Projek Dialog

Temubual khas bersama ketua pengarang The Herald

Nor Arlene Tan. Nor Arlene Tan: Pertama sekali, saya ingin bertanya mengenai ‘The Herald’. Mengapa pihak gereja Katolik menerbitkan akhbar mingguan tersebut? Rev. Lawrence Andrew: The Herald merupakan sebuah akhbar mingguan Katolik untuk masyarakat beragama Katolik. Maknanya, ia dijual khas untuk orang-orang Katolik sahaja dan bukan kepada orang lain. Setiap akhbar mingguan Herald akan dibungkuskan dan dihantar ke alamat gereja tertentu di seluruh Malaysia, kami tidak menjual dengan sesuka hati di luar kawasan gereja. Ia merupakan sebuah akhbar keagamaan untuk orang Katolik berkenaan isu-isu perkembangan yang berlaku di gereja dalam negara mahupun di luar negara. Masyarakat Katolik akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam akan agama mereka sendiri. Nor Arlene Tan: Mengapa menerbitkan akhbar mingguan The Herald dalam Bahasa Melayu? Rev. Lawrence Andrew: Mengapa kami menerbitkan The Herald dalam Bahasa Melayu? Mengapa dalam Bahasa Tamil? Mengapa dalam Bahasa Cina? Mengapa dalam Bahasa Inggeris? Kami menerbitkannya dalam Bahasa yang difahami oleh pembaca-pembaca kami yang rata-ratanya lebih selesa membaca dalam Bahasa Melayu. Nor Arlene Tan: Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Islam boleh menjadi keliru jika perkataan “Allah” dipergunakan oleh agama lain. Setujukah anda dengan kenyataan tersebut? Bolehkah anda jelaskan sejarah dan makna “Allah”? Rev. Lawrence Andrew: “Allah” adalah sebuah perkataan Arab, iaitu “Al-Ilah”, dan perkataan tersebut telah wujud sejak dari awal-awal lagi. Sebelum perkataan tersebut wujud dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu, ia telahpun wujud dan dipergunakan dengan luas orang ramai. “Allah” bukan perkataan Bahasa Melayu seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. [caption id="attachment_2712" align="alignleft" width="225"]Optimized-Lawrence baca herald Ingeris Reveren Lawrence membaca Herald Bahasa Inggeris.[/caption] Sebagai contoh perkataan seperti “suci” dan “dosa” bukan sebuah perkataan Bahasa Melayu. Cuba bertanya dengan orang Melayu apakah perkataan “dosa” dalam Bahasa Arab? Sebaliknya, “suci” dan “dosa” merupakan perkataan Sanskrit yang berasal dari India. Jadi, bila kita mula memahami asal-usul Bahasa Melayu, kita akan dapati Bahasa Melayu adalah berakar daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain.* Maka demikian, perkataan “Allah” muncul dari zaman Arab dan juga pra-Arab, sebelum kemunculan agama Kristian yang awal. Dan agama Islam muncul selepas kedatangan Kristian. Tidak sepatutnya wujud kekeliruan dikalangan orang Melayu kerana kamus yang terawal di negara ini adalah kamus terjemahan Latin-Melayu yang diterbitkan dalam tahun 1613, dan di dalam kamus tersebut telahpun terdapat penterjemahan perkataan “Allah” dari Bahasa Latin ke Bahasa Melayu. Yang menariknya, kamus Melayu masih belum wujud, tetapi kamus terjemahan Latin-Melayu telah wujud. Jika kita melihat akan perkara ini, perkataan “Allah” telah wujud lebih awal daripada apa yang diperkatakan oleh sesetengah orang Melayu. Nor Arlene Tan : Apakah sejarah penggunaan kalimah “Allah” di Malaysia? Rev. Lawrence Andrew: Bahasa yang digunapakai oleh gereja Katolik di Malaysia atau Tanah Melayu sebelum jajahan kuasa kolonial British selama ini adalah dalam Bahasa Melayu. Bahasa tersebut ditukarkan ke Bahasa Ingeris selepas kedatangan kuasa kolonial British ke Tanah Melayu. Apabila pihak British menyarankan penggunaan Bahasa Ingeris sebagai Bahasa pengantar dan juga orang ramai menjadi lebih berpendidikan, mereka mulai bertutur dalam Bahasa Ingeris.  Apabila mereka menjadi lebih selesa bertutur dalam Bahasa Ingeris, Bahasa pengantar dalam gereja Katolik ditukarkan sebahagiannya daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Ingeris. Selain itu, terdapat juga migrasi daripada India, orang-orang Tamil yang datang ke Tanah Melayu, serta imigrasi orang-orang Cina daripada China ke Tanah Melayu, wujudnya Bahasa-Bahasa penghantar yang lain digunapakai oleh gereja Katolik, bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa kuno yang telah dipakai sekian lama oleh pihak gereja Katolik di Tanah Melayu. Bahasa Melayu bukan Bahasa yang baru sahaja digunapakai oleh gereja Katolik, ia telah digunapakai dalam Bahasa Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Malah pihak gereja Katolik telah mengunakan Bahasa Melayu sejak kurun awal lagi semasa mesin pencetakan baru-baru digunakan untuk mencetak buku pada kurun ke-16. Pada masa tersebut, gereja Katolik telahpun mempunyai buku-buku dalam Bahasa Melayu, dimana masyarakat Melayu zaman kini mungkin agak sukar membaca dan memahami kerana ejaan dan ayatnya adalah amat kuno. Nor Arlene Tan : Apakah sejarah pengaruh dan perkembangan Bahasa Melayu dalam ilmiah Katolik? Rev. Lawrence Andrew: Pernahkah anda mendengar nama tokoh Munshi Abdullah? Beliau adalah bapa persuratan Melayu. Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau juga telah menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu. Sebutan ejaan Bahasa Melayu pada zaman itu dipengaruhi oleh pihak Portugis, Belanda dan British. Jadi bunyi sebutan tersebut adalah berdasarkan bunyi sebutan Bahasa Portugis. Bahasa Melayu juga mempunyai pengaruhi daripada masyarakat kolonial, sebagai contoh, perkataan “motocycle” dalam Bahasa Ingeris, di dalam Bahasa Melayu adalah “motosikal”, di Indonesia adalah “sepeda motor”. Lihatlah pengstrukturan Bahasanya adalah berbeza; Bahasa Melayu adalah dipengaruhi daripada Bahasa Ingeris, walhal Bahasa Indonesia dipengaruhi daripada Bahasa Belanda. Jadi, kita dapat simpulkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai akar pengaruh yang mendalam daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain, termasuk juga Bahasa kolonial. Nor Arlene Tan: Bolehkah anda menunjuk contoh bahan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu pada zaman dahulu? Rev. Lawrence Andrew: Saya akan menunjukkan sebuah buku daripada abad ke-19 bertajuk “Porkara Terakhir”. Ia sebuah buku bacaan doa bagi orang-orang Katolik dalam Bahasa Melayu. Ia BUKAN Bahasa Indonesia. Ia adalah Bahasa Melayu asli. [caption id="attachment_2706" align="alignleft" width="300"]Optimized-sombahyanglah chapter (from buku Porkara Terakhir) Bab “Sombahiang” Porkara Terakhir.