Studio KLHC Kolektif Anak Muda Insaf (KAMI) Kotakata Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS) Kuala Berang Under Lake Kuantan East Side Crew Kuantan Palm City Hardcore Kumpulan Sasterawan Kavyan Kolektif Sarata Kolektif Taring Padi Kratom City Hardcore Kolektif suara kita (KOSUKA) Komisariat Demokrasi KuBu La Letrice LANGGARxLARI Lawyers for Liberty Lee SlimShady Liberal Liberalis Lion City Hardcore Lyana Khairuddin Magic Borneo Beads maimuna merican Makassar Crew Malacca City Hardcore Malacca Lakhanat Skinheads Crew Manusia Stereotypical Marina Mahathir Matt Hamzah Memoir Distro Moncino Punk Mosh Zine Muzzamer Rahman My Ladybugs Chenta Robot Froggie Nadira Ilana Nerve Records Nervhous records Network Of Solidarity Collective Nik Salim dan Saing-Saing Nine noisemongers records North-South Initiative Nyaring Records Oh My Perlis Oi! On Business Old Silver Army Syndicate Orchid std hall Ori Streets Gear Orkes Rakyat Tertindas Osmantikus Ovethrown Pangrok Sulap Parti Sosialis Malaysia Pascatorama Media Patin Rock City Pesakid Plague of Happiness Positive X Youth Poskod.my Puchong Wolfpack Pulling T Plumbum Street Crew Pooks Records And Distribution Projek Dialog Projek Tikus Bandar PUNCA Pusat Sekitar Seni Pustaka kolektif Rawang Region Skinhead Reason to Resist Redrum Region of Love REPULSIVE REGURGITATION ZINE Royal Rebel Kidz Rumah Bayang Rumah Natang School of Acting Justly, Lovingly Tenderly, Treading Humbly scumbag kids Seismic Sekolah Aktivisme Sekolah Demokrasi Sekolah Falsafah Serikat Mahasiswa Sharon Chin Sheiko Reto Sidexkick Silver State United Skinhead Sinopsis Sisterhood Hooligan Sisters in Islam SixTNineth St Slapjaw Soul Savior Sunshine Honey and the Penis Vibrator Steak Daging Kacang Ijo Stick No Bill Street Boundaries Street83Clothing Street Soldier Strength Thru SUARAM Sudut Kiri Sweet Nightmare Skateboard Taufiq Ali Tanpa Nama The BangsArt The Korok The Maniacs The Nationhead Teori Timur The RiceCooker Archive The Wall Titah Tanji Tools of the Trade Turtles Revolt twt_indie UndiMsia! Universiti Kaki Lima Universiti Terbuka Anak Muda Uthaya Sankar SB Urchins Bovverbrigade Wak Kundang Wasted Youth KB Wild Dogs Brigade Workers Junior Stuff Writers Alliance for Media Independence Wroteoff Yee I-Lann Youth Blast Records Zedeck Siew Zine Satu Malam         Pernyataan solidariti ini dikarang oleh Buku Jalanan Shah Alam.  

]]>