[/caption] Sebagai contoh teks dalam buku Porkora Terakhir“Ia, Maha Penebus ku, tiap kali beita sudah buat dosa, sudahlah beita mengalau angkau deri hati ku, sambel choba membunoh Allah sabuleh nha…”, ia adalah sebuah Bahasa sehari-harian di dalam Bahasa Melayu kuno; penggunaan ayat seperti ini tidak wujud dalam Bahasa Indonesia. Yang satu lagi ini adalah buku bacaan doa Katolik bertajuk Kebaktian Se’hari Harian yang diterbitkan pada tahun 1890 juga menggunakan Bahasa Melayu kuno. Sebagai contoh teks dalam buku tersebut adalah “Sapuloh Penhurohan Allah”, ia merupakan 10 Rukun Perintah Allah daripada Bible (Ten Commandments). Kedua-dua buku tersebut menggunakan kalimah “Allah” sebagai erti Tuhan. Selain itu, perkataan lain yang digunapakai dalam Bible dan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu adalah perkataan “Rasul”. Contohnya di dalam buku Kebaktian Se’hari Harian, perkataan Bahasa Ingeris “St. Paul” (Paul the Apostle) digelar sebagai “Elrasul Paulus” dalam Bahasa Melayu; dan “St. Luke” (Luke the Evangelist) digelar sebagai “Elrasul Lukas”. Maka anda dapat melihat Bahasa Melayu telahpun digunapakai dalam gereja-gereja Katolik di Malaysia sejak lama dahulu sebelum pengaruh bahan ilmiah Katolik Bahasa Indonesia di negara ini. Nor Arlene Tan: Adakah penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat bukan Islam diterima oleh masyarakat Melayu dan Islam ketika itu? Rev. Lawrence Andrew: Bagaimana masyarakat pada masa itu menerima perkataan tersebut adalah sama seperti bagaiamana masyarakat pada masa itu menerima orang-orang India, Cina dan Eropah sebelum kemerdekaan. Mereka semua adalah kawan. [caption id="attachment_2714" align="alignleft" width="300"]Reveren Lawrence menerangkan mengenai Porkara Terakhir sebagai contoh dalam sejarah penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks Kristian di Semenanjung. Reveren Lawrence menerangkan mengenai Porkara Terakhir sebagai contoh dalam sejarah penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks Kristian di Semenanjung.[/caption] Tanyalah pada datuk anda, pada masa dulu mereka akan duduk bersama bersembang sambil minum teh tarik atau makan nasi lemak dengan orang Cina dan orang India tanpa masalah perkauman atau agama. Mereka juga akan pergi berkunjung ke rumah masing-masing. Dahulu, kawan-kawan Melayu saya sering berkunjung ke rumah saya, mereka akan datang bermakan sama-sama di rumah saya. Tetapi kini orang Melayu sudah tidak berani mengunjungi rumah orang bukan Islam. Bapa saya mempunyai seorang pemandu Melayu yang selalu memandu kami ke sana-sini, dan dia akan selalu teman makan bersama-sama dengan kami. Oleh kerana kami menghormati amalan agamanya, bila-bila masa kami memasak ayam di rumah, pada masa dahulu tiada supermarket, maka kami akan membeli ayam hidup di pasar dan dia akan menyembelihkan ayam tersebut untuk dimasak dan makan bersama-sama kami sekeluarga. Pada masa dahulu, terdapat penerimaan semua agama dan bangsa, kami saling hormat-menghormati dan menerima amalan budaya dan agama setiap kaum. Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik menyebarkan ajaran Katolik ke orang ramai? Rev. Lawrence Andrew: Bagi pihak yang menuduh kami menggunakan Bahasa Melayu untuk menukarkan agama orang Melayu Islam, cuba mereka nyatakan berapakah orang Melayu telah menukar agama ke Kristian? Cuba anda bertanya dengan A-G Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara Malaysia) apakah maksud perkataan “Our Father” dan “Hail Mary” dalam Bahasa Ingeris?  Beliau akan memberitahu bahawa beliau pernah belajar di sekolah Katolik. Adakah beliau telah menukarkan agamanya ke Katolik? Tidak, beliau masih seorang Islam. Cuba bertanya dengan Dato’ Sri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) adakah beliau kenal “Our Father”, beliau juga pernah belajar di sekolah Katolik St. John. Pihak gereja Katolik tidak sesekali pergi untuk menukarkan agama orang lain ke Kristian dengan sesuka hati. Jika mereka telah menukar agama dengan belajar di sekolah Katolik, mereka tidak akan menjadi orang Islam sampai sekarang. Nor Arlene Tan: Barbincang berkenaan keputusan Makamah Rayuan kelmarin, bolehkah anda berkongsi pandangan anda dengan keputusan tersebut? Rev. Lawrence Andrew: Keputusan Makamah yang pertama diputuskan pada 2009 adalah berasaskan undang-undang yang terdapat di negara ini. Ia berdasarkan kuasa kehakiman dan pengintepretasian prinsip undang-undang negara ini. Keputusan tersebut dihujahkan secara logik. Tetapi di dalam Mahkamah Rayuan baru-baru ini, mereka sepatutnya mencari kesalahan dalam proses penghakiman bagi keputusan Makamah yang lepas jika mereka ingin mengubah keputusan di Mahkamah Rayuan. Nor Arlene Tan: Mengapakah terdapat sensitiviti dan tentangan berkenaan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di kalangan sesetengah orang Melayu Islam? Rev. Lawrence Andrew: Siapakah orang-orang tersebut? Ibrahim Ali dan Perkasa. Siapakah mereka? Mereka telah membuat bising dan bersikap anti terhadap orang bukan Melayu dan orang bukan Islam. Mereka memanggil orang bukan Melayu sebagai pendatang dan menyuruh mereka keluar ke negara ini jika tidak puas hati, mereka juga sibuk mengancam untuk membakar Bible, dsb. Adakah ini budaya seorang Melayu? Orang Melayu tidak pernah mempunyai perlakuan sebegini. Dimanakah perangai jahil ini muncul? Orang Melayu tidak pernah biadap seperti ini. Saya sendiri sejak dahulu tidak pernah mengalami atau berjumpa dengan seorang Melayu berakhlak sedemikian. Jika terdapat perselisihan atau persengketaan diantara agama atau kaum, orang Melayu akan duduk berbincang bersama-sama kami untuk menyelesaikan masalah dengan aman. Apabila perkara buruk berlaku, mereka (Perkasa) akan sibuk berdemonstrasi di sana sini, tetapi kami dari pihak gereja tidak akan berdemonstrasi. Kami menghormati undang-undang negara ini. Adakah kami membuat bising? Tidak sama sekali. Kami akur dengan proses undang-undang mahkamah dan bersedia melalui peringkat-peringkat seterusnya dalam prosedur penghakiman. Nor Arlene Tan: Bagaimanakah reaksi masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak berkenaan dengan isu kalimah “Allah” ini? Rev. Lawrence Andrew: Itulah mereka berasa sangat tersinggung. Mereka berkongsi satu Bahasa – Bahasa Melayu. Oleh kerana mereka bertutur dalam Bahasa yang sama, secara tiba-tiba orang Kristian di sana dihalang daripada menggunakan kalimah “Allah”. Di dalam penerbitan The Herald bulan Oktober ini, terdapat nukilan editorial dari akhbar-akhbar utama di Pakistan dan Turki yang mengatakan keputusan penghakiman ini adalah salah. Sesiapa tidak boleh mempunyai hak cipta terhadap perkataan “Allah”, ini termasuk juga orang Melayu. Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik mengadakan penglibatan komuniti atau dialog antara agama dengan orang Melayu Islam untuk menjelaskan situasi sebenar dan meredakan sentimen? Rev. Lawrence Andrew: Kami aktif dalam Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST). Mereka mengetahui dan simpati tentang isu tersebut, dan hadir memberi sokongan kepada kami semasa pengumuman keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Kami juga menerima banyak sokongan daripada orang Islam dan organisasi Islam seperti Sisters In Islam (SIS). Marina Mahathir juga telah bersuara dan menulis terhadap isu ini. Menariknya, juga terdapat di internet berkenaan cerita “Ayah” – jangan membiarkan anak-anak kamu memanggil dirimu “Ayah”, kerana anak-anak kami memanggil kami “Ayah”. Nor Arlene Tan: Pada pendapat anda, apakah pengislamisasian (Islamization) yang merebak ke negara ini adalah pengaruh daripada perkembangan Islam global atau situasi politik dalam negara ini? Rev. Lawrence Andrew: Ramai yang mengatakan pencambahan pengislamisasian ini berlaku kerana perkembangan Islam global yang berlaku di Iran dan Timur Tengah, seperti kebangkitan Arab (Arab Spring) di Timur Tengah. Pada pendapat saya, peristiwa tersebut tidak memberi kesan mendalam kepada pemikiran masyarakat kita. [caption id="attachment_2716" align="alignleft" width="225"]Penggunaan Bahasa Melayu memang tidak asing dalam sejarah Kristian di Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu memang tidak asing dalam sejarah Kristian di Malaysia.[/caption] Namun begitu, saya akui terdapat pengarabisasian (Arabization) di negara ini semasa zaman 90-an, sebagai contohnya wujudnya pergerakan Al-Arqam yang kini telah diharamkan, wanita mereka berpakaian jubah penuh dan berniqab, ini sememangnya adalah pengaruh daripada budaya Arab. Dahulunya, orang-orang Melayu lebih suka bersongkok. Songkok bukan budaya Islam, ia adalah budaya asli Melayu, dan ia juga budaya di Indonesia. Saya selalu memakai songkok pada masa dulu, dan masyarakat pada masa itu dapat menerimanya. Tetapi jika saya memakai songkok pada hari ini, dan makan pula di kedai makanan Cina, saya mungkin akan dipersoal dan mereka mungkin fikir bahawa saya adalah Melayu (Islam). Kini, jika anda ke Putrajaya anda hanya akan berjumpa dengan orang-orang Melayu sahaja. Walhal pada dahulu kala, ketua bagi tentera laut adalah orang India, termasuk juga dalam pasukan polis, polis-polis dahulu adalah berbilang kaum. Namun sekarang para penjawat awam (civil servants) telah menjadi semakin Melayu (mono-etnik). Jika anda ingin mendapat pekerjaan dalam kerajaan dan anda bukan orang Melayu, lupakan sahaja untuk memohon pekerjaan tersebut. Sesiapa yang ingin dinaikkan pangkat dalam kerajaan terpaksa menukar agamanya ke Islam. Jadi, bukan perkembangan global yang mempengaruhi pengislamisasian di negara ini, ia adalah politik dalaman di kalangan yang berkuasa yang sibuk menyebarkan pengislamisasian di keseluruhan negara ini. Terdapat pertelagahan yang berterusan diantara parti politik PAS dan UMNO untuk saling bersaing bagi mengislamkan negara ini. Malah, keputusan menghalang penggunaan kalimah “Allah” oleh Makamah Rayuan ini juga merupakan salah satu cara pengislamisasian di negara ini. Nor Arlene Tan: Soalan terakhir saya, apakah cabaran terbesar rakyat Malaysia hadapi dinegara ini dalam konteks bangsa dan agama, dimana kerajaan dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan yang lebih mendalam? Rev. Lawrence Andrew: Pada pendapat saya, cabaran utama yang kita hadapi, jika kita jujur dengan semangat 1 Malaysia; 1 Malaysia di sini bermaksud semua kaum sama-sama bersatu, dan bukannya asimilasi menjadi satu bangsa sahaja – setakat ini maksud 1 Malaysia adalah Satu Bangsa. Jika kita benar-benar hidup dalam semangat 1 Malaysia seperti saya katakan, setiap kaum sama-sama bersatu, perpaduan diperkukuhkan seperti semasa kita mencapai kemerdekaan, maka apa yang diperlukan oleh kita semua adalah untuk menerima satu sama lain. Jangan memandang rendah kaum lain. Cabaran yang terbesar dalam diri kita semua adalah kita telah mengasingkan diri kita daripada komuniti lain dan kita telah memecahbelahkan negara ini kepada Melayu dan bukan Melayu. Oleh kerana masyarakat kita telah dipolarisasi, ketuanan Melayu telah menjadi agenda utama negara ini. Konteks perbincangan negara ini telah bertukar menjadi ketuanan Melayu atau UMNOputra (seperti dilebelkan oleh sesetengah orang) dimana orang Melayu perlu mendapat keistimewaan yang lebih daripada semua kaum yang lain. Dan ini telah menyebabkan ketegangan antara kaum. Jadi, cara yang bagus untuk meredakan sentimen ini adalah kita semua perlu menerima negara ini sebagai negara kita. Kita semua adalah pendatang, termasuk kesemua perdana menteri negara kita, yang aslinya adalah orang asal dan orang asli di negara ini. Nor Arlene Tan: Terima kasih kerana sudi mengadakan temubual ini bersama Projek Dialog. Rev. Lawrence Andrew: Sama-sama. Nota: *Kata-kata lain yang berasal daripada Bahasa Sanskrit sebagai contoh adalah:   “sandiwara”, “bumi”, “istana”, “merdeka”, dan lebih lagi.  Dalam “Malay Words of Sanskrit Origin” menyatakan:  Hari ini, jika seorang Melayu bertutur dalam sebuah ayat yang mempunyai sepuluh perkataan, kemungkinan besar lima hingga tujuh perkataan tersebut adalah perkataan Sanskrit dan selebihnya adalah berasal dari perkataan Arab, Tamil, Hindi, Inggeris, Cina, Farsi atau dari beberapa asal yang lain.

]]>

Temubual BFM bersama Reza Aslan, bahagian 2: Kalimah Allah di Malaysia

Temubual Ezra Zaid dan Umapagan Ampikaipakan bersama Reza Aslan berterusan. Kali ini, perbualan mereka turut merangkumi isu kalimah Allah di Malaysia. Reza Aslan merupakan seorang penulis dan cendakiawan agama yang diiktiraf antarabangsa. Beliau merupakan pengarang buku paling laris dalam New York Times bertajuk Zealot: The Life and Times of Jesus of Nazareth.

Buku Pertama Reza Aslan juga merupakan buku paling laris antarabangsa bertajuk “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” (Tiada Tuhan Melainkan Allah: Asal-Usul, Perkembangan dan Masa Depan Islam). Buku tersebut dinamakan salah satu buku yang paling penting dalam dekad ini. Ia juga telah diterjemahkan dalam 30 bahasa yang lain, termasuk dalam Bahasa Melayu, dan boleh didapati dalam kebanyakkan kedai buku.

Berikut adalah transkrip perbualan mereka.

Isu Kalimah Allah Umapagan Ampikaipakan: Kita telah berbincang berkaitan dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam wacana Islam di Timur Tengah dan Asia Tenggara, kini saya ingin membawa fokus perbincangan tersebut ke negara ini, iaitu berkenaan keputusan makamah terhadap isu kalimah ‘Allah’ yang telah mendapati liputan berita antarabangsa. Pada Isnin lepas, Makamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan makamah pada tahun 2009 yang membenarkan pihak gereja Katolik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen Bahasa Malaysia majalah mingguan The Herald. Ezra Zaid: Di tengah-tengah kontroversi di Malaysia berkenaan isu kalimah ‘Allah’, terdapat pelbagai alim ulama, ahli akademik, dan sejarahwan di negara ini yang berkongsi pendapat mereka mengenai asal-usul penggunaan kalimah tersebut. Apakah pendapat anda mengenai isu kalimah ‘Allah’ ini? Reza Aslan: Perspektif saya mengenai isu ini adalah berdasarkan intepretasi sejarah. Ini merupakan fakta sejarah iaitu perkataan ‘Allah’ adalah berdasarkan perkataan asalnya ‘Al-Ilah’. ‘Al-Ilah’ bermaksud Tuhan yang Satu. ‘Allah’ bukan sebuah nama khas bagi Tuhan. Secara jujurnya, sesiapa yang fikir bahawa perkataan ‘Allah’ merupakan sebuah nama bagi tuhan bukan sahaja salah, tetapi mereka sebenarnya mencabar ajaran Al-Quran itu sendiri dan boleh menjadi syirik jika berkeras bahawa tuhan mempunyai sebuah nama. ‘Allah’ hanya adalah sebuah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada maksud tuhan – ia bermaksud setiap tuhan dalam setiap agama, bahkan kita mengetahui secara fakta bahawa masyarakat Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merujuk kepada tuhan mereka sebagai ‘Allah’. Kenapa perkara ini berlaku? Sebab mereka bertutur dalam bahasa Arab. Bukan kerana ‘Allah’ merupakan sesuatu tuhan yang tertentu, tetapi ia tidak lebih daripada makna bahasa Arabnya bagi tuhan. Ini bukan sebuah pendapat, tetapi fakta. Umapagan Ampikaipakan: Anda mengeluarkan satu tweet yang geli hati berkenaan keputusan makamah  mengharam orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ yang tidak masuk akal. Anda mengatakan ia bagaikan mengharam perkataan ‘twerking’ kepada sesiapa yang berumur kurang daripada 17 tahun di Amerika Syarikat. Kenapa anda rasa ia tidak masuk akal? Reza Aslan: Perkataan yang saya gunakan bukan ‘tidak masuk akal’, tetapi ‘bodoh’. Menganggap bahawa Allah itu hanya Tuhan untuk orang Islam memanglah satu perkara yang bukan-bukan. ‘Allah’, seperti yang telah saya katakan, hanya merupakan sebuah perkataan bagi tuhan, dan keputusan makamah ini adalah tidak masuk akal dan meyinggung perasaan orang lain:  tanggapan dimana bukan sahaja orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ tetapi dengan menggunakan perkataan ‘Allah’ ia mengancam Islam. Ia seakan-akan masyarakat Malaysia teramat bodoh,  bahawa jika mereka mendengar orang Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’, mereka akan menjadi Kristian secara tidak sengaja. Kenyataan tersebut adalah bahlul. Terus-terang, ia adalah memalukan. Ia adalah memalukan bagi negara perlembagaan moden yang demokratik, bagi negara bermajoritikan Islam seperti Malaysia yang setanding dengan negara-negara dunia pertama yang maju. Perkara bodoh ini mungkin akan berlaku di Saudi Arabia tetapi tidak sepatutnya berlaku di sini. Ezra Zaid: Menurut ringkasan kuputusan makamah rayuan tersebut, ia menyatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sesuatu yang penting bagi masyarakat Kristian bagi menunaikan keimanannya terhadap agama Kristian. Jika penggunaan perkataan tersebut dibenarkan oleh orang Kristian, ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam dan mengganggu kestabilan negara ini. Reza Aslan: (KETAWA) Bagaimana anda boleh membaca kenyataan tersebut dan tidak merasa geli hati? Ezra Zaid: Apa yang saya ingin ketengahkan ialah masyarakat Melayu Islam di negara ini dianggap mempunyai hak pemilikan perkataan ‘Allah’ untuk diri mereka sendiri. Adakah idea pemilikan hak perkataan ‘Allah’ oleh sesebuah komuniti melangkaui konteks sejarah and etomologi maksud perkataan tersebut? Reza Aslan: Jawapan saya dari segi sejarah adalah:  Tidak. Dari segi budaya and etomologi adalah:  Tidak. Tapi perkara yang paling penting bagi orang Islam perlu mengetahui, dari segi teologi juga adalah:  Tidak. Mana-mana imam yang mengatakan bahawa Allah mempunyai nama adalah syirik. Allah bukan nama kepada tuhan, orang Islam tidak mempunyai hak pemilikan terhadap nama ‘Allah’. Jika anda membaca Bible dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’. Malah di Iran dimana rakyatnya tidak bertutur dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’ sebagaimana tuhan juga dirujukkan sebagai ‘Khuda’ dalam bahasa Farsi. Tanggapan bahawa sesiapa boleh mengawal idea, perbuatan, keimanan, dan pemikiran orang ramai dengan mengawal perkataan yang digunakan adalah bodoh dan tidak masuk akal. Ia adalah amat memalukan, bahkan mengaibkan dan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada negara yang progresif seperti Malaysia. Idea sebegini adalah tidak sepatutnya ada dalam wacana mana-mana negara moden demokratik. Ia hanya akan mencemarkan nama baik negara ini, seperti saya utarakan awal tadi. Malaysia merupakan negara model bagi orang Islam diserata dunia. Sebaliknya, isu ini telah menjadi Malaysia sebagai jenaka ejekan oleh orang ramai. Saya ingin jelaskan kepada rakyat Malaysia: seluruh dunia sedang ketawakan korang! Umapagan Ampikaipakan: Jika anda membuat perbezaan tentang apa yang diperkatakan oleh makamah – sebagai contohnya, orang asing yang melawat ke negara ini mungkin akan menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai maksud tuhan dalam agamanya dan dia juga mungkin tidak mempunyai perkataan lain untuk mengambarkan tuhannya. Hal ini adalah amat penting bagi amalan agamanya, tidak kiralah agama Kristian atau Sikh. Reza Aslan: Tepat sekali, kedua-dua agama tersebut (agama Kristian dan Sikh) menggunakan perkataan ‘Allah’. Umapagan Ampikaipakan: Jika saya tidak silap terdapat 56 rujukan perkataan ‘Allah’ dalam Kitab suci agama Sikh. Dalam konteks ini, penduduk Borneo tidak mengetahui perkataan lain selain ‘Allah’ bagi merujukkan kepada tuhan. Reza Aslan: Tepat sekali. Ada seperkara lagi, saya fahami memang terdapat makanisme politik di negara ini; makamah di negara ini tidak bebas dan terikat daripada keputusan cabang eksekutif kerajaan. Saya fahami bagaimana politik di Malaysia berfungsi – keputusan makamah ini adalah keputusan politik lebih daripada apa-apa yang lain. Tetapi, saya ingin bincangkan aspek yang lain, iaitu tanggapan bahawa orang Islam di Malaysia perlu dilindungi – oh, orang-orang Islam yang sungguh lemah imannya! Anda perlu dilindungi oleh makamah kerana anda tidak boleh berfikir atau berbuat keputusan untuk diri anda sendiri. Kalau tidak silap, salah seorang hakim mengatakan:  membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ merupakan ancaman kepada Islam. Keputusan makamah tersebut berlaku pada hari yang sama kejadian teruk pembunuhan masal di Pakistan pada Eid al-Adha. Seorang Taliban meletakkan bom di dalam Al-Quran, membawakannya ke dalam masjid di hari suci dalam kalander Islam ini lalu membunuh orang-orang Islam. Anda ingin mengatakan pasal isu ancaman terhadap Islam? Kelakuan sebegini adalah ancaman yang sebenarnya. Seorang Kristian di Malaysia yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai maksud tuhan BUKAN ancaman kepada Islam. Wacana Islam di Amerika Ezra Zaid: Berkata tentang hak pemilikan dan sejarah dalam agama Kristian, anda juga merupakan pengarang kepada buku ‘Zealot’ yang merupakan buku jualan terlaris di New York Times, adakah sukar bagi anda sekarang sebagai seorang cendakiawan Islam menulis buku tentang Nabi Isa di Amerika Syarikat? Reza Aslan: Memang sukar menjadi seorang Muslim di Amerika Syarikat untuk macam-macam sebab, terdapat pelbagai aktiviti dan sentimen anti-Islam di sana. Namun begitu, secara jujurnya, ia telah menjadi perniagaan yang menguntungkan. Terdapat ramai orang di Amerika Syarikat menjadi sangat kaya dengan cuba menyakinkan rakyat Amerika Syarikat bahawa orang Islam sedang cuba untuk mengancam hidup mereka. Dalam bila-bila sahaja, 1% populasi masyarakat Islam Amerika Syarikat akan bangkit dan mengambilalih negara ini. Kebanyakkan idea ini telah pudar, kerana orang ramai mula menyedari kebodohan idea tersebut. Tetapi idea tersebut wujud kerana ketakutan. Rakyat Amerika Syarikat juga sedang berhadapan dengan krisis identiti yang serius. Saya tidak pastilah jika anda perasan tentang perkara tersebut. Masyarakat negara kita [AS] dalam keadaan teruk, politik negara kita [AS] juga sudah tidak berfungsi. Umapagan Ampikaipakan: Tetapi krisis hutang di Amerika Syarikat berjaya dielakkan. Reza Aslan: Betul. Sekali lagi, pada saat-saat terakhir kita berjaya mengelak daripada krisis hutang tersebut. Taniah kepada kita dan kita akan masih berada di sini untuk berbulan-bulan ayang kan datang. Kita juga sedang berhadapan dengan perubahan demografik perkauman dan budaya yang serius – pengkaji demografik memberitahu kepada kami bahawa Amerika Syarikat dalam kurang daripada satu dekad ini akan menjadi negara yang pertama dalam sejarah dunia sebagai negara yang bermajoritikan kaum-kaum minoriti [secara keseluruhnya], dan ini merupakan sesuatu yang luar biasa! Sesuatu yang patut disambut, tetapi seperti yang anda bayangkan, kebanyakkan raykat Amerika Syarikat tidak berfikir seperti itu. Umapagan Ampikaipakan: Pihak Republican tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Reza Aslan: Ya. Ini merupakan titik tamat harapan politik mereka, selagi mereka masih mengekalkan sebagai parti orang putih selatan yang bersikap berang. Dalam erti kata lain, isu ini bukan lagi berkenaan dengan orang Islam, tetapi berkenaan dengan rakyat Amerika Syarikat sendiri. Ini adalah tentang identiti krisis Amerika Syarikat, dan orang Islam hanyalah sebagai kambing hitam dalam hal ini. Umapagan Ampikaipakan: Ini adalah peluang yang besar bagi berhadapan dengan isu ini – dengan memperbanyakkan bilangan orang Islam yang berjaya dan kaya di Amerika Syarikat; mereka boleh mengeratkan silaturrahim dengan mengatakan, ‘Hey, kita adalah kawan!’ Reza Aslan: Seperkara yang anda perlu mengetahui tentang orang Islam Amerika Syarikat adalah kita tiada masalah untuk menjana kekayaan, orang Islam di Amerika Syarikat adalah bukan kepalang kayanya. Malah, sebuah kumpulan pengiklanan JWT baru-baru ini menjumlahkan gaji isu rumah tahunan oleh masyarakat Islam dan Timur Tengah Amerika Syarikat dengan jumlah USD170 billion. Anda cuma perlu lihat ahli-ahli pengasas bagi syarikat eBay, Google, Yahoo, Apple, dan sebagainya, berapa orang yang bernama Muhamad atau Ali dalam senarai nama syarikat-syarikat tersebut yang dapat anda jumpai? Masyarakat Islam di Amerika Syarikat telah mengaut kekayaan yang banyak, kini mereka perlu mencari jalan untuk membelanjakannya dengan betul. Dan ini adalah masalahnya, saya fikir ia adalah masalah antara generasi. Anda perlu fahami, mereka adalah kelompok komuniti yang datang dari negara seperti Iran (seperti saya), Pakistan, dan sesetengah kawasan di Timur Tengah; tempat-tempat tersebut tidak mempunyai tradisi yang lama berkenaan kerjasama sivik atau penglibatan politik. Malangnya, kebanyakkan orang Islam yang amat kaya ini tidak menyedari kuasa yang mereka ada untuk mengubah masyarakat. Ini kerana masyakarat Amerika Syarikat adalah berfungsi berdasarkan kapitalisme atau wang. Di negara ini, wang adalah suara. Saya malas dan meluat mendengar rungutan tentang sentiment-sentimen anti-Islam di Amerika Syarikat. Saya fikir, jika anda ada masalah dengan isu ini, anda kenalah menggunakan wang anda untuk memusnahkan mana-mana ahli politik yang mengatakan perkara negatif tentang orang Islam. Beginilah sistem negara ini berfungsi. Semuanya adalah berkaitan dengan wang. Mereka masih belum menyedari hakikat tersebut. Ini adalah sesuatu yang disedari oleh masyarakat Yahudi sejak awal dahulu. Pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, di Amerika Syarikat, sentimen anti-Yahudi adalah keterlaluan, maksud saya anti-Semitisme. Ahli politik dan ahli bisnes yang hebat merupakan golongan anti-Semit yang menjelekkan. Masyarakat Yahudi dilihatkan sebagai golongan ‘fifth column’ (*golongan yang dicuriga oleh masyarakat majoriti sebagai golongan bersimpati dengan pihak lawan secara rahsia) dalam masyarakat Amerika Syarikat. 50 tahun kemudian, mereka menjadi sebahagian besar daripada budaya dan gaya hidup Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat sering berkata tentang nilai-nilai hidup Yahudi-Kristian (Judeo-Christian values) negara ini. Bagaimanakah ia boleh terjadi? Mereka sangat bijak untuk menyedari bahawa cara mengubah persepsi masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat adalah dengan menggunakan wang anda untuk mempromosikan pendidikan, perhubungan, seni, filem, dan muzik. Terdapat hanya 6 juta orang Yahudi di dalam 350 juta populasi rakyat Amerika Syarikat, namun begitu, mereka berada di serata tempat di televisyen, radio, dan buku; banyak pengarang yang hebat adalah orang Yahudi, banyak artis yang hebat adalah orang Yahudi, banyak arkitek yang hebat adalah orang Yahudi, termasuk juga di dalam perniagaan dan politik. Apa yang mereka lakukan adalah dengan mengintegrasikan komuniti mereka secara keseluruhan ke dalam masyarakat Amerika Syarikat. Walaupun bilangan populasi mereka adalah amat kecil, mereka mempunyai pengaruh kuasa yang kuat dalam budaya Amerika Syarikat. Ezra Zaid: Saya rasa ini merupakan pengajaran kepada rakyat Malaysia di sini. Reza Aslan: Sudah tentunya. Ia merupakan pengajaran bagi semua orang; kita perlu menyedari hakikat tersebut lambat laun juga, bukannya duduk dan merungut terhadap persepsi orang lain terhadap kita. Ezra Zaid: Terima kasih masa anda bersama kami. Reza Aslan: Terima kasih. Anda juga turut dijemput membaca bahagian pertama temubual ini. (Diterjemah oleh Nor Arlene Tan) ]]>

Temubual BFM Bersama Reza Aslan, bahagian 1: Islam, globalisasi dan pluralisme

Pada 21 Oktober 2013, Ezra Zaid dan Umapagan Ampikaipakan menemubual Reza Aslan untuk rancangan Evening edition di BFM Radio 89.9. Reza Aslan seorang penulis dan cendakiawan agama yang diiktiraf antarabangsa. Beliau merupakan pengarang buku paling laris dalam New York Times bertajuk Zealot: The Life and Times of Jesus of Nazareth.

Buku Pertama Reza Aslan juga merupakan buku paling laris antarabangsa bertajuk “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” (Tiada Tuhan Melainkan Allah: Asal-Usul, Perkembangan dan Masa Depan Islam). Buku tersebut dinamakan salah satu buku yang paling penting dalam dekad ini. Ia juga telah diterjemahkan dalam 30 bahasa yang lain, termasuk dalam Bahasa Melayu, dan boleh didapati dalam kebanyakkan kedai buku.

Perbincangan mereka merangkumi hal-hal yang pelbagai, termasuk persoalan politik, sejarah, kebebasan dan juga penghayatan akidah. Berikut adalah transkrip perbualan mereka.

Islam: antara Barat dan dunia Islam  Ezra Zaid; Untuk memulakan perbincangan, Reza, dalam dunia globalisasi yang saling berhubung kait bagaimanakah bezanya wacana tentang Islam dalam masyarakat Islam sendiri berbanding dengan persepsi Barat berkenaan Islam? Reza Aslan: Perbezaan tersebut bagaikan malam dan siang. Jika kita bercakap dengan orang awam dari Barat yang berasal daripada Amerika Syarikat atau Eropah, mereka akan fikirkan bahawa Islam merupakan agama monolitik yang mempunyai hanya satu jenis; semua orang Islam mempercayai kepada perkara yang sama. Sudah tentu, perkara yang anda dengari berulang-ulang kali dari kebanyakkan orang di Barat adalah orang Islam tidak mengutuk keganasan, dan ini adalah jauh daripada kebenaran. Bagi setiap aktiviti keganasan yang berlaku atas nama Islam, terdapat beribu-ribu kenyataan, pengumuman dan fatwa yang mengutuk aktiviti keganasan tersebut. Tetapi hakikatnya adalah orang Islam hanya kerap menghabiskan masa berbincang antara satu sama lain wacana mereka tidak selalunya dimaklumkan ke masyarakat uang lain di serata dunia, dan ini adalah sesuatu masalah yang besar. Umapagan Ampikaipakan: Dalam 12 tahun selepas kejadian 9/11, mungkinkah terdapat sedikit sebanyak peningkatan mutu dalam perbincangan-perbincangan berkaitan Islam tersebut? Reza Aslan: Terdapat perkembangan yang amat besar dalam perbincangan-perbincangan diantara orang Islam; wujudnya pelbagai organisasi-organasasi dan pergerakan-pergerakan Islam seperti pergerakan Islam yang progresif, pergerakan Islam yang konservatif, pergerakan Islam gay dan lesbian, pergerakan Islam yang khusus untuk mempromosikan demokrasi, pergerakan Islam yang khusus untuk kembali kepada ajaran Al-Quran, iaitu prinsip-prinsip Al-Quran. Kebanyakkan pergerakan Islam tersebut terdapat di negara seperti Indonesia, dan juga Malaysia, mereka mempercayai bahawa orang Islam hanya perlu mengikut Al-Quran dan bukannya Sunnah. Secara jujurnya, perkara-perkara ini tidak pernah wujud 12 tahun yang lalu, jikalau pun pergerakan-pergerakan tersebut wujud, ia tidak diketahui ramai. Apa yang terjadi apabila berlakunya kejadian 9/11 adalah, ia telah benar-benar membangkitkan suara-suara pergerakan Islam tersebut. Tetapi, adakah suara-suara tersebut didengari oleh orang bukan Islam? Saya tidak fikir sebegitu. Asia Tenggara dan masa depan Islam Ezra Zaid: Bagaimanakah pengalaman Islam tersebut berbeza diantara orang-orang dari Timur Tengah dan orang-orang dari Barat? Dan kepada orang-orang Islam di sini, dimana pula letaknya Asia Tenggara di dalam wacana Islam yang lebih besar? Reza Aslan: Secara jujurnya, Asia Tenggara bukan sahaja merupakan masa depan Islam, ia juga merupakan model Islam. Apa yang menarik berkenaan perkara yang berlaku di Asia Tenggara, adalah percubaan dalam pengembangan kemodenan Islam – terpulanglah bagaimana anda mahu mendefinasikan maksudnya – sedang berlaku di dalam masyarakat yang sangat pluralistik. Cuba kita lihat negara seperti Mesir, negara Arab yang terbesar di dalam dunia yang mempunyai 88-89% orang Islam – dimana wacana penting berkenaan topik seperti demokrasi Islam, kemodenan Islam, dan politik Islam – didapati 9 daripada 10 orang yang terlibat dalam perbincangan tersebut adalah orang Islam. Situasi tersebut tidak akan berlaku di Asia Tenggara kerana kepelbagaian masyarakatnya seperti kelompok masyarakat Buddha, Hindu, Kristen dan Yahudi, dan situasi sebegini menyebabkan berlaku kemajmukan perbincangan berkaitan agama berbanding dengan perbincangan yang berlaku di Timur Tengah. Islam dan pluralisme Umapagan Ampikaipakan: Bagaimanakah Islam berfungsi di dalam sebuah masyarakat yang bercirikan pluralisme, dimana kebebasan dalam agama dianggap sebagai salah satu rukun agama? Reza Aslan: Jika kita kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang diseru oleh Nabi Muhamad dan masyarakat awal Islam, ia adalah berdasarkan konsep pluralisme dan kebebasan agama. Apa yang mengagumkan mengenai zaman Al-Quran diturunkan, ia adalah zaman dimana agama dikawal ketat oleh kerajaan. Konsep pluralisme langsung tidak wujud di zaman Kristian Eropah atau di zaman Empayar Sassanid (Parsi) yang beragama Zoroastrian semasa kedatangan Nabi Muhamad. Jadi, Al-Quran menyampaikan mesej berkenaan ahli-ahli Al-Kitab dan memberikan mereka hak dan keistimewaan dibawah pemerintahan Islam. 1500 tahun kemudian, ia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang anakronistik. Malah, kita akan melihatkan kembali dan berkata, idea yang memaksa orang bukan Islam untuk membayar cukai yang lebih menunjukkan Islam adalah agama yang tidak bertoleransi. Tetapi jika diletakkan di dalam konteks, ia adalah zaman dimana jika anda merupakan seorang Yahudi di dalam masyarakat Kristen Eropah, anda akan dibakarkan hidup-hidup. Sebaliknya jika anda merupakan seorang Yahudi di dalam Empayar Islam, anda cuma perlu membayar cukai yang lebih. Anda boleh hidup dengan cara hidup anda sendiri. Ini adalah asas kepada Islam sebagai agama, dan sesuatu yang malangnya telah dilupai oleh kebanyakkan orang Islam. Timur tengah: pusat Islam?  Umapagan Ampikaipakan: Terdapat tanggapan dimana Islam wujud bukan untuk fungsi sedemikian; terdapat persepsi yang Islam berkembang di Timur Tengah, dimana ia adalah tapak bagi monumen-monumen Islam yang termasyhur, maka tempat-tempat lain yang berkembangnya Islam dianggap sebagai pengikut kepada islam. Seperti yang anda jelaskan Asia Tenggara merupakan model bagi Islam moden, mungkinkah Muslim-Muslim di Timur Tengah boleh mempelajari sesuatu berkenaan Islam di Asia Tenggara? Reza Aslan: Saya fikir kebanyakkan orang di luar Timur Tengah akan mengatakan: Ya. Sebaliknya, kebanyakkan orang di dalam Timur Tengah akan mengatakan: Tidak. Terdapat sebuah idea yang muncul entah dari mana mengatakan bahawa Timur Tengah, dan khususnya dunia Arab adalah sinonim dengan Islam. Secara jujurnya, orang Arab hanya meliputi 15% daripada populasi 1.5 billion masyarakat Islam sedunia. Diantara 10 negara Islam yang mempunyai rakyat Islam yang terbanyak, hanya 3 buah negara adalah negara Arab. Selebihnya adalah negara bukan Arab. Zaman dimana Timur Tengah merupakan titik pertembungan dan perkembangan Islam telah lama berlalu. Islam kini berkembang secara khususnya di luar Timur Tengah, bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi juga di Barat. Peratusan orang Islam di Amerika Syarikat masih kecil iaitu 1%, di Eropah bilangannya dalam 4-7%. Namun begitu, orang Islam yang menetap di dalam masyarakat ini didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai individualisme, yang bereksperimen dengan kepelbagaian agama dan ideologi politik; yang paling pentingnya mereka mempunyai kelebihan akses kerana menetap di negara-negara kaya dan maju. Mereka mempunyai akses kepada teknologi komunikasi dan mampu menyebarkan idea-idea mereka di televisyen, radio dan internet. Walaupun di Barat populasi orang Islamnya adalah kecil, mereka sebenarnya adalah lebih berpengaruh berbanding dengan orang Islam di Timur Tengah. Dan ini termasuk juga Asia Selatan dan Asia Tenggara dimana sebahagian besar masyarakat Islam dunia menetap, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam intepretasi dan perkembangan agama Islam berbanding dengan masyarakat di Timur Tengah. Malangnya, konflik politik, ekonomi dan sosial dalam Islam sering berlaku secara khususnya di Timur Tengah, dan kebiasaannya ia menjadi fokus dan perhatian kepada orang ramai. Mesir merupakan sebuah negara Arab yang paling besar dan penting di dunia, ia hanya mempunyai bilangan orang Islam yang kurang daripada 80 juta orang. Ia merupakan bilangan yang kecil jika kita lihat jumlah bilangan penduduk Islam di Indonesia, Malaysia, India, Pakistan dan Turkey. Kepentingan budaya Ezra Zaid: Dalam perbincangan kita berkenaan Timur Tengah, apakah peranan aslanmedia.com? Seperti yang diketahui ia merupakan platform jurnal maya dan media sosial untuk wacana bagi isu-isu berkaitan. Reza Aslan: Betul. Aslanmedia.com ditubuhkan selepas Pergerakan Hijau (Green Movement) di Iran. Secara umumnya ia adalah untuk memberi peluang kepada orang muda menyertai perbincangan berkenaan agama, politik, budaya, seni, filem, muzik – bahkan kemungkinan besar kami mempunyai ulasan muzik yang terbaik mengenai muzik dari Timur Tengah dan dunia Islam, yang anda tidak dapat jumpai dimana-mana tempat lain. Ia merupakan peluang bagi orang muda untuk memahami bahawa terdapat banyak lagi perkara menarik yang berlaku di Timur Tengah dan dunia Islam, selain daripada isu konflik agama dan politik identiti sahaja. Sekali lagi, dari perspektif dunia luar anda mungkin fikir bahawa perkara itu sahaja yang sering dibincangkan berkenaan Timur Tengah, seolah-olah mereka duduk sepanjang hari menghisap Shisha dan berborak berkenaan politik dan agama. Ia tidak sama sekali begitu; mereka juga berborak berkenaan seni, buku dan muzik. Umapagan Ampikaipakan: Anda sememangnya betul. Ini merupakan kaedah lama untuk menyebarkan ‘soft culture’. Reza Aslan: Sememangnya. Ia masih lagi relevan sehingga kini. Lihatlah pada kebangkitan ‘Arab Spring’, apa yang kurang dilaporkan oleh media adalah peranan dimainkan oleh seni, muzik dan sajak dalam revolusi tersebut. Masyarakat yang keluar ke jalan membantah bukannya melaungkan ayat-ayat Al-Quran, sebaliknya melaungkan ayat-ayat sajak atau syair. Terdapat pemuzik-pemuzik terkenal Rock stars) dan artis-artis Hip Hop yang sebenarnya menyemarakan pergerakan ini, dan mereka masih berbuat demikian, malah merupakan pengkritik budaya utama. Pergerakan sebegini telahpun hilang di Barat. Muzik, terutamanya muzik alternative seperti Hip Hop, Punk Rock atau Heavy Metal kini hanya merupakan sebuah saluran untuk mendapat keuntungan kewangan dan menjual rekod. Pada suatu masa dahulu muzik merupakan sebuah mesej politik dan sosial, tetapi kini muzik di Eropah dan Amerika Syarikat bukan lagi berfungsi sedemikian. Sebaliknya di Timur Tengah, muzik masih merupakan mesej bagi politik dan sosial untuk masyarakat. Seseorang yang hanya menulis sajak boleh disabit hukuman mati, seseorang yang menulis lagu Hip Hop boleh disabit hukuman penjara: Secara tiba-tiba, seni menjadi sesuatu yang amat penting. Ia bukan lagi bertujuan untuk menjual rekod, sebaliknya ia adalah bertujuan untuk mengubah dunia menjadi lebih baik. Islam dan kebebasan Ezra Zaid:Saya ingin bercakap mengenai kebebasan bersuara dan kepentingannya di dalam Islam. Menurut Al-Quran atau tradisi Nabi atau hadis, bila agaknya kebebasan bersuara boleh disekat secara sah dalam Islam? Reza Aslan: Ini adalah sesuatu yang perlu dikefahami oleh masyarakat, hal ini kerana kebebasan bersuara adalah sesuatu yang dicipta manusia sendiri. Malah di Amerika Syarikat, kita mungkin menganggap bahawa kita mempunyai kebebasan mutlak untuk bersuara apa sahaja yang kita inginkan – perkara ini tidak berlaku kerana terdapat undang-undang libel yang perlu diikuti, anda berisiko didakwa di makamah atas dasar menyebarkan fitnah (defamation), terutamanya jika perbuatan anda menyebabkan bahaya atau kerosakan langsung terhadap seseorang, atau difahami sebagai menyebarkan keganasan terhadap seseorang, kita tidak membenarkan perkara tersebut berlaku. Terdapat had dan batas terhadap perkara yang boleh dan tidak boleh disuarakan. Bahkan dalam masyarakat yang amat terbuka, sebagai contoh di United Kingdom, anda mempunyai kebebasan bersuara yang mutlak, melainkan jika anda bersifat perkauman dalam bersuara. Maka semangat perkauman atau ekspresi rasis di United Kingdom adalah menyalahi undang-undang, sebaliknya di Amerika Syarikat anda boleh menjadi seseorang yang amat rasis, mungkin orang ramai akan melihatkannya sebagai jijik dan keji, tetapi anda tidak akan dihukum penjara disebabkan perbuatan tersebut. Semua ini adalah berdasarkan budaya. Adalah penting untuk difahami bahawa lagi bebasnya sesebuah budaya tersebut, lagi berkuasa budayanya. Saya fikir terdapat sebuah idea yang menganggap jika anda menyekat kebebasan bersuara, anda sebenarnya mengawal orang ramai, atau menganggap ia merupakan sebuah simbol negara yang berkuasa. Ironinya, sebaliknya adalah benar. Jika anda [pihak berkuasa] terlalu khuatir perkara yang mungkin diperkatakan oleh orang lain, jika anda fikir ia mungkin akan membahayakan atau merosakan masyarakat atau negara, dan anda rasa perlu bertindak untuk menyekatkan kebebasan bersuara, ini hanya membuktikan bahawa negara [state] yang anda kononya kawal adalah lemah. Negara [state] itu sungguh lemah sehingga ia tidak boleh menyambut suara rakyatnya sendiri. Saya bukanlah seseorang yang akan berdiri di sini dan berkata perlunya kebebasan bersuara di setiap pelusok dunia, supaya anda boleh berkata apa-apa yang anda inginkan tanpa kira dimana jua, ini bukanlah maksud sebenar kebebasan bersuara yang saya fahami. Akan tetapi jangan kita lupa bahawa kebolehan untuk membenarkan rakyat bersuara dan berfikir apa yang mereka inginkan adalah tanda kekuatan sesuatu masyarakat, bukan tanda kelemahannya. Umapagan Ampikaipakan: Bukankah agama pada dasarnya merupakan sesuatu yang mengawal masyarakat – ia tidak membenarkan tafsiran agama secara rawak dan terbuka? Reza Aslan:Agama sememangnya merupakan institusi ciptaan manusia – saya menggunakan terma ini secara literal, kerana kesemua agama adalah institusi ciptaan manusia – sememangnya ia adalah tentang kawalan dan kuasa. Anda benar-benar betul. Tetapi bukan akidah. Akidah bukan berkenaan kawalan ataupun kuasa. Terdapat perbezaan diantara agama dan akidah. Akidah adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan, ia adalah sesuatu yang teramat peribadi. Agama pula hanya merupakan bahasa yang digunakan mengekspresikan keimanan ketuhanan seseorang. Maka, bahasa keagamaan tersebut merupakan simbol dan metafora ciptaan sejarah (historical construct). Ia wujud dalam masa dan tempat tertentu. Maka, simbol-simbol tersebut boleh berkembang dan mempunyai makna berbeza bagi orang yang berbeza dalam zaman yang berbeza. Tetapi janganlah kelirukan simbol dan metafora tersebut dengan institusi agama. Jika kepercayaan anda adalah berdasarkan pada institusi agama, anda sebenarnya adalah salah. Ezra Zaid: Bagaimanakah kita boleh mendamaikan kebebasan bersuara dengan Islam? Reza Aslan: Kembali kepada perkara yang telah saya katakana: tidak akan wujudnya agama tanpa budaya dan masyarakat. Islam dluahn dan difahami dalam beribu-ribu cara yang berbeza di serata dunia, bergantung kepada budaya tempatan tersebut. Saya asyik mengembalikan perbincangan ini kepada budaya kerana hal ini adalah bukan berkaitan dengan apa yang Islam benarkan atau tidak benarkan; Islam membenarkan apa yang anda fikir ia benarkan. Ia bergantung kepada anda sebagai individu untuk menterjemahkan Al-Quran berdasarkan kehendak dan kemahuan anda. Jika anda merupakan seseorang yang memerlukan seorang Imam untuk menterjemahkan maksud Al-Quran bagi anda, tiada salahnya. Tetapi anda perlu menerima hakikatnya bahawa Imam anda mempunyai perbezaan fikiran dengan Imam saya, dan juga Imam orang lain. Bezanya Islam dengan agama Katolik adalah kita tidak mempunyai sebuah penguasa yang mengawal; kita tidak mempunyai Paus (Pope) yang berhak mengatakan atau menterjemahkan maksud seperti apa yang dibenarkan Islam atau siapa yang merupakan orang Islam. Perkara tersebut tidak pernah berlaku sejak kematian Nabi Muhamad, dan ia sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Maka demikian, idea dimana Islam mengatakan X atau Islam mengatakan Y, saya tahu, ia membuat orang Islam berasa bagus, tetapi ia sebenarnya mengarut. Akan bersambung….. – Diterjemahkan oleh Nor Arlene Tan
]]